Monday, March 22, 2010

Novel : Nilai Sebuah Hati

Cuaca yang mendung menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Namun, itu tidak menjadi penghalang bagi dua rakan baik untuk bergurau-senda. Ariana menumbuk bahu Hairi, rakan baiknya. Hairi mengaduh sakit.

"Sakit lah. Kau ni tak kesiankan aku ke?" Hairi mengadu dengan muka yang seakan-akan kesakitan untuk meraih simpati.

"Buat apa nak kesiankan kau?" ujar Ariana selamba.

"Sampai hati kau kan Ari," ujar Hairi merajuk. Ariana memandang Hairi dengan mata yang dijengilkan.

"Merajuk ke?" soal Ariana. Apabila tiada balasan, Ariana menyambung, "Jangan merajuk. Nanti takde orang nak."

Hairi dengan muka yang dibuat-buat marah memandang Ariana. Ariana lantas melarikan diri daripada Hairi. Hairi mengejar Ariana. Hampir sepuluh minit mereka kejar-mengejar. Akhirnya Ariana mengalah.

"Aku mengalah lah macamni" Ariana mengangkat tangan seraya duduk di atas rumput. Hairi turut duduk di sebelah Ariana.

"Kau bila nak kerja?" soal Ariana.

" Esok," pendek sahaja jawapan daripada Hairi. Ariana tergelak dengan jawapan Hairi.

"Aku serius lah, Hairi. Jawab lah betul-betul." Ariana mencebik.

"Ala, kita kan baru je habis study. Biar lah aku rehat dulu. Luangkan masa dengan kawan aku sorang ni dulu baru aku kerja. Kenapa? Kau nak kerja dah ke?" Hairi menjawab panjang lebar.

"Aku pun tak tau bila nak start. Nanti bila kau nak kerja, aku pun start lah." ujar Ariana.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Ariana dan Hairi berlari ke rumah masing-masing. Ariana tergelak apabila Hairi hampir tergelincir di hadapan rumahnya sendiri tetapi Ariana menahan gelak tawanya supaya tidak didengari oleh Hairi. Takut pula Hairi kecil hati.

***************

Ariana merenung bulan di langit. Ariana mengingati kisah lamanya. Perlahan-lahan, senyuman mula terukir di bibir Ariana. Kehadiran Hairi memang membahagiakan dirinya. Walaupun tiada bait-bait cinta antara mereka, Ariana tetap sayangkan Hairi. Baginya, Hairi seorang rakan yang memahami.

Ariana tidak dapat membayangkan sekiranya Hairi tidak muncul dalam hidupnya. Sudah tentu, kacau bilau hidupnya. Jika ada masalah, Hairi lah tempatnya mengadu. Meluahkan isi hatinya dan Hairi akan setia mendengar. Masih ingat lagi dia satu peristiwa.

"Hairi." Ariana yang pada tadi diam bersuara. Disambungnya lagi, "Ari tau diri Ari ni tak cantik, tak ada apa-apa yang special tentang Ari. Ari sedar tu. Tapi takkan Ari tak boleh rasa apa itu cinta? Ari pun manusia biasa yang inginkan cinta. Ari tak berhak ke Hairi? Ari tak boleh dapatke Hairi? Ari...." tidak sempat Ariana menghabiskan kata-katanya, Hairi menarik Ariana dalam pelukannya. Hairi tau Ariana sedih cuma dia tidak mahu menangis.

"Hairi tau Ari sedih. Nangis lah Ari. Luahkan segala yang terbuku. Jangan simpan di hati Ari." Hairi mengusap lembut rambut Ariana yang lurus. Akhirnya, Ariana menangis juga di pelukan Hairi.

"Ari sayang dia Hairi" hanya itu yang keluar dari mulut Ariana. Hairi faham keadaan Ariana. Hairi memang tahu lelaki yang Ariana sayang itu hanya mempermainkan perasaan Ariana. Akhirnya, Ariana terlena di dada Hairi. Sedar-sedar, Ariana sudahpun terbaring lena di atas sofa. Ibunya kata, Hairi yang mengangkatnya masuk.

Hati Ariana kembali sedih mengenangkan Hafiz, lelaki yang telah mengubah seluruh hidupnya. Lelaki yang dahulunya disanjung, disayangi dan dicintai tetapi lelaki itu langsung tidak menghargainya. Hatinya kembali sayu mengenangkan Hafiz.

"Hafiz really love you Ariana. Please don\'t ever left me. Without you, i\'m nothing Ariana." Masih terngiang-ngiang ayat itu di telinga Ariana. Semakin cuba ditepis, semakin kerap ia hadir.

Masih Ariana ingat lagi, bagaimanakah mereka kenal. Memang berat bagi Ariana melupakan Hafiz sebab di antara yang lain, Hafiz paling lama bertahan dengannya dan Hafiz yang paling disayanginya.


************

"Awak ni Ariana ke?" seorang lelaki yang kacak menegur Ariana yang pada masa itu berada di kafe.

"Ye , saya." Ariana menjawab dengan lembut.

"Awak belajar dekat Kolej Heights kan?" sekali lagi lelaki itu bertanya.

"Ye, saya. Kenapa?" Ariana mulai curiga dengan sikap lelaki itu yang banyak menanyakan dia soalan.

"Awak tak kenal saya?" Lelaki itu telahpun mengambil tempat di depan Ariana. Ariana hanya menggeleng.

Lelaki itu menyambung,"Saya Hafiz. Saya satu kolej dengan awak cuma saya dekat jurusan lain."

"Okey" Ariana menjawab ringkas dan bersalam dengan lelaki yang menegurnya tadi. Tiba-tiba terdengar suara yang amat dikenali Ariana bersuara.

"Ehh, date ke?"

