Monday, March 22, 2010
Puisi : Madah cinta kenangan manis
engkau akan sentiasa bergembira selalu
Walaupun ianya cuma tinggal sebuah kenangan...
Di antara kita berdua..
Aku masih ingat lagie........
Di satu petang yang indah
kita begitu gembira
berjalan berdua-duan
sambil berpimpin tangan
sepanjang jalan
dan...engkau kelihatan begitu cantik sekali
dengan senyuman mu yang manis itu ....!
Arrrggghhhh......!
Sebuah senyuman yang tidak dapat ku lupakan
Yang telah membunuh ku sehingga kehari ini!
dan menghalang ku..
Daripada mencintai wanita yang lain...!!
Puisi : Madah cinta ilusi
Ketika pertama kali kita berpandangan….
Bertemu dan berbicara
Terasa ada sesuatu disudut hati ku ini
Ada angin mesra yang bertiup dengan begitu lembut sekali
Begitu samar-samar….
Cuba membisikkan sesuatu di hatiku….
Tentang sebuah kemesraan
Tentang sebuah kehidupan
Sebuah kisah cinta....
Dan sebuah harapan
Diantara kita berdua.
Dan kemudian….
Aku juga tidak pernah menyangka
Bahawa itu semuanya….
Adalah satu lakonan sandiwara penghiris hati
Dan sebuah ilusi mimpi
Tentang satu pertemuan
Dan sebuah perpisahan
Yang cukup menyakitkan hati….
Yang telah menjadi beban jiwaku ini….
Sehingga kehari ini!
Soalan Kepada Pasangan Anda
2. Kite Kawan ke?
3. Bile & Macammane Kite Jumpe?
4. How have I affected you?
5. Ape Pendapat awak tentang saye?
6. Ape memory awak&saye yang paling awak tak lupekan?
7. Awak Sayang saye?
8. Awak minat saye ;-p?
9. Lagu Kegemaran saye?
10.Warne Kegemaran saye?
11. pysically saye ni macam mane?
12. Emotional saye macam mane?
13. On a scale of 1-10, how hot am I?
14. Give me a nickname and explain kenape pilih name tu?.
15. Adakah saye patut dicintai?
16.Berape lame awak kenal saye?
17. Describe me in one word ^_*.
18. Ape awak punye first impression?
19. Ape awak rase KELEMAHAN saye?
20. Ape yg mengembirakan saye?
21. Ape yg Menyedihkan saye?
22. Ape yg mengingatkan awak ttg saye?
23. How well you know me?
24. Kali terakhir awak nampak saye?
25. ade nak cakap sesuatu dengan saye tapi tak sampai?
26. Awak rindu saye?
27. If you could say one last thing to me forever, what would it be?
Novel : School Of United Love
"Ehem...Leh kenal tak??" seorang lelaki menegur Aryn.
"Eh, duduk ar dulu..Join ktorang..makan-makan ngan ktorang..Nama ko apa??" Joanne mula dengan sikap gediknya yang pantang melihat lelaki kacak.
"Oh, okey.." Lelaki tersebut mengambil tempat di sebelah Aryn.
"Joanne, tukar tempat duduk jom.." Aryn bersuara.
"Aku on je...No hal.." Joanne mula menjalankan kegiatannya.
Min, Tasya, dan Eisya hanya memerhatikan Joanne menggedik, Aryn yang memasamkan muka kerana anti dengan lelaki, lelaki itu pula masih melihat Aryn.Joanne hanya tersenyum-senyum sahaja.Aryn hanya berdiam diri.
'nape gadis tu tak nak duduk sebelah aku, sombong nye..xpe..tengok ar nanti..' ngomel lelaki itu di dalam hati.
" Korang, aku nak blah la dulu, rasa panas plak aku duduk kt cni.. " herdik Aryn sambil memandang ke arah lelaki tersebut.
" laa... nape cepat sangat, kan dak laki nie baru jer duduk ngan kite, kenal2 la dulu, borak2 ke, mane ar tau, aku dapat tackle kan.. " bisik Joanne.
"xpe ar..tak minat ngan nak kenal ngan dak laki macam nih"
"kalo ko tak nak biar aku yang kenal-kenal ngan ngan dia... hehehehehe.. " gelak Joanne.
"kenal ar..aku nak blah dulu k.." jawab Aryn.
"Okey.."Jawab rakannya yang lain.
"sape nama ko?"Joanne mula bertanyakan nama lelaki tersebut.
"Azfar Danial.Panggil Danny je."Danny menjawab.
"Nice name.I'm Joanna.This is my friend, Eisya Rania, Fazira Jasmine and Nabila Natasya."Joanne menunjukkan rakan-rakannya yang berada di situ satu persatu.
"Yang sorang tadi tu sape?Kawan kau jugakkan?"
"Yup.Aryn Dania.Sorry pasal sikap dia tadi."
