" Ini adalah yang terbaik .... yang Rif dapat fikirkan. ... hubungan kita walaupun disulami dengan debunga cinta tapi ... kita tak sefahaman. Setiap kali kita bertemu, kita pasti bertengkar. ...,"
" Stop it, Zarif !! I don’t mind. If you want it, just do it. I don’t need your explaination,"
" What do you mean ? .. don’t you love me ? Or you have any special in your life ?"
" ....,"
Amy Shafiqah mengeluh perlahan.
" Bye .. enjoy your life and find other special person in your life. .. em .. okey... I have something to do. Sorry for everything,"
Amy Shafiqah meletakkan gagang telefon pejabat perlahan-lahan.
Bahunya terinjut-injut. Air matanya mengalir deras tanpa disedari. Dia menangis sepuas-puasnya.
Kisah cintanya baru sahaja berakhir sebentar tadi.
Kenangan bersama si jantung hati dikenang.
Indahnya saat itu andai dapat diulang kembali.
Pintu biliknya diketuk berkali-kali.
Cepat-cepat, dia menyeka air matanya. Mukanya dilap dengan beberapa helaian tisu dengan perlahan-lahan. Baju kemejanya diperbetulkan. Rambutnya diselak ke tepi telinga. Menampakkan raut wajahnya yang jelita.
Amy Shaqirah menarik nafas.
" Masuk,"
Haniza melangkah masuk seraya menghulurkan sebuah fail kepadanya.
" Apa ni ?" Amy Shafiqah menyoal.
Tidak mengerti maksud kehadiran setiausahanya itu.
" Farida Holding mendakwa syarikat kita membekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput kepada pihak mereka. Jadi, mereka mahu menyaman Paradize holding," Haniza memberi keterangan.
" Mereka mendakwa yang kita bekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput ? Apa yang mereka dakwa ni ? Panggil Asraf jumpa saya sekarang ?"
" Baiklah, Cik Amy,"
Haniza segera keluar.
Apa yang dah berlaku ni ? Tiba-tiba, saja Farida Holdings buat hal !!
" Asraf, bos panggil kau," Haniza memberitahu.
Asraf, ekskutif pemasaran kehairanan.
" Cik Amy nak apa ? Aku sibuklah sekarang ni,"
" Manalah aku tahu. Kau pergilah jumpa dia sekarang. Aku tengok angin dia tak baik hari ni. Lebih baik kau pergi jumpa dia secepat yang mungkin. Kalau tak, ... tahu-tahulah kau nanti,"
" Yalah-yalah. Perempuan ni memang kalau jumpa aku mesti nak marah-marah. Tak boleh ke cakap baik-baik,"
" Tak baik kau mengutuk Cik Amy macam tu. Walaupun Cik Amy begitu tapi hatinya baik,"
" Dah, dah. Perempuan memang menyusahkanlah. Lebih senanglah kalau berurusan dengan En Zarif,"
Asraf bangun dari kerusinya.
" Membebel macam perempuan,"
" Perempuan ni kalau kita berlawan mulut memang takkan menang,"
" Hei, kau kutuk-kutuk perempuan ni, .. mak kau tu bukan perempuan ke ? Atau bapak kau yang lahirkan kau ?" Haniza geram.
Asraf terus menuju ke arah pejabat Amy Shafiqah. Malas melayan karenah rakan sekerjanya itu.
Asraf menolak daun pintu bilik Amy Shafiqah.
" Er .. Cik Amy panggil saya ?"
Amy Shafiqah mendongak. Memandang pekerjanya itu.
Mukanya bengang.
Kecut perut Asraf.
" Tak reti nak beri salam ?" Amy Shafiqah menegur.
Merah padam muka Asraf. Malu diperlakukan begitu.
" Saya minta maaf, Cik Amy,"
Amy shafiqah mengangguk.
" Duduk,"
Asraf menarik kerusi di hadapan Amy Shafiqah.
Amy Shafiqah menyepi. Membelek helaian demi helaian fail yang Haniza serahkan tadi.
Membuatkan Asraf berdebar-debar.
Apalah masalahnya ni ?
" Er .. Cik Amy ! Ada apa Cik Amy panggil saya ni ?"
Asraf memberanikan diri bertanya.
Amy Syafikah menyandar tubuhnya di kerusi.
Fail yang berwarna biru laut itu dihempaskan di hadapan Asraf.
Asraf memandang Amy Sahfikah lantas, mengambil fail tersebut.
" Apa ni, Cik Amy ?" Asraf menyoal.
Tidak mengerti, kenapa dokumen itu menyatakan bahawa, barangan yang dikeluarkan oleh Paradize holding sudah hampir tarikh luput.
Terbeliak mata Amy Syafikah.
" Awak tanya saya ?"
Amy Syafikah geram.
" Er .. saya benar-benar tak tahu, Cik Amy. Sebelum seseuatu produk dipasarkan, saya telah memeriksanya dengan teliti, Cik Amy,"
" Kalau macam tu, macammana boleh jadi begini, Asraf ? Awak tahu tak ? Sekarang ni, Farida holding mahu menyaman Paradize holding sebanyak RM 1 Juta,"
Asraf terkejut sakan.
" Ini tak boleh dibiarkan, Cik Amy. Mereka dah melampau !!"
" Memang ! Mereka begitu melampau ! RM 1 Juta tu bukannya sedikit. .. saya nak awak periksa semua data-data tu. Kemudian, serahkan kepada saya sebelum tengah hari esok,"
" Er .. mana sempat, Cik Amy ! Datuk Mokhtar dah suruh saya serahkan dua dokumen penting esok kepada beliau,"
" It is not my bussinews, Asraf. Itu dah jadi kerja awak, bukan ? Jadi, jangan nak berdalih,"
Asraf terpempan.
Apa jenis manusialah, perempuan ni ? Patutlah saya sekarang belum ada teman lelaki lagi !
" Em .. saya rasa awak boleh keluar sekarang,"
Asraf bangun. Melangkah keluar.
Amy Shafiqah mencapai kotnya. Kemudian, keluar dari ruang pejabatnya itu.
Selagi dia berada dalam ruang pejabat itu, selagi itulah otaknya tidak tenang.
Ada sahaja masalah yang mencurah-curah datang kepadanya.
" Amy tak apa-apa ?" Farhan, abangnya menegur apabila melihat wajah adik kesayangannya itu mencuka.
Amy Shafiqah mengangkat mukanya. Wajah Farhan diteliti kemudian, kepalanya digeleng.
" .. Er ... papa nak jumpa Amy dan abang,"
Amy Syafiqah mengangguk kemudian mengekori Farhan ke bilik ayah mereka.
" Papa," Farhan memanggil.
Datuk Mokhtar mengukir senyuman.
" Ha, dah datang pun kamu berdua. Duduklah dulu. Ada sesuatu yang papa nak bincangkan,"
Amy Shafiqah dan Farhan duduk bersebelahan.
Datuk Mokhtar menutup komputer ribanya.
Wajah Amy Shafiqah dipandang sesekali.
" Amy ada masalah ?" Datuk Mokhtar menyoal.
Cepat-cepat, Amy Shafiqah mengeleng.
" Er .. tak ada, papa,"
" Habis tu, kenapa muram saja ?"
Otak Amy Shafiqah ligat mencari idea.
" Er ... Amy runsinglah papa. .. Farida holding nak dakwa kita,"
" Dakwa ? Kenapa mereka nak dakwa kita ?"
" Mereka mendakwa yang syarikat kita telah membekalkan barangan yang sudah hampir tarikh luput kepada mereka,"
" Berapa yang mereka mahu ?" Farhan menyoal.
" RM 1 juta,"
" RM 1 juta ?" Datuk Mohktar dan Farhan terkejut amat.
" Ini tak boleh jadi, papa. Kita kena siasat hal ni," ujar Farhan.
" Amy dah suruh Asraf periksa data-data tu dan serahkannya kepada Amy tengah hari esok,"
" Tengah hari esok ?" Datuk Mokhtar terkejut.
" Asraf kena siapkan dua dokumen esok, untuk serahkan kepada papa. Mana sempat dia siapkan ?"
Farhan membantah.
" Satu hari ada 24 jam, abang. Kalau Amy boleh buat, kenapa dia tak boleh ?"
Datuk Mokhtar mengeleng-geleng kepalanya.
" Orang lain berbeza dengan Amy. Amy tak boleh anggap semua orang boleh lakukan apa yang Amy boleh lakukan. Manusia ni berbeza keupayaan, Amy. ... ,"
Amy Syafiqah membisu.
" Papa tak salahkan Amy mahupun marahkan Amy. Cuma papa kadang-kadang kasihan dengan pekerja-pekerja dibawah jagaan Amy. Amy terlalu tegas dengan mereka,"
" Kenapa, ada yang mengadu ke, papa ?" Amy Syafiqah menyoal.
Farhan senyum.
" Amy nikan memang tegas orangnya. Takkan itupun papa tak tahu, Amy ?"
Amy Shafiqah tertunduk.
" ... Em .. usahlah Amy runsingkan tentang itu. Tahulah papa uruskannya nanti,"
" Er .. Amy boleh uruskannya papa. .. masalah ni berpunca daripada kecuaian pekerja-pekerja Amy. Jadi, Amy haruslah bertanggungjawab sepenuhnya,"
Datuk Mokhtar mengangguk. Senyum.
Anak gadisnya itu memang bertanggungjawab.
" Kalau ada apa-apa masalah di kemudian hari nanti, jangan segan jumpa papa ataupun Amy boleh merujuk kepada abang,"
Farhan menambah.
Amy Shafiqah mengangguk.
Sedaya-upaya dia cuba menyorokkan kesedihan di hatinya.
Riak mukanya, cuba diceriakan.
" Amy yakin, Amy okey ?"
Amy Shafiqah mengangguk.
" Abang tengok Amy macam tak okey je sejak Zarif pergi ke Paris. Rindu ye," Farhan mengusik.
Sebak Amy Shafiqah cuba ditahan sebaik mungkin. Dia tidak mahu kedua-dua orang kesayangan itu mengetahui tentang status keadaannya dirinya sekarang.
Amy Syafiqah bangun.
" Amy nak baliklah, papa. Amy rasa tak sihatlah,"
Farhan kehairanan.
" Em .. kalau Amy tak sihat, tak apalah. Malam ni, kita bincangkan hal yang papa nak utarakan tadi. Jangan lupa jumpa doktor,"
Amy Shafiqah cuba mengukir senyuman. Hambar.
Amy Syafiqah keluar dari bangunan itu.
" Amy tu, okey ke papa ? Macam tak okey saja,"
" Entahlah. Si Amy tu bukannya mahu berkongsi masalah dengan orang lain,"
" Dia teringatkan Zarif kut, papa. Itulah bila ada dekat sini, bukannya tahu nak berbaik-baik .. , apa yang dia tahu .. bertengkar saja,"
" Asyik si Amy dan Zarif saja, kamu ni macammana pula dengan Fiya ? Dia dah setuju dengan lamaran kamu ?"
Farhan sedikit segan.
" Alah, tak payahlah nak segan-segan dengan papa ni. Kamu bukannya ada orang lain lagi selain papa dan Amy,"
" Han malulah papa. Han malu nak lamar Fia. .. lagipun, Han takut dia tolak lamaran Han,"
" Apa yang nak dimalukan, Han ? Han kan anak lelaki. Orang lelaki kenalah berani,"
" Fia tu dua kali lima saja dengan Amy papa. Dia tegas semacam je. Lagipun, ... papa pun sudah Han maklumlah, pegawai polis macam dia tu memang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Jadi, susah juga nak jumpa dia,"
" Alah, tu cuma alasan kamu saja. Papa bagi tempoh selama seminggu. Kalau minggu depan, kamu tak melamar Fiya lagi, papa akan pergi meminang terus saja si Fiya tu,"
" Er .. papa. Janganlah macam ni. Han tak sukalah papa desak Han macam ni. Biarlah Han sendiri yang buat keputusan,"
" Han nak buat keputusan apa lagi ? Nak tunggu sampai bila ? Nak tunggu sampai dia dikebas orang ?"
" Eh, papa ni ! Janganlah cakap macam tu. Betul-betul jadi, boleh jadi gila anak papa yang seorang ni,"
Datuk Mokhtar ketawa besar.
" Duduklah dulu, Amy. Kita berbual dulu," ujar Datuk Mokhtar.
Amy Shaqirah melangkah lemah ke arah ruang rehat itu.
Datuk Mokhtar menekan punat ‘off’ pada ‘remote control’.
" Apa ni, pa ? Han nak tengok Puaka Niang Rapiklah, pa. Episod akhir hari ni, pa,"
" Macam budak-budaklah abang ni. Cakap kat Kak Fiya baru tahu,"
" Ooo ... dah pandai ugut abang sekarang ni, ya,"
Amy Shaqirah ketawa. Cuba melupakan segalanya.
Datuk Mokhtar tersenyum.
" Dah-dah. Papa nak bincang sesuatu ni. Tentang hal yang papa nak cakap tadi,"
" Hal apa, pa ? Macam penting saja," Amy Shafiqah menyoal.
" Harith, adik kembar kepada Zarif akan masuk ke pejabat esok. Menggantikan tempat abangnya, bahagian production,"
Amy Shafiqah kaget.
Aduh, bala apakah ini ?
" Macammana ? Apa pandangan Han ? Amy ?"
" Okey, Han tak kisah ! Asalkan dia tahu buat kerja dan membantu menaikkan kualiti dan prestasi syarikat, .. Han tak akan ada masalah dengannya,"
Datuk Mokhtar mengangguk. Bibir terukir senyuman.
" Amy ?"
" Er .. Amy tak kisah, papa. Amy tahu apa yang papa buat adalah untuk kebaikan kita bersama,"
Amy Shafiqah sedar siapa dirinya dalam keluarga itu.
Hanyalah anak angkat.
Siapalah dirinya untuk mempertikaikan keputusan yang sudah dibuat.
" Baguslah. ... papa gembira mendengarnya,"
Farhan dan Amy Shafiqah senyum memandang ke arah Datuk Mokhtar.
Amy Shafiqah bangun. Farhan memandang Amy Shafiqah.
" Amy minta diri dulu, papa, abang ... Amy nak berehat dulu,"
" ...," Farhan diam.
" Amy pasti Amy okey ? Papa ..,"
" I’m okey, papa. Er ... papa ...,"
" Apa dia, Amy ? Beritahu saja apa yang Amy nak, papa akan tunaikan,"
" Er .. boleh tak ... Amy nak minta cuti dua minggu bermula esok,"
" Dua minggu ?" Farhan terkejut.
Datuk menjeling ke arah Farhan.
" Kenapa ? Amy nak ke mana ?"
" ... boleh tak, papa ?"
" .... boleh tapi Amy kena beritahu papa, kenapa Amy nak bercuti sehingga dua minggu ?"
Amy Shaqirah mengeluh.
" Kalau tak boleh, tak apalah papa. Amy naik dulu,"
" Tunggu dulu, Amy. Bukannya papa tak benarkan, papa cuma bertanya. Tak kan itupun salah ?"
Amy Shafiqah berpaling ke arah kedua-dua orang yang dihormatinya itu.
" Amy nak pergi bercuti, papa. Amy nak tenangkan fikiran,"
Amy Shafiqah tidak berselindung lagi.
" Amy nak tenangkan fikiran ?" Farhan cemas.
" Amy ada masalah ?"
" ...,"
" Amy ada masalah dengan Zarif ?"
Datuk Mokhtar serkap jarang.
" Kami dah putus, papa,"
Perlahan sahaja suara Amy Shafiqah.
Datuk Mokhtar mengucap panjang.
" Macammana boleh jadi begini, Amy ?" Farhan menyoal.
Amy Shafiqah mengelengkan kepalanya.
" Kami tak ada jodoh, abang,"
Datuk Mokhtar diam. Tidak tahu apa yang patut dikatakannya.
Zarif dan Amy memang dua-dua mempunyai ego yang tinggi. Walaupun saling mencintai tapi tiada gunanya kalau tidak sefahaman.
" ... papa benarkan. .. tapi pastikan hari ke-15, Amy dah masuk kerja semula,"
" Terima kasih, papa,"
Amy Syafiqah segera melangkah naik anak-anak tangga. Menuju ke biliknya.
" Papa ?"
" Apa dia, Han ?"
" Han bimbanglah tengok Amy macam tu. Amy tak pernah berkeadaan begini, papa. Han takut dia tak dapat kawal perasaannya ...,"
" Adik kau tu masih waras, Han. ... kita harus percaya, .. setiap yang berlaku pasti hikmah disebaliknya,"
" ...,"
Zarif berpusing ke dan ke kanan. Tidurnya tidak lena. Kata-kata Amy Shafiqah pagi tadi tergiang-giang di telinganya.
Zarif bangkit dari katilnya. Hatinya tekad. Amy Syafiqah harus dilupakan dalam kotak memorinya. Azamnya sekarang adalah mencari seorang gadis yang benar-benar memahami dan menyintainya seikhlas dan sepenuh hati tanpa ada kepura-puraan mahupun tujuan lain. Walaupun Amy Shafiqah menyintainya sepenuh hati, tetapi mereka tidak sehaluan. Masing-masing keras kepala.
Komputer ribanya berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk.
Kau dah tidur ?
Zarif senyum sendiri. Sudah lama tidak berchatting dengan saudara kembarnya itu.
Tak. Lama kau menyepi. Apa cerita sekarang ?
Cerita ? Cerita apa ? Cerita kartun ? Cerita hantu ?
