Suasana di perpustakaan pada hari itu agak tenang. Aku segera meletakkan begku di tempat khas lalu menuju ke rak-rak buku. Mataku meliar-liar mencari buku rujukan management seperti yang disyorkan oleh lectureku. Dan akhirnya mataku memfokus kepada buku tersebut. Aku segera mengambil buku tersebut, namun dalam masa yang sama seorang lelaki juga sedang memegang buku tersebut. Mata kami bertembung. Renungan matanya membuatkan aku seperti berada diawang-awangan.. oh… asyik sekali. "handsomenye dia," bisik hati kecilku..
Sedang aku asyik berangan, aku tersentak mendengar suaranya.
"Excuse me," katanya sambil merenung tepat kemataku.
Aku tersentak. Dia tersenyum dan berlalu bersama-sama buku tersebut.
Aku kembali semula ke alam nyata. Lantas tanpa membuang masa, aku segera mencari lelaki tersebut. Mesti. Buku itu satu-satunya harapanku dan aku sangat memerlukan buku tersebut untuk menyiapkan assignment Mr Ganesh.
"Err..Saudara," panggilku . Dia yang baru sahaja ingin meletakkan punggungnya di kerusi, menoleh kearahku. Aku dapat merasakan betapa lajunya degupan jantungku.. dup dap dup dap. " Sara, kau harus berani. Ini berkaitan dengan hidup dan mati. Chayo-chayo," hatiku berbisik memberikan kata semangat.
"Yes, can I help u?" tanya lelaki itu apabila melihat aku masih lagi tidak bersuara. Aku menarik nafas panjang, dan dengan sepenuh keberanian yang ada, aku bersuara."Maafkan saya, boleh tak awak bagi buku tu kat saya. Saya sangat-sangat memerlukan buku tu. Please… kalau saya tak dapat buku tu matilah saya. Dah puas saya cari buku yang sama tapi tak jumpa.. Hanya buku ni sahaja harapan saya. Please."
"Mana boleh. Saya pun nak pakai juga buku ni. Siapa cepat dia la yang dapat."ujarnya lagi.
Aduh. Macam mana ni. Takkan aku nak melutut pula kat dia. " Ituu saya tahu, tapi tadi sepatutnya saya yang dapat buku tu dulu. Bukan tadi saya ke yang jumpa dulu buku tu?" soalku kepadanya.
"Eh, awak ni.Saya yang pegang dulu buku ni tau.. So, it’s mean this book is belong to me and not yours. Understand?" tambahnya lagi. Dia kembali menatap buku tersebut tanpa menghiraukanku. Hatiku berasa sebal melihat tingkahnya. Huh. Berlagak betul. Eiii. Geramnya. Namun kerana memikirkan assignment management yang perlu dihantar 3 hari lagi , semangat ku kembali. Aku perlu dapatkan juga buku tersebut walau apapun caranya.
"Macam ni lah. Kita sama-sama nak guna buku ni. So, apa kata awak bagi dulu buku tu kat saya, 3 hari lagi saya bagi balik kat awak. Boleh? Saya memang perlu sangat-sangat buku ni. Maklumat yang saya nak , semuanya ada kat dalam tu," uajrku sambil menunjuk buku yang sedang dipegangnya.
"Mana boleh macam tu. Buku ni saya yang punya. Lagipun boleh percaya ke awak ni. Kalau awak memang nak buku ni, nanti lepas saya dah settle, saya bagi kat awak. Okey."
"Ala.. Janganlah macam tu, saya memang betul-betul nak guna buku ni. Kalau saya tak dapat buku ni, matilah saya. Macam mana saya nak menjawab dengan mr Ganesh tu," ujarku lagi meminta simpati.
"Mr Ganesh?? Siapa tu? Ape kena mengena dengan dia dan buku ni?"
Lalu aku pun berceritalah kepadanya tentang misteri Mr Ganesh. Setelah habis aku bercerita, aku melihat dia ketawa. Apa yang lucunya pun aku tak tahu.