"Tak pe.Aku pegi dulu."Danny berganjak dari kerusinya dan meninggalkan kantin tersebut.
........
"Aryn, kau kenapa tadi?Suka je nak blah camtu je.Sian aku tengok Danny tu."Eisya bertanya.
"Danny tuh sape?"Aryn bertanya kembali.
"Danny tu nama budak yang buat ko blah dari kantin tadi."Eisya menjawab.
"Aku saje je blah.Macam gatal je budak tu.Lagipun, aku memang anti dengan budak lelaki yang gatal-gatal"Aryn menjawab juga.
Mereka diam.Meneruskan latihan yang diberi oleh guru mereka.Aryn melihat jam di tangan Eisya.5 minit lagi mereka akan balik.
"Eisya, berapa hari dah kita kenal?"Aryn bersuara.
"Seminggu.Kenape?"
"Tak de ar.Kita rapat macam dah sepuluh tahun kenal kan?"
"Ye tak ye jugak ryn."Joanne menyampuk.
"Eh, loceng dah bising tuh.Meh balik."Eisya bersuara.
"Jom."Aryn dan Joanne menjawab serentak.
........
"hah!!"
"Opocot mak aku pegi bulan."Aryn terkejut.
Danny mengambil tempat duduk di hadapan Aryn.Kelas mereka kedengaran sangat bising kerana Cikgu Melur tidak masuk ke kelas.
"Sejak bila mak ko pegi bulan"Danny membuat muka innocent.
"Sejak kau sergah aku tadi."Aryn meradang.
"Sorry.Kenapa termenung?Ingat pasal pe?"Danny mengalah.Tahu akan sikap Aryn yang sangat degil.
"Ingat tingkatan satu dulu hah..Macam mana aku leh anti kat kau time kat kantin tu.Ingat lagi tak?"
Danny mengerutkan dahi.Memikirkan kenangan pada waktu mereka baru sahaja menuntut di sekolah tersebut.
"Owh..yang kau lari dan kata panas tu eh?"Danny sengaja menguji.
"Ye la..And time joanne menggedik ngan kau."Aryn mencebik.
"Kau ingat lagi macam mana kita berbaik?"
"Ingat."
"Ingat lagi macam mana kau kenal ngan Min dan Tasya?"
"Lupa dah."
"You should remember it"
"I know.But it hurts when they do that for me.Musuh dalam selimut tuu!!!"
"Past is past.Ingat lagi macam mana kau kenal Eisya dan Joanne waktu sekolah rendah?"
"Ingat."
"Good."
"Nape kau tanya macam pegawai polis je?"
"Saje je.Test your memory."
"Danny, I miss my childhood."
"Why?"
"Because it is really sweet."
"Yup.Sweet because we did'nt need to think about anything.Just enjoy.Am I right Dania?"
Aryn tersenyum.Hanya Danny sahaja yang memanggilnya Dania.Mungkin kerana mereka agak akrab dan nama mereka seakan-akan sama.
"Yes.You're right."
"Next week exam.Ready?"
"Little bit."
"Cam tak ready je?Come on Dania.You're a big girls, dah boleh pikir sendiri kan.Study tu untuk kebaikan kau jugak.Kat rumah kau buat apa?"
"Aku cam biasa ar.Baca novel, main psp, tlg mak aku.Tu je."
"Tak ada study?"
"Nope."
"Korang bincang pasal pe?"Eisya duduk di sebelah Aryn.
"Yela, korang bincang pasal pe?Serius je bunyi?Gosip ea?Joanne turut mengambil tempat di sebelah Aryn.
"Bincang pasal budak ni, tak pandai belajar."Danny menjawab dan menunjuk pada Aryn.
"Memang pun."Eisya dan joanne menjawab serentak
Aryn sudah mula memasamkan muka.
"Dah dah.Jangan nak wat muka masam."Danny mengalah.
"Eh, tak nak balik ke?Loceng hikmat tu dah berbunyi.Jom balik.Nanti lambat balik tak dapat study group petang kang."Eisya mula mengingatkan rakan-rakannya tentang study group yang telah dipersetujui oleh mereka.
"Malas nya nak pegi study group.Aku tak pegi boleh tak?"Aryn mula menunjukkan sikapnya yang sangat tidak suka belajar.
"Dania, no argument please."Danny mula memainkan peranan.
"Ooo..kay."Aryn menurut dan mula melangkah pergi ke kereta ibunya yang sudah lama menunggu.
...........
"Hey all.Sorry I late.My mom busy lorh."Aryn hanya tersengih dengan harapan alasannya dapat diterima.
"Owh..Yeke?Alasan yang belum cukup bagus Dania.Jangan tipu ktorang."Danny kelihatan sangat marah.Kesal dengan sikap Aryn.
"Sorry."Aryn berasa bersalah.
"That's ok.Duduk ar."Eisya menjalankan tugas seperti biasa.Eisya tahu Danny dan Dania jika tidak ada orang tengah jadinya akan menjadi perang saraf.