Eh, budak ni ! Aku betul-betullah !!
Esok, aku ambil alih tempat kau di Paradize Holdings
Oh, ya ke ! Tahniah !
Tahniah je ?
Habis tu kau nak apa ?
Paling kurang bagilah hadiah
: Hadiah ? Kau nak hadiah ? Hadiah tak ada. Pelempang adalah
Alah, gurau jelah ! Kau pula, apa cerita ?
.. Aku baru putus dengan Amy ...
: Aduhai, saudaraku ini ! Apa nak jadi dengan korang berdua ni ?
Aku tak tahu
bercinta bagai nak rak .. tiba-tiba, putus di tengah jalan. ... siapa yang minta putus ? Kau atau dia ?
Aku ..
Kenapa ? Apa masalahnya antara kau dengan dia ?
Kami memang tak ada jodohlah. Dah lah aku malaslah nak bincang hal ni
Aku tahu ... kau dan dia tak sefahaman, bukan ? Dia bertegas dengan keputusan dia dan kau pun begitu. Masing – masing hanya fikir diri masing-masing hebat. Korang berdua ni egoisitiklah
Hei, kau tak kenallah perempuan tu. Jadi, tak usahlah kau nak berceramah dengan aku, pulak
Bila ex-girlfriend kau tu sangkut dekat aku, baru kau tergangga kemudian, terhegeh-hegeh menagih cintanya semula
Setakat minah kepala batu tu, aku tak hairanlah. Kau tak usah nak beranganlah. Si Amy tu walaupun kepala batu tapi dia setia tau. Dia tu hanya setia pada aku seorang saja tau
Kau ni .. apa jenis manusialah. Aku kesian dekat si Amy tu. Tak baik kau buat begitu dekat dia. Dah kau tahu dia cintakan kau, apasal kau tinggalkan dia ? Satu hari nanti, ada orang camtu ka kau, baru kau tahu tinggi rendah langit
Kalau kau sayang sangat dekat dia tu, kau ambil jelah buat bini kau
Okeylah, malas aku nak layan kau. Pergilah. Pergi cari minah salleh yang entah apa-apa tu. .. bye .. see you later
Ya, see you too. Send my regard to our parent but don’t tell about my love story
O .. tau takut, ya
Tak apa. Kau percayalah kat aku. Insyaallah pagi esok, aku ceritakan dekat mereka dengan jiran-jian kita sekali
Eh, budak ni !!!
Bab 3
Harith mengukir senyuman manis. Lalu, senyuman itu dilemparkan kepada semua penghuni bangunan Paradize Holdings itu.
" Saya perkenalkan ini adalah En. Harith yang juga adik kepada En. Zarith @ Zarif. En Zarith akan mengambil alih bahagian production mengantikan abangnya. Jadi, saya harap kamu semua boleh memberi kerjasama kepadanya dengan baik,"
Ujar Farhan.
" Selamat datang, En. Harith," ucap para pekerja –pekerja di bahagian I itu.
" Terima kasih," ucap Harith.
" En. Harith, mari .. saya tunjukkan bilik En. Harith,"
" Ya, baiklah,"
Farhan membawa Harith ke ruang pejabat Zarif yang dulu. Bersebelahan dengan bilik Amy Shafiqah.
Kemudian, Farhan meminta diri.
Mana agaknya Amy pergi ? Tak nampak pun dia ?
Em .. esok-esok jumpa lah tu, kot
Harith bermonolog sendirian.
" En. Harith, ni Suzana, PA kepada En. Harith,"
Farhan menunjukkan ke arah gadis berbaju kurung tradisonal kemudian, melangkah pergi. Gadis itu berdiri tegak di ruang pejabat itu. Manis sekali. Persis gadis melayu yang sejati.
" En. Harith perlukan sesuatu ? Dokumen syarikat, misalnya ?"
Suzana menyoal setelah melihat lelaki itu menyepi.
" Ya, bawakan ia kepada saya,"
" Ada apa-apa lagi ?"
" Tak ada,"
" En. Harith nak kopi ? Saya boleh buatkan,"
Suzana senyum.
" Boleh juga,"
Harith membalas senyuman gadis itu.
Amy Shaqirah merenung jauh ke arah kecerian kanak-kanak yang asyik bermain bola di tepi pantai yang memutih itu. Begitu seronok untuk digambarkan. Berhibur bersama keluarga tersayang. Dia tidak pernah merasai semua itu.
Hidupnya tidak pernah begitu. Sekarang, jiwanya begitu kosong. Luka di hatinya seolah-olah terlalu sukar untuk dirawat.
Begitu mudah Zarif memutuskan hubungan mereka. Begitu mudah Zarif mentafsir nilai cintanya dan begitu mudah Zarif melontarkan ...
Aduh, ... !
Bagaimana harus dia tempuhi hari-hari yang mendatang ?
Memang !
Memang bukan untuk berhadapan dengan Zarif tapi dia terpaksa berhadapan dengan Harith.
Walaupun tidak pernah mengenali jejaka itu, dia pasti, hidupnya pasti dibayangi bayangan bekas teman lelakinya itu.
Amy Shaqirah menggigil. Ketakutan. Takut andainya dia tidak tabah untuk lalui semua itu.
Seakan-akan dia mahu lari dari takdirnya.
Amy Shaqirah memejamkan matanya.
Dia akui memang keputusan yang Zarif itu adalah berpunca daripada dirinya jua tapi Zarif tak sepatutnya menyalahkannya 100% dalam hal itu. Mereka berdua memang sama-sama keras kepala dan ego. Jadi, tidak sepatutnya ... Zarif bertindak begitu. Tidak memberi peluang kepadanya untuk berubah sikap.
Ah, Zarif ! Kau telah meruntuhkan kepercayaanku kepada kaum sejenismu !!
Mungkinkah masih wujud lelaki yang jujur dan ikhlas serta boleh membuatkan diriku berubah ? Masih wujudkanh lelaki seperti itu ?
Ah, dunia akhir zaman !
Amy Shaqirah bangkit dari tempat duduknya. Berjalan disisir pantai. Bayu laut menghembus lembut ke mukanya.
Sungguh indah.
Sesekali membawanya ke nostalgia silam.
Kenangannya bersama Zarif.
Ah, Zarif lagi !
Kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan jantan itu ?
" Boleh saya berjalan bersama awak ?" jejaka itu menyoal.
Amy Shaqirah kebingungan.
Siapa lelaki itu ? Kenal pun tak tiba-tiba, terus sahaja mahu berjalan beriringan dengannya.
" ...,"
Amy Shaqirah membisu.
Malas untuk berbual dengan orang yang dia tak pernah tahu asal usulnya itu.
" Awak tak kenal saya ?" lelaki itu menyoal.
Amy Shaqirah pura-pura tidak dengar.
" Kalau saya panggil awak AS, awak masih lagi tak kenal saya ?" lelaki itu menyoal lagi.
AS ??
Macam pernah dengar.
Tapi hanya seoarang sahaja yang panggil aku AS iaitu ... Irwan, teman baikku masa aku berada di sekolah menengah.
Ah, tak mungkin !!
Amy Shaqirah memandang ke arah lelaki itu.
" Awak dah ingat ya, AS ?"
" Irwan ??"
Amy Shaqirah seakan menjerit.
Beberapa orang memandang ke arah mereka.
Amy Shaqirah menjadi malu sendiri.
Lelaki itu senyum.
" Aku ingat tak kan dapat jumpa kau lagi !" Amy Shaqirah bersuara perlahan tetapi nadanya gembira.
" Kenapa ? Macammanalah kau boleh fikir macam tu ?"
" Yalah, dah 9 tahun tak jumpa. Makin hensem kau sekarang ya,"
Amy Shaqirah menyakat.
" Memanglah, dan kau pula makin hodoh,"
Irwan ketawa berdekah-dekah.
" Kau ni tak habis-habis nak kutuk aku, ya ! Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah kau kutuk aku. .. dan sekarang bila jumpa balik, kau masih lagi nak kutuk aku ?"
Amy Shaqirah pura-pura marah.
" Okey-okey. Aku minta maaf. Alah, cik adik manis ! Janganlah marah !"
Amy Shaqirah ketawa kuat.
" Itupun nak percaya ke ? Sejak bila kau percaya dekat aku ni ?"
Irwan menarik muka.
" Aku memnag dah agak, dah. Kau ni memang tak berubahlah dari dulu,"
"Tetap cantik macam dulu,"
Irwan menambah perlahan.
" Apa ? Aku ada dengar macam ada orang puji akulah,"
Amy Shaqirah ketawa.
" Ooo .. bab puji memuji ni, cepat saja telinga kau tangkap ye !!"
" Alah, biasalah tu !"
" Ni, .. kau tengah bercuti ke ?"
" Yalah, tak kan aku nak kerja kat hotel ni pula ?"
" Aku tanya sajalah. Dah tu, kau kerja kat mana ? Ambil alih syarikat bapak kau ?"
" Kadang-kadang, aku rasa rugi sahaja aku further bahagian Art. Bukannya boleh kerja bab tu pun. Alih-alih, parent aku paksa ambil alih syarikat mereka. Dahlah, aku ni memang malas nak jadi ketua. Kau tau jelah aku ni, aku bukannya suka lakukan sesuatu yang menyusahkan kepala otak aku,"
" Aku tahu. Yang suka menyusahkan kepala otak tu, aku,"
" Ha, taupun kau. Tu yang malas sikit tu. Mama aku sibuk suruh uruskan Farida holdings. Papa pula suurh uruskan syarikat dia. Kalau boleh aku rasa macam nak belah saja diri aku ni jadi dua biar mereka sama-sama dapat aku,"
" Farida holdings kepunyaan mama kau ?"
Irwan angguk.
" Kenapa ?"
" Syarikat tu lah yang saman company bapak aku. RM 1 juta, Ir. Bukannya, sikit. Terkejut aku bila dengar setiausaha aku tunjukkan fail berkenaan hal itu,"
" Kau ni biar betul ? Takkan mama aku sanggup buat macam tu ?"
" Betullah. Mama kau nak dakwa, company bapak aku tu atas dakwaan bekalkan barang yang dah hampir tarikh luput di bawah kesalahan penipuan. Itulah, yang buat aku bengang sangat ni,"
" Usahlah kau risau sangat, nanti aku bincang balik dengan mama aku. Kalau susah sangat, aku ambil alih sajalah syarikat mama aku tu kemudian, aku batalkan jelah dakwaan tu. Bukannya susah sangat,"
Irwan selamba.
" Kau ni kan dari dulu lagi, suka pandang semua masalah dengan remeh sajakan ? Aku tak tahulah apa yang menjadi sesuatu yang penting kepada kau,"
" Kau,"
" Kau nikan ?? Hish, geramnya aku,"
Amy Shaqirah merajuk.
Irwan ketawa terkekeh-kekeh.
Amy meloloskan dirinya dicelah-celah keseronokkan para pengunjung. Kemudian, hilang bersama kesibukkan waktu.
Amy Shaqirah senyum. Saat memandang bintang yang bertaburan dilangit, hatinya dan alam seolah-olah menjadi satu.
" Alangkah bagus kalau aku menjadi bintang itu. Terlalu cantik dan indah untuk dimiliki. Terlalu sukar untuk dilupai dan ... terlalu sukar untuk ... dilukai,"
Air matanya mengalir. Dalam kegelapan malam, dibawah kerlipan bintang.
Amy shaqirah membaluti dirinya dengan jaket berbulu buatan Malaysia. Berwarna coklat, bercorak bunga mawar dan berlabuci. Cantik sekali.
Matanya tidak lekang daripada melihat keindahan malam yang sungguh hebat, ciptaan Allah S.W.T. yang Maha Agung.
" Bintang ... memang terlalu indah untuk di gambarkan. Sekadar bayangan untuk dimiliki, sekadar harapan untuk dirapati tetapi bukanlah sekadar gurauan untuk diilutrasi dalam mimpi,"
Amy Shafiqah kaget.
Irwan datang menghampirinya.
Amy Shafiqah melihat disekelilingnya. Hanya mereka berdua. Amy Shafiqah cepat-cepat bangun.
" Kenapa, AS ?"
" Maaf, aku harus pergi,"
" Tapi kenapa ? Kau takut aku berbuat jahat kepada kau ? Ah, tak mungkin akan berbuat begitu ! Kau kenal aku, bukan ?"
" Bukan itu yang aku maksudkan, Ir. Kita ini bukan muhrim. Jadi, adalah menjadi dosa. Kalau ada orang nampak macammana ?"
Irwan ketawa kecil.
" Okey. I’m sorry. Aku tak sepatutnya ganggu kau. Biar aku sahaja yang pergi. ... tapi hati-hati. Di sini gelap. .. dan aku yakin, kau tidak biasa di sini,"
" Kau ni, ... janganlah takut-takutkan aku begitu,"
" Aku bukan takut-takutkan kaulah. Dahlah. .. apa kata ... em .. kita pergi minum ? Boleh kita berborak. Petang tadi, aku tak sempat nak berborak panjang dengan kau .. kau terus cabut lari,"
" ...,"
Amy Shafiqah melangkah meninggalkan Irwan.
Irwan mengejar jejak Amy.
" Lama lagi kau di sini ?"
" Kenapa ? Kau nak halau aku ke ?"
Irwan ketawa.
" Aku tanya betul-betullah !"
" Aku nikan anak bos ! Lagipun, aku baru habis belajar. Parents aku kasi masa 3 bulan untuk berehat, kemudian, aku kena start kerja,"
" Oh, begitu ! .. tapi mak we kau tak marah kau bercuti lama-lama ? Tinggalkan dia sorang-sorang ?"
" Banyaklah aku punya mak we. Sapalah nak hendak aku ni ? Dah lah hensem, bijak pula. Dah lah bijak, ...,"
" Dah, dah, dah. Cukup ! Kau ni tak habis-habis nak berbangga diri. Macamlah hebat sangat,"
" Dah, kau tanya. Kau pun tahu kan, aku ni bukannya spesies yang suka bercinta. Kalau aku berkenan dekat sapa-sapa aku suruh je mak bapak aku pergi masuk meminang,"
" Hish, agaknya minah mata sepet mana yang hendak kat kau ? Kau ingat orang yang kau berkenan tu, dia pun berkenan dengan kau ? Hei, boleh blahlah,"
" Kalau susah sangat, aku kahwin jelah dengan kau,"
Amy Shaqirah mencebik.
" Sapa yang hendak dekat kau ? Bagi free aku tak nak,"
" Ooo .. hina aku ye !!"
" Aku bukannya hina,"
" Tunjuk kat aku, boyfriend kau ! Aku nak tengok mana lagi hebat antara aku dengan dia !!"
" Kalau aku belum putus lagi dengan dia, bolehlah aku tunjukkan tapi ..,"
Irwan panik.
Wajah Amy Shaqirah muram secara tiba-tiba.
" Er .. sorrylah, AS. .. aku gurau jelah. Kau okey, tak ?"
" ...,"
Amy Shaqirah menekup mulutnya.
" Aku harus belajar lupakan dia, Ir. Jodoh kami tak ada,"
Irwan serba-salah.
" Aku benar-benar minta maaf, AS. Aku tak sengaja. Em .. apa kata aku belanja kau ?"
Amy Shaqirah mengangguk.
" Jom kita pergi makan ais krim ? Nak ?"
Amy Shaqirah angguk lagi.
Irwan memesan hidangan.
Amy Shaqirah sekadar berwajah muram di meja.
" Kalau kau ada masalah, ceritakanlah pada aku. Aku sudi mendengarnya,"
Amy Shaqirah menekup mukanya.
" Aku tak tahu nak mulakannya dari mana,"
" ... siapa nama dia ?"
" Zarif ... pekerja bapak aku,"
" Dah lama kau kenal dia ?"
" Dalam empat tahun,"
" Macammana kau boleh putus dengan dia ?"
" Kau tahu aku, bukan ? .. aku akui aku memang jenis yang ego .. dan dia pun begitu. Sama-sama ego. Bila dia kata nak putuskan hubungan kami, .. aku just kata ...
" Ini adalah yang terbaik .... yang Rif dapat fikirkan. ... hubungan kita walaupun disulami dengan debunga cinta tapi ... kita tak sefahaman. Setiap kali kita bertemu, kita pasti bertengkar. ...,"
" Stop it, Zarif !! I don’t mind. If you want it, just do it. I don’t need your explaination,"
" What do you mean ? .. you don’t love me ? Or you have any special in your life ?"
" ....,"
Irwan mengeluh.
" Kau kena ubah sikap, AS. Kalau tak sampai bila kau nak jadi begini ?"
" Aku tak tahu. Dah dari kecil aku begini. I hope .. I will see a special person that can change my attitude,"
" Kalau kau nak berubah, kau sendiri yang harus berubah. Sama macam orang yang nak berhenti merokok. Kalau dia nak tunggu seseoarng menyedarkannya, mungkin dia akan sedar tapi hanya sebagai ‘sedar’. Dia harus berusaha gigih untuk sedar tentang itu terlebih dahulu dan kemudian, barulah orang lain menolongnya,"
Amy Shaqirah ketawa kecil. Lucu dengan sahabatnya itu.
" Aku tak buat lawak, AS. Aku serius,"
" Sebab kau seriuslah, aku rasa ianya melucukan. Kau kan jenis yang sentiasa happy ! Jarang sekali aku tengok kau seserius ni .. tapi terima kasih sebab nasihatkan aku. Aku harap kau dapat bantu aku,"
" Insyaallah, aku akan bantu mana yang mampu,"
" Terima kasih,"
" Janganlah begini. Aku jadi segan pula,"
" ...,"
Masing-masing menyepi.
