"Ehem...Leh kenal tak??" seorang lelaki menegur Aryn.
"Eh, duduk ar dulu..Join ktorang..makan-makan ngan ktorang..Nama ko apa??" Joanne mula dengan sikap gediknya yang pantang melihat lelaki kacak.
"Oh, okey.." Lelaki tersebut mengambil tempat di sebelah Aryn.
"Joanne, tukar tempat duduk jom.." Aryn bersuara.
"Aku on je...No hal.." Joanne mula menjalankan kegiatannya.
Min, Tasya, dan Eisya hanya memerhatikan Joanne menggedik, Aryn yang memasamkan muka kerana anti dengan lelaki, lelaki itu pula masih melihat Aryn.Joanne hanya tersenyum-senyum sahaja.Aryn hanya berdiam diri.
'nape gadis tu tak nak duduk sebelah aku, sombong nye..xpe..tengok ar nanti..' ngomel lelaki itu di dalam hati.
" Korang, aku nak blah la dulu, rasa panas plak aku duduk kt cni.. " herdik Aryn sambil memandang ke arah lelaki tersebut.
" laa... nape cepat sangat, kan dak laki nie baru jer duduk ngan kite, kenal2 la dulu, borak2 ke, mane ar tau, aku dapat tackle kan.. " bisik Joanne.
"xpe ar..tak minat ngan nak kenal ngan dak laki macam nih"
"kalo ko tak nak biar aku yang kenal-kenal ngan ngan dia... hehehehehe.. " gelak Joanne.
"kenal ar..aku nak blah dulu k.." jawab Aryn.
"Okey.."Jawab rakannya yang lain.
"sape nama ko?"Joanne mula bertanyakan nama lelaki tersebut.
"Azfar Danial.Panggil Danny je."Danny menjawab.
"Nice name.I'm Joanna.This is my friend, Eisya Rania, Fazira Jasmine and Nabila Natasya."Joanne menunjukkan rakan-rakannya yang berada di situ satu persatu.
"Yang sorang tadi tu sape?Kawan kau jugakkan?"
"Yup.Aryn Dania.Sorry pasal sikap dia tadi."
"Tak pe.Aku pegi dulu."Danny berganjak dari kerusinya dan meninggalkan kantin tersebut.
........
"Aryn, kau kenapa tadi?Suka je nak blah camtu je.Sian aku tengok Danny tu."Eisya bertanya.
"Danny tuh sape?"Aryn bertanya kembali.
"Danny tu nama budak yang buat ko blah dari kantin tadi."Eisya menjawab.
"Aku saje je blah.Macam gatal je budak tu.Lagipun, aku memang anti dengan budak lelaki yang gatal-gatal"Aryn menjawab juga.
Mereka diam.Meneruskan latihan yang diberi oleh guru mereka.Aryn melihat jam di tangan Eisya.5 minit lagi mereka akan balik.
"Eisya, berapa hari dah kita kenal?"Aryn bersuara.
"Seminggu.Kenape?"
"Tak de ar.Kita rapat macam dah sepuluh tahun kenal kan?"
"Ye tak ye jugak ryn."Joanne menyampuk.
"Eh, loceng dah bising tuh.Meh balik."Eisya bersuara.
"Jom."Aryn dan Joanne menjawab serentak.
........
"hah!!"
"Opocot mak aku pegi bulan."Aryn terkejut.
Danny mengambil tempat duduk di hadapan Aryn.Kelas mereka kedengaran sangat bising kerana Cikgu Melur tidak masuk ke kelas.
"Sejak bila mak ko pegi bulan"Danny membuat muka innocent.
"Sejak kau sergah aku tadi."Aryn meradang.
"Sorry.Kenapa termenung?Ingat pasal pe?"Danny mengalah.Tahu akan sikap Aryn yang sangat degil.
"Ingat tingkatan satu dulu hah..Macam mana aku leh anti kat kau time kat kantin tu.Ingat lagi tak?"
Danny mengerutkan dahi.Memikirkan kenangan pada waktu mereka baru sahaja menuntut di sekolah tersebut.
