Aina memandang ke luar. Sakit hatinya mengenangkan sikap Amsyar padanya. Bagi Aina cintanya bukan mainan. Sekali dia cinta, selamanya dia mencintai tapi sekali dia disakiti, dia takkan pernah memaafkan. Itu prinsip cinta Aina.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Alunan lagu Bubbly dari handphonenya membuatkan Aina tersenyum lebar. Telah disetkan lagu itu untuk satu-satunya org yg dicintai. Tapi tidak pula diangkat malah hanya ditenung handphonenya i2.
"Apalah akak ni,,handphone bunyi boleh pula dia senyum je. Angkat la. Anur nak tidur ni." Aina malas mahu melayan adiknya lantas mencapai handphonenya dan terus menuju ke ruang tamu. Aina yakin yang sekejap lagi si dia akan menghubunginya semula. Tepat kata hatinya.
"Assalamualaikum."
"Wa’alaikumussalam."lembut Aina menjawab.
"Sayang buat apa ni?tak tidur lagi?"beralun hati Aina mendengar panggilan istimewa yang diucapkan.
"Lama Am tak call Aina. Sibuk sangat ke?" ingin rasanya Aina menyatakan rindunya pada Amsyar tetapi dia malu. Terdengar ketawa kecil di hujung talian.
"Aina rindukan Am ke?"Merona merah wajah Aina mendgr pertanyaan Amsyar. ‘Dia ni mcm tau-tau je aku rindukan dia..’bisik hati Aina.
"Taklah. Aina cuma hairan je kenapa Am lama tak call."
"Tak payahlah Aina nak bohong dengan Am. Aina bukan pembohong yang baik." Kuat Amsyar ketawa. Aina mengetap bibir. Malu.
"Apalah Am ni. Mana ada Aina rindukan Am. Perasan je lah Am ni."
"Betul ni?"Amsyar seperti mahu menduga.
"Err…betullah."sedikit gugup Aina menjawab.
"Apa salahnya kalau Aina rindukan Am sebab Am pun rindukan Aina." Lebar senyuman Aina mendengar ucapan rindu dari yang tersayang.
"Esok kita lunch sama ek. Lama tak jmpa Aina. Kita jumpa kat tempat biasa."
"Erm…Am dapat tak jemput Aina kat ofis?Kereta Aina rosak. Lecehlah nak naik bas. Dah la panas."Aina sengaja menduga Amsyar. Dia tahu yang Amsyar takkan setuju.
"Syg, bukan Am tak nak jemput Aina tapi apa kata kawan-kawan Aina kalau mrk nmpk Am keluar dengan Aina. Belum sampai masanya mereka tahu pasal kita. Aina fahamkan,"pujuk Amsyar lembut.
Sengal hati Aina mendengar pujukan Amsyar. Bukan sekali dua begitu. Malah setiap kali mahu berjumpa dengannya mesti secara sembunyi-sembunyi. ‘Kenapa pula nak kisah apa kata kawan-kawan aku. Bukannya mereka nak marah pun kalau tahu aku bercinta dengan Am. Mesti dia takut Fariha nampak ni. ’bisik Aina dalam hati.
Fariha adalah teman sepejabat Aina dan Fariha mempunyai housemate yang kata Amsyar teman tapi mesranya, Raudah. Aina ingin sangat mengenali teman tapi mesra Amsyar itu. Dia amat cemburukan gadis itu kerana Amsyar selalu menyebut namanya. Raudah itu, Raudah ini. Amsyar tidak pernah sedar yang pujiannya itu menyakiti hati Aina.
Tapi Aina sedar yang Raudah lebih dahulu mengenali Amsyar. Dia tak sepatutnya melahirkan rasa tak puas hatinya kerana Amsyar berhak memilih antara dia atau Raudah.
"Kenapa sayang diam ni?Marahkan Am ke?" tersentak Aina mendengar suara Am. Lupa dia seketika yang Am masih di talian.