" .. jadi sekarang ceritalah tentang kau pula. It is unfair if only I tell the story of my life ! How about you ?"
" Aku menyepi buat sekian lama. Mencari ilham yang belum tercipta,"
" Hebat !! Sesekali kau bercakap, bukan main puitis lagi, ya !"
" Itu baru sikit,"
" Alah, nak bangga diri lagilah tu,"
" Alah, kau ni ! Aku bergurau jelah. Kau sekarang ni cepat terasa,"
" Ya ? Mungkin kot sejak jumpa kau semula nilah. Kau bawa sial, kot,"
" Hoi, apa ni ? Tak baiklah kau cakap kat aku macam tu,"
Irwan membuat muka.
" Hoi, cuba cakap, sekarang ni siapa yang lagi kuat merajuk ? Kau atau aku ?"
Amy Shaqirah ketawa. Geli hati.
" Ooo .. cari peluang kenakan aku, ya !"
Ketawa mereka menjadi satu. Kuat.
Bab 4
Dua minggu telah berlalu, hari ini menjadi hari ke-15. Amy Shaqirah cepat-cepat bersiap. Tidak mahu terperangkap dengan kesibukkan jalan raya.
" Awal, Amy bersiap hari ni ?"
Amy Shaqirah senyum.
Semangatnya pulih semula.
" Senang hati papa tengok Amy dah okey macam biasa,"
" Amy okey, papa,"
" Em ... Amy balik lambat sikitlah hari ni, papa. Amy nak keluar dengan kawan,"
" Lelaki ke perempuan ?" Farhan menyakat.
" Lelaki atau perempuan, tak menjadi penghalang dalam persahabatan, abang. Kita tak boleh nak sempitkan fikiran kita dengan berkawan just dengan orang sama gender dengan kita sahaja. Zaman dah berubah, dunia dah maju jadi kenapa kita mesti berfikiran kuno lagi ?"
Farhan terkesima.
Datuk Mokhtar senyum. Gembira.
Amy Shaqirah meluru keluar.
Irwan membunyikan hon kereta. sudah 15 minit dia berada di luar. Amy shaqirah masih jua tidak kelihatan.
" Sapa tu, papa ?" Farhan menyoal.
" Em .. papa tak nampaklah. Mata papa nikan dah rabun,"
" Tu ... bukan ke .. Irwan ke papa ? Best friend .. Amy ?"
" Ooo .. budak Irwan tu. Suruhlah dia masuk dulu. Kita sarapan sama-sama,"
" Irwan masuklah dulu,"
Farhan mengajak.
Irwan keluar dari perut keretanya.
" Saya dah sarapan tadi bang. Dah kenyang lagi ni,"
" Masuklah dulu, Irwan. Dah lama pak cik tak berbual dengan kamu,"
Irwan memandang Amy Shaqirah. Kemudian, Amy mengisyaratkan ekor matanya agar permintaan papanya dipenuhi.
Irwan melangkah masuk seraya bersalam-salaman dengan ayah dan abang Amy.
" Pergi mana selama ni ? Dah lama pak cik tak nampak kamu ?"
" Saya baru balik dari US, pak cik. Ambil Art,"
" Oh, kamu minat dengan lukisan, ya !"
" Ya, pak cik,"
" Dah sekarang ni, kamu buat apa ?"
Farhan menjeling ke arah Amy Shafiqah. Kemudian, senyum-senyum. Amy Shaqirah geram. Agaknya, otak abangnya itu fikir dia dan Irwan ....
" Apa ni, abang ? Senyum sorang-sorang. Kalau teringatkan Kak Fia, biar Amy saja yang call,"
Datuk Mokhtar memandang ke arah kedua-dua orang anaknya.
" Hish, budak-budak ni ! Kita ada tetamu ni,"
" Er ... tak apalah, pak cik. Menganggu pak cik sekeluarga saja. Saya minta diri dulu,"
" Yalah,"
" Amy, pergi dulu papa,"
" Ya .. ya. Ni Amy pergi sekali dengan Irwan, ya ?"
Amy angguk.
" Jaga elok-elok anak manja pak cik ni,"
" Papa ni !" tutur Amy.
Irwan senyum.
Enjin kereta dihidupkan.
Lantas, memecut laju meninggalkan banglo mewah itu.
" Nak pergi minum dulu ke ?" Irwan menyoal.
" Tak naklah. Aku ni tak suka sarapan pagi,"
" Bahaya dibiarkan perut kosong,"
" Er .. tak payahlah. Just hantarkan aku ke Paradize Holdings dah lah,"
" Awal lagi ni. Marilah. Aku belum sarapan lagi ni. Aku ada gastrik. Kalau ada ..,"
" Yelah, yelah ! Kau ni tak habis-habis suka paksa aku,"
Irwan senyum.
" Banyaklah kau punya gastrik. Tadi cakap dah kenyang ! Kau ni makan banyak mana pun, tak gemuk-gemuk juga !!,"
Irwan ketawa.
" Eh, ni jalan menuju ke rumah kau ! Nak buat apa ? Kata nak pergi sarapan ?"
Irwan senyum.
" Eh, kau jangan nak buat hal, Ir ! Dah lah aku pakai macam ni !"
" Okey lah tu, pakai macam tu !"
" Okey, kepala hotak kau ! Pakaian begini tak sesuailah nak pergi rumah kau. Nanti apa yang mak bapak kau fikir ?"
" Relakslah, sayang ! Its okey,"
Seram sejuk Amy Shafiqah saat Irwan mengungkap perkataan itu.
" Hei, pusing baliklah ! Kalau tak aku turun kat sini jelah !!" tegas Amy.
" Sabar, AS. Mereka just nak jumpa kau saja. Bukannya nak periksa personaliti kau pun,"
" Kau ni kalau aku fikirkan balik, kau ni lagi ... lebih keras kepala daripada aku !! Kalau kau tak pusing semula, hubungan persahabatan kita sampai di sini saja," Amy Shafiqah tegas.
Amy mengugut.
Irwan membrek keretanya tiba-tiba.
" Baiklah, aku akan pusing semula tapi dengan syarat malam ni kau harus datang rumah aku,"
Amy Shaqirah mengeluh.
" Nak buat apa, Ir ? Aku bukannya bakal bini kau, nak jumpa mak bapak kau !"
" ....,"
" Tolonglah. Ni first time, aku merayu dekat kau. Jangan buat aku macam ni ! Kita bukannya ada apa-apapun. Jadi, ..,"
" Baiklah, aku tak paksa kau. .. asalkan kau masih nak berkawan dengan aku .. its okey,"
" Thanks ... tulah sebabnya aku sayang kau ni,"
" Hah ? Kau sayang aku ?"
Irwan terganga.
"Its okey as a friend, right ?"
Irwan mengeluh.
" Asyik-asyik, aku aje yang terkena,"
" Nampak, Amy ?" Datuk Mohktar menyoal Farhan.
" Entahlah, papa. Tak ada pula. Dah setengah jam dah ni. Dia yang pergi dulu, kita pula yang tercegat menunggu dia,"
" Er .. boleh laju sikit tak, aku ada meeting pagi ni. Aku takut terlewat nanti,"
" Yalah," seraya menekan minyak.
" Cuba call si Amy tu. Suruh dia datang cepat sikit. Papa takut dia terlupa dengan mesyuarat hari ni. Lebih-lebih lagi, semua dokumen ada pada dia,"
Farhan segera menghubungi Amy Shaqirah.
"Hello, Amy. Amy kat mana ni ? Apasal tak sampai lagi ?" Farhan menyoal.
" Er .. er ... on the way dah ni abang tapi er .. alamak bateri telefon Amy dah nak habislah abang. Sorry ya, 10 minit lagi, Amy sampai, bye !"
Lantas, tangannya menekan butang ‘off’.
" Abang Farhan, ya !"
Amy angguk.
" Apasal bohong ?"
" Dah tu, kau nak suruh aku cakap apa ? Beritahu yang kau buat hal tadi ?"
Irwan ketawa.
" ...,"
" Macammana, Han ?" Datuk
" Amy cakap 10 minit lagi dia sampai, papa,"
" Kalau macam tu, eloklah kita masuk dulu dalam bilik mesyuarat. Ahli-ahli lembaga pengarah pun dah ramai yang sampai tu,"
" Papa masuklah dulu. Han nak masuk bilik kejap, nak ambilkan laptop,"
Datuk Mokhtar mengangguk.
Harrith melintasi bilik Farhan. Riak wajahnya sungguh tenang tapi agak berdebar-debar saat teringat akan perihal Amy Shaqirah.
Agaknya macammanalah rupanya ?
Harith tertanya-tanya.
" Ha, Harith ! Macammana ? Seronok kerja kat sini ?" Farhan menyoal sambil tangannya mencibit beg laptop jenama Twin tech.
" Seronok, En. Farhan. Saya gembira sebab dapat bekerja di sini. Lebih-lebih lagi, mereka yang bekerja di sini semuanya baik-baik dan peramah belaka,"
" Alhamdullilah. Syukurlah kalau kamu gembira,"
Harith senyum. Mereka berjalan beriringan masuk ke bilik mesyuarat.
Datuk Mokhtar melirik ke arah jam di tangannya.
Manalah budak sorang dah pergi ? Sesuatu yang buruk telah menimpanya ? Nauzubillah !
" Maaflah semua. Saya terlewat,"
Pinta Amy Shaqirah.
Senyuman manis dilontarkan kepada para hadirin.
Semua jadi tergamam.
Ini kerana, Amy Shaqirah bukan sahaja tidak pernah mengakui silapnya bahkan sebuah senyuman pun tidak pernah diukirnya.
Perempuan ni, Amy Shaqirah ke ?
Mak datuk !! Cantik gila !
Zarif ni tak ada otak ke ?
" Baguslah Amy dah sampai. Kami tak boleh mulakannya selagi Amy tak datang,"
Amy shaqirah senyum lagi.
" Baiklah, kalau Amy dah bersedia .. bolehlah mulakan pembentangan sekarang,"
Amy Shaqirah bangun.
Seraya membuka laptopnya kemudian, melangkah ke hadapan.
" Selamat pagi, ... seperti yang tuan-tuan dan puan-puan semua ketahui, syarikat kita sekarang ini masih lagi mengungguli di antara tiga buah syarikat yang terhebat di Malaysia ini.
Dalam slideshow ini, graf menunjukkan keuntungan yang syarikat perolehi pada tahun ini lebih memberangsangkan berbanding pada tahun-tahun yang lalu. Pada 2006, syarikat memperolehi untung sebanyak 58%. Pada 2007, syarikat memperolehi keuntungan sebanyak 76% dan pada 2008, syarikat memperolehi keuntungan sebanyak 90%. Oleh itu, syarikat mensasarkan keuntungan 100% pada tahun 2009 ini berdasarkan pencapaian syarikat yang cemerlang selama tiga tahun berturut-turut setelah syarikat mengalami masalah kewangan yang teruk pada tahun 2005.
Seandainya, syarikat memperolehi keuntungan sepertimana yang disasarkan, bonus pada hujung tahun ini juga akan dinaikkan sebanyak 100%,"
Para ahli lembaga pengarah dan para kekerja bertepuk tangan.
" Namun begitu, baru-baru ini .. syarikat telah didakwa oleh Farida Holdings berhubung dengan dakwaan penipuan. Mereka mendakwa syarikat kita telah menipu pihak mereka dengan cara membekalkan barangan yang sudah hampir tarikh luput. Sebanyak RM 1juta menjadi tuntutan pihak mereka. Berhubung dengan kes ini, pihak saya telah menyiasat tentang perkara ini. Kemungkinan, terdapat beberapa orang di antara kita telah mensabotaj nama baik dan reputasi syarikat ini. Pihak saya sudah hampir mengenal pasti dalang yang terlibat dalam hal ini dan salah seorang dari mereka mungkin terdiri daripada kalangan kita di sini,"
Masing-masing saling berpandangan.
" Baiklah, kita tutup buku tentang itu kerana saya akan menguruskannya. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan semua, beberapa langkah telah diambil untuk menjanakan ekonomi syarikat. Untuk itu, saya persilakan abang saya untuk mengulas lebih lanjut mengenainya,"
Amy Shaqirah menghampiri tempat duduknya. Disebelah kanan Datuk Mokhtar.
" Siapa yang Amy maksudkan ?"
Datuk Mokhtar menyoal perlahan.
" Nantilah, papa. Amy beritahu kemudian. Rasanya, Amy tak nak ada yang dengar nanti,"
Datuk Mokhtar mengangguk.
" Kau mesti ingat, kau tu bukannya budak kecil lagi, Irwan. Dah 27 tahun pun umur kau,"
" Tapi Irwan masih tak sedia lagilah mama,"
" Tak sedia apanya, Irwan ?"
" Berilah Irwan sedikit masa lagi. Setahun atau dua tahun lagi. Irwan tak habis enjoypun lagi,"
" Biarkan sajalah, Gayah. Tak ke mana perginya anak kita ni. Sampai jodohnya, kahwinlah dia," Datuk Harun membantah tindakan isterinya itu.
" Eh, awak ni ! Menangkan si Irwan ni pula !"
Irwan senyum kepada papanya.
" Mama tak kira, Irwan ! Dalam dua minggu ni, kalau kau masih tak kemukakan calon isteri kau, kau mesti berkahwin sama ada dengan Zakiah ataupun Zawani. Muktamad !!"
" Aduh, mama ! Kenapa tiba-tiba saja mama ungkit soal kahwin ni, mama ? Kalau Irwan tahu begini jadinya, Irwan tak balik cepat-cepat. Irwan ingat, bila Irwan pulang ke Malaysia ... Irwan dapat tenangkan fikiran tapi .. macam ni pula jadinya. Irwan tak sukalah mama desak Irwan macam ni. Irwan dah besarlah mama,"
" Ooo .. sekarang, Irwan dah pandai nak melawan mama. Itulah, abang ! Gayah dah cakap jangan nak diberikan muka sangat pada anak kita ni tapi abang degil juga !"
" Bukannya Irwan nak lawan cakap mama tapi Irwan masih belum bersedia lagilah mama,"
" Sudahlah, Irwan ! Ni, papa nak tanya, sekarang macammana ? Kamu dah fikir ? Nak ambil alih syarikat mama atau papa ?"
Irwan mengeluh.
Kenapa mama dan papa suka sangat mendesak ?
" Mestilah Irwan kena kerja dengan Gayah, abang. Kalau tak siapa yang nak ambil alih syarikat saya tu nanti ?"
" Habis tu, saya macammana ?" Datuk Harun menyoal isterinya kembali.
" Beginilah, .. mama ... papa. Irwan akan ambil alih kedua-dua syarikat. Samaada mama mahupun papa,"
" Macammana kamu nak handle dua syarikat dalam masa yang sama, Irwan ?" Datin Rogayah menyoal.
" Mungkin, tiga hari .. di syarikat mama ... tiga hari di syarikat papa. .. sehari lagi, untuk Irwan berehat,"
" Kamu tak penat ke nanti ?"
Aduh, .. ! Kalau Irwan tak buat macam tu, mama dan papa akan bertengkar lagi !
" Insyaallah, mama. Irwan akan berusaha tapi ada syaratnya,"
" Syarat ? Syarat apa ?"
" Kalau mama dan papa setuju, Irwan akan ambil alih syarikat mama dan papa bermula minggu hadapan,"
Datuk Harun dan Datin Rogayah tersenyum lebar.
" Syarat apa, Irwan ?" mama menyoal.
" Syaratnya, ... sebaik sahaja, Irwan menguruskan syarikat-syarikat tu, mama dan papa tak boleh campur tangan lagi dalam urusan perniagaan. Semuanya 100% dibawah pengurusan Irwan,"
" Kenapa pula ?" papa menyoal.
" Biar sajalah, bang. Baiklah, mama setuju. Dengan syarat, Irwan jaga baik-baik syarikat mama tu,"
" Okey, papa pula ?"
" Papa akan patuhi syarat kamu tu, kalau kamu berjanji akan menutupi segala rahsia syarikat papa itu nanti,"
Datin Rogayah menjeling tajam ke arah suaminya.
Entah perniagaan apa yang suaminya jalankna pun dia tak tahu.
" Okey, papa,"
" Assalamualaikum ...," suara orang memberi salam sayut –sayut kedengaran.
" Waalaikummusalam. Masuklah,"
Zakiah ?
" Er .. Irwan nak keluar kejap, mama .. papa. Ada hal sikit,"
" Yelah," Datuk Harun mengangguk.
" Eh, Zaza ! Masuklah dulu. Mummy apa khabar ? Sihat ?" Datin Rogayah bertanya kepada anak buahnya itu.
" Sihat, auntie. Eh, abang Irwan. Abang nak ke mana ni ?"
Zakiah tergedik-gedik.
" Kalau tak silap aku, kau ni lagi tua dari aku, bukan ?"
Muka Zakiah berubah, merah.
" Kenapa cakap macam tu, Irwan ?"
Irwan memandang mamanya.
" Okey, I’m sorry. I have something to do. Do you have a hot story for today ? If you have, you can tell my mum. Okey ? Bye. I go first,"
" Irwan !!" Datin Rogayah menjerit marah.
Irwan membisu.
Merah menyala muka Zakiah. Pipinya terasa 4 inci tebalnya. Malu dengan kata-kata sepupunya itu.
" Auntie !!! Zaza teruk sangat ke untie ?" Zakiah meluru masuk.
Menghampiri Datin Rogayah.