"Owh..yang kau lari dan kata panas tu eh?"Danny sengaja menguji.
"Ye la..And time joanne menggedik ngan kau."Aryn mencebik.
"Kau ingat lagi macam mana kita berbaik?"
"Ingat."
"Ingat lagi macam mana kau kenal ngan Min dan Tasya?"
"Lupa dah."
"You should remember it"
"I know.But it hurts when they do that for me.Musuh dalam selimut tuu!!!"
"Past is past.Ingat lagi macam mana kau kenal Eisya dan Joanne waktu sekolah rendah?"
"Ingat."
"Good."
"Nape kau tanya macam pegawai polis je?"
"Saje je.Test your memory."
"Danny, I miss my childhood."
"Why?"
"Because it is really sweet."
"Yup.Sweet because we did'nt need to think about anything.Just enjoy.Am I right Dania?"
Aryn tersenyum.Hanya Danny sahaja yang memanggilnya Dania.Mungkin kerana mereka agak akrab dan nama mereka seakan-akan sama.
"Yes.You're right."
"Next week exam.Ready?"
"Little bit."
"Cam tak ready je?Come on Dania.You're a big girls, dah boleh pikir sendiri kan.Study tu untuk kebaikan kau jugak.Kat rumah kau buat apa?"
"Aku cam biasa ar.Baca novel, main psp, tlg mak aku.Tu je."
"Tak ada study?"
"Nope."
"Korang bincang pasal pe?"Eisya duduk di sebelah Aryn.
"Yela, korang bincang pasal pe?Serius je bunyi?Gosip ea?Joanne turut mengambil tempat di sebelah Aryn.
"Bincang pasal budak ni, tak pandai belajar."Danny menjawab dan menunjuk pada Aryn.
"Memang pun."Eisya dan joanne menjawab serentak
Aryn sudah mula memasamkan muka.
"Dah dah.Jangan nak wat muka masam."Danny mengalah.
"Eh, tak nak balik ke?Loceng hikmat tu dah berbunyi.Jom balik.Nanti lambat balik tak dapat study group petang kang."Eisya mula mengingatkan rakan-rakannya tentang study group yang telah dipersetujui oleh mereka.
"Malas nya nak pegi study group.Aku tak pegi boleh tak?"Aryn mula menunjukkan sikapnya yang sangat tidak suka belajar.
"Dania, no argument please."Danny mula memainkan peranan.
"Ooo..kay."Aryn menurut dan mula melangkah pergi ke kereta ibunya yang sudah lama menunggu.
...........
"Hey all.Sorry I late.My mom busy lorh."Aryn hanya tersengih dengan harapan alasannya dapat diterima.
"Owh..Yeke?Alasan yang belum cukup bagus Dania.Jangan tipu ktorang."Danny kelihatan sangat marah.Kesal dengan sikap Aryn.
"Sorry."Aryn berasa bersalah.
"That's ok.Duduk ar."Eisya menjalankan tugas seperti biasa.Eisya tahu Danny dan Dania jika tidak ada orang tengah jadinya akan menjadi perang saraf.
"Okay"
Setelah 3 jam menghadap buku dan berbincang, Eisya dan Joanne beransur pulang.Namun Aryn hanya memerhatikan Danny yang dari tadi masih memarahi perbuatannya sebentar tadi.
"Danny."
Danny tidak menjawab.
"Danny"
Danny hanya mengemaskan barang-barang nya.
"Dah ar.Ada mulut tak pandai jawab.Bye."
Aryn berjalan dengan marah sekali.
Tiba-tiba.
"Aduh!"
Danny mengenggam pergelangan tangan Dania.
"Sakit ar Danny.Lepaslah.Nanti ada orang tengok, lain pulak jadinya."Aryn mengerang kesakitan.
"Ok.Duduk dulu.Aku nak cakap something."Danny melepaskan tangan Aryn.Mengarahkan Aryn untuk duduk.
"Cakap ar."