"Tak de lah. Kenapa pula Aina nak marahkan Am. Aina tak kisah kalau Am tak jemput, lagipun Aina dah biasa begitu. Ok lah Am. Aina nak tidur dulu. Assalamualaikum." Tanpa menunggu jawapan dari Amsyar, Aina memutuskan talian. Hilang mood Aina untuk terus berbual dgn Amsyar sedangkan sarat rindunya untuk lelaki itu. Handphonenya berbunyi lagi tapi kali ini dibiarkannya.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
"Aina, kita lunch sama ek," ajak Syafiq.
"Tak pe lah fiq. I da janji ngan kawan. Apapun, thanks for asking ek."
"Owh,,tak pe lah Aina. Maybe next time. See U," ucap Syafiq dan berlalu.
Aina tiba di tempat yg dijanjikan Amsyar semalam tapi dia tak nmpk pun kelibat Amsyar. Aina melihat jam 1.20 tengahari. ‘takkan aku yang naik bas smpi dulu kot,’bisik hati Aina. Aina duduk di satu sudut restoran dan memesan segelas jus oren.
Jus oren sdh hampir setengah diteguknya tapi Amsyar masih belum tiba. Handphonenya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
‘Syg, Am minta maaf coz x dapat lunch dgn Aina. Raudah call Am. Dia ada masalah kat tempat kerja. Am minta maaf sgt2 ek.’
Perlahan Aina melepaskan keluhan hampa. Dia hairan kenapa Amsyar tak pernah merahsiakan apa-apa mengenai Raudah dan dirinya daripada Aina. Dia tau itu tandanya yang Amsyar jujur tetapi takkah dia sedar yang nama Raudah itu selalu membuatkannya sedih. Dibalas juga pesanan dari Amsyar.
‘x pe la. Lagipun Aina pun x dapat keluar. Byk kerja yg Aina nak siapkan.’
‘Baguslah. Am ingatkan yg Aina tgh tggu Am tadi.k, take care syg. Mlm nnt Am call.’
Aina membayar pesanannya dan terus meninggalkan restoran dengan perasaan sebal mengenangkan sikap Amsyar.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setiba di ofis, Aina melemparkan tas tangannya di atas meja dan terus menuju ke ruang rehat pejabat. Dia membasuh muka yang dirasakan melekit. Rasa marah masih berbekas dalam hatinya. "Sampai hati Amsyar buat aku begini," keluh Aina perlahan.
"Siapa Amsyar?"suara itu benar-benar membuatkannya tersentak. Perlahan dia menoleh. Syafiq! Aina buat-buat tak kisah dengan soalan Syafiq tadi. ‘Dari manalah mamat ni?.’ Dia pantas mengambil tisu dan mengelap mukanya.
"Siapa Amsyar?"ulang Syafiq sekali lagi. Ada nada cemburu pada suaranya.
"tak de siapa2 la."jawab Aina ringkas.
"I yakin dgn apa yg I dgr Aina."
"Bila I kata tak de 2,,thats mean nothing!" Aina mendengus kasar dan terus keluar dari bilik rehat menuju ke mejanya.
Terkedu Syafiq mendengar jawapan kasar dari Aina. Selama ini, biarpun marah, Aina tak pernah sekasar itu dengannya. Namun dia takkan ambil hati ngan Aina kerana dia tau ada sesuatu yang betul-betul menganggu fikiran sahabatnya itu.
* * * * * * * * * * * * *
Malam itu Aina menghubungi Syafiq. Dia kesal kerana bersikap kurang elok dengan sahabatnya siang tadi. Dia tau dia tak sepatutnya menengking Syafiq begitu tetapi perasaannya menguasai fikiran.
"Assalamualaikum Fiq."
"Wa’alaikumussalam Aina. Ok da?"pertanyaan dari Syafiq membuatkan Aina terasa seperti ingin menangis.
"I nak minta maaf pasal siang tadi. I tak bermaksud nak buat begitu tapi tak tau lah. Fikiran I betul-betul terganggu."
"I juga nak minta maaf pada U. I tahu yang I tak sepatutnya masuk campur dalam urusan U."Perlahan Aina mengeluh mendengar ucapan Syafiq.