"Okay"
Setelah 3 jam menghadap buku dan berbincang, Eisya dan Joanne beransur pulang.Namun Aryn hanya memerhatikan Danny yang dari tadi masih memarahi perbuatannya sebentar tadi.
"Danny."
Danny tidak menjawab.
"Danny"
Danny hanya mengemaskan barang-barang nya.
"Dah ar.Ada mulut tak pandai jawab.Bye."
Aryn berjalan dengan marah sekali.
Tiba-tiba.
"Aduh!"
Danny mengenggam pergelangan tangan Dania.
"Sakit ar Danny.Lepaslah.Nanti ada orang tengok, lain pulak jadinya."Aryn mengerang kesakitan.
"Ok.Duduk dulu.Aku nak cakap something."Danny melepaskan tangan Aryn.Mengarahkan Aryn untuk duduk.
"Cakap ar."
"Tau kenapa Danny tak jawab time Dania panggil tadi?"
"Tak."
"Kalau Danny kata Danny busy?"Danny menguji Aryn.
"Tipu ar.Jahat main tipu-tipu.Mana ada Danny busy tadi."
"Dania lagi jahat kot.Suka bagi alasan yang tak betul, tak munasabah kan?Tu la yang orang rasa."
"Okay.I\'m sorry.Tau la orang salah.Dengan ini, Aryn Dania minta maaf kat Danny ea.Next week pun nak exam.Tak baik gaduh-gaduh.Kan?"
"Tau tak pe.Dah, Jom balik."Danny berdiri dan mula mengorak langkah.
"Tadi bukan main lagi nak pegang-pegang tangan orang suruh duduk.Tengok-tengok tu je yang dia nak cakap?Hampeh punya kawan."Aryn berbisik seraya berdiri.
"Apa kau cakap tadi?"Danny terdengar rungutan Aryn..
"Eh, nothing.Jom balik."
........
"Morning Eisya, Joanne."Danny menyapa rakan-rakannya.
"Morning."Eisya dan Joanne menjawab serentak dengan muka yang berseri.
"Korang berdua kenapa?Macam kerang busuk je aku tengok.Tersengih-sengih."
"Tuu...Ada budak baru ar Danny.Mustaqim nama nya.Kacaknya.."Dengan muka yang sama seperti kerang busuk, Joanne menunjukkan pelajar baru tersebut.
"Girls always like this huh?"Danny senyum mengejek.
"Hai guyz."Aryn menyapa rakan-rakannya.
"Hai Dania.Nak join tersengih jugak ea?"Danny dengan muka innocent bertanya.
"Join apa plak?"
"Tu haa ryn.Ada new student.Duduk kat tepi Danny.Handsome kan?"
Eisya bersuara.Joanne pula, masih gila bayang dengan pelajar tersebut.
"Not bad.But, my hero ni lagi hensem."Dania menepuk-nepuk belakang Danny.
Danny pura-pura batuk.Eisya hanya mencebik.
"Puji-puji aku ni nak apa-apa ke?"Danny sudah dapat mengagak ada udang di sebalik spaghetti dengan sikap Aryn itu.
"Puji pun tak boleh ke?"
Aryn membuat muka masam.
"Boleh tu boleh.but, Dania, I know you very well."
"Okey, I\'ve one request."
"Go on."
"Share jawapan time ujian nanti.Especially, geo and sejarah.Please.."Aryn membuat muka simpati.
"Apa aku dapat kalau bagi kau jawapan?"
"Kau dapat sahabat sehidup semati."
"Oo...kay"
"Thanks Danny.Sayang kau sangat-sangat!"Aryn melonjak keriangan.
........
Yey!!
"Hari ni last ujian.Lepas tu kita enjoy!"Aryn menjerit keriangan sambil memakan karipap yang di beli dari kantin.
"Math kan?Huh...Ni yang aku malas dengan math ni."
Eisya mengeluh.
"Alaa pe yang susah nya eisya, Aryn dengan Danny kan ada..Dua-dua terer math ape."
Joanne menjawab.
"Aku kalau math kau tanya je ar apa-apa.Kalau geo dan sejarah, jangan tanya apa-apa. ."
Aryn menjawab dengan sedikit nada riak dan tidak jelas kerana asyik makan karipap yang dibeli.
"Pe yang kau lemah sangat math tu Eisya.Tengok soalan lepas tu jawab.Kalau algebraic ngan linear kena faham yang mana pindah dulu.Kalau volume ke total surface ke, formula dah kena bagi.As simple as that la.Dania, kalau makan, jangan bercakap and one more thing, jangan riak sangat boleh?."
Danny menerangkan panjang lebar dengan Eisya dan seterusnya menjeling Aryn yang ligat mengunyah karipap.
"Wah!!Suka je Danny ni nak menerangkan macam tu ea.Aqim, kau duduk belakang aku kan, senang sikit nak share jawapan.Boleh tak?"