"Tau kenapa Danny tak jawab time Dania panggil tadi?"
"Tak."
"Kalau Danny kata Danny busy?"Danny menguji Aryn.
"Tipu ar.Jahat main tipu-tipu.Mana ada Danny busy tadi."
"Dania lagi jahat kot.Suka bagi alasan yang tak betul, tak munasabah kan?Tu la yang orang rasa."
"Okay.I\'m sorry.Tau la orang salah.Dengan ini, Aryn Dania minta maaf kat Danny ea.Next week pun nak exam.Tak baik gaduh-gaduh.Kan?"
"Tau tak pe.Dah, Jom balik."Danny berdiri dan mula mengorak langkah.
"Tadi bukan main lagi nak pegang-pegang tangan orang suruh duduk.Tengok-tengok tu je yang dia nak cakap?Hampeh punya kawan."Aryn berbisik seraya berdiri.
"Apa kau cakap tadi?"Danny terdengar rungutan Aryn..
"Eh, nothing.Jom balik."
........
"Morning Eisya, Joanne."Danny menyapa rakan-rakannya.
"Morning."Eisya dan Joanne menjawab serentak dengan muka yang berseri.
"Korang berdua kenapa?Macam kerang busuk je aku tengok.Tersengih-sengih."
"Tuu...Ada budak baru ar Danny.Mustaqim nama nya.Kacaknya.."Dengan muka yang sama seperti kerang busuk, Joanne menunjukkan pelajar baru tersebut.
"Girls always like this huh?"Danny senyum mengejek.
"Hai guyz."Aryn menyapa rakan-rakannya.
"Hai Dania.Nak join tersengih jugak ea?"Danny dengan muka innocent bertanya.
"Join apa plak?"
"Tu haa ryn.Ada new student.Duduk kat tepi Danny.Handsome kan?"
Eisya bersuara.Joanne pula, masih gila bayang dengan pelajar tersebut.
"Not bad.But, my hero ni lagi hensem."Dania menepuk-nepuk belakang Danny.
Danny pura-pura batuk.Eisya hanya mencebik.
"Puji-puji aku ni nak apa-apa ke?"Danny sudah dapat mengagak ada udang di sebalik spaghetti dengan sikap Aryn itu.
"Puji pun tak boleh ke?"
Aryn membuat muka masam.
"Boleh tu boleh.but, Dania, I know you very well."
"Okey, I\'ve one request."
"Go on."
"Share jawapan time ujian nanti.Especially, geo and sejarah.Please.."Aryn membuat muka simpati.
"Apa aku dapat kalau bagi kau jawapan?"
"Kau dapat sahabat sehidup semati."
"Oo...kay"
"Thanks Danny.Sayang kau sangat-sangat!"Aryn melonjak keriangan.
........
Yey!!
"Hari ni last ujian.Lepas tu kita enjoy!"Aryn menjerit keriangan sambil memakan karipap yang di beli dari kantin.
"Math kan?Huh...Ni yang aku malas dengan math ni."
Eisya mengeluh.
"Alaa pe yang susah nya eisya, Aryn dengan Danny kan ada..Dua-dua terer math ape."
Joanne menjawab.
"Aku kalau math kau tanya je ar apa-apa.Kalau geo dan sejarah, jangan tanya apa-apa. ."
Aryn menjawab dengan sedikit nada riak dan tidak jelas kerana asyik makan karipap yang dibeli.
"Pe yang kau lemah sangat math tu Eisya.Tengok soalan lepas tu jawab.Kalau algebraic ngan linear kena faham yang mana pindah dulu.Kalau volume ke total surface ke, formula dah kena bagi.As simple as that la.Dania, kalau makan, jangan bercakap and one more thing, jangan riak sangat boleh?."
Danny menerangkan panjang lebar dengan Eisya dan seterusnya menjeling Aryn yang ligat mengunyah karipap.
"Wah!!Suka je Danny ni nak menerangkan macam tu ea.Aqim, kau duduk belakang aku kan, senang sikit nak share jawapan.Boleh tak?"