"I teringin nak kongsi masalah I ni dengan U tapi belum masanya lagi. Terlalu berat rasanya I nak tanggung seorang diri. I pun tak tau apa yg I patut buat."Sebak dadanya mengucapkan kata2 itu namun ditahan agar tak terdengar di pendengaran Syafiq. Airmatanya gugur tanpa dipinta.
"Shhh Aina…jangan menangis ek. Kalau U ada masalah, datang pada I. I sentiasa ada untuk U. Bila2 masa je, I tak kisah. I tak nak U sedih macam ni. I want the old u. Yang sentiasa riang dan ceria. Diri U yang sentiasa buatkan hari-hari I penuh makna." Makin deras airmata Aina mengalir mendengar kata2 Syafiq. Teringat kembali ketika Syafiq pernah melamarnya untuk menjadi kekasih hatinya.
"I nak tanya sikit, boleh tak?"
"Kalau sikit I tak kisah."Aina menjawab sekadar bergurau sambil menjeling Syafiq disebelahnya. Namun melihatkan wajah serius Syafiq mematikan hasrat Aina untuk terus bergurau.
"Maafkan I. U nak tanya apa?InsyaAllah,kalau I dapat jawab, I jawab."Aina perasan mata Syafiq tak lepas dari memandangnya.
"Apa ciri-ciri lelaki pilihan U?" Tersentak Aina dgn pertanyaan Syafiq yg tiba2.
"Kenapa tanya?" Melihat senyum dibibir Syafiq, Aina turut tersenyum.
"Saja nak tau. Mana la tau ciri-ciri tu ada pada I."Syafiq ketawa kecil.
Aina tersenyum. Dia memandang lelaki dihadapannya.
"Tak perlulah U tau. Biar I sorang je tau." Berkerut dahi Syafiq memandang Aina.
"Kenapa?Susahlah lelaki-lelaki kat luar tu nak dekat ngan U." Berkerut dahi Syafiq.
"Tak pe lah. I tak nak mereka ubah diri mereka semata-mata nak jadi pendamping dalam hidup I. "
"Beritahu I je lah. Boleh kan?"
Lama Aina merenung wajah Syafiq sebelum menjawab, "I nakkan lelaki yang boleh I jadikan sebagai sandaran hidup I. I tak harapkan kesempurnaan. Asalkan dia boleh jaga dan terima I seadanya, itu sudah memadai."
"Kalau mcm tu, tak payahlah U cari-cari lagi. Yang kat depan U ni sedia jaga U," jawab Syafiq sambil mendabik dada. Ketawa Aina melihat telatahnya.
"Ada-ada je lah Fiq ni."
"Betul Aina."serius suara Syafiq membuatkan Aina berpaling. Mencari benar disebalik kata-kata Syafiq.
"Fiq…"
"Aina, I serius cintakan U sepenuh hati I. Sepanjang mengenali U, I tak pernah rasa segembira ini. Kehadiran U membuatkan hidup I terasa lebih bermakna,"tulus suara Syafiq menyakinkannya tapi dia tak mampu membalas cinta Syafiq kerana hatinya milik seseorang.
"Fiq,,maafkan I. I selesa jika kita kekal begini. Hanya sebagai sahabat. I rasa itu yang terbaik."Aina terdengar keluhan hampa dari Syafiq.
"Apapun,lebih baik dari tak mencubakan. I harap luahan I tadi tak membuatkan hubungan kita renggang."Syafiq tersenyum memandang Aina. Aina membalas senyumannya dengan anggukan kecil.
"Hello, Aina, are u still on the line.?" Suara Syafiq membuatkannya kembali ke alam nyata.
"Ya..ya..i’m still here. I minta maaf skali lagi Fiq. U are such a good man."
"But I’m still not good enough 4 u kan. Siapa pun Amsyar, that u mention before,,Fiq harap dia akan jaga U dengan baik."Aina terkedu mendengar ayat pertama yang keluar dari mulut Fiq. Aina tak mampu bersuara lagi. Dia terus memutuskan talian.
‘Maafkan Aina, Fiq...’