"Taklah"

"Tak nak kenalkan?" Hairi bersuara sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah Ariana. Ariana memandang Hairi dan Hafiz silih berganti. Kemudian dia tersengih lebar.

"Hairi, ni Hafiz yang baru je aku jumpa tadi. Hafiz, ni Hairi kawan tak guna saya," Ariana memperkenalkan diri mereka. Hairi membulatkan mata kepada Ariana setelah bersalam dengan Hafiz.

"Macamni kan kawan?" Hairi merajuk. Ariana tergelak dengan rajukan Hairi lantas dia memujuk Hairi yang sudahpun memalingkan badan darinya.

"Gurau je lah, takkan tu pun kau nak ambil hati kot. Macam baru je kau kenal aku kan. Dah, tak payah mengada-ngada." Hairi tidak memberi tindak balas. Ariana yang geram dengan gelangat Hairi tu lantas mencolet krim kek yang dimakannya di tangan. Ariana mengenyitkan mata kepada Hafiz tanda rahsia. Hafiz tersenyum memerhatikan Ariana.

"Hairi, Ari mintak maaf. Pandanglah Ari pleasee," Ariana membuat suara seakan-akan merayu. Hairi yang termakan rayuan Ariana menoleh kepada Ariana. Ariana dengan pantas membuat satu garis panjang di pipi Hairi dengan krim di tangannya. Ariana tergelak panjang. Hairi membalas tindakan Ariana dengan menyapu krim di dahi Ariana. Ariana menjerit kecil. Kemudian mereka tergelak. Mereka seolah-olah lupa dengan kehadiran Hafiz.

"Saya pergi dulu ye," suara itu mengejutkan Ariana dan Hairi yang sedang tergelak.
"Okey." Ariana dan Hairi menjawab hampir serentak.

"Ariana, nanti jumpa lagi. Bye!" Hafiz mengenyitkan mata kepada Ariana dan ketika itulah hati Ariana seakan-akan gugur.

********

Setelah beberapa minggu berkenalan, Hafiz pun meluahkan isi hatinya kepada Ariana. Mereka bertemu di kafe tempat mula mula Hafiz menegur Ariana.

"Ari, can I tell you something?" Hafiz memulakan ayat.

"Apa benda nya Hafiz?" Ariana menyoal kembali.

"Ari jujur Hafiz katakan dekat Ari, Hafiz cintakan Ariana. Hafiz sayang dekat Ariana. But I won\'t ask you to love me back. I just want you to know how deeper i love you" Hafiz berkata dengan nada yang lembut dan tenang. Ariana hanya diam membisu. Ariana tergamam dengan pengakuan Hafiz itu.

Hafiz merenung Ariana. Jelas dia nampak raut wajah Ariana yang seakan-akan tak percaya dengan apa yang dituturnya. Hafiz menyambung apabila melihat Ariana begitu. "Hafiz tau Ariana tak percaya dekat Hafiz. Ariana memang berhak pun was-was sebab kita baru je kenal. Hafiz faham tapi Hafiz nak Ariana pegang kata-kata Hafiz ni. When I see you for the first time, i can\'t stop thinking about you, Ariana. Even I sleep, i dream of you, Ariana. My heart skips a beat when i saw you. Your voice, your laugh make me can\'t stop saying, I love you."

Hafiz bangun dari kerusi lalu berkata, "I know that my love just in my dream. Saya faham Ariana. Saya tak harapkan Ariana cintakan saya balik. Perasaan saya ikhlas untuk Ariana seorang. Lepas ni saya janji awak takkan jumpa saya lagi. Saya janji Ariana akan bahagia selepas ni. Saya janji Ariana." Hafiz melepaskan keluhan nafas berat. Setapak, dua tapak, tiga tapak Hafiz berjalan menuju ke luar kafe itu. Sampai di depan kafe, Hafiz menoleh ke Ariana yang tunduk membisu. Hafiz kemudian menuju ke taman dan duduk di bangku yang disediakan.

"Hafiz" satu suara memanggil Hafiz. Suara yang amat dikenalinya. Suara yang amat dinantinya. Hafiz lantas mendongak kepala memastikan empunya suara. Hafiz lihat Ariana sedang berdiri di hadapannya. Cepat-cepat Hafiz bangun dan berdiri di hadapannya.

"Ari..." Belum sempat Hafiz menyebut nama Ariana, pipinya terasa kebas. Dan belum sempat kebasnya hilang, sebelah lagi pipinya menjadi habuan tangan Ariana. Hafiz hanya membisu memandang Ariana. Ariana menitiskan air mata.

"Bodoh" sepatah kata itu keluar dari mulut Ariana. Hafiz masih senyap membisu. Ariana meneruskan katanya, "macam mana saya nak bahagia kalau awak tinggalkan saya? Macam mana saya nak ucap saya sayang awak kalau awak tak bagi saya kesempatan."

Hafiz terkejut dengan kata-kata Ariana. Tapi dia hanya membisu ingin mendengarkan apa lagi yang mahu dikatakan oleh gadis di hadapannya itu. "Saya sayang awak Hafiz. Saya sayang awak. Ariana sayang Hafiz."
Hafiz terus membawa gadis itu ke dakapannya. Sekejap keadaan antara mereka sepi. Hanya esak tangisan Ariana sahaja yang kedengaran.

"Janji dengan saya awak takkan tinggalkan saya. Promise me you will be beside me no matter what happen." Ariana menuturkan dalam esak tangisnya sambil meleraikan dakapan Hafiz.

"Saya janji Ariana. Saya janji saya akan bahagiakan awak. And promise me too you won't cry because of me again" Hafiz menyeka air mata Ariana yang sudah semakin reda. Ariana tersenyum.

No comments:

Post a Comment