Eisya memujuk Mustaqim.
Sememangnya semenjak Mustaqim berpindah di sekolah tersebut, dia selesa berkawan dengan rakan-rakannya yang kini memanggil dirinya sebagai Aqim.
"Okay.Tapi kalau salah, jangan marah aku."Mustaqim menjawab namun dengan nada yang tidak yakin.
"Janji aku dapat jawab.Betul tak ryn?"
Eisya bertanya kepada Aryn.
Diam.
"Aryn, jawab ar.Btol kan?Meniru tetap meniru.Betul atau salah belakang kira kan?."
Diam.Aryn hanya mengunyah karipap lagi dengan muka yang sungguh tidak comel.
"Aryn!!"
Eisya mula naik angin apabila Aryn tidak memberi respon.
"Eisya, kau dengar kan Danny dah marah aku bila aku bercakap waktu makan.Ni aku dah diam-diam kau pulak yang marah!Huh!Korang ni memang la!"
Aryn kembali senyap.Rakan-rakannya yang lain tidak berani bersuara kerana faham akan sikap Aryn jika marah sememangnya agak menakutkan.
"Aryn Dania, ulang lagi pe kau cakap tadi?Salah ke kalau aku nasihatkan kau?Aku takut kau tertelan karipap tu ke, apa ke.Sebab aku sayang ar aku nasihatkan.Faham?!"
Danny membidas dengan nada yang tinggi.
Aryn diam.
Eisya, Joanne, dan Mustaqim hanya memerhatikan Aryn dan Danny.
"Eisya, baik kau bawak Aryn pergi dari sini sebelum dorang berdua berperang."
Joanne berbisik kepada Eisya.
"Kau tak tengok ke muka bengis Aryn tu?Aqim, kau cuba ajak Danny pegi tempat lain.Perang besar tu jap gi."
Eisya bersuara sehalus yang mungkin supaya tidak didengari oleh Aryn dan Danny.
Namun.
"Korang diam!"
Aryn dan Danny menjerit serentak.Bisikan Eisya dan Joanne yang sehalus semut itu sudah didengari oleh Aryn dan Danny.
"And for you Danny tak salah kau nasihatkan aku.Dah la, aku nak blah dulu.Rasa macam panas sangat kat sini."
Aryn berjalan dengan lajunya.
Eisya dan joanne mngejarnya.
Danny hanya duduk dan meraup wajahnya.
"Rilekla bro.Dah kau ngan dia memang dua-dua panas baran."
Aqim bersuara.
"Dia je yang panas baran.Aku tak."
Danny masih tidak mengaku.
"Jom balik kelas.Jap agi nak ujian."
Aqim mula mengatur langkah menuju ke blok yang berhadapan dengan pejabat guru.
........
"Dania."
Danny menyapa Dania.
Diam.
Tiada sahutan mahupun tindak balas daripada Aryn.
"Aryn Dania, i'm so sorry."
Danny bersuara lagi.
"Jap agi nak ujian.Baik kau baca formula."
Aryn kembali menumpukan perhatian dengan formula mathematic yang berada di hadapannya.
.......
"Azfar Daniel, Aryn Dania, Joanne ak Louis, Eisya Rania, Mustaqim!"
Satu suara tiba-tiba kedengaran dan semua pelajar diam.
"Saya dapati kamu berlima ada niat hendak meniru??"
Aryn, Danny, Eisya, Anne dan Aqim hanya mendiamkan diri.Mereka berlima juga terkejut apabila rancangan mereka dapat dihidu oleh Cikgu Habibah.
"Hilangkah mulut kamu semua sehingga tidak dapat menjawab soalan saya?"
"Alhamdulillah..Masih ada cikgu."
Soalan kedua Cikgu Habibah dijawab mereka berlima serentak.Pada saat itu juga seluruh kelas 3 Setia ketawa dengan jawapan lima sekawan itu.Sememangnya semua pelajar amat gerun dengan guru disiplin itu yang juga mengajar mata pelajaran geografi di kelas mereka.
"Melawan kamu semua ya?"
"Ya cikgu."
Sekali lagi kelas 3 Setia gamat dengan gelak tawa pelajar-pelajar lain yang mendengarnya.
"Sekarang, kamu semua akan diasingkan.Aryn Dania dan Mustaqim, kamu berdua jawab ujian nanti di dalam bilik guru.Azfar Daniel, kamu di dalam kelas 3 Sempoi.Eisya Rania kamu kekal menjawab di dalam kelas ini.Dan akhir sekali Joanne kamu menjawab di dalam makmal sains 1.Jelas semua?"
Cikgu Habibah melihat mereka berlima dengan harapan tiada lagi jawapan yang akan mengundang gelak tawa di dalam kelas tersebut.
"Tidak cikgu."
Mereka menjawab serentak.
"Apa yang kamu semua tak faham?"