Geli dengan perlakuan anak saudaranya, Datuk Harun segera meminta diri. Dengan alasan mengantuk.
Irwan menghidupkan enjin kereta. menuju ke arah sebuah pantai. Di situ, segala kerunsingan yang melanda jiwa mudanya akan hilang apabila jari-jemarinya mengalunkan warna-warna air yang mengambarkan keunikkan alam.
Amy bersandar pada kerusinya. Penat. Lebih dua jam mesyuarat bulanan yang baru sahaja selseai, cukup memenatkan.
Matanya dipejam rapat. Agar jiwanya lebih tenteram. Suhu penyaman udara diturunkan hingga ke tahap 16°C.
Tiba-tibanya, ingatan hinggap kepada Irwan.
Lantas, tangannya menekan-nekan nombor telefon jejaka itu.
Irwan membisu. Sekadar membiarkan sahaja telefonnya berbunyi nyaring.
" Ah, mungkin mama !"
Irwan bermonolog sendirian.
" Kenapa tak angkat ni ?" Amy Shaqirah tertanya-tanya.
Maaf, mama. Irwan tak boleh jawab panggilan mama sebab Irwan takut Irwan tak boleh kawal pertuturan Irwan bila pemikiran Irwan diluar kawalan.
Kali ini, mesej pula masuk ke dalam inboxnya.
Irwan mencapai telefonnya.
Kenapa tak angkat telefon ? Penat aku call kau !!
" AS ?"
Aduh !
Irwan segera menghubungi Amy Shaqirah.
" Hello ?"
" Hello !"
" Aduh, kau merajuk ?"
" Aku merajuk ? Cari yang lain jelah. Ni apasal tak angkat panggilan aku ?"
" ... aku ingat mama aku. Ah, macam biasa jelah ! Ni, kau tengah sibuk ke ?"
" Sibuklah juga. Kenapa ? Kau nak belanja aku makan ?"
" Kau ni !! Okeylah, hari ni .. aku belanja kau. Aku ada hal sebenarnya nak cakap dengan kau. Jadi, ... tak mengapalah. Aku cakap nanti. Rasa tak sesuai kalau aku ceritakannya sekarang,"
" Okey, jumpa kau pukul 12 nanti. Jemput aku kat depan Paradize,"
" Ok. Jangan lambat,"
" Ok,"
Bab 2
Talian diputuskan.
Amy Shaqirah merenung siling.
" Apalah agaknya yang Irwan nak cakap, ya ? ... Ehm .. kadang-kadang kesian pula dia, .. walaupun mak bapak kaya raya tapi tak pernah nak selami hati anaknya sendiri,"
" Cakap sorang-sorang, Amy ?" Farhan menyoal.
Muncul secara tiba-tiba dihadapan Amy Shaqirah.
Amy Shaqirah panik.
" Eh, kenapa masuk tak ketuk pintu ? ! Abang ni suka kejutkan Amy macam ni !!"
Farhan ketawa.
" Abang dah ketuk pintu. Salam pun dah bagi. .. tapi Amy tak jawab. Abang pun masuk sajalah,"
" Er .. er ... dah lama ke abang tercegat kat depan Amy ni ?"
Amy gugup.
" Tak adalah lama sangat. Mungkin dalam 5 minit,"
" Ada apa abang datang ni ?"
" Saja. Jomlah, pergi minum,"
" .. jomlah,"
" Harith pun ikut sekali,"
" Oh, baru Amy teringat ! Maaflah, abang ! Amy ada hal nak bincang dengan papa. Abang jelah pergi, ya !"
" ... Yalah tu,"
" Amy tak tipulah, abang,"
" Betul ? Atau Amy masih ingatkan Zarif ?"
" Abang !! Kenapa harus diungkitkan perkara lepas ? Biarkan saja ia berlalu,"
Amy Shaqirah geram.
Giginya dikacip ketat.
Amy bangun. Menunjukkan rasa marahnya.
" Maaf abang. Amy perlu pergi jumpa papa sekarang," Amy mengatur langkah.
Pintu bilik Datuk Mokhtar ditolak.
Farhan menjadi kelu lidahnya.
" Amy ? Ada apa jumpa papa ni ?"
" Tak ada apa-apa. Cuma Amy nak tanya macammana nak berurusan dengan client yang banyak karenah ?"
" Maksud Amy ? XXZ Sdn. Bhd ?"
Amy angguk.
" Kalau Amy nak berurusan dengan mereka, Amy kena banyakkan bersabar. Kadang-kadang, permintaan dan karenah mereka sukar untuk diterima oleh akal kita,"
" Tapi papa, Amy bukannya jenis yang sabar,"
Datuk Mokhtar senyum.
" Untuk menjadi orang yang berjaya bukannya sesuatu yang mudah Amy. Banyak perkara yang perlu dikorbankan,"
" Maksud papa, Amy kena pertaruhkan kesabaran yang tinggi ketika berurusan dengaan client ? Begitu ?"
" Ya, sayang. Papa memang mengharapkan Amy mewarisi empayar perniagaan papa ini. Kalau nak diharapkan Abang Farhan Amy, nampaknya hancurlah syarikat papa ni,"
" Kenapa papa cakap macam tu ? Apa yang Abang Farhan akan fikir kalau dia dengar ? Lebih – lebih lagi, Amy tak berhak ke atas harta-harta papa ni. .. sebab Amy hanyalah ..,"
" Amy ... papa tak pernah membezakan kasih sayang papa diantara Amy dan Farhan. Amy, ... papa dah anggap macam anak kandung papa,"
" Terima kasih, papa. Amy ... Amy .. terima kasih papa,"
Amy Shaqirah sebak.
Datuk Mokhtar bangun. Menghampiri anak gadisnya itu. Dah lah, jomlah kita pergi minum. Papa belanja.
Amy Shaqirah angguk.
Amy Shaqirah mengekori Datuk Mokhtar ke kereta.
" Kita nak minum di mana ?" Datuk Mokhtar menyoal.
" Amy tak kisah papa,"
Datuk Mokhtar mengeleng.
" Cuba tukar pula jawapan tu. Setiap kali papa bertanya tentang pendapat Amy, mesti itu sahaja yang Amy jawab,"
" Amy memang tak kisah papa,"
" Tak. Papa nak Amy berubah. Amy kena yakin dengan diri Amy. Amy bukannya orang lain bagi papa. Papa memang sayangkan Amy,"
" Amy tahu papa,"
" Kalau begitu, baguslah. Sekarang kita nak ke mana ?"
" Er .. minum ABC+aiskrim mesti sedapkan papa,"
" Boleh juga. Dah lama papa tak minum. .. tapi masih pagi ni. Tak meragam ke perut Amy nanti ?"
" Tak apa. Amykan memang suka minum ais tapi Amy bimbang papa pula yang akan sakit perut nanti,"
" Eh, sesekali kita buat perkara yang pelik, tak mengapa ! Boleh dimaafkan,"
Seloroh Datuk Mokhtar.
Amy Shaqirah ketawa kecil.
" Kat mana kita boleh dapatkan ABC+aiskrim tu ?"
" Papa teruskan memandu. Depan sana, ada pantai. Kat tepi pantai tu, ada sebuah warung. Warung tulah yang jual ABC+aiskrim tu,"
" Oh, ya ke ? ! Papa tak pernah tahu pun ? Dah buka ke waktu-waktu begini ni ?"
Amy senyum.
" Dah, papa. Budak-budak yang tinggal kat kampung tu, pagi-pagi lagi dah beratur panjang dihadapan warung tu. Semata-mata nak beli minuman tu,"
Datuk Mokhtar angguk.
Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja mereka tiba ditempat yang dituju.
Datuk Mokhtar dan Amy jalan seiringan. Masuk ke dalam warung itu.
" Mana Cik Amy, Encik Farhan ? Tadi, Encik Farhan kata kita pergi minum bersama ?"
" Oh, maaflah ! Amy ada urusan dengan Datuk,"
" Oh, begitu ! Tak mengapalah ! Jom kita pergi,"
" Hai, Amy ! Lama tak nampak kau datang sini ?" Wahid, si penjual ABC menyapa.
" Aku sibuk sikitlah, Wahid. Ha, ni papa aku. Papa, .. ni Wahid. Wahid ni, bekas kawan sekelas Amy masa Amy tingkatan 4 dulu,"
" Apa khabar, pak cik ?" Wahid menyapa.
" Khabar baik. Dah lama ke berniaga kat sini ?" Datuk Mokhtar menyoal seraya mengambil tempat duduk.
" Dah hampir 8 tahun. Saya ni berniaga kecil-kecilan saja, pak cik. Tak ada modal nak jual besar-besaran,"
" Tak mengapa, Wahid. Usaha itu tangga kejayaan. Pak cik doakan, kau berjaya dengan perniagaan kau ni,"
" Terima kasih, pak cik,"
Amy memandang Wahid. Lalu, lelaki itu dihadiahkan dengan sekuntum senyuman.
Matanya melilau. Kawasan pasir pantai yang memutih, begitu mengamit pandangan matanya.
" Apa kata kalau kita berjalan-jalan dulu di gigi air, papa ? Tentu seronok, bukan ?"
Amy bersungguh-sungguh.
Datuk Mokhtar senyum. Lantas, tangan tua itu ditangan lembut.
" Wahid !! Aku nak 3 ABC+aiskirim yang paling special yang pernah kau buat. Nanti kami datang balik," laung Amy.
" Amyyy !! Amy ni anak dara ! Mana boleh berteriak macam ni !"
Amy tersipu-sipu malu.
" Amy sajalah yang pergi ke sana, papa duduk sini sajalah. Sejuk kat sana tu,"
" Tak seronoklah, papa,"
" Tak mengapa ! Pergilah. Papa tunggu di sini saja,"
Amy senyum. Kemudian, melangkah ke arah gigi air.
Kakinya dihayun-hayun ke dalam air laut. Terasa nyaman dan sejuk.
" Woi, buta ke ???!!" Amy menjerit marah apabila seseoarang telah melanggarnya sehingga dia terjatuh ke dalam air. habis basah bajunya.
" Ah, .. maaf, cik !!" lelaki itu meminta maaf.
Ah, Amy ! Kenapa pula tu ?
Datuk Mokhtar segera melangkah ke arah Amy Shaqirah.
Kemudian, lelaki itu menghulurkan tangannya. Dengan niat, mahu membantu gadis bernasib malang itu.
Amy menepis tangannya.
Amy berdiri.
Menyapu-yapu pasir-pasir yang melekat pada bajunya.
" Cik, okey ?"
Amy mendongak kepalanya. Jantan sial mana pula yang memperlakunya begitu.
" Amy ?"
" Irwan ?"
Masing-masing terkejut.
" Jahanamlah, kau ni ! Macammana aku nak balik dalam keadaan basah kuyup macam ni ? Kotor pula tu ???"
" Kenapa ni Amy ? Irwan ? Hei, macammana pula dua-dua boleh ada di sini ? Kamu ni ada date ke ?"
" Eh, papa ni ! Ke situ pula !"
" Er .. maaflah AS. Aku tak sengaja,"
Datuk Mokhtar memandang Amy dan Irwan silih berganti.
" Macam-macamlah budak – budak ni. Masa aku muda-muda dulu, bercinta juga tapi tak adalah sampai main-main dalam air,"
Ujar Datuk Mokhtar seraya menuju ke arah warung semula.
" Papa !!" Amy merengek manaj.
Datuk Mokhtar senyum.
Amy pura-pura merajuk. Berjalan membelakangi Irwan.
" I’m sorry, AS. Aku tak sengaja. Memang aku tak nampak kau. Takkan aku sengaja nak tolak kau jatuh dalam air ?"
Amy membisu.
" Jangan buat muka macam tu. Tak cantik,"
" Ah !!"
Amy Shaqirah menarik muka. Lantas, mempercepatkan langkahnya. Menuju ke arah papanya.
" Please, AS ! I’m so sorry,"
Amy mengeluh. Dia tahu sahabatnya itu bukannya sengaja.
" Sudahlah. Berapa banyak kali kau minta maaf pun, baju aku tetap kotor juga,"
Amy duduk dibangku. Setentang dengan papa. Irwan pula duduk disebelahnya tanpa dipelawa.
Datuk Mokhtar ketawa kecil.
Aduhai, budak-budak ni ! .. tapi syukurlah, Amy tak bermuram lagi !
Alah, camna nak balik ofis ni ? Baju kotor camni !
Hatinya berkata-kata.
" Amy pulang terus jelah ke rumah. Tukar dulu baju. Pukul 2 petang nanti, baru datang semula,"
Ujar Datuk Mokhtar.
" Tapi papa, Amy banyak kerja dekat pejabat tu,"
" Tak apa, bahagian pengurusan pengeluaran barang tukan, Amy yang selenggarakan ? Sekarang, kenapa nak risau pula ?"
" Walaupun tak ada yang marah tapi lagi lama, makin banyak kerjanya,"
" Suka hati Amylah. Malas nak bertekak dengan Amy ni. Bukannya papa akan menang pun,"
" Betul tu, pakcik. Si AS ni, lebih sesuai jadi peguam sebab kepala keras macam batu,"
Datuk Mokhtar ketawa.
" Amboi-amboi, sedapnya mulut kau mengata aku !!"
Irwan ketawa geli hati.
" Pak Cik, Irwan, Amy, .. ni dia ABC+aiskrim special. Minumlah. Saya belanja hari ni,"
" Terima kasih. Baik hati kau hari ni,"
" Hish, Amy ni ! Orang dah belanja, itu pula yang dikata. Terima kasih Wahid,"
" Sama-sama. Eh, tak apalah .. pak cik ! Amy ni memang begitu !"
Ujar Wahid lalu meneruskan kerjanya.
" Irwan ni tak kerja ke ?" Datuk Mokhtar bertanya.
" Mama dan papa beri masa 3 bulan untuk berehat. Lepas penat belajar,"
" Oh, begitu ! Patutlah asyik berdating saja dengan anak pak cik ni !"
Irwan ketawa kecil.
Merah padam muka Amy.
" Mana ada berdating papa ? Kebetulan jelah jumpa mamat ni kat sini. Lagipun, kami ni kawan saja,"
" Kawan saja ? Amyyy jangan nak berdalih lagi," Datuk Mokhtar mengusik.
" Kami kawan je, pak cik," Irwan menambah.
" Budak-budak zaman sekarang ni, bila ditanya, mesti katanya kawan. Tup-tup, nanti cakap nak menikah !"
" Papa !!!"
Jerit Amy perlahan.
Irwan dan Datuk Mokhtar ketawa lagi dengan reaksi Amy.
" Amy nak balik macamni, papa,"
Amy bangun.
Irwan menarik tangan Amy Shaqirah. Memaksanya duduk semula.
" Duduklah dulu. Aku ada hal nak cakap dengan kau," bisik Irwan.
Datuk Mokhtar sekadar memandang kelakuan Irwan.
" Maaf," pinta Irwan.
Lupa, papa Amy berada disitu.
Datuk Mokhtar tersenyum.
" Papa masuk office dulu. Dah lambat ni. Em .. Irwan jelah temankan Amy di sini, ya,"
Irwan angguk.
" Papa, ... ??"
Datuk Mokhtar mengukir senyuman, lantas terus meninggalkan anak gadisnya di situ.
Amy Shaqirah menundukkan kepalanya.
Kenapa papa boleh fikir yang aku dan mamat ni couple ya ?
Rasanya papa dah agak maklum tentang hal aku dengan mamat sekor ni !
Amy Shaqirah menundukkan kepalanya. Dengan perlahan –lahan, minuman itu disedutnya.
" AS ?" panggil Irwan, agak perlahan.
Amy menoleh.
Tanpa sebarang bicara, anak mata mereka bertembung. Jantung kedua-dua anak muda berdegup kencang.
Astaga !!
Ucap Amy dalam hatinya.
Ya Allah, apa telah berlaku padaku ni ?
" Ada apa ?" Amy bertanya.
Namun, anak matanya memandang ke arah lain.
Irwan memandang gadis disebelahnya itu lantas, mengelengkan kepalanya berkali-kali.
" Habiskan minuman itu dahulu. Nanti, .. ada sesuatu yang aku nak kau tahu,"
Amy mengangguk.
Amy bangun sebaik sahaja, minuman itu telah dihabiskannya.
" Apa yang kau nak cakap ?"
" Maaflah, .. sebab menganggu masa kau,"
" Tak mengapa. ..,"
Irwan angguk.
Dia cuba membuka mulut. Memberitahu apa yang dihajatinya. Namun, entah kenapa, lidahnya begitu berat untuk bersuara.
Irwan merenung ke dasar lautan.
" Kau ada masalah ?"
Amy menyoal.
Sedikit bimbang melihat sahabatnya begitu.
" Aku ...,"
Amy diam. Memberi ruang kepada Irwan untuk menceritakan halnya.
" Mama aku bagi masa hanya dua minggu ...,"
Amy tercengang.
Dua minggu ? Untuk apa ?
Pandangan Irwan masih lagi ke arah laut.
Irwan membisu lagi.
" Kalau dalam masa dua minggu ni, aku tak kemukakan calon isteriku kepada mama, mama tekad nak kahwinkan aku dengan anak buahnya,"
Irwan mengeluh berat.
Amy menahan tawanya daripada meledak.
Irwan ! Memang begitulah sikapnya ! Kalau pasal memilih calon isteri, dia memang agak cerewet. Entah perempuan macammana yang lelaki itu suka, dia sendiri tak tahu.
Irwan menoleh ke arah Amy setelah gadis itu tidak memberi sebarang reaksi.