"Hey, kenapa awak gelak?Awak ingat saya tipu ke? " ujarku geram.
Lantas dia menerangkan kepadaku hal yang sebenarnya,aku juga turut ketawa. Rupa-rupanya, dia juga seperti ku, ingin menyiapkan assignment yang diberi oleh Mr Ganesh.Cuma dia dan aku berlainan kelas..Semua orang yang belajar dengan Mr Ganesh sudah masak dengan perangainya yang garang dan cerewet itu. Semua kerja yang diberikan hendaklah mengikut seperti arahannya. Tidak boleh silap sedikit. Pasti akan berlakulah gempa bumi.
Akhirnya dia mempelawaku untuk membuat assignment Mr Ganesh itu bersama-sama. Aku bersetuju apabila dia dengan rela hati ingin membantuku. Almaklumlah aku ni agak lemah juga dalam subjek yang satu ini.
Peristiwa diperpustakaan ini menjadi detik perkenalan kami. Kami akhirnya menjadi sahabat. Setiap kali ada masalah pelajaran, dia tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan kepadaku. Aku mendapati bahawa dia seorang pelajar yang pintar. Kawan-kawanku yang lain sering mengatakan aku beruntung kerana dapat mendekati Zarul yang merupakan pelajar pintar dan digilai ramai terutamanya pelajar perempuan.
Hampir dua tahun aku mengenali Zarul, aku dapat merasakan bahawa ada keserasian diantara kami. Hubungan kami menjadi semakin rapat dari hari kehari. Kebanyakan masa kami habiskan bersama. Ramai yang manyangka kami adalah pasangan kekasih, namun hakikatnya tidak begitu. Jauh disudut hatiku, memang aku menyukainya.Namun kami tak mungkin akan dapat bersama. Dia sudah mempunyai kekasih hati. Kekasihnya kini berada diluar negara kerana melanjutkan pelajaran. Walaupun aku tidak pernah menemui kekasihnya itu, namun mesti dia seorang yang sangat istimewa. Zarul pernah menyatakan kepadaku bahawa dia sangat menyanyangi girlfriendnya itu. Dahulu zarul juga sering meluahkan perasaannya kepadaku.
Dan sering juga aku memberikan nasihat kepadanya. Padahal aku pun bukannya arif pun tentang cinta ni.
Namun sejak kebelakangan ini, hubungan aku dan Zarul kian hambar. Dia sering menghindarkan diri daripadaku. Aku sendiri confuse dengan apa yang telah berlaku. Aku sering tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku. Aku sangat merindui Zarul yang aku kenali dulu. Zarul yang caring, kelakar, selalu menyakat dan mengusikku.
"Hai sayang. Tengah buat apa tu?" ujarnya disana. "Hmm, mimpi apa pulak awak call saya ni cik abang oi, " kataku acuh tak acuh. Sebenarnya aku gembira menerima panggilan daripadanya, namun kerana sikapnya terhadapku sebelum ini, aku berlagak tidak mahu melayannya.
"Hmm. Keluar nak tak?"
"Aik, banyak pula masa awak hari ni nak ajak saya keluar. Selalunya tu busy je memanjang. Hari ni tak ada kerja nak buat ke?" tanyaku masih berjauh hati.
"Sorry la sayang. Hari tu memang saya betul-betul sibuk la. Tapi sekarang semua kerja saya dah settle. So saya ada la masa nak keluar dengan bestfriend saya ni. Jom la," pujuk Zarul.
"Tak nak la. Saya takde mood hari ni," ujarku masih mahu jual mahal.
"Sara jangan lah macam ni. Awak marah lagi ke dekat saya? I promise today you’ll be my princess. So whatever your wish I’ll fulfil it," pujuk Zarul lagi.
"Promise? Whatever I want?" aku meminta kepastiannya.