Eisya memujuk Mustaqim.
Sememangnya semenjak Mustaqim berpindah di sekolah tersebut, dia selesa berkawan dengan rakan-rakannya yang kini memanggil dirinya sebagai Aqim.
"Okay.Tapi kalau salah, jangan marah aku."Mustaqim menjawab namun dengan nada yang tidak yakin.
"Janji aku dapat jawab.Betul tak ryn?"
Eisya bertanya kepada Aryn.
Diam.
"Aryn, jawab ar.Btol kan?Meniru tetap meniru.Betul atau salah belakang kira kan?."
Diam.Aryn hanya mengunyah karipap lagi dengan muka yang sungguh tidak comel.
"Aryn!!"
Eisya mula naik angin apabila Aryn tidak memberi respon.
"Eisya, kau dengar kan Danny dah marah aku bila aku bercakap waktu makan.Ni aku dah diam-diam kau pulak yang marah!Huh!Korang ni memang la!"
Aryn kembali senyap.Rakan-rakannya yang lain tidak berani bersuara kerana faham akan sikap Aryn jika marah sememangnya agak menakutkan.
"Aryn Dania, ulang lagi pe kau cakap tadi?Salah ke kalau aku nasihatkan kau?Aku takut kau tertelan karipap tu ke, apa ke.Sebab aku sayang ar aku nasihatkan.Faham?!"
Danny membidas dengan nada yang tinggi.
Aryn diam.
Eisya, Joanne, dan Mustaqim hanya memerhatikan Aryn dan Danny.
"Eisya, baik kau bawak Aryn pergi dari sini sebelum dorang berdua berperang."
Joanne berbisik kepada Eisya.
"Kau tak tengok ke muka bengis Aryn tu?Aqim, kau cuba ajak Danny pegi tempat lain.Perang besar tu jap gi."
Eisya bersuara sehalus yang mungkin supaya tidak didengari oleh Aryn dan Danny.
Namun.
"Korang diam!"
Aryn dan Danny menjerit serentak.Bisikan Eisya dan Joanne yang sehalus semut itu sudah didengari oleh Aryn dan Danny.
"And for you Danny tak salah kau nasihatkan aku.Dah la, aku nak blah dulu.Rasa macam panas sangat kat sini."
Aryn berjalan dengan lajunya.
Eisya dan joanne mngejarnya.
Danny hanya duduk dan meraup wajahnya.
"Rilekla bro.Dah kau ngan dia memang dua-dua panas baran."
Aqim bersuara.
"Dia je yang panas baran.Aku tak."
Danny masih tidak mengaku.
"Jom balik kelas.Jap agi nak ujian."
Aqim mula mengatur langkah menuju ke blok yang berhadapan dengan pejabat guru.
........
"Dania."
Danny menyapa Dania.
Diam.
Tiada sahutan mahupun tindak balas daripada Aryn.
"Aryn Dania, i'm so sorry."
Danny bersuara lagi.
"Jap agi nak ujian.Baik kau baca formula."
Aryn kembali menumpukan perhatian dengan formula mathematic yang berada di hadapannya.
.......
"Azfar Daniel, Aryn Dania, Joanne ak Louis, Eisya Rania, Mustaqim!"
Satu suara tiba-tiba kedengaran dan semua pelajar diam.
"Saya dapati kamu berlima ada niat hendak meniru??"
Aryn, Danny, Eisya, Anne dan Aqim hanya mendiamkan diri.Mereka berlima juga terkejut apabila rancangan mereka dapat dihidu oleh Cikgu Habibah.
"Hilangkah mulut kamu semua sehingga tidak dapat menjawab soalan saya?"
"Alhamdulillah..Masih ada cikgu."
Soalan kedua Cikgu Habibah dijawab mereka berlima serentak.Pada saat itu juga seluruh kelas 3 Setia ketawa dengan jawapan lima sekawan itu.Sememangnya semua pelajar amat gerun dengan guru disiplin itu yang juga mengajar mata pelajaran geografi di kelas mereka.