"Cikgu kata saya dan Mustaqim menjawab di bilik guru.Koordinatnya di mana cikgu?Macam yang cikgu ajar dalam geografi, koordinat digunakan untuk menentukan kedudukan atau ciri sesuatu tempat..Bukannya main cakap je dimana.Betul tak cikgu?Kalau cikgu tak cakap dimana koordinatnya, mana la saya dan Mustaqim nak jawab soalan.Kitorang kan tak tahu ciri-ciri tempat yang bakal kami duduki untuk menjawab soalan nanti.Ke cikgu dah lupa cikgu pernah mengajar kami supaya melihat dulu ciri-ciri sesuatu tempat."
Aryn bersuara lantang.Sememangnya apabila pembahas sekolah sudah bersuara memang panjang lebar gamaknya.
"Yela cikgu.Saya pun nak tanya saya di koordinat apa.Saya bukannya biasa sangat masuk dalam kelas 3 Sempoi tu.Lagipun, saya ni kan budak pandai, mana la nak masuk kelas tu.Asyik sempoi je."
Danny bersuara.
"Tak baik riak sangat"
Aryn berbisik kepada Danny.
\'Terbalas jugak akhirnya.\'Aryn berbisik sendiri.Puas kerana dapat membalas kata-kata Danny.
"Saya pun cikgu.Macam mana nak duduk dalam makmal tu nanti kalau koordinat tak dinyatakan?"
Joanne bersuara.Menyokong perihal koordinat yang tidak diberikan.
"Cukup-cukup!Kamu berlima tak payah la tukar tempat menjawab soalan.Saya nak kamu semua duduk di tempat kamu sendiri dan bersedia. 3 minit lagi ujian bermula. Ingat!Kamu berlima diperhatikan."
"Terima kasih cikgu."
Mereka berlima menjawab serentak dan kembali mengambil tempat masing-masing.
......
"Adoi!!! Susahnya ujian tadi."
Eisya geram memikirkan ujian yang sangat susah.
"Senang je."
Aryn dan Danny menjawab serentak.
"Tak baik riak sangat.
Aqim, Anne dan Eisya menjawab serentak.
Danny tersenyum.Aryn menjeling.
"Dania."
Tak dijawab.
"Dania."
Danny tidak berputus asa.
Sekali lagi, Aryn tidak menyahut.
"Dania, I\'m sorry ok?"
Masih tiada sahutan.Rakan-rakannya yang lain tidak berani untuk masuk campur.
"Dania, boleh tak jangan keras hati sangat?Orang dah minta maaf, dah ar!Ni tak, masih nak berkeras.Huh!"
Danny sudah mula mengeluarkan sikapnya.
"Kalau dah panas baran, minta maaf pun marah-marah jugak.Haish."
Aryn menjawab dengan muka innocent.
"Yela.Sorry tau."
Danny mengalah.
"That\'s okey.Dah biasa."
Aryn menjawab sambil melihat kertas soalan matematik Eisya yang sudah ditandakan jawapan.
"Not bad jugak jawapan-jawapan kau Eisya.Aku kira around 25 je betul.Meningkatkan?Okey la tu!"
Aryn memberikan pendapatnya.
Diam.Seorang pun tidak menjawab.
"Korang kenapa?Ada masalah ke?Come on.Exam dah habis ar."
Sekali lagi Aryn bersuara.
"Aku takut result aku tak gempak ar."
Joanne bersuara.
"Aku takut science aku gagal lagi."
Aqim bersuara.
"Aku takut math aku gagal."
Eisya bersuara dengan muka yang sangat risau.
Diam lagi.
"Dan kau Danny?Masalah ngan awek meletop kau tu ke?"
Aryn bertanya pula pada Danny.
"Tau tak pe."
Danny menjawab pendek.
"Ok, dengar ye.Joanne, kalau result tak gempak make more effort than today.Yang lemah tu buat la ulangkaji.Aqim, Eisya, kalau science dan math korang gagal lagi, aku janji aku ajar korang.Danny, pe masalah kau ngan awek kau?Dia merajuk?Dia jeles lagi pasal aku ngan kau?"
Aryn menjawab panjang.Tanda prihatinnya dia dengan rakan-rakannya.
"Tau tak ape.Tak tau la nak cakap apa lagi Dania.She always jealous with us.Kalau boleh dia nak dia sorang je dekat dengan aku, berkepit ngan aku.Tapi takkan aku nak ketepikan kau, or should I say, korang sume."
Danny meluahkan perasaannya yang memang faham akan kehendak kekasih hatinya yang boleh dikatakan sangat tak masuk akal.
"Then, just do it.Luangkan masa banyak-banyak dengan dia.I\'ll be by your side.Tapi kalau dah dia jeles sangat, ikut sajalah.Kau sayang dia kan?Ikut je kata dia.Aku tak kisah ar.Aku faham korang ada benda lain agi nak wat.Aqim, of course ar dengan Tina dia kan.Joanne memang nyata ar dengan balak-balak dia.Eisya memang setia dengan Haziq.Aku faham ar aku sorang je yang memang berjiwa 15 tahun.Korang sume memang suka terjerumus dalam bab-bab cintan nih."
Aryn meyakinkan rakan-rakannya sambil terus mengorak langkah bersama rakan-rakannya untuk keluar kelas.Sememangnya mereka berlima akan menjadi pelajar yang terakhir keluar kelas kerana Eisya telah diberikan tugas untuk mengunci kelas setiap kali tamatnya sesi persekolahan.
'Kalaulah korang tau aku amat perlukan korang.Dengan keadaan family aku, suasana kat rumah.Huh!!Kalau korang faham, mesti korang tau kenapa aku tak suka nak berkapel-kapel nih kan.'
Aryn bermonolog sendirian.Tanpa disedari air matanya mengalir mengenangkan keadaan sebenarnya.Juga tanpa disedari, rakan-rakannya pertama kali melihat Aryn menangis namun tidak berani bertanya, bimbang Aryn semakin memendam perasaannya.
Wonder Pets!Wonder Pets!We're on our way,To help a friend,
And save the day...
Telefon bimbit Aryn menyanyikan lagu kartun wonderpet.
Aryn menuju ke mejasoleknya untuk mencapai telefon
tersebut.Nama danny terpapar depan skrin.
"Asalammualaikum..Apa kes call malam-malam nih?"
Aryn bengang kerana diganggu.
"Waalaikummusalam.Mak oii.Ganas mak cik dania kita nih."
Danny mengusik dania.
Aryana tidak memberi respon.Diam.
"Dania, nape crying tadi?"
Danny bersuara lagi.
"Nothing..But i though you know Danny.."
"Erm..Let me guess.It's about you and he right?
And about ur family condition?
Tak aman macam dulu lagi?Kan?"
Sekali lagi aryn diam..Airmata nya mula mengalir..
Entah kenapa hatinya terusik apa bila terkenangkan
hubungannya dengan si dia dan keadaan keluarganya..
"Dania?"
"Erm.Yeah.You're right.I don't know what should i do."
"Dear, sabar ok.Keadaan kita sama..Semua org ada masalah.
Semua masalah ada konklusinya.Rilex ok.I'm here for you."
Danny berusaha untuk menenangkan hati rakannya itu.
"Thanks..Satu lagi..About the girl yang buat fitnah
bagitau aryn katageng kelas kita sombong..
What should we do?"Aryn menyoal Danny.
"Esok kita settle ea..Aku nak settlekan masalah-masalah
kau dulu esok..Lepas masalah kau settle, baru aku pasang
strategi pujuk awek aku tu..Or apa kau panggil awek aku?
awek meletop?hahahaha.."
Danny ketawa..
"Masalah aku dengan Min dan Tasya..Macam bodoh je dorang
kan.Aryn dah kata benda tu fitnah..Dorang tak dengar.
Pe ar."
Aryn geram...
"Tu la pasal.Nasib baik Joanne ngan Eisya tak percaya kan.
Aku pun dengar dorang ada wat cita pasal kau jugak.
Tapi aku tak heran sangat.Bersubahat dengan orang yang
wat fitnah memang la amalan syaitan.."
Danny turut merasa geram.
"Danny, kau kol aku ni kan, awek meletop kau tak marah ke?"
"Tak la.Peduli la dia.Kawan aku yang sorang nih lagi
penting."
"Macam ada udang di sebalik spaghetti je?"
"Tak la.Aku ikhlas cakap macam tu."
"Danny, nanti kita sembang lagi ea.Aku ngantok r.
Bye.Asalammualaikum.."
"Waalaikumussalam."
...........
"Min, Tasya!Sini jap.Aku nak cakap cket.Oi.Pempuan!
Sini jap.Aku nak bincang hal yang sangat mustahak kat
korang.."
Danny bersuara dengan garang menyuruh mereka
keluar dari kelas untuk menyelesaikan masalah Aryn.
"Apa hal nih kecoh-kecoh?"
Min bersuara..
"Hati jenis apa yang korang ada?Korang tau tak, Dania tak
bersalah dalam hal tu.It's just a slander."
"Min, Tasya, Aku minta maaf kalau ada wat salah..
Tapi cerita yang dia wat memang tak benar dan
kekadang ada gak aku mengumpat korang..
hehe..Aku minta maaf sangat-sangat.."
"Kami pun.."
Min dan Tasya menyahut serentak.
Tanpa disedari, Min dan Tasya terus memeluk Aryn...
"Wait-wait...Semput lah aku kalau macam ni..."
Mereka yang memerhati di sekeliling mereka
hanya tersenyum dengan gelagat mereka..
"Girls always like that kan?Lima sekawan
dah bersatu balik.And both of us
tak penah gaduh-gaduh lagi kan Danny?"
Aqim berbisik dengan Danny.
"Yeah..Aku happy tengok Dania happy..As usual."