"Yes my dear. Whatever,"
Hari itu kami pergi ke Times Square. Sebenarnya sudah lama aku teringin untuk bermain roller coaster. Jadi kesempatan ini tidak akan kulepaskan. Kami bermain sepuas-puasnya di Cosmo’s World Thema Park. Dari satu ke satu permainan kami cuba.Taman tema ini merupakan taman tema terbesar di Malaysia. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Fantasy Garden di aras 7 dan Galaxy Station di aras 5. Hampir lima jam kami didalam taman tema itu. Sebelum pulang, kami sempat membuat replika tangan yang dibuat dengan menggunakan lilin untuk dijadikan kenangan.
Selepas mengisi perut di restoran makanan segera McDonald, aku mengajaknya pergi menonton wayang pula. Kami bercadang untuk menonton filem yang santai dan tidak berat. Akhirnya kami memilih untuk menonton cerita kartun Cloudly With A Chance Of Meatballs. Selesai sahaja menonton , aku mengajaknya pula menemani ku bershopping. Nak tak nak, dia terpaksa juga menemaniku kerana dia sudah berjanji. Aku sengaja menyeksanya kerana ingin membalas dendam. Apa tidaknya, sebelum ini dia telah menyakiti hatiku. Apabila hari sudah semakin larut baru aku memintanya menghantarku pulang kerumah.
"I have something for you," ujar Zarul sambil menyentuh tanganku untuk menghalang aku keluar dari keretanya.
"This is for you. Happy birthday," ucapnya sambil menyuakan sebuah teddy bear yang sangat besar.
" Oh thanks. Hari ni birthday Sara ke?" tanyaku agak bodoh-bodoh.
" Sara pun lupa," tambahku lagi sambil ketawa. Alahai macam mana lah hari jadi sendiri pun aku boleh lupa. Ini semua kerana asyik memikirkan sikapnya itu.
"Anyway thanks ye Zar," ucapku lagi.
" Aik thanks sahaja ke?" ujarnya ingin mendugaku. Aku pura-pura tidak faham apabila dia menunjukkan pipinya minta dicium.
" Ei.. Gatallah awak ni Zarul. Ni nak?" ujarku sambil menunjukkan penumbuk kepadanya. " Habis mengamuk your girlfriend nanti tau,"
"Iye lah, siapa la kita ni ye. Sara tak sayang Zar ke? Sampai hati nak tumbuk muka Zar yang handsome ni,"
"Ok lah good night. Sebelum tidur jangan lupa cuci kaki. Nanti karang mengigau main roller coaster. Mimpikan Zar ye.Hahaha, " sambungnya sambil tergelak.
Aku hanya menghantar keretanya dengan pandangan. Tiba-tiba mataku jatuh pada sekeping kad yang terselit di teddy bear baru ku itu. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang apabila membaca isi kandungan kad itu…
Ketika aku mahu keluar dari rumah, seseorang yang asing menegurku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Arisya, kekasih Zarul. Cantik orangnya secantik namanya. Selama ini Zarul mengelak bila aku bertanya tentang kekasihnya. Namun hari ini aku mendapat jawapannya. Arisya seorang yang mudah mesra. Selepas dia pulang, aku ke kolej untuk berjumpa Zarul. Aku ingin menyelesaikan segalanya hari ini.
Antara kami berdua tidak mungkin wujud hubungan yang lain. Dia sudah mempunyai jalan hidupnya sendiri. Begitu jua denganku.
" Zar, berilah Arisya peluang sekali lagi. Dia masih cintakan awak. Saya tahu dia mungkin telah mengecewakan awak, tapi sekarang ini dia sudah sedar segala kesilapannya. Dan barulah dia tahu betapa dalamnya cinta dia pada awak. Berilah dia peluang sekali lagi," aku cuba memujuk Zarul seperti janjiku walaupun sukar rasanya.
"Apa yang awak merepek ni?" Zarul menunjukkan muka tidak puas hati. Mungkin marah kerana hal peribadinya ku bangkitkan.