"Melawan kamu semua ya?"
"Ya cikgu."
Sekali lagi kelas 3 Setia gamat dengan gelak tawa pelajar-pelajar lain yang mendengarnya.
"Sekarang, kamu semua akan diasingkan.Aryn Dania dan Mustaqim, kamu berdua jawab ujian nanti di dalam bilik guru.Azfar Daniel, kamu di dalam kelas 3 Sempoi.Eisya Rania kamu kekal menjawab di dalam kelas ini.Dan akhir sekali Joanne kamu menjawab di dalam makmal sains 1.Jelas semua?"
Cikgu Habibah melihat mereka berlima dengan harapan tiada lagi jawapan yang akan mengundang gelak tawa di dalam kelas tersebut.
"Tidak cikgu."
Mereka menjawab serentak.
"Apa yang kamu semua tak faham?"
"Cikgu kata saya dan Mustaqim menjawab di bilik guru.Koordinatnya di mana cikgu?Macam yang cikgu ajar dalam geografi, koordinat digunakan untuk menentukan kedudukan atau ciri sesuatu tempat..Bukannya main cakap je dimana.Betul tak cikgu?Kalau cikgu tak cakap dimana koordinatnya, mana la saya dan Mustaqim nak jawab soalan.Kitorang kan tak tahu ciri-ciri tempat yang bakal kami duduki untuk menjawab soalan nanti.Ke cikgu dah lupa cikgu pernah mengajar kami supaya melihat dulu ciri-ciri sesuatu tempat."
Aryn bersuara lantang.Sememangnya apabila pembahas sekolah sudah bersuara memang panjang lebar gamaknya.
"Yela cikgu.Saya pun nak tanya saya di koordinat apa.Saya bukannya biasa sangat masuk dalam kelas 3 Sempoi tu.Lagipun, saya ni kan budak pandai, mana la nak masuk kelas tu.Asyik sempoi je."
Danny bersuara.
"Tak baik riak sangat"
Aryn berbisik kepada Danny.
\'Terbalas jugak akhirnya.\'Aryn berbisik sendiri.Puas kerana dapat membalas kata-kata Danny.
"Saya pun cikgu.Macam mana nak duduk dalam makmal tu nanti kalau koordinat tak dinyatakan?"
Joanne bersuara.Menyokong perihal koordinat yang tidak diberikan.
"Cukup-cukup!Kamu berlima tak payah la tukar tempat menjawab soalan.Saya nak kamu semua duduk di tempat kamu sendiri dan bersedia. 3 minit lagi ujian bermula. Ingat!Kamu berlima diperhatikan."
"Terima kasih cikgu."
Mereka berlima menjawab serentak dan kembali mengambil tempat masing-masing.
......
"Adoi!!! Susahnya ujian tadi."
Eisya geram memikirkan ujian yang sangat susah.
"Senang je."
Aryn dan Danny menjawab serentak.
"Tak baik riak sangat.
Aqim, Anne dan Eisya menjawab serentak.
Danny tersenyum.Aryn menjeling.
"Dania."
Tak dijawab.
"Dania."
Danny tidak berputus asa.
Sekali lagi, Aryn tidak menyahut.
"Dania, I\'m sorry ok?"
Masih tiada sahutan.Rakan-rakannya yang lain tidak berani untuk masuk campur.
"Dania, boleh tak jangan keras hati sangat?Orang dah minta maaf, dah ar!Ni tak, masih nak berkeras.Huh!"
Danny sudah mula mengeluarkan sikapnya.
"Kalau dah panas baran, minta maaf pun marah-marah jugak.Haish."
Aryn menjawab dengan muka innocent.
"Yela.Sorry tau."
Danny mengalah.
"That\'s okey.Dah biasa."
Aryn menjawab sambil melihat kertas soalan matematik Eisya yang sudah ditandakan jawapan.
"Not bad jugak jawapan-jawapan kau Eisya.Aku kira around 25 je betul.Meningkatkan?Okey la tu!"
Aryn memberikan pendapatnya.