" Yang kau tahan gelak ni kenapa ? Ooo, kau gelakkan aku , ya ! Teruk betullah kau ni !"
Amy menghamburkan tawanya kuat.
Irwan naik geram.
" Dahlah, sesal pula aku cerita masalah aku pada kau. Ingatkan boleh tolong ! Tolong gelak adalah !!"
" Okey. I’m sorry !"
Irwan mengeluh lagi.
" Jangan macam ni. Tak baiklah mengeluh macam tu. ... habis macammana sekarang ni ?"
Irwan menjungkit bahu.
" Takkan kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal ?"
" Memanglah. Sepupu-sepupu aku tu, perangai semacam je. Naik geli aku tengok. Lebih-lebih lagi, si Zaza tu. Si Wani pula, macam orang kampung zaman dulu. Hei, tu semua bukan taste akulah ! Apalah, mama aku tu ? Zaman makin moden tapi mama aku masih lagi berfikir macam orang tua zaman dulu. Relakslah, umur aku masih muda. Masih banyak pengalaman yang aku perlu kutip. Sebagai lelaki yang bakal bergelar suami, aku harus mendalami segala macam ilmu. Macammana aku nak kahwin, kalau aku masih lagi tak bersedia ?"
Timbul rasa simpati di hati Amy.
" Aku setuju dengan kau tapi bab kutuk-mengutuk mak bapak ni, memang aku tak setuju. Walaupun, aku tak pernah tahu siapa maka bapak aku, tapi pantang kalau aku dengar orang kutuk mak bapak dia. Kau sepatutnya bersyukur, sebab kau ada mereka. Bila mereka sudah tiada nanti, baru kau rasa kehilangannya,"
" Aku tahu. Terima kasih, sebab ingatkan aku. ... aku buntu, sekarang .. Amy,"
" Kalau aku kenalkan PA aku untuk kau, kau nak ? Suruh dia menyamar jadi kekasih kau. Nak ?"
" Hish, tak nak aku ! Kenal tak,"
Kemudian, masing-masing menyepi.
Camne aku nak tolong mamat ni, ya ??
Irwan menoleh ke arah Amy.
Merenung wajah gadis putih mulus itu.
Muka Amy merona merah.
" Kau ni kenapa ?" soal Amy dengan muka merah padam.
" Kalau kau jelah yang menyamar jadi bakal isteri aku camne ?"
Terbeliak mata Amy mendengar kata-kata itu.
" Hei, kau ni gila ke ? Tak naklah, aku !"
" Alah, tolonglah, Amy ! Please, aku merayu kat kau ! Tolonglah ! Kalau kau tak tolong aku, hancur, musnah, dan ranaplah hidup aku !!! Tolong wahai cik adik manis, intan payung. Yang cantik lagi menawan, tolong ...,"
" Dah, dah, dah ! Aku tak sukalah kau merayu-rayu macam tu. Aku bukannya tak nak tolong tapi aku takut kalau mereka benar-benar percaya macammana ? Pastu family kau masuk meminang aku ?"
Irwan tersengih.
" Kalau mereka masuk meminang kau, kau terima jelah. Pastu kita kahwin. Habis cerita !"
" Hoi, gila ke ?"
Irwan melangkah ke hadapan.
" Kalau kau tak nak tolong, tak apalah. ... kalau macam tu, aku terpaksa pulang ke US jelah. Tak sanggup aku kahwin dengan mereka tu,"
Nada Irwan begitu serius.
Amy membisu.
" ..... kenapa kau nak ugut aku, begitu ?"
Tutur kata Amy begitu perlahan.
" Aku bukan mengugut kau atau sesiapa, Amy. .. tapi aku tak sanggup berkahwin dengan orang yang aku tak cinta,"
" Apa ada pada cinta, Ir ? Kau perlu sedar !! Hidup kita tak semestinya sentiasa dibajai dengan haruman cinta, tapi masih banyak yang perlu kita lakukan ! Bukan cinta yang membuatkan kita hidup sehingga sekarang, bukan cinta yang memberi dorongan, tapi diri kita sendiri yang menjadi perangsang. Kalau kau terus begini, lama-kelamaan, kau akan hanyut !!!"
Amy separuh menjerit.
Kegagalan cinta pertamanya, mengajar dirinya erti cinta yang sebenarnya.
Irwan menyentuh bahu Amy. Dengan pantas, Amy menepisnya.
" Jangan sentuh, aku !!"
Amy Shaqirah terduduk.
" Aku minta maaf,"
" Ah, itu saja yang kau tahu !"
" ...,"
" Sanggup kau tinggalkan aku ?"
Tubuh Amy mengigil.
Sudahlah, baru beberapa minggu mereka bertemu setelah bertahun-tahun terpisah, dan hari ini, mereka akan berpisah semula ?
" AS, aku tak sanggup tinggalkan kau. Jujur, aku menyayangimu. Sepenuh hatiku. Kasih sayangku padamu, tak pernah luntur sejak dulu. Aku menganggap kau lebih dari seorang sahabat, AS. Aku benar-benar sayangkan kau. Jadi, tak mungkin, aku akan mengahwini gadis lain selain darimu, AS. Ingatan aku padamu, tak pernah padam. Hanya kau, dalam ingatan,"
Amy berpaling. Memandang insan yang berkata-kata itu.
" Ah, kau sama seperti Zarif !! Pergi !!! Lelaki hanya pandai bermain kata, akhirnya, aku jua yang merana,"
" Aku tak sama dengan Zarif ! Kau kenal aku, bukan ?"
Amy berlari. Meninggalkan lelaki itu.
" AS !!!" jerit Irwan.
Apalah nak dibandingkan diantara tenaga perempuan Amy dengan tenaga lelaki Irwan. Tentu sahaja Irwan mendahuluinya.
" AS, tolong jangan buat aku begini !"
Amy melarikan anak matanya. Pandangan sayu Irwan tidak mampu ditatapnya.
" Pandang aku, AS. Aku nak kau jawab dengan jujur. Kau tak pernah mencintai aku ?"
Amy mengeleng kepalanya laju.
Irwan hampa.
" Please, Ir. Let me go !"
" ....,"
" Let me go, Irwan !!"
" Okey, aku hantarkan,"
Irwan menuju ke arah keretanya.
Sepanjang perjalanan, Amy menyepi. Irwan menoleh ke arah gadis disebelahnya itu berkali-kali. Namun, gadis itu tetap memilih untuk membisu.
" Kau marahkan aku ? Sebab aku luahkan perasaan aku pada kau ?"
" ...,"
" Kau berhak menghalang hati kau mencintai aku tapi kau tak berhak halang aku daripada mencintai kau,"
" Hei, boleh diam tak ! Kalau kau bercakap lagi, turunkan aku di sini saja !"
Amy menjadi setegas mungkin.
Irwan melemparkan pandangan hampanya ke luar tingkap.
" I’m sorry, Ir. ... give me time, please !"
Bisik hati kecil Amy.
Amy Shaqirah cepat-cepat keluar dari perut kereta sebaik sahaja tiba dikediamannya.
Irwan mengeluh. Berat.
Matanya menyoroti langkah teman yang istimewa bagi dirinnya itu.
Bab 5
Masuk hari ini, sudah lima hari berlalu. Sejak peristiwa itu.
Sudah lenguh jari-jemari Irwan menghubungi orang yang paling istimewa dalam hatinya itu. Namun, tidak berjaya.
Sudah berpuluh-puluh sms yang dikirimkan, namun tiada balasan yang diterima.
Irwan menghempaskan telefon bimbit, iphone 3Gnya di atas katil. Hatiny resah. Fikirannya bercelaru.
" Irwan mana, Gayah ?" Datuk Harun menyoal.
" Dalam bilik. Buat apa ntah ! Dah tiga, empat hari begitu !!" selamba sahaja jawapan Datin Rogayah.
" Irwan ada masalah ke ?"
" Manalah saya tahu ?"
Datin Rogayah bengang.
Datuk Harun menganggkat kening.
" Awak nikan mak dia ! Awak tak tanya anak kita tu sama ada dia ada masalah ke atau kenapa ?"
" Mana saya ada masa, abang ! Saya ni business women. Mana ada masa. Ke hulu, ke hilir saya kena pergi. Jumpa client tu. Jumpa client ni. Mana sempat saya nak fikir pasal Irwan tu,"
" Kot ye pun, sibuk .. awak kena juga tengok anak teruna awak tu. Dia kan anak awak. Awak patut tanya apa masalah dia ?"
" Eh, yang awak pagi-pagi macam ni dah berleter dekat saya kenapa ? Saya tahulah dia tu anak saya tapi dia anak awak juga. Kan awak dah janji. ..,"
" Gayah !! Cakap tu, janganlah kuat sangat. Nanti kalau Ir dengar macammana ?"
" Eh, siapa yang mulakan dulu ?",
" Dah, dah ! Malas saya nak bertengkar dengan awak pagi-pagi macam ni,"
" Kenapa ni auntie ? Uncle ? Dari luar Wani dah boleh dengar suara untie dan uncle bertengkar,"
Datuk Harun dan Datin Rogayah kaget.
Mereka saling berpandangan.
" Biasalah, Wani. Sudah adat berumah tangga,"
Balas Datin Rogayah.
" Auntie, uncle .. ni kad jemputan kahwin,"
Wani menghulurkan serkeping kad walimatulurus kepada Datin Rogayah seraya kepalanya ditundukkan.
" Siapa yang kahwin ?"
Datuk Harun segera menyoal.
" Wanilah, uncle !"
" Hah ?" Datin Rogayah terkejut.
Datuk Harun senyum melebar.
Datin Rogayah menjeling ke arah Datuk Harun.
" Dengan siapa, Wani ? Tak pernah cakappun dekat auntie ! Tak patut Wani buat auntie macam ni !"
Datin Rogayah merajuk.
" Er .. bukan macam tu, auntie ! Wani sengaja tak nak hebahkannya selama ni selagi semuanya tidak pasti,"
" Bakal suami Wani tu lebih hebat dari Irwan ke ?"
Datin Rogayah masih tak puas hati.
" Gayah, jodoh pertemuan di tangan Tuhan,"
" Dia seorang Software designer, auntie,"
" Wow, hebat ! Uncle tak sabar nak berjumpa dengannya,"
Datuk Harun memuji.
Datin Rogayah menjeling lagi.
" Er .. Wani minta dululah auntie, uncle. Wani kena pergi kerja sekarang ni,"
" Yalah. Pandu kereta tu elok-elok,"
" Baiklah, uncle. Oh, ya ! Kirimkan salam Wani kepada Abang Ir ya, untie,"
" Kirim salam buat apa lagi. Kau tu kan dah nak kahwin !"
Wajah Wani berubah serta-merta.
" Wani minta maaf, auntie. Wani .. faham ... ! .. tapi Wani tak boleh kahwin dengan Abang Ir. Wani dah anggap Abang Ir macam abang kandung Wani sendiri,"
" Gayah dah lah tu. Wani pergilah kerja dulu. Nanti terlewat sampai, membebel pula daddy Wani nanti.
" Baiklah uncle. Assalamualaikum,"
Bab 6
" Auntie, uncle, sarapan Diya dah siapkan. Marilah makan dahulu,"
Datuk Harun dan Datin Rogayah menghampiri meja makan berkerusi enam itu.
" Gayah cinta tak boleh dipaksa. Macam awak dulu, ...,"
" ... ya, abang. Gayah ... sedar,"
" Diya tak sarapan sekali ?" Datuk Harun bertanya.
" Diya puasa hari ni, uncle. Uncle dan auntie makanlah dulu. Diya nak kemaskan dapur,"
Ujar Qira Adiya, lalu meninggalkan ruang makan itu.
" Em, saya dah lambat ni, saya pergi office dulu. Awak nak saya hantarkan atau nak drive sendiri ?"
Datuk Harun bertanya.
" Tak perlulah abang, saya boleh drive sendiri. Lagipun, saya tak pasti lagi pulangnya pukul berapa,"
" Yelah, tapi jangan lewat sangat. Bahaya,"
Ujar Datuk Harun seraya berlalu keluar. Menuju ke arah keretanya.
Beberapa minit selepas itu, Datin Rogayah pula beransur pergi ke tempat kerja.
" Kak Diya masak apa pagi ni ?" soal Irwan sebaik sahaja melintasi ruang dapur.
" Mak kau masak cicak dalam kuali," Kak Diya melatah.
Irwan gelak sakan.
" Irwan, lain kali berilah salam dulu. Terkejut Kak Diya dibuatnya,"
" Ada ke patut Kak Diya cakap masak cicak ? Hish, gelilah KaK Diya! Tak dapat nak dibayangkan dalam otak Ir ni,"
" Ni baru bangun tidur ke ?" soal Kak Diya seraya memandang ke arah jam.
" Hish, Kak Diya ni ! Orang dah bangun dari pukul 4 tadi. Sembahyang tahajud, sembahyang sunat taubat,baca quran, macam-macamlah lagilah orang dah buat,"
Irwan tersengih.
" Suka hati kaulah, Irwan. Atas meja tu, Kak Diya dah sediakan Nasi Goreng Cina, dengan sandwich. Makanlah dulu. Kak Diya nak basuh pinggan-pinggan ni dulu,"
" Kak Diya jelah yang makan. Ir tak ada seleralah,"
" Mana boleh macam tu, Ir ? Dah tiga, empat hari Ir tak makan. Ir kan ada gastrik ! Tengok tu, muka dah pucat macam apa !"
" Ir dah makanlah, Kak Diya,"
" Bila ?"
" Ala Kak Diya ni, janganlah nak membebel macam ni ! Rimaslah,"
" Kak Diya bukannya membebel, Ir. Kak Diya Cuma bimbangkan kau saja. Dah lah tak turun makan. Pastu berkurung dalam bilik. .. Ir ada masalah ke ? Kalau Ir ada masalah, jangan segan cerita dekat Kak Diya, insyaallah kalau Kak Diya boleh tolong, Kak Diya tolong,"
" Terima kasihlah Kak Diya. Ir biasa je. Mana ada masalah. Saja Ir berkurung dalam bilik tu. Rumah ni bukannya ada orang pun. Seminggu dua ni, riuh jugalah sikit. Itupun sebab Kak Diya sudi tinggal bersama kitaorang. Nanti bila Kak diya dah dapat rumah dekat area sini, sunyi sepilah rumah ni agakanya. Mama dan papa tu asyik sibuk je,"
" Mereka tu cari wang untuk kesenangan Ir juga,"
" ....,"
" Dahlah, pergi makan dulu. Bila perut tu masuk angin, susah pula nanti,".
Irwan menekan-nekan perutnya. Perutnya bagai dicucuk-cucuk dengan jarum
" Ir ? Kenapa ni ?"
Kak Diya memapah adik sepupunya itu ke kerusi.
" ...,"
" Ir .. Kak Diya risaulah. Mari, Kak Diya hantarkan ke hospital,"
" Tak payahlah, Kak Diya,"
Irwan menahan sakit. Mukanya berkerut. Wajahnya yang putih bersih menjadi merah.
Kak Diya berlari menaiki anak tangga. cemas.
Dia memulas tombol pintu.
Matanya melilau di atas meja. Pandangan tertumpu kepada botol-botol ubat tersusun rapi di atas meja yang berbalut dengan kertas hadiah berwarna biru laut.
Cepat-cepat, Kak Diya mendapatkan Irwan itu sebaik sahaja mencapai apa yang diperlukan.
" Ya Allah !!!"
Bab 7
" Ir, kau dah sedar ? Syukurlah,"
Irwan senyum.
Hampa.
" Papa on the way ke sini,"
Irwan mengangguk.
Muka anak muda itu ditenungnya dalam.
" Assamualaikum, auntie,"
" Hah, ada apa ? Kan auntie dah cakap ? Auntie sibuk hari ni ! Ada apa ? Cepat, auntie banyak kerja ni !!"
" Irwan masuk hospital, auntie,"
" Kenapa pula ?"
" Gastrik,"
" Nantilah ! Petang karang auntie pergilah. Diya telefon uncle saja. auntie sibuk ni,"
" Baik, auntie,"
Kak Diya tumpang simpati dengan nasib Ir. .. tapi Ir masih ada ayah. Uncle mengambil berat orangnya. Ir patut bersyukur.
" Kenapa Kak Diya pandang Ir macam tu ?"
Kak Diya tersentak.
Irwan ketawa kecil.
" Kak Diya tengah fikir sebenarnya,"
" Fikir ? Fikir apa ?"
" Tentang Irlah,"
" Kenapa ? Apa yang Ir dah buat ?"
" Do you have any problem with your couple ?"
" Apa ni Kak Diya ? Ir tak fahamlah ? Masa exam dulu tak ada pun kena jawab soalan macam tu,"
" I’m serious, Ir. I’m know ... you have a trouble problem. Why don’t share with me ? Did you remember ? We had promised ... we can share anything ! No secrets between us !!"
Qira Adiya meninggikan sedikit suaranya.
Irwan mengeluh.
" Can you help me ?"
" Yes, I will,"
" Ir nak balik US,"
" What ???"
" Yes, Miss Qira Adiya !"
" But, why ?"
" I can’t marry with someone is not in my heart !"
" What do you mean ?"
" You know ? ... Mama has forced me to marry with her nephews, Zaza or Wani if ... I cannot show them my partner in my life. .. Zaza .. Wani ... They are not my taste,"
" Don’t worry about Wani, Ir. She will marry with her choice, next month,"
" Oh, good ! But, how about Zaza ? I very don’t like her. So cuttlefish, jelly, and so on,"
" Istigfar, Ir. Jangan membenci orang sebegitu rupa, Ir. Nanti lama-lama kebencian itu akan bertukar menjadi sayang,"
" Mana mungkin, Kak Diya. Kasih dan sayang Ir hanya untuk AS. Eh ???,"
Irwan menelan air liur.
Qira Adiya tersengih.
" Jiwang juga sepupu aku ni. Ooo dah ada buah hati rupanya tapi tak pernah cakap,"
" Eleh, cakap kat orang ! Yang Kak Diya dengan Abang Kimi tu, apa kes pula ?"
" Mana kitaorang ada apa-apa. Kau ni, dah-dah. kau sakitkan, nanti Kak Diya tambahkan sakit kau baru kau tahu !"
Dr. Adina mengelengkan kepala melihat telatah dua bersaudara itu.
Dr. Adina berdehem.
" Eh, Dina ! Dah lama ke jadi tunggul kayu kat situ ?" Irwan mengusik.
" Sampai hati kau cakap adik Kak Diya macam tu ?"
" Tak apalah, Kak Diya, tunggul kayupun, tunggul kayulah. Ni tengah berborak pasal apa ?"
" Pasal ..,"
Irwan mencubit tangan Qira Adiya.,
" Aaah, pasal buah hati Ir ni ! Aduh !"
" Teruklah, Kak Diya ni !"
Irwan pura-pura merajuk. Memuncungkan bibirnya.
" Itupun nak malu ke, Encik Mohd Irwan Asraf ?"
" Oooi, janganlah nak kenakan aku lak. Ni, kau datang nak apa ?"
" Hoi, suka hati akulah datang sini nak buat apa ? Lagipun hospital ni bapak aku yang punya,"
" Okay-okay, aku mengalah ! Mentang-mentang hospital hak bapak kau, banyak cakap pula kau ni !"
Qira Adiya dan Qira Adina tersengih.
" Bila aku boleh keluar ni ? Dah bosan tahap dewa ni !"
" Sabarlah, woi ! Petang ni bolehlah kau blah dari sini,"
" Woi, apa punya doktorlah macamni ! Bahasa tu tak boleh berlembut sikit ke ?"
Irwan bercekak pinggan.
" Tak ada maknanya aku berbahasa dengan kau ni !"
" Hoi, hoi ! Sedar sikit ! Ni hospital bukannya pasar !" Qira Adiya mencelah.
" Ir yang mula dulu, Kak Diya !"
Qira Adina mempertahankan dirinya.
" Wei, kau yang mulakannya dulu !"
" Cukup !! .. ni, Kak Diya nak tanya ..,"
Irwan dan Qira Adina menoleh ke arah Qira Adiya.
" Tanya apa, Kak Diya ?" Irwan menyoal.
" Bila nak ke US ? Budak tu dah tahu ?"
" Esok. ... tapi budak mana, Kak Diya ?"
" Eh, budak ni ! Your sweatheartlah !" Kak Diya menekankan perkataan ‘sweartheart’.
Muka Irwan memerah.
" Siapa nama budak tu, Kak Diya ? Kak Diya kenal ke ? Agak-agak Dina kenal tak ?"
" Hoi, budak kecil jangan nak menyibuk hal orang tua boleh, tak ?"
Qira Adina mencebik.
" Hoi, jangan nak perasanlah, ya ! Kau dan aku ni sebaya ! Ala ... Kak Diya ... ceritalah,"
" Jangan nak mengada-gadalah, Dina ooi,"
" Kau nikan, aku bagi pelempang baru tahu ! Ooo nak menyombong dengan aku, tak pe-tak pe !"
" Oh, adik Dina kusayang, kau tak kenalpun dia,"
" Ooo, tau takut !"
" Bukannya aku takut kau lempang aku ! .. tapi aku takut bila kau menangis nanti, seluruh bilik banjir. Alamatnya, tak dapatlah aku balik,"
" Kau ni teruklah," Qira Adina memasamkan mukanya.
" Wahai adik-adikku sekalian, bolehkan berikan ruang untuk kakakmu yang cantik lagi menawan ni untuk bersuara ?"
" Masuk bakul, angkat sendiri !" ujar Irwan.
" Okeylah, berbalik pada persoalan yang Kak Diya lontarkan tadi,"
" Soalan mana Kak Diya ? Ir tak ingatlah !"
" Buat-buat lupa pula dah !"
" Betul. Ir betul-betul lupa,"
" AS dah tahu Ir nak pulang ke US ?"
Irwan memalingkan mukanya ke arah tingkap.
Dia membisu.
" Kalau Ir tak jawab, tak boleh ke ... ?"
" Kalau dah namanya buah hati, mestilah dia kena tahu, Ir," Qira Adina menyampuk.
" kau tak faham situasi aku, Dina !"
" Apa yang aku tak faham !"
Irwan mendengus kasar.
" Tak ada apa-apalah !"
" Ir, mana boleh macam ni ! Kak Diya tak sanggup tengok Ir begini,"
" Ir .. okey, Kak !"
" Okey, apa macam ni ? Sampai masuk hospital ? Itu dikira okey ?" Qira Adina menambah.
Irwan menundukkan kepalanya. Memandangkan ke arah lantai simen.
" Dia ... kawan Ir. Kami berkawan sejak sekolah rendah dulu .. sampailah sekarang ... hubungan kami begitu rapat. .. mulanya, Ir tak sedar tentang hati dan perasaan Ir padanya. Lama-kelamaan, Ir mulai sedar yang kasih sayang padanya melebihi kasih sayang seorang sahabat kepada seorang sahabat apabila kami terpisah sembilan tahun yang lalu. Ir menderita kerana terlalu rindukannya. Allhamdulillah, bila Ir dah tamatkan pengajian kat US, Ir dah kembali ke sini, Ir jumpa dengannyya. Hubungan kami tetap seperti dulu. .. suatu hari, Ir meminta pertolongan daripadanya ... untuk menyamar menjadi calon isteri Ir sebab mama bagi masa satu minggu kepada Ir. Tunjukkan calon isteri kepada mama atau Ir kena berkahwin dengan anak saudara mama. ... tapi AS tak nak. Dia takut, mama dan papa benar-benar percayakan ... yang dia adalah kekasih Ir. ... baginya, Ir tak lebih dari seorang sahabat. ..... Ir terpaksa pulang ke US, Kak Diya. Ir tak nak berkahwin dengan orang lain. Ir hanya mahu berkahwin dengan AS. Walauapapun, apapun yang berlaku. ...Ir pernah luahkan isi hati Ir padanya ... tapi dia .... tak boleh nak terima Ir ....,"
Qira Adiya dan Kak Adina terpaku.
Begitu mendalam kisah cinta Irwan kepada sang kekasih hati.
" Kenapa AS tak nak terima Ir ? Apa yang Ir dah buat ?"
Irwan menjungkit bahu.
" Mungkin masih terkenangkan ex-boynya, kut ?"
" Dia pernah bercinta dengan orang lain ?"
" YA, selama empat tahun. .. hubungan mereka baru sahaja berakhir. ... Pekerja papanya !"
Qira Adina dan Qira Adiya membisu. Lidah mereka menjadi kelu.
" So, what must we do ?" Qira Adina menyoal.
" Nothing. Ir, hanya berserah kepada Allah,"
" Kita berserah setelah kita berusaha ! Bukannya tanpa berbuat apa-apa !!!"
" Habis tu, apa yang aku dapat buat !!!"
Irwan mengetap bibirnya.
" Berikan dia masa, Ir. Perempuan, ... memang perlukan masa untuk menerima cinta daripada sang jejaka. Bukan hanya pada perempuan sahaja. Cuba Ir bayangkan, Ir berada ditempatnya. Mampukah Ir mencintai orang lain yang Ir hanya anggap selama ini sebagai sahabat secara mendadak ? ... Ir, kasih sayang, cinta .. semua itu boleh dipupuk, boleh dibajak. Ir perlu ingat itu,"
" Betul kata Kak Diya, Ir. AS perlukan masa untuk semua tu. Untuk pulihkan kepercayaannya terhadap lelaki. ...,"
" ....,"
" .. don’t worry, Ir. I’m promise. I will help you,"
" Me too, Ir,"
" But, how ?"
" Just wait and see !"
" Before that, may you tell us the background of her life ?"
" ... AS tak sama dengan gadis lain. Dia anak yatim piatu,"
" Habis tu, siapa yang membesarkannya ?"
" Ayah angkatnya, Datuk Mokhtar,"
" As kerja dimana ?"
" Paradize Holdings as CEO,"
" Cantik, tak ?"
" Like a diamond in the glass box,"
" Very beautiful she is,"
" Kak Diya dah tak sabar nak jumpa dengan perempuan tu,"
" Jangan, Kak Diya !!"
Irwan membantah.
" Kenapa pula ?"
" As tu pelik sikit,"
" Pelik ?"
" Em .. em .. dia tu terlebih ego. Kak Diya kena bersabar dengannya,"
" Kau ni peliklah, Ir. Agaknya bagaimanalah rupa bidadari hati kau tu, ya ! Sehingga menyebabkan abang kesayangan aku ni terlantar kat rumah sakit ni !"
Irwan menjungkit bahu.
Malas melayan.
Bab 8
" Selamat pagi, Cik. Ada apa yang saya boleh bantu ?" soal shasha, salah seorang pekerja Paradize holdings.
" Selamat pagi. Cik Amy Shaqirah ada ?"
" Cik ni siapa ? Dah buat temujanji ? Cik Amy sibuk kebelakangan ni,"
" Saya ada hal nak berjumpa dengannya,"
" Dah buat temujanji ?"
" Tak,"
" Kalau begitu, maaflah. Saya tak dapat bantu sebab Cik Amy tak akan berjumpa tanpa temujanji terlebih dahulu,"
" Kalau begitu ...," Qira Adiya teragak-agak.
" Kami ni kakak ipar Cik Amy. Jadi, kami perlu buat temu janji juga ?"
Cepat-cepat Qira Adina menambah.
" Hah ?"
Bila masa pula Cik Amy ni kahwin ? Entahlah !
" Maaflah, Cik berdua. Saya tak tahu. Tunggu sebentar,"
Ujar Shasha seraya melangkah menghampiri bilik Amy shaqirah.
Pintu bilik itu diketuk perlahan.
" Masuk,"
Suara dari dalam bilik itu kedengaran.
Lemah.
" What’s wrong, Shasha ? I’m busy now ? What the matter ?"
" I’m sorry, Cik Amy. Your sister-in-law is coming. They want to see you,"
" What ???"
" Yes, Cik Amy ! They are introduce themselves by that title,"
Amy terlopong.
Kakak ipar ? Bila masa pula kau kahwin ni, Amy ?
" Suruh ‘kakak ipar’ saya maasuk,"
" Baik, Cik Amy,"
Qira Adiya dan Qira Adina melangkah masuk sebaik sahaja Shasha melangkah keluar.
Amy Shaqirah kehairanan.
Siapa mereka ni ? Kakak ipar aku ??? Aku pernah hilang ingatan ke ? Tak lagi, rasanya.
" Duduklah,"
Pelawa Amy Shaqirah.
" Saya, Adiya dan ini adik saya, Adina,"
" Ya, .. tapi ..,"
" Begini, Cik Amy. Bagaimana kalau saya memanggil Cik Amy dengan AS. Adakah Cik Amy mengenali kami ?"
Riak wajah Amy berubah.
" Jadi, kamu berdua ni, ada kaitan dengan Irwan ? Maaf saya tak dapat berbincang dengan kamu berdua tentang hal personal pada masa pejabat. Bukan niat saya untuk berkasar, tapi kami disini mementingkan masa,"
Amy tegas.
" Kami faham, AS tapi kami bukannya mahu berbincang sekarang tapi mungkin malam ini ?"
" Maaf, saya ada temujanji malam ini,"
" Tak boleh ditangguhkan dulu temujanji itu ?"
" Maaf Cik Adina, Cik Adiya, saya mengutamakan syarikat daripada urusan lain. Apa yang mustahak sangat ?"
Nada Amy, keras.
Qira Adiya terasa hati.
" Kalau AS sayangkan masa depan, jumpa kami di Hotel Indah Seriwarna, jam 9 malam ni,
" ujar Adiya tegas seraya menarik tangan Qira Adina keluar dari bilik itu.
Amy Shaqirah memejamkan matanya.
Aduh, apalagilah ni !
Ahhhh, ..!!!!
Amy Shaqirah menghampiri Shasha.
Kelihatan Shasha sedang leka dengan urusan kerjanya. Jari-jemarinya menari laju di dada papan kekeunci.
" Shasha, cancel all apoinments, toninght,"
Shasha tersentak dengan suara tegas Amy Shaqirah.
Ternganga mulut gadis itu.
" What ? But, Cik Amy .. The appoinment is very important to company !"
" Do you are trying to teach me about the business ?"
" Oh, I don’t mean that ! I’m sorry,"
" Just do your job. Don’t try to teach me. I know what I do,"
Amy Shaqirah segera berlalu ke tempat parking kereta.
" Kenapa dengan Cik Amy tu, Shasha ? Moody semacam je ?" Haniza menyoal.
" Periodlah tu," Asraf menyampuk.
" Kau ni, bab mengutuk Cik Amy nombor satu,"
" Memang betulkan ? Cik Amy tu memang dari dulu lagikan asyik moody dan marah je sepanjang hari. Itu tak betul. Ini tak betul. Dia sorang jelah yang betul. Lebih-lebih lagi, bila Datuk serahkan company ni padanya. Makin menjadi-jadi perangai. Tak sedar diri betul ! Dahlah anak angkat saja, berlagak bukan main !!"
" Dah habis ?"
" Belum !"
Asraf menayangkan muka selambanya.
" Dah. jangan nak jadi agen agensi mengumpat. Menambahkan lagi dosa aku adalah," bangkang Haniza.
" Apa yang kecoh sangat ni ?" Farhan menyoal.
" Tak ada apa-apa, Encik Farhan.
" Cik Amy, mana ?" Farhan bertanya lagi.
" Dah keluar ? Selepas kakak iparnya datang, Cik Amy terus keluar. Sebelum tu, semua temujanji malam ni dibatalkan !"
Shasha mengadu.
" Bukan ke malam ni, Datin Marlia nak berbincang pasal projek RM 290 juta tu ?"
" Ya, tapi Cik Amy dah batalkan,"
" Eh, jangan batalkan ! Saya akan gantikan tempat Cik Amy. Awak tahu kenapa ia dibatalkan ?,"
" Baik, Encik Farhan. Tentang tu, saya tak tahu,"
Shasha jujur.
Farhan mengangguk kepala. Kemudian, mengatur langkah untuk pergi. Dua langkah, dia mara ke depan, terus berpusing semula.
" Tadi, awak kata, kakak ipar Cik Amy datang ?"
" Ya, Encik. Kenapa ?"
" Bila masa si Amy tu kahwin ?"
Shasha, Haniza dan Asraf tercengang dengan pertanyaan Farhan.
" Sepatutnya kami yang bertanyakan soalan tu kepada encik,"
Haniza berani.
" Lupakan jelah,"
Farhan berlalu pergi.
" Aku peliklah, Shasha,"
Asraf mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
" Assalamualaikum, Pak Cik Asraf, tolong jangan nak menyibuk urusan orang lain boleh tak ? Kami orang perempuan tak mengumpat itu, ini, kau pula yang nak buat kerja tak berfaedah tu ?" balas Shasha.
" Aku anti dengan perempuan tu jelah !!" Asraf bengang.
" Kau anti dengan Cik Amy ataupun kau tak puas hati sebab kau tak dapat tackle Cik Amy ? Bukankah Cik Amy tu dulu bekas model ? Dah cun, cantik, .. meletup pulak tu,"
Haniza menambah.
" Walaupun Cik Amy tu cantik, aku tak hinginlah !!!"
Shasha dan Haniza mencebik. Kemudian, ketawa besar.
Bab 9
" Kak Diya agak, si AS tu datang ke ?" Qira Adina menyoal.
" Confirm, dia akan datang,"
" Assalamualaikum,"
Amy Shaqirah menghulurkan salam sebaik sahaja menghampiri meja makan di ruang hotel mewah itu.
" Waalaikummussalam," Qira Adiya dan Qira Adina menjawab serentak.
" Maaf, lambat sikit,"
" Taklah. Sekarang tepat pukul 9. Jam AS cepat sangat kut,"
" Em .. ada apa, sebenarnya ?"
" Your order, miss ?" soal pelayan hotel itu sebaik sahaja Amy melabuhkan punggungnya dikerusi.
" Fresh orange only,"
Pelayan itu mengangguk sebelum melangkah pergi.
" What’s the important ?"
Amy Syaqirah tidak mahu membuang masa.
" Be patient, AS," ujar Adina.
" Oh, I’m forgot ! Maaf pasal tadi,"
" Oh, don’t worry !" Adiya cepat-cepat membalas.
" Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab AS sudi datang. Kami tahu AS memang sibuk,"
Amy Shaqirah sekadar senyum.
Untuk membalas kenyataan itu, mulutnya terasa berat.
Memang projek beratus jutaan ringgit itu begitu penting bagi Paradize Holdings. Entah mengapa, dia membuat keputusan gila seperti ini. Dia sendiri tidak pasti.
" AS tahu yang Ir akan berangkat ke US esok ?"
" What ? Tomorrow ?" Amy kaget.
" Ya,"
" .....,"
Amy membisu.
" Hanya AS yang boleh menghalang Ir,"
" Mengapa bukannya orang lain ? Mengapa bukan Cik Adina ataupun Cik Adiya ? Mengapa saya yang mesti menyamar ?"
" Sebab awak adalah orangnya yang sebenar !"
Amy menunduk.
" Biarlah saya membahasakan diri saya sebagai Kak Diya dan adik saya sebagai Dina. Begini, AS. ... Kak Diya dan Dina faham keadaan AS sekarang. Memang sukar untuk kita melupakan cinta pertama yang bertandang tapi ...,"
" Ir ceritakan semuanya pada Kak Diya dan Dina ????"
Amy mengacip giginya. Ketat.
" AS tak usahlah marah. Kami dahpun seperti adik beradik. No secrets between us,"
Amy mengeluh.
Sedikit kecewa dengan sikap sahabatnya itu.
" Ir cintakan Amy. Dari dulu hingga sekarang,"
" Mengapa perlu ada cinta, kak ? Mengapa tak sebagai kawan ? Saya tak nak bercinta lagi buat masa ni. Hati saya terluka dengan kisah cinta saya yang dulu. Bukan mudah untuk mengubatinya. .. saya kecewa kak. Kecewa ! .. dan saya tak sanggup untuk mengulanginya !!"
Amy menarik nafas panjang.
" Kak Diya tolong sampaikan kepada Ir, ... jika benar, dia cintakan saya ... berikan saya masa dan ruang untuk saya memulihkan hati dan perasaan saya. Saya tidak mahu memberikannya ‘cinta palsu’. Sekadar kasihankannya semata-mata. Saya bukannya orang begitu. Kalau saya mencintai seseoarang, saya ikhlas untuk mencintai dan menyayanginya dan orang yang mencintai saya pun begitu juga,"
Amy Shaqirah bangun.
Mengatur langkah meninggalkan kedua-dua gadis berkarisma itu dalam keadaan penjelasan yang panjang lebar.
Enjin kereta dihidupkan. Lantas, Proton Waja itu memecut laju. Amy Shaqirah memicit-micit kepalanya.
Pening.
Sesekali telefon bimbit dikerling.
Tangan terasa ringan untuk mendail nombor telefon milik Irwan Asraf. Namun, hatinya tidak mengizinkannya berbuat demikian.
Amy memberhentikan keretanya dibahu jalan.
Dia masih ingat disitulah pertemuan pertama dia dengan Irwan, suatu ketika dahulu.
Rantai basikalnya jatuh dan Irwan membantu dia membaikinya.
Amy mengeluh. Matanya dipejam rapat.
Semua kenangan lalu bermain-main di benak fikirannya.
" Tak sejuk ke duduk sorang-sorang kat sini ?"
Satu suara menyapanya.
Amy Shaqirah tersentak.
Bulu romanya menegak.
Amy buat-buat tidak dengar.
Jantungnya berdegup laju.
Suara itu semakin lama, semakin hampir dengannya.
" Saya tanya, awak tak sejuk ke duduk kat sini ? Dah pukul 1 pagi pun ?"
Amy mengigil.
Pandangan kabur.
Pengsan.
" AS ???"
Amy Shaqirah membuka matanya.
Kelibat Adiya, Adina dan Irwan bermain-main dimatanya.
Amy mengenyeh-genyeh matanya.
Barulah penghilatannya jelas.
Cepat-cepat, dia bangun.
" Where I am ?"
" In my house," jawab Dina.
" I must go home, now ! It is so late,"
" Don’t worry. I will tell your family,"
" Oh, no need ! Thank you,"
" Let me send you back. Just for your safety," ujar Irwan.
" Thanks, I can handle myself,"
" Really ? No more pain ?" Irwan serius.
Amy geram.
" We need to talk,"
" It is so late, Encik Irwan !!!"
Amy meninggikan sedikit suaranya.
" Okey, but ... I very worry about you, AS. I send you back, please," Irwan seakan merayu.
Amy mengeluh. Kemudian, mengangguk.
Amy segera meluru masuk ke dalam perut kereta. Mendapatkan tempat duduk di sebelah pemandu.
" You .. drive,"
Irwan angguk kemudian, menghidupkan enjin kereta.
" Aku berangkat esok,"
Amy diam seribu bahasa.
" ... aku akan berikan kau sebanyak manapun masanya, AS. Aku akan tunggu jawapan positif dari kau,"
" ....,"
" Mungkin aku terlalu mendesak,"
Amy menjungkit bahu.
Irwan melepaskan keluh.
" Kak Diya dah ceritakan segalanya kepada aku. ...,"
" Mengapa perlu wujud orang ketiga antara kita ? .... Aku perlukan masa, Ir !!!"
" Aku minta maaf. Aku janji. Lepas ni tak akan ada yang tahu lagi,"
" ...,"
" Aku berjanji, AS. Believe me, please,"
Lambat-lambat Amy mengangguk.
" .... jangan balik ke US, Ir," Amy memujuk.
Resah dihatinya tidak dapat dibendung lagi.
" Bertahun-tahun kita terpisah. Aku tak nak kita berpisah lagi. ... berikan aku masa. ...,"
" Jadi kau sanggup terima aku dalam hidup kau ?"
" Kalau ada jodoh, tak kan ke mana. Bukankah jodoh pertemuan itu adalah ketentuan Allah ?"
" Ya, aku percaya pada takdir ! Allhamdullilah, akhirnya hati kau terbuka jua untuk aku"
Ujar Irwan seraya memberhentikan kereta sebaik sahaja kereta yang dipandunya memasuki kawasan penempatan mewah itu.
Irwan dan Amy Shaqirah keluar dari perut kereta.
" Tak perlulah kau hantar aku hingga ke pintu pagar. Aku bukannya budak sekolah rendah,"
Irwan tersengih.
" Pasal ... hari tu. ... aku akan cuba,"
" Pasal apa tu ?" Irwan mengusik.
" Kau nikan ?? Aku tarik balik persetujuan aku, baru kau tahu ?"
" Eh, janganlah ! Janganlah marah begini, sayang. Nanti tak cantik,"
Muka Amy merona merah. Malu apabila Irwan mengglarnya begitu.
" Dahlah. Kau baliklah dulu. Nanti apa pula jiran-jiran aku mengata,"
" Okey, bye-bye, sayang. Mimpikan abang yang hensem ni je, tau,"
Amy Shaqirah menjelirkan lidahnya.
Hatinya puas.
Satu masalah sudah selesai.
Amy melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan senang hati.
Suis lampu ditekan. Barulah keadaan yang gelap gelita itu menjadi terang.
Nasib baiklah dia sekarang tinggal berseorangan. Kalau tak tentu dia sekarang telah dihukum seperti seorang pesalah yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah.
Datuk Mokhtar sudah berpindah ke New York. Menguruskan cawangan baru di sana.
Farhan pula sudah tinggal berasingan dengannya. Bukannya apa, cuma papa mereka tinggal membenarkan mereka tinggal bersama semasa ketiadaannya di Malaysia. Katanya, segala kemungkinan boleh terjadi.
Amy memulas tombol pintu bilik tidurnya. Fikirannya tenang.
Dengan senang hati, Amy Shaqirah menghempaskan badannya ke atas tilamnya yang diimport dari luar negara. Matanya ditutup rapat. Namun, bibirnya tidak lekang dari senyuman.
Ah, kenapa aku jadi begini ?
Adakah aku sudah mula mencintai ?
Antara sedar dan tidak, jam locengnya sudah berbunyi nyaring. Jam telahpun menunjukkan ke angka 8.30 pagi.
Amy shaqirah bingkas bangun.
Aduh, macammana ni ??
Baju tak gosok lagi ?
Sarapan tak siap lagi ??
Kelam-kabut dia pagi itu.
Pakaiannya digosok ala-kadar.
Cepat-cepat, dia meluru ke bilik air.
Telefon Sony Ericsonnya menjerit-jerit. Menandakan ada panggilan masuk.
Sapa pula ni ! Nak mandi pun tak senang. Dah lah terlewat bangun. Itulah, pesanan orang tua tidak mahu didengar.
Biasanya, Datuk Mokhtar melarang anak gadisnya yang seorang itu tidur selepas menunaikan solat subuh.
Sejak tinggal bersendirian, tabiatnya yang suka merengkok atas tilam selepas solat subuh kian menjadi-jadi.
Telefonnya menjerit lagi.
" Kejaplah, darling !! I’m coming,"
Cepat-cepat, Amy Shaqirah menukarkan pakaiannya lalu menghampiri telefon bimbit kesayangannya itu.
" Hello ?"
" Hi, baru bangun ke ?"
" ... Nak apa ?"
" Tunggu sayanglah ni. Abang dah ada dekat bawah ni,"
" Buat apa," Amy buat-buat bodoh.
Aduh, minah ni !
" Dah siap ke belum ?"
" 15 minit lagi siaplah ? Kau tak masuk office lagi ke ?"
" Abang tunggu sayanglah ni,"
" Kau pergilah dulu. Nanti lambat pula,"
" Tak pe. Abangkan boss,"
Amy mencebik.
" Lantak kaulah. Kalau lambat sampai, jangan menangis pula,"
Selepas bersiap ala kadar, Amy Shaqirah terus berlalu turun.
" Cepat siap. Kata 15 minit ? 5 minit je ?"
" Kan ada yang menangis pula nanti. Tengoklah ni, tak sempat make-up pun,"
" Tak pe, tak make-up pun cantik juga,"
Amy sekadar menjeling.
Tak kuasa nak melayan.
****
" Awal sampai ?" Farhan menegur sebaik sahaja ternampak kelibat Amy Shaqirah yang tergesa-gesa memasuki ruang pejabat.
" Traffic light jamlah, abang,"
" Ya ke ?" soal Farhan seraya mengekori Amy Shaqirah masuk ke bilik Chief Excutive Officer.
Farhan dengan selambanya duduk dikerusi. Setentang dengan Amy shaqirah.
Amy membiarkan sahaja abangnya berbuat demikian.
" Pergi mana semalam ?"
" Ada hal !"
Jawab Amy ringkas.
" Hal ? Hal apa ?"
" Personal ?"
" Penting sangat sehingga sanggup batalkan temujanji dengan client ?"
Amy memandang tajam ke arah Farhan.
Dia tahu, memang dia silap. Dia sepatutnya lebih mengutamakan urusan syarikat daripada masalah peribadinya.
" Abang tanya, kenapa tak jawab ?"
" Amy minta maaf, abang !"
" Sorry ? For what ?"
" Tentang temujanji dengan Datin Marlia,"
" You are CEO. The big boss in this company so, why should you want I to appologize you ?"
Amy bengang.
Kalau kau dah tahu aku yang berkuasa ? Yang kau tanya aku, macam aku pekerja kau kenapa ?
Mujur sahaja ayat itu tak terlepas dari mulutnya.
" Abang cemburu sebab papa serahkan syarikat ni kepada Amy ?"
" Mana ada cemburu ?"
" Tak payah tipu Amy, abang. Daripada perlakuan dan sikap abang sejak Amy ambil alih syarikat ni, abang dah tak macam dulu lagi. Kalau abang nak tahu, Amy tak pernah pun berharap untuk menerima tanggungjawab yang besar seperti ini. Amy tak kepingan pun dengan semua ni, abang. Cukuplah dengan Amy menumpang kasih dibawah teratak kasih sayang yang family abang curahkan kepada Amy tapi ini semua adalah amanah papa. Papa amanahkan Amy untuk memikul tanggungjawab ni,"
Amy mengawal nada suaranya.
" Kalau Amy rasa diri Amy begitu amanah, mengapa sanggup batalkan temujanji semalam ?"
" Amy dah cakap, Amy ada hal semalam,"
" Hal apa ?"
" Tak kan semuanya mesti dilaporkan kepada abang ?"
" Abang tak ada hak untuk tahu ?"
Amy mengeluh.
" Don’t force me ! Don’t try to make me angry, please !!"
Farhan berpeluk tubuh.
" Kalau kerana harta dan syarikat ini yang menyebabkan hubungan kita begini, Amy akan lepaskan tapi dengan syarat, papa yang memberi kebenaran,"
" Ah, sudahlah ! Malas abang nak bertekak dengan Amy !" Farhan keluar.
Lepas satu-satu masalah yang timbul.
Amy terduduk di atas kerusinya.
Apalah nasib hidup aku ?
Pintu biliknya diketuk.
Amy shaqirah menarik nafas dalam.
" Masuk,"
" Selamat pagi, Cik Amy,"
Amy mendongak.
" Oh, Harith ! Duduklah. Ada apa ?"
" Terima kasih. Ni adalah dokumen-dokumen sulit syarikat yang sedikit mencurigakan yang Cik Amy minta daripada saya, dua hari lepas,"
" Oh, saya benar-benar terlupa !"
Fail-fail itu bertukar tangan.
Helaian demi helaian dokumen itu dibelek.
Dengan muka tanpa riak, " Em .. awak boleh pergi,"
" Baiklah, Cik Amy,"
Harith segera bangun.
" Er .. nanti sekejap !"
" Ada apa, Cik Amy ?"
" Awak tak sihat ? Muka awak pucat semacam,"
" Tak berapa sihat, Cik Amy. .. tapi insyaalllah saya masih boleh teruskan kerja saya,"
" Kalau tak sihat, minta cuti sajalah. Saya izinkan,"
" Terima kasih, Cik Amy. .. tapi saya mesti siapkan kerja saya dahulu,"
" Suka hati awaklah,"
Amy Shaqirah senyum.
Aduh, perempuan ni ! Sekali senyum nak gugur jantung aku ! Tapi bila marah, mengalahkan singa kelaparan !!
Harith segera keluar.
Apalah kau ni, Zarif ? Amy yang boleh dikatakan perfect nipun kau boleh tinggalkan ? Macammanalah agaknya taste kau ? Entahlah.
Masa berlalu dengan pantas. Meninggalkan saat-saat penting dengan pantas tanpa berhenti walau sesaat.
Dentingan jam tua sebanyak lima di ruang tengah pejabat menandakan jam sudah mengarahkan ke angka lima petang.
Amy Shaqirah masih bertungkus-lumus dengan urusan kerjanya. Masih lagi ralit dengan pen, fail dan laptopnya.
" Tak nak balik lagi ?"
Amy sedikit terkejut dengan sapaan Farhan di muka pintu.
" Ya Allah, abang ni ! Terperanjat Amy. Ada apa, bang ?"
" Tak nak balik ke ?"
Amy mengerling ke jam tangannya.
" Oh, dah pukul lima rupanya ! Em ... abang pulang dululah ! Ada kerja sikit lagi ni !"
" Janganlah kerja kuat sangat ! Kesihatan perlu dijaga. Tengok, tadipun tak keluar makan !"
Amy Shaqirah ketawa kecil.
" Amy tak sedar yang masa bergerak dengan pantas. Tak sempat Amy nak kejar,"
Amy ketawa kecil.
" Abang balik dulu. Kalau ada apa-apahal beritahu abang. Balik nanti terus balik rumah. Jangan nak ke mana-mana. Kalau nak tidur, pastikan semua tingkap dan pintu berkunci,"
" Yalah, abang !"
Amy tersengih.
" Okeylah, bye !"
" Er .. abang ! Kirim salam dekat Kak Fiya,"
Laung Amy.
" Macam tau-tau je abang ada date Kak Fiya malam ni ?"
" Telepatilah, bang,"
" Pandailah Amy ni,"
" Dahlah, dah lewat ni. Abang balik dulu,"
" Yalah. Drive carefully,"
" Ya,"
Selepas memastikan Farhan meninggalkan ruang pejabat, Amy Shaqirah terus menyambung tugasnya.
Bedebuk !!!
Eh, bunyi apa tu ??
Bergegas Amy menuju ke arah bunyi itu.
" Ya Allah, Harith !!!"
Jejaka berbadan tegap itu pengsan.
" Harith ? Bangunlah !!"
" Aduh, macammana ni ?? Semua orang dah balik !!"
Amy Shaqirah segera berlari masuk ke biliknya. Mencapai tas tangan, kunci kereta dan telefon bimbitnya.
Dengan bersusah –payah, Amy memapah tubuh sasa Harith masuk ke dalam perut kereta.
***
" Macammana ? Awak dah rasa okey sikit ?" soal Amy Shaqirah sewaktu dalam perjalanan pulang dari hospital.
Kalau diikutkan kata-kat doktor, ada baiknya Harith berehat dihospital selama beberapa hari. Namun, lelaki disebelahnya itu bertegas mahu pulang jua.
Harith angguk. Wajahnya begitu pucat.
" Itulah, saya dah suruh ambil cuti saja tapi awak degil juga,"
Harith sekadar senyum.
" Degil macam Zarith juga !!" Amy Shaqirah bersuara secara tiba-tiba.
Kemudian, tersedar dengan keterlanjuran kata-katanya.
Riak wajahnya berubah amat.
Marah, malu, geram dan semuanya bercampur baur.
Harith menoleh ke arah Amy Shaqirah.
Tetapi tiada apa yang keluar dari mulutnya.
Amy Shaqirah pura-pura berlagak biasa.
Telefon bimbitnya bergetar.
" Sayang ! Sayang kat mana ni ?" soal Irwan dengan nada penuh kasih sayang.
" On the way to back home !" balas Amy tanpa perasaan.
" Where you come from ?"
" Office,"
" Alone ? Oh, my god ! It is so late ! Don’t work very hard, my heart. It is not good for your health,"
Ah, bencinya ! Zarith pun begitu dulu !
Benci ! Benci ! Benci !
Namun, tidak sampai hati pula mengasari Irwan pada lewat petang seperti itu.