Danny tersenyum dengan gelagat lima sekawan
tersebut yang bersatu kembali.
"Kamu semua masuk dalam kelas!"
Ketua kelas mereka menjerit dengan loghat cina.
Jackie Sim adalah seorang yang sangat tegas.
"Okey Sim.."Mereka bertujuh menjawab serentak.
"Sini saya ada letak itu notis..
Notis untuk jadual itu sukan kita nanti maa...
Kamu semua tengok sorang-sorang lah hoo..."
Sim meneruskan hujahnya untuk memberitahu
rakan-rakannya perihal sukan
peringkat sekolah yang akan diadakan.
"Sim, kami tarak mau datang itu sukan dengan
ambil itu acara.Boleh ka?"
Danny membalas dengan loghat cina.
"Tarak hal la kalau kamu semua tarak mau ambil acara.
Tapi kehadiran wajib maa.Kamu tau, bukan kamu saja
tak mau datang,saya pun manyak malas mau datang itu sukan.
PMR sudah dekat..Aiyoo..Manyak takut sama itu PMR."
"Okey Sim."
Danny membalas lalu pergi ke mejanya untuk mengambil beg
kerana locengtanda sesi persekolah sudah tamat berbunyi.
"Oit, cik adik mau jalan pegi mana?"
Danny menegur Aryn yang berjalan seorang diri.
"Eisya, Joanne, Min ngan Tasya pegi kantin..
Malas nak ikut.."
Aryn membalas.
"Owh..Ok lah, gerak dulu.
My beloved mom dah sampai..Bye Dania."
"Bye Danny.."
.......
It's a damn cold night,
Trying to figure out this life........
Lagu I'm with you berbunyi menandakan
ada pesanan ringkas yang masuk.
'Dania, esok pegi sukan sama-sama ea.'
'Okey.Ko jemput aku kat umah k.'
Aryn membalas dengan senang hati.
Kalau Danny tiada di sisinya, sudah tentu
dia tak berdaya sepeti sekarang.
.......
"Hai mak cik.."
Aryn masuk ke dalam kereta ibu Danny dengan muka yang riang.
"Hai dear."Ibu Danny iaitu Puan Dynas membalas sapaan Aryn.
Sememangnya,Aryn sudah biasa dengan keluarga Danny.
"Eh, tegur mama je ke?Aku ni?Buat-buat tak nampak plak ea."
Danny bersuara seakan-akan merajuk.
"Eh, ni rupanya buah hati aku..Hai darling..naa..
puas hati tak cik abang oii.."
Aryn menegur Danny.
"Puas sayangku Dania."
Danny membalas dengan muka yang bengang.
"Haisyh, korang berdua ni..
Mama tinggal kat tepi jalan je baru tau."
Puan Dynas bersuara.
"Tu haa.Anak mak cik tu.Orang tak tegur sikit
pun nak majuk."
Aryn menunjuk ke arah Danny yang duduk di seat depan.
"Mana ada..Tu..Dania tu yang sombong tak
nak tegur Danny."
Danny menunjuk pula ke arah Aryn..
"Sudah-sudah!Dah sampai ni..Kalau nak gaduh,
gaduh kat tengah stadium tu nanti ea."
Puan Dynas menyedarkan mereka berdua.
"Okay."Danny dan Aryn membalas.
"Bye mama."
Danny melambai ke arah kereta ibunya.
"Bye mak cik."
Aryn turut melambai ke arah kereta ibu
Danny yang kian menjauh.
"Jom.Pegi cari kawan-kawan kita yang lain..
Tak nak gaduh dah..Surrender.."
Danny mengalah.
"Tak payah cari lagi.Tu dorang kat tepi pagar tu.
Joanne pun dah mula menggatal"
Aryn menjawab sambil menunjukkan Joanne yang
melenggokkan badansambil menegur lelaki-lelaki
kacak yang lalu di depan mereka.Aryn dan Danny
terus berjalan menghampiri mereka.
"Hai cik adik boleh kenal?"
Danny menyoal Joanne yang sedang menunggu
lelaki-lelaki idaman malaya untuk lalu.
"Hish!Tak kuasa la aku nak kat kau Danny."
Joanne membuat muka masam namun kembali
membuat muka dan gaya menggoda apabila
seorang lelaki yang sememangnya menjadi
kegilaan ramai lalu di depan mereka.
"Eleh.Setakat macam tu aku ngan Aqim boleh buat la."
Danny tidak puas hati.
"Betol tu Danny.Aku sokong, lelaki sejati macam
kita ni pun ok ape."
Aqim turut sependapat dengan Danny.Joanne mencebik.
"Eh, korang ni kalau tak gaduh tak boleh ke?
Asyik nak gaduh je.Pening aku."
Eisya seperti selalu akan memberhentikan setiap pergaduhan.
"Wait, Dania mana?"
Danny mencari kelibat Dania.
"ye la, mana dia pegi ea?"Min turut mencari kelibat Aryn.
"Min ngan Tasya, cari dia kat toilet or mana-mana kawasan
lain.Aku, Aqim, Joanne, ngan Eisya cari dia kat astaka
dan semua kanopi rumah sukan."
Danny memberi arahan bagaikan ketua anggota platun.
...
"What??!!"
Cinta, On the spot
Pada cinta yang indah dihatiku
Tak pernah ada garis yang terlintas
ku bahagia….
Adoyaiii.. bunyi apa ni bising je.. hatinya membebel sendiri sambil tangannya melata mencari handset yang asyik berbunyi je dari tadi. Julia!!..
Adelia memandang handset lama… err.. 7.28 minit PAGI!!.. AHAD!!..SAHUR!!.. SUBUH..!! BUKU!!.... ya ALLAH!! EXAM!!
"Hello.." belum sempat aku nak cakap dia dah sambung..
"Eh.. u kat mana!!" berdesing telinga aku.. Kuat sunguh suara minah ni pagi pagi buta ni.. err pagi ker??
"I baru je bangun.." aku bersuara kuat.. loud speaker lagi..
"Hah baru bangun.. dah tujuh setengah ni.." Julia bersuara lagak orang terkejut.. mana tidaknya betul la tu
Aku lagi la terkejut beruk.. dah la exam start kul 9.. rumah aku ke kampus ambil masa one hours.. oh tidak…
"Ha tau takpe.. eh I nak g mandi ni bye.. "
Kepala aku dah terteleng dah nak cari towel..
Dari bilik study aku pergi balik bilik tidur aku..
Tangan aku lak dok tekan tekan keypad.. nak bagitau yang aku tak dapat datang awal hari ni.. he3 lagak macam orang penting lak
7.42!!
Baju kurung aku capai.. nasib baik semalam angin rajin aku tetiba datang.. so semalam aku da gosok baju.. so tak la lewat sangat nanti.. mata aku tak habis habis lirik kat jam.. dah naik juling da kot.kul 8.04 aku da kena naik tren kat putrajaya sentral nak ke Bandar tasik selatan tapi.. sempat ker.. adoi mula la rasa nak menyesal coz tak cari pakwe kat sini.. kalau tak kan senang je.. aku push je dia suh antar aku.. adoi!! Apa ni tetiba kuar pasal pakwe lak..
03888840000
"Hello .. saya nak teksi kat 12e1t11 sekarang!!" Aku bersuara lagak mem lak sat.. nak wat cam mana kalut ni…
"Kat mana??" Operator tu Tanya lagi.. adoii nak ajak aku berbual ker.. kan aku da kata tadi…
"12e1" 12e1 takkan tak tau kot.. depan ni jew.. pelik betul la aku operator nih..err..
"Eh… presint 9 fasa 12.. 12e1" opss tak ingat lak.. kat sini banyak presint.. kan da malu.. nasib bek dia tak push aku balik.. adoiii.. aiii
Tepat kul 7.50 teksi tu datang.. hehehe… turun turun apartment je da ada orang tunggu..bahagianya rasa teksi!!
"Cepat pakcik pergi erl" aku cakap lagi sekali..
"Nak gi mana ni.."
"College kat kl.. saya ada exam ni.. dah lewat ni.." aku dengan selambanya bercerita.. sambil sambil tu aku Tanya berapa tambang teksi ni…
RM7.00!!
Ma aih.. kalau aku naik bas pun 0.50 sen jew.. memang teksi ni nak makan orang.. bulan bulan puasa ni nasib baik aku banyak duit.. tu pun aku dah selongkar segala isi tabung kucing aku tu.. Hampeh!!
-----------------------
Turun je dari Erl.. aku terus jalan laju nak ke tempat release ticket.. nasib baik sempat sampai bandar tasik selatan ni kul 8.30 kalau tidak mampus aku.. tak boleh amik test..adoi.. ni la kesan dia bila hari minggu pun rajin nak buat test.. macam la takder hari lain.. hari ahad jugak yang dia nak buat..yang aku ni lak apesal kalut sangat nih.. StOP IT Fara Adelia !! STOP IT!!.. macam nenek tua dah.. dari tadi asyik membebel…
Nafas aku tarik panjang panjang.. calm down Fara Adelia .. calm down.. yer bertenang..
"Auch!!.." adoi sakitnya.. ini boleh mendatangkan kemarahan… nafasku berdegup kencang.. baru je nak bertenang.. ni tiba tiba je langgar bahu aku.. patah kang sape nak ganti..eii…
Tapi melihatkan paper yang berterabur kat bawah tu.. membantutkan hasrat aku nak marah perempuan ni.. aku susun balik paper paper tu.. pastu aku hulur paper tu and kata kat dia " sorry" tengok betapa baiknya aku ni… siap tolong and minta maaf lagi… tapi..
Amboi.. boleh pulak dia wat muka selamba badak.. lama ku tunggu