* * * * * * * * * * * * * *
Sebulan tanpa berita dari Amsyar benar-benar buat Aina penasaran. Berkali-kali dia cuba menghubungi Amsyar tetapi tidak dijawab. Staf pejabat Amsyar mengatakan yang dia sedang bercuti. Aina hairan kenapa Amsyar tidak memaklumkan padanya.
Ketukan kecil di mejanya membuatkan ingatannya pada Amsyar hilang seketika.
"Jauh berangan. Dah sampai mana?"tersenyum Syafiq memandangnya. Aina mengakui Syafiq memang kacak. Aina pun hairan kenapa dia tak jatuh cinta dengan Syafiq.
"Hello. Ada yang kurang ke kat muka I sampai U tenung muka I macam tu?"ucap Syafiq tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Aina. Aina termalu sendiri.
"Ada apa U cari I ni?nak ajak keluar, lunch ada 3 jam lagi."ucap Aina menutup malu.
Syafiq ketawa melihat tingkah Aina yang seperti tak tentu arah itu. "Sejak bila jadi pelupa ni?kan tadi I ajak U pergi melawat Fariha kat rumah. Dia kan sakit."Perlahan Aina menepuk dahinya.
Melawat Fariha bukanlah niat sebenar Aina. Dia cuma mahu mengenali Raudah, teman Amsyar yang juga teman serumah Fariha. Aina merasakan inilah peluang terbaiknya.
"Pergi sekarang ke?"Syafiq mengangguk. Aina mencapai tas tangannya dan mengekori Syafiq dari belakang.
* * * * * * * * * * * * *
"Assalamualaikum."Laung Syafiq.
"Wa’alaikumussalam."Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50an menjenguk dari muka pintu. Mungkin sekali ibu Fariha.
"Kami kawan sepejabat Fariha. Dgr kata dia kurang sihat jadi kami datang ni nak melawat dia."Aina hanya mengangguk.
Wanita itu membukakan pintu pagar dan menjemput Syafiq dan Aina masuk. Fariha yang terdengar seperti ada tetamu keluar dari bilik untuk melihat. Terkejut dia dgn kehadiran rakan-rakannya itu.
"Apa khabar?"soal Syafiq sambil menghulurkan sebakul buah-buahan kepada Fariha.
"Buat susah je korang datang. Mcm ni la Fiq, Aina. Aku rasa mcm hantu bungkus pula pakai tebal2 mcm ni. Sejuk semacam je aku rasa," Fariha tertawa kecil. Aina dan Syafiq ikut tertawa dengan lelucon Fariha.
Aina membiarkan Fariha dan Syafiq berbual sambil matanya melihat sekeliling ruang tamu rumah itu. Matanya tertancap pada 3 frame gambar yang terletak kemas diatas rak buku. Dia pasti perempuan dalam gambar itulah Raudah. Lemah rasa badannya melihat gambar Amsyar berpeluk mesra dengan si gadis. ‘Seksinya. Patutlah Am suka.’ Sakit hatinya melihat gambar-gambar itu. Terasa seperti mahu saja dihumban ke dalam tong sampah.
"Aina,"Aina menoleh mendgr panggilan Syafiq.
"Kenapa?ada yang tak kena?"Aina seraya menggeleng, dan berpaling pada Fariha, "Mana housemate u?tak nmpk pun."
"Dia mmg tak lekat kat rumah. Da sebulan dia ke Bali dgn Amsyar. Tak tau bila nak balik." Tersentak hati Aina mendgr kata-kata Fariha. Ke Bali dgn Amsyar?
Syafiq yang menyedari keadaan Aina, meminta diri untuk balik.
* * * * * * * * * * * * *
"Amsyar yang itu ke yang pernah U sebutkan dulu?" pertanyaan Syafiq memecahkan kesunyian dalam kereta. Aina tak berniat untuk menjawab pertanyaan itu. Dia hanya diam.
"Jika dia orangnya, dia tak layak untuk U."Tegas suara Syafiq. Aina masih diam. Menahan airmatanya dari mengalir. Dia tak mahu Syafiq melihatnya menangis. Melihatkan Aina yang masih berdiam diri, Syafiq memberhentikan kereta di tepi jalan dan menyalakan lampu kecemasan.