"Mungkin awak marah sebab saya masuk campur hal peribadi awak. But as a friends i just want to help. Terpulanglah.. Tapi yang pasti kita tak mungkin akan lebih daripada kawan kerana saya tidak pernah awak lebih daripada itu. Dan saya tak dapat terima awak.. " ucapku lantas berlalu pergi. Aku cuba menahan air mataku daripada mengalir. Kegembiraanku apabila membaca lamaran daripada Zarul hancur berkecai dengan kedatangan Arisya. Mana mungkin aku menjadi penghalang hubungan mereka. "Ya Allah, kuatkan hatiku ini.. Amin.."
Tiga tahun aku menyepikan diri. Berita pertunangan Zarul amat menyeksaku.Lantas kekecewaan itu membawa aku pergi jauh. Pergi untuk melupakan segala kenangan lalu.
Tetapi betapa jauh kuberlari, bayang-bayangnya tetap mengekori setiap langkahku. Dan akhirnya rinduku terubat jua.
" Tak sangka kita akan berjumpa lagi. You buat apa kat sini?" sapanya kepadaku. Aku hanya diam. Masih terkejut kerana kami ditemukan kembali.
" Sara, are you okey?" soalnya lagi.
"Hmm. Yes im okey. I ada seminar dekat sini. And today is the last day," ujarku sambil mengawal gugup.
"Oh really? Same with me. So, it’s mean kita menghadiri seminar yang sama lah kan? Tapi i tak nampak you pun sebelum ini,"
" Ya. Mungkin tak ada jodoh kot," ujarku selamba.
" Hmm, so sekarang ni kita ada jodoh la ya?" ujarnya sambil tersenyum.
"Ok lah I kena pergi dulu. Tapi kalau ada jodoh kita jumpa lagi. See you then," sambungnya dan pergi.
" Zar, " panggilku menahannya pergi.
" Boleh tak kita mulakan kembali? Sara dah tak sanggup nak tipu diri Sara sendiri. Sara cintakan Zar," luahku kepadanya. Dia kelihatan agak terkejut.
" Tapi Sara tahu kan yang Zar dah bertunang. Sara, kenapa tak dari dulu lagi. Takkan Sara nak minta Zar putuskan pertunangan Zar?" ujarnya minta kepastian.
" Bukan macam tu. Sara hanya nak Zar beri sedikit ruang dalam hati Zar untuk Sara. Itu sudah cukup. Sara dah tak sanggup lagi nak memendam rasa. Now i know that i really love you," luahku lagi.
" Sara, senangnya Sara cakap. Sara ingat Zar ni apa? Dulu Sara tolak Zar and sekarang bila Zar dah dapat lupakan Sara, Sara datang pula, " ujarnya marah.
" Sara minta maaf . Tapi Sara cuma nak minta zar benarkan Sara mencintai Zar. Itu pun dah cukup. Dan Sara akan cuba lupakan Zar," air mataku tidak mampu lagi untuk dibendung.
aku menagis tersedu-sedu. Malu rasanya kerana bertindak mengikut perasaan. Tiba-tiba aku mendengar tawanya. Aku kehairanan melihat tingkahnya. Dan aku tergamam apabila dia memelukku.
" Sara, jangan tinggalkan Zarul lagi. I cant live without you. Kita mulakan hidup baru. Kita kahwin nak?"
Aku yang masih lagi tergamam semakin hairan. Permainan apa yang sedang berlaku ini?
" Kahwin? Tapi tadi Zar cakap..." kata-kataku putus.
Rupa-rupanya, Zarul sengaja ingin mempermainkan aku. Dia ingin melihat sejauh mana perasaanku terhadapnya. Dan rupanya dia tidak pernah bertunang. Berita pertunangannya itu sengaja direka khas untukku.
Namun apa yang pasti aku tidak akan melepaskan dirinya lagi untuk kali kedua kerana hatiku hanyalah milik insan yang bernama ZARUL.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment