Tuesday, March 9, 2010

Cerpen : Love comes around

"I've emailed you the details. Anything you do, please don't ask him about his personal life." sekali lagi Azman mengingatkan aku. Puas dia memujukku supaya mengambil alih urusan perniagaan dengan kliennya yang satu ini. Kalau bukan kerana kasihan, pasti aku tidak akan terima. Tapi kemalangan yang menimpa anak dan isteri Azman tentu sekali bukan sesuatu yang dia pinta, oleh itu aku ikhlas ingin menolong dia. "Oh, and I hope you like kids. Good luck!" katanya sepintas lalu. Azman meninggalkanku terpinga-pinga di foyer bangunan pejabat 14 tingkat itu.

"Rin, cancel my meeting petang ni dan pagi esok, I nak ke KLIA. Jemput klien dan uruskan penginapannya di sini." Pesanku pada setiausahaku. "Ok Miss Aira, and Mr. Azman called just now. He wants me to inform you, he has safely arrived in Singapore" balas Rina. Aku sekadar mengangguk tanda mendengar pesanan itu. Jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Aku diberitahu oleh Azman bahawa penerbangan kliennya itu akan tiba pada pukul 6.30 petang. Masih sempat untuk aku bersolat Asar sebelum bergerak ke KLIA.

Setengah jam selepas aku tiba di lapangan terbang, ketibaan pesawat MAS dari Scotland diumumkan. Aku segera ke balai ketibaan, walaupun aku sendiri tidak pasti bagaimana rupa klien ku itu, yang pasti aku telah menulis namanya pada sehelai kertas A4 agar dia dapat melihatku. 10 minit menunggu, tapi masih belum ada seorang pun yang datang menghampiri aku. Penatnya menunggu..

"Miss Aira?" tegur seorang lelaki berbangsa Inggeris yang datang menghampiriku. Tinggi lampai, berseluar slack hitam dan berbaju sejuk bewarna biru. "Mr William? Welcome to Malaysia" balasku sedikit ragu-ragu. Pandanganku tertarik kepada sebuah baby carrier yang dibimbit dengan tangan kanannya. Seorang bayi sedang nyenyak tidur di dalamnya. Alahai, comelnya baby ni, ikutkan hati ingin saja aku cium pipinya yang gebu itu. Pada pandanganku, bayi itu dalam lingkungan usia 4 atau 5 bulan. "If you don't mind, I need to go to the restroom before we go, can you look after my daughter for a while?" ujarnya menghentikan langkahku sebelum menghala ke pintu keluar. Aku mengangguk dan segera mengambil baby carrier tersebut daripadanya. Lembutnya pipi baby ni! Wangi!
__________________

"Call me Will, and I've been here before, so you don't have to guide me. It's all business" katanya padaku dengan nada sedikit tegas. Aku jadi kaget, mungkin dia penat dan mungkin aku terlalu banyak bercakap... mungkin.. Aku terus membisu dan menumpukan perhatianku pada arah pemanduan. Kondominium Tiara, Bukit Damansara, di situlah William akan menetap selama dia berada di Malaysia. Selama 2 bulan akan datang, aku lah yang akan melayan kerenahnya. Apa lah sangat uruskan klien macam ni? Aku sendiri dah banyak pengalaman dengan klien dari luar Negara.

Setiap hari aku dan William akan bertemu untuk menyelesaikan projek kami. Dia seorang arkitek, aku pula seorang interior designer. Banyak percanggahan idea antara kami berdua, tapi setakat ini semuanya mampu di atasi dengan diplomasi. Setiap perbincangan yang dia hadiri, dia pasti membawa si comel itu bersama. Sudah dua minggu dia di sini, pernah juga aku tawarkan untuk mencari pengasuh sementara, tapi dia menolak tawaranku. Dia lebih senang menjaga permata hatinya itu sendiri.

Melissa Tahera. Bayi perempuan yang comel, pipinya putih gebu, dan apabila dia ketawa kecil, terlihat lesung pipit di pipi kanannya. William jarang berbual tentang cahaya matanya itu, tapi melihatkan gayanya menguruskan Melissa, nyata dia tidak kekok. Ingin juga aku bertanya tentang ibunya, atau lebih tepat, isterinya. Menurut akal ku, Melissa masih terlalu kecil untuk berpisah dengan ibunya untuk tempoh yang agak lama. 2 minggu dia berulang alik membawa si kecil itu ke pejabatku, membuatkan aku kagum dengan kemampuannya sebagai seorang bapa.
__________________

"Aira can I come over to your place? Melissa wont stop crying. I brought her to the clinic, but the doctor said she's fine. There's nothing I can do to calm her down." Terdengar keresahan dalam nada suara William di hujung talian. Aku bersetuju supaya dia membawa Melissa ke rumahku. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku mampu lakukan nanti. 15 minit selepas mendapat panggilan, dia muncul di hadapan rumahku. Melissa masih menangis sekuatnya di dalam dukungan William. Keresahan Will benar-benar terpampang pada air wajahnya. Mukanya yang putih, menjadi merah dan terlihat juraian peluh di dahinya.

"She doesn't have fever. No sign of empty stomach. Where were you before she started crying?" soalku sambil cuba mencari punca si kecil itu menangis."

No comments:

Post a Comment