Diam.Seorang pun tidak menjawab.
"Korang kenapa?Ada masalah ke?Come on.Exam dah habis ar."
Sekali lagi Aryn bersuara.
"Aku takut result aku tak gempak ar."
Joanne bersuara.
"Aku takut science aku gagal lagi."
Aqim bersuara.
"Aku takut math aku gagal."
Eisya bersuara dengan muka yang sangat risau.
Diam lagi.
"Dan kau Danny?Masalah ngan awek meletop kau tu ke?"
Aryn bertanya pula pada Danny.
"Tau tak pe."
Danny menjawab pendek.
"Ok, dengar ye.Joanne, kalau result tak gempak make more effort than today.Yang lemah tu buat la ulangkaji.Aqim, Eisya, kalau science dan math korang gagal lagi, aku janji aku ajar korang.Danny, pe masalah kau ngan awek kau?Dia merajuk?Dia jeles lagi pasal aku ngan kau?"
Aryn menjawab panjang.Tanda prihatinnya dia dengan rakan-rakannya.
"Tau tak ape.Tak tau la nak cakap apa lagi Dania.She always jealous with us.Kalau boleh dia nak dia sorang je dekat dengan aku, berkepit ngan aku.Tapi takkan aku nak ketepikan kau, or should I say, korang sume."
Danny meluahkan perasaannya yang memang faham akan kehendak kekasih hatinya yang boleh dikatakan sangat tak masuk akal.
"Then, just do it.Luangkan masa banyak-banyak dengan dia.I\'ll be by your side.Tapi kalau dah dia jeles sangat, ikut sajalah.Kau sayang dia kan?Ikut je kata dia.Aku tak kisah ar.Aku faham korang ada benda lain agi nak wat.Aqim, of course ar dengan Tina dia kan.Joanne memang nyata ar dengan balak-balak dia.Eisya memang setia dengan Haziq.Aku faham ar aku sorang je yang memang berjiwa 15 tahun.Korang sume memang suka terjerumus dalam bab-bab cintan nih."
Aryn meyakinkan rakan-rakannya sambil terus mengorak langkah bersama rakan-rakannya untuk keluar kelas.Sememangnya mereka berlima akan menjadi pelajar yang terakhir keluar kelas kerana Eisya telah diberikan tugas untuk mengunci kelas setiap kali tamatnya sesi persekolahan.
'Kalaulah korang tau aku amat perlukan korang.Dengan keadaan family aku, suasana kat rumah.Huh!!Kalau korang faham, mesti korang tau kenapa aku tak suka nak berkapel-kapel nih kan.'
Aryn bermonolog sendirian.Tanpa disedari air matanya mengalir mengenangkan keadaan sebenarnya.Juga tanpa disedari, rakan-rakannya pertama kali melihat Aryn menangis namun tidak berani bertanya, bimbang Aryn semakin memendam perasaannya.
Wonder Pets!Wonder Pets!We're on our way,To help a friend,
And save the day...
Telefon bimbit Aryn menyanyikan lagu kartun wonderpet.
Aryn menuju ke mejasoleknya untuk mencapai telefon
tersebut.Nama danny terpapar depan skrin.
"Asalammualaikum..Apa kes call malam-malam nih?"
Aryn bengang kerana diganggu.
"Waalaikummusalam.Mak oii.Ganas mak cik dania kita nih."
Danny mengusik dania.
Aryana tidak memberi respon.Diam.
"Dania, nape crying tadi?"
Danny bersuara lagi.
"Nothing..But i though you know Danny.."
"Erm..Let me guess.It's about you and he right?
And about ur family condition?
Tak aman macam dulu lagi?Kan?"
Sekali lagi aryn diam..Airmata nya mula mengalir..
Entah kenapa hatinya terusik apa bila terkenangkan
hubungannya dengan si dia dan keadaan keluarganya..
"Dania?"
"Erm.Yeah.You're right.I don't know what should i do."
"Dear, sabar ok.Keadaan kita sama..Semua org ada masalah.
Semua masalah ada konklusinya.Rilex ok.I'm here for you."
Danny berusaha untuk menenangkan hati rakannya itu.
"Thanks..Satu lagi..About the girl yang buat fitnah
bagitau aryn katageng kelas kita sombong..
What should we do?"Aryn menyoal Danny.
"Esok kita settle ea..Aku nak settlekan masalah-masalah
kau dulu esok..Lepas masalah kau settle, baru aku pasang
strategi pujuk awek aku tu..Or apa kau panggil awek aku?
awek meletop?hahahaha.."
Danny ketawa..
"Masalah aku dengan Min dan Tasya..Macam bodoh je dorang
kan.Aryn dah kata benda tu fitnah..Dorang tak dengar.
Pe ar."
Aryn geram...
"Tu la pasal.Nasib baik Joanne ngan Eisya tak percaya kan.
Aku pun dengar dorang ada wat cita pasal kau jugak.
Tapi aku tak heran sangat.Bersubahat dengan orang yang
wat fitnah memang la amalan syaitan.."
Danny turut merasa geram.
"Danny, kau kol aku ni kan, awek meletop kau tak marah ke?"
"Tak la.Peduli la dia.Kawan aku yang sorang nih lagi
penting."
"Macam ada udang di sebalik spaghetti je?"
"Tak la.Aku ikhlas cakap macam tu."
"Danny, nanti kita sembang lagi ea.Aku ngantok r.
Bye.Asalammualaikum.."
"Waalaikumussalam."
...........
"Min, Tasya!Sini jap.Aku nak cakap cket.Oi.Pempuan!
Sini jap.Aku nak bincang hal yang sangat mustahak kat
korang.."
Danny bersuara dengan garang menyuruh mereka
keluar dari kelas untuk menyelesaikan masalah Aryn.
"Apa hal nih kecoh-kecoh?"
Min bersuara..
"Hati jenis apa yang korang ada?Korang tau tak, Dania tak
bersalah dalam hal tu.It's just a slander."
"Min, Tasya, Aku minta maaf kalau ada wat salah..
Tapi cerita yang dia wat memang tak benar dan
kekadang ada gak aku mengumpat korang..
hehe..Aku minta maaf sangat-sangat.."
"Kami pun.."
Min dan Tasya menyahut serentak.
Tanpa disedari, Min dan Tasya terus memeluk Aryn...
"Wait-wait...Semput lah aku kalau macam ni..."
Mereka yang memerhati di sekeliling mereka
hanya tersenyum dengan gelagat mereka..
"Girls always like that kan?Lima sekawan
dah bersatu balik.And both of us
tak penah gaduh-gaduh lagi kan Danny?"
Aqim berbisik dengan Danny.
"Yeah..Aku happy tengok Dania happy..As usual."
Danny tersenyum dengan gelagat lima sekawan
tersebut yang bersatu kembali.
"Kamu semua masuk dalam kelas!"
Ketua kelas mereka menjerit dengan loghat cina.
Jackie Sim adalah seorang yang sangat tegas.
"Okey Sim.."Mereka bertujuh menjawab serentak.
"Sini saya ada letak itu notis..
Notis untuk jadual itu sukan kita nanti maa...
Kamu semua tengok sorang-sorang lah hoo..."
Sim meneruskan hujahnya untuk memberitahu
rakan-rakannya perihal sukan
peringkat sekolah yang akan diadakan.
"Sim, kami tarak mau datang itu sukan dengan
ambil itu acara.Boleh ka?"
Danny membalas dengan loghat cina.
"Tarak hal la kalau kamu semua tarak mau ambil acara.
Tapi kehadiran wajib maa.Kamu tau, bukan kamu saja
tak mau datang,saya pun manyak malas mau datang itu sukan.
PMR sudah dekat..Aiyoo..Manyak takut sama itu PMR."
"Okey Sim."
Danny membalas lalu pergi ke mejanya untuk mengambil beg
kerana locengtanda sesi persekolah sudah tamat berbunyi.
"Oit, cik adik mau jalan pegi mana?"
Danny menegur Aryn yang berjalan seorang diri.
"Eisya, Joanne, Min ngan Tasya pegi kantin..
Malas nak ikut.."
Aryn membalas.
"Owh..Ok lah, gerak dulu.
My beloved mom dah sampai..Bye Dania."
"Bye Danny.."
.......
It's a damn cold night,
Trying to figure out this life........
Lagu I'm with you berbunyi menandakan
ada pesanan ringkas yang masuk.
'Dania, esok pegi sukan sama-sama ea.'
'Okey.Ko jemput aku kat umah k.'
Aryn membalas dengan senang hati.
Kalau Danny tiada di sisinya, sudah tentu
dia tak berdaya sepeti sekarang.
.......
"Hai mak cik.."
Aryn masuk ke dalam kereta ibu Danny dengan muka yang riang.
"Hai dear."Ibu Danny iaitu Puan Dynas membalas sapaan Aryn.
Sememangnya,Aryn sudah biasa dengan keluarga Danny.
"Eh, tegur mama je ke?Aku ni?Buat-buat tak nampak plak ea."
Danny bersuara seakan-akan merajuk.
"Eh, ni rupanya buah hati aku..Hai darling..naa..
puas hati tak cik abang oii.."
Aryn menegur Danny.
"Puas sayangku Dania."
Danny membalas dengan muka yang bengang.
"Haisyh, korang berdua ni..
Mama tinggal kat tepi jalan je baru tau."
Puan Dynas bersuara.
"Tu haa.Anak mak cik tu.Orang tak tegur sikit
pun nak majuk."
Aryn menunjuk ke arah Danny yang duduk di seat depan.
"Mana ada..Tu..Dania tu yang sombong tak
nak tegur Danny."
Danny menunjuk pula ke arah Aryn..
"Sudah-sudah!Dah sampai ni..Kalau nak gaduh,
gaduh kat tengah stadium tu nanti ea."
Puan Dynas menyedarkan mereka berdua.
"Okay."Danny dan Aryn membalas.
"Bye mama."
Danny melambai ke arah kereta ibunya.
"Bye mak cik."
Aryn turut melambai ke arah kereta ibu
Danny yang kian menjauh.
"Jom.Pegi cari kawan-kawan kita yang lain..
Tak nak gaduh dah..Surrender.."
Danny mengalah.
"Tak payah cari lagi.Tu dorang kat tepi pagar tu.
Joanne pun dah mula menggatal"
Aryn menjawab sambil menunjukkan Joanne yang
melenggokkan badansambil menegur lelaki-lelaki
kacak yang lalu di depan mereka.Aryn dan Danny
terus berjalan menghampiri mereka.
"Hai cik adik boleh kenal?"
Danny menyoal Joanne yang sedang menunggu
lelaki-lelaki idaman malaya untuk lalu.
"Hish!Tak kuasa la aku nak kat kau Danny."
Joanne membuat muka masam namun kembali
membuat muka dan gaya menggoda apabila
seorang lelaki yang sememangnya menjadi
kegilaan ramai lalu di depan mereka.
"Eleh.Setakat macam tu aku ngan Aqim boleh buat la."
Danny tidak puas hati.
"Betol tu Danny.Aku sokong, lelaki sejati macam
kita ni pun ok ape."
Aqim turut sependapat dengan Danny.Joanne mencebik.
"Eh, korang ni kalau tak gaduh tak boleh ke?
Asyik nak gaduh je.Pening aku."
Eisya seperti selalu akan memberhentikan setiap pergaduhan.
"Wait, Dania mana?"
Danny mencari kelibat Dania.
"ye la, mana dia pegi ea?"Min turut mencari kelibat Aryn.
"Min ngan Tasya, cari dia kat toilet or mana-mana kawasan
lain.Aku, Aqim, Joanne, ngan Eisya cari dia kat astaka
dan semua kanopi rumah sukan."
Danny memberi arahan bagaikan ketua anggota platun.
...
"What??!!"
No comments:
Post a Comment