" I’m not alone, my love !"
Irwan senyum sendiri.
Harith cuba mencuri-curi dengar perbualan mereka.
" Sayang dengan siapa tu ?"
" My worker,"
" Male or female ?"
" Just my worker,"
" Male or female,"
" Why ? Jealous ?"
Amy Shaqirah menduga.
" Of course, my pretty !"
" Em .. I’m driving now ! I will call you 30 minutes laters. I’m tired now ! Bye,"
" Okey, drive carefully ! Don’t just dream for me !"
Irwan mengusik.
" Waste my time !!"
Irwan gelak.
" Okey, see you later,"
Padan muka kau, Zarith ! Itulah engkau. Si Amy, kau tinggalkan. Tengok ! Tak sampai setahunpun, dia dah dikebas orang !!
Kata mak, Amy selalu datang ke rumah dulu tapi sekarang tak lagi. .. dan itu menyebabkan mak risau dengan perhubungan Amy dan Zarith.
Tapi, waktu tu .. aku sedang further belajar dekat India.
.. Dahlah terpaksa tukar profesion. Sepatutnya bergelar doktor tapi jadi jurutera. Sampai aku kelam-kabut sewaktu sebulan pertama dulu. Kalau tak kerana hormatkan Datuk Mokhtar yang telah banyak berjasa kepada keluarga aku tak mungkin aku buat kerja gila ni.
Kelakar bila diingatkan balik semua tu.
...
.....
Tak tahulah apa reaksi mak dan ayah kalau mereka tau tentang semua ni.
Mak dan ayah terlalu mengharapkan Amy menjadi menantu mereka.
Bukan disebabkan harta dan pangkat tetapi kata mereka, Amy tak sama dengan gadis-gadis lain yang bergelar anak orang kaya. Aku sendiri tidak tahu apa istimewanya perempuan kat sebelah aku ni.
Sebab .. ada kalanya perempuan ni baik dan adakalanya, ia sebaliknya.
Tapi ... Amy ni unik. Unik bagi aku.
Kalaulah, aku mampu memilikinya ....
" Em ... Harith ! Dah sampai kat rumah awak,"
Harith tersentak. Lena dengan monolognya sendiri.
" Terima kasih. Maaflah sebab menyusahkan Cik Amy,"
" Sama-sama. Oh, tak mengapa !"
Bab 9
Amy merebahkan badannya di atas katil.
Aduh, penatnya !
Amy merenung bilah-bilah kipas yang berputar laju.
Papa ? Bila papa nak pulang ? Amy rindukan papa !
Bayangan wajah papanya berlegar-legar diruang matanya.
Lagu Mimpi yang sempura nyanyian Peterpan berbunyi nyaring.
Hendak tercabut tangkai jantungnya mendengar kelantangan suara jeritan telefon bimbit disebelahnya itu.
" Assalamualaikum,"
" Waalaikummussalam,"
" ...,"
" Er .. maaflah. Aku lupa. Sorry, ya !"
" Dah tahu dah,"
" Alah, kau merajuk ke ?"
" Ni tengah merajuklah ni. Nak tunggu orang kat sana pujuk,"
Amy Shaqirah ketawa.
" Merajuk mana boleh cakap !"
Irwan berdehem.
Betullah. Amy yang hantar aku tadi. One the way nak balik, pak we dia call.
Kau ni biar betul ? Jangan nak reka cerita pula
Malaslah nak cerita. Kau bukannya nak percaya pun.
Impossible, Harith. Kalau benar, dengan siapa ?
Aku tak pasti. Rasanya aku pernah tengok lelaki tu. Mereka selalu keluar bersama.
...
jealous ?
Siapa tak ?
Buat apa nak jealous ? Dia bukannya milik kau lagi !
Kau sengaja nak buat aku marah ?
Aku ? Aku nak buat kau marah ? Em .. ya kot ! Tapi aku rasa senang sikit sekarang ni sebab Amy dah boleh jalankan hidupnya dengan biasa. Kau pula macammana ? Dah jumpa awek baru ?
.... tak. Susahlah nak cari pengganti. Lagipun, aku masih .... cintakan dia.
Harith senyum sinis.
Pak we dia hensem gila macam bintang hollywood. Cayalah.
Kau ni !!
Memang betul pun. Masa diaorang borak-borak tadi, romantik giler ayat-ayat lelaki tu. Perempuan mana yang tak cair.
Dah lah ! Aku dah gantuk ni. Esok aku ada hal. Bye !
" Baru sampai kat rumah ke ?"
" Ya. Penat sangat ni. Seharian bekerja macam seminggu bekerja tanpa henti. Otak ni dah rasa sarat. Macam budak-budak nak ambil SPM,"
Amy Shaqirah mengadu manja.
Entah kenapa, dirinya berasa selesa begitu.
" Kalau macam tu, sayang janganlah kerja kuat sangat,"
" ... er, boleh tak ...,"
" Boleh tak apa ?"
" Boleh tak jangan panggil aku sayang ?"
" Kenapa tak boleh ? Itu tandanya saya sayangkan awak sepenuh hati saya,"
" ...,"
" Tak suka ?"
" ... tak terlalu awal untuk semua tu ?"
" Tak adalah. Kalau boleh, abang nak kita kahwin malam ni jugak,"
" Gila !"
" Memang abang gila. Gilakan sayanglah,"
Suatu perasaan lain menusuk ke jantung Amy Shaqirah.
Degupan jantung kian laju.
Dirinya dapat merasai keihklasan kata-kata itu.
Amy Shaqirah mendiamkan dirinya.
Lama.
" Sayang ??"
" Ya, aku kat sini,"
" Tak boleh ke sayang ikut rentak abang ?"
" Rentak apa ?"
" Called me as abang and you as sayang ?"
" Give me time, please !"
" Okey, I don’t to force you. I ‘m sorry,"
" ...,"
" But, please believe me ! I’m really love you more than myself,"
" Okeylah, kita jumpa nanti. Aku nak bersiap pulak. Bukankah malam ni aku kena jumpa parent kau as ‘calon menantu’ mereka ?"
Irwan senyum melebar.
" Ya. Er .. Boleh sebut sekali lagi tak ? Ayat terakhir tu,"
Irwan mengusik sang kekasih hati.
" Tak ada kuasa nak melayan !"
Amy Shaqirah terus memutuskan talian.
Irwan ketawa kecil.
Lantas, tangannya menaip sesuatu di dada keypad. Kemudian, punat ‘send’ di tekan.
Abang jemput sayang kat rumah sayang lepas isya’
Amy Shaqirah senyum sebaik sahaja menerima mesej itu.
Hatinya berbunga riang.
Semoga kebahagian ini berpanjangan.
Semoga ia berakhir dengan perkahwinan dan kami bahagia ke anak cucu.
Amy berdoa ke hadrat Illahi.
Bab 10
" Assalamualaikum ..," ucap Amy Shaqirah sopan sebaik sahaja tiba di rumah Irwan buat kali pertama,"
" Waalaikummusalam," jawab Datin Rogayah dan Datuk Harun serentak.
Mereka segera menuju ke pintu.
Beria-ria benar mereka.
Tidak sabar untuk melihat wajah bakal menantu mereka.
" Apa khabar, auntie ? Uncle ?" soal Amy Shaqirah seraya bersalaman dengan kedua-dua orang tua itu.
" Khabar baik. Ini AS ya ?"
Soal Datin Rogayah seraya mengukir senyuman manis.
Entah kenapa, hatinya sudah berasa kasih dan sayang pada gadis yang baru dikenalinya itu.
Mungkin kerana terlalu rindukan arwah anak gadisnya, kembar Irwan yang mungkin sebaya dengan Amy Shaqirah seandainya arwah masih hidup.
Datuk Harun dan Irwan saling berbalas senyuman.
Sudah lama wanita yang mereka hormati selama ini tidak mengukir senyuman semanis itu.
Datin Rogayah memeluk tubuh Amy Shaqirah erat.
Ya Allah, ...
Sesak nafas aku !!
Amy Shaqirah terbatuk-batuk.
Datin Rogayah segera meleraikan pelukkannya.
" Awak ni, Gayah ! Nak tercekik budak tu,"
" Marilah masuk dulu. Auntie dah siapkan makan malam,"
" Buat susah je," Amy Shaqirah berbasa-basi.
Alah, bukannya susah pun ! Dulupun, dia sentiasa pergi melawat kedua-dua orang tua Zarif. Sedikit sebanyak memberi pengalaman kepadanya tentang cara untuk berkomunikasi dengan orang tua yang tiada langsung pertalian darah dengannya.
Datin Rogayah menarik tangan Amy Shaqirah.
Menyuruhnya duduk dikerusi meja makan.
Amy Shaqirah menoleh ke arah Irwan.
Irwan sekadar melemparkan senyuman kepadanya.
Irwan kemudiannya, menghampiri Amy Shaqirah lantas duduk disebelahnya.
Datuk Harun menarik kerusi sebelum duduk untuk menjamu selera.
" Jemputlah makan, AS. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri,"
Amy Shaqirah senyum.
Aduh, lenguhnya bibir ni !
Kena senyum je 24 jam.
Irwan, Datin Rogayah dan Datuk Harun menghulurkan lauk-pauk kepada Amy. Belum sempat lauk yang satu itu dihabiskan, Datin Rogayah terus mencedukkan lauk yang lain pula ke dalam pinggangnya.
Aduh, tak seronoklah !
Macam puteri rajalah pulak !
" Banyak lagi ni, auntie ! Tak larat AS habiskan sorang-sorang,"
" Tak apa. Sekali-sekala model pun kena makan banyak juga. Kurang nutrien dalam badan boleh menyebabkan penyakit,"
Balas Datin Rogayah.
Irwan ternganga.
Model ?
Irwan memandang tepat ke muka Amy dengan riak tidak percaya berbaur kagum.
Amy senyum seraya memandang wajah Irwan yang bagai apa ntah.
Dia sendiri tidak tahu hendak umpakan seperti apa.
Kemudian, cepat-cepat Irwan sembunyikan perubahan riak wajahnya dan berlagak selamba.
Kalau tak, terbongkar rahsia yang mereka bukannya sudah lama bergelar kekasih.
" Mana aunt tahu yang AS ni model ?"
Amy Shaqirah berpaling ke arah Datin Rogayah.
" Auntie kamu ni peminat nombor satu dunia fesyen,"
" Oh, macam tu ke ? Hari Sabtu ni, butik kawan AS ada buat pertunjukkan fesyen. Auntie bolehlah ikut sekali,"
" Ya ke ? Okey, juga ! Dah lama auntie tak pergi menonton majlis pertunjukkan fesyen,"
" Awak dah lupa ke, Gayah ? Anak buah awakkan nak kahwin Hari Sabtu ni ? Kalau awak tak pergi apa pula kata family awak nanti ?"
" Astaga, macammana saya boleh lupa ? Em .. tak bolehlah AS. Aunt tak boleh pergilah. Anak buah auntie nak kahwin,"
" Tak mengapalah auntie,"
" As ikut sekalilah. Boleh auntie kenalkan dengan saudara mara Ir ni,"
" Er .. tak mengapalah auntie. Nanti menyusahkan auntie pula,"
Amy Shaqirah menyepak kaki Irwan.
Sebagai isyarat untuk membantunya.
Irwan menjerit kecil.
" Kenapa Ir ?" Datuk Harun menyoal.
Pelik dengan kelakuan anak lelakinya.
" Ada nyamuk gigit kaki Ir ni, papa. Nyamuk besar,"
Irwan bergurau.
Amy tahan gelak.
" Mana ada nyamuk kat rumah kita ni ?"
" Nyamuk sesat kut, mama,"
" Ada-ada jelah. Aik, sikitnya AS makan ?"
" AS jaga badan, mama. Dia takut gemuk. Nantikan Ir cari lain susah pulak dia,"
Balas Irwan.
Amy cubit peha Irwan.
Kuat.
Irwan menjerit.
" Sakitlah sayang, ooi,"
Padan muka ! Pandai-pandai je.
Dahlah mukanya dah memerah.
Malu.
Datuk Harun dan Datin Rogayah ketawa.
Romantik juga anak dan bakal menantu aku ni !
Setelah selesai makan malam, Amy Shaqirah meringankan tulang. Membantu apa yang patut. Walaupun dilarang oleh Datuk dan datin.
***
" Tak nampakpun, Kak Diya,"
" Dia dah beli rumah. Dekat Titiwangsa. Kak Diya nak hidup sendiri,"
Ujar Irwan sambil matanya fokus kepada pemanduannya.
" Tak pernah cakappun yang sayang pernah jadi model ?"
" Tak tanya,"
" ...,"
" Marah ke ?"
" ...,"
" Alah sayang, janganlah marah,"
" Hah, kalau tak nak abang marah, panggil abang sayang,"
" Aduh, mengada-gadalah pulak,"
Irwan sengih. Macam kerang busuk.
" Yelah, sayang,"
" Macam tulah. Barulah dipanggil loving couple,"
Merah padam muka Amy Shaqirah.
" Tengok, muka sayang dah merah padam. Lagi seronok abang usik,"
" Eei, tak sukalah sayang usik macam ni,"
Irwan gelak.
" Nampak macam ada masalah je ? Awak ada masalah ke ?" Safiya menyoal.
Mangkuk mee tomyam yang baru sahaja selesai dimakan olehnya ditolak ke hadapan.
Farhan mengeluh.
" Kenapa ni, wak ? Dari tadi asyik mengeluh je ? Tak suka keluar dengan Fiya ke ?"
" Siapa cakap macam tu ? Saya suka keluar dengan awak. Kalau boleh 24 jam saya nak awak melekat dengan saya,"
" Kalau macam tu, cepat-cepatlah kita bertunang,"
" Kalau saya tak nak bertunang ?"
Riak wajah Safiya berubah seratus peratus.
" Saya nak kahwin terus dengan awak. Saya tak nak bertunang. Saya tak tahan kalau berjauhan dengan awak setiap hari. Dah lah kerja awak tak tahu masa,"
Barulah, senyuman kembali terukir di bibir Safiya.
" Saya ingatkan awak nak putuskan hubungan kita tadi,"
" Mana mungkin. Saya dah nak gila fikirkan pasal kita, tau tak,"
" Yelah, saya tahu,"
" ...,"
" Kenapa diam lagi ni ? Kalau ada masalah, awak cerita je pada saya. Saya ni pendengar setia,"
" Ya, saya tahu. ... saya tak puas hati dengan papa,"
" Apasal plak ?"
" Tak patut betul papa buat saya macam ni,"
" Apa yang papa awak dah lakukan ?"
" Sepatutnya, Paradize Holdings diserahkan kepada saya selaku anak sulung kalau takpun kepada adik saya, Irwan tapi ini tak,"
" Jadi siapa yang uruskan company tu, sekarang ?"
" Amy !"
" Baguslah, macam tu !"
" Kenapa pula ? Apa pula yang bagusnya ?"
" Tak ada awak sibuk sangat lepas ni,"
" Fiya, mana saya nak letak muka saya ni ? Client-client saya semuanya menyindir-nyindir saya. Saya malulah. Papa tupun satu. Entah apa kelebihan Amypun, ... entahlah ! Nak dikatakan Amy rapat dengan pekerja ? Tak. Setiap hari, ada saja pekerja yang dimarahinya. Nak kata .. tak tahulah apa yang saya nak cakap,"
Farhan meluahkan ketidakpuasan hatinya.
" Awak cemburukan adik sendiri ?"
Farhan diam.
" Farhan ???"
" Ya, ... mulanya. ... sekarang pun ! ... sebab tulah saya cuba pujuk hati saya untuk terima semua ni dengan hati terbuka tapi saya tak kuat, Fiya !"
" Papa awak ada sebab buat semua ini yang hanya papa awak tahu sebabnya,"
" Mungkin cawangan baru di New York tu akan diserahkan kepada awak ? Siapa tahu ?"
Safiya memujuk.
" Tak mungkinlah ! Tentu itu untuk Irwan. .. tak sangka, papa begitu memandang rendah pada saya,"
"Janganlah begitu paranoid,"
" Saya tak paranoid !!"
" Awak, dia tu tetap papa awak ! Amy tu anak angkat, wak ! Dia mana boleh mewarisi harta ??"
" Saya tahu ! Macammana kalau papa dah tukarkan semua aset syarikat ke atas nama Amy ? Apa yang saya dapat ?"
" Saya yakin, papa awak tak sekejam itu,"
" Entahlah ! Kalau tak kerana menjaga maruah papa, dah lama saya tinggalkan kota metropolitan ni,"
"Awak nak ke mana ?"
" Tak tahu lagi,"
" Farhan, saya kenal awak dah lama. Tolong jangan bersikap seperti ini. Saya tak suka,"
" ... salahkah saya mempertahankan hak saya sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga ?"
Safiya mengeleng.
" Sudahlah, tak patut kita bertengkar tentang perkara ni. Sebenarnya, saya ajak awak keluar ni sebab nak minta awak temankan saya ke majlis perkahwinan adik sepupu saya,"
" Bila ?"
" Sabtu ni,"
" Insyaallah. Lagipun, saya dikecualikan daripada operasi pada hari Sabtu ni,"
" Alhamdullilah. Senang saya mendengarnya. Ingat janji awak hari tu !,"
" Janji ? Janji apa ?"
" Yang awak akan berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa bila kita telah diijabkabulkan nanti !"
" Sabarlah dulu. Kita tak kahwin lagi. Saya janji bila kita dah kahwin. Janganlah risau. Saya ni berpegang pada janji,"
No comments:
Post a Comment