Aina tersentak tapi tidak berpaling pada Syafiq. Masih membekukan diri seperti tadi. Syafiq menyentuh bahu Aina lembut tapi Aina tetap berkeras.
"Aina, dia tak jujur pada U. Dia bukan lelaki yg baik untuk U berikan hati U. Banyak lagi lelaki di luar sana yang menantikan U."ucap Syafiq. ‘Fiq pun masih menantikan cinta Aina…’bisik Syafiq hanya didalam hati.
"I sayangkan dia Fiq.."perlahan tapi mampu didengar oleh Syafiq. Syafiq mengeluh. Dia terasa seperti kalah pada lelaki yang tak sepatutnya, namun dia takkan berputus asa untuk merebut cinta Aina. Dia terlalu ingin bertemu muka dengan orang yang menyakiti hati gadisnya itu.
"Aina, sayang tak bermakna memiliki. U kena sedar yang berkongsi kasih tak mungkin akan bahagia. I tak sanggup lihat U disakiti." Bicara Syafiq membuatkan airmata Aina mengalir deras. Dia tak mampu menjawab kata-kata Syafiq. Dia merasakan diam adalah perkara terbaik yang mampu dilakukan. Syafiq hanya mengeluh dan meneruskan perjalanan balik ke pejabat.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
16 September 2009, hari lahir Aina yg ke-23. Amsyar memberitahu yang dia tak dapat menyambutnya bersama2 dengan Aina kerana ada urusan penting. Dia berasa sayu. ‘Apalah ertinya hari ini tanpa org tersayang..’lemah suara hati Aina.
"Kak,tidur ke?"ketukan di pintu bilik Aina mengejutkannya dari lamunan.
"Masuklah,"laung Aina. Tersembul muka adiknya di pintu.
"Anur nak apa?"Tersenyum-senyum Anur melihat kakaknya.
"Amboi akak ni. Hari ini kan bestday akak, apa kata akak belanja Anur makan."adiknya mengemas2 majalah yg berselerak di atas katil Aina. ‘Nak ambil hati la 2..’Aina tertawa di dalam hati.
"Hurm,kalau nak minta belanja, Anur kena drive la. Akak malas nak drive ni."Aina berfikir lebih baik dia habiskan masa dengan adiknya dari terperuk dalam rumah. Lagi sayu hatinya.
"Ok, Anur tak kisah jadi driver akak mlm ni."Anur menjerit kegembiraan.
"Pergi la bersiap. Jap lagi kita keluar."
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Mereka mengambil keputusan untuk makan di Restoran Seafood Tun Abang. Mereka mengambil tempat di sudut yang agak tersorok.
"Anur order dulu. Akak nak ke ladies jap."Anur hanya mengangguk. Tiba2 matanya menangkap sepasang teruna dara sedang asyik ketawa gembira. Amsyar! Hatinya jadi marah melihat keadaan itu. Kakinya melangkah ke arah mereka tanpa menghiraukan panggilan adiknya.
"Assalamualaikum Am."bergetar suaranya.
Amsyar lantas mendongak. Terkejut dia melihat Aina. Wanita disampingnya juga berpaling. Nyata dia hairan melihat apa yg berlaku. Aina yakin dia kini berdepan dengan Raudah.
"Syg,siapa ni?tak nak kenalkan dengan Honey?"Meluat Aina mendengar panggilan yang keluar dari mulut si gadis.
"Err…Raudah, ini Aina. Aina, Raudah."tergagap-gagap Am memperkenalkan. Aina menghulurkan tangan untuk bersalaman tapi tak bersambut. Jelek Aina melihat pakaian gadis dihadapannya ini. Hanya menutup mana-mana yang patut sahaja. Aina hanya beristighfar didalam hati.
"Ada apa-apa yang Am nak jelaskan pada Aina?"lembut suara Aina menyebabkan Amsyar tak senang duduk.
"U duduk sini dulu, Am nak cakap dgn Aina sekejap."bila Amsyar hendak berdiri Raudah menarik tangan Amsyar, seperti tak membenarkan Amsyar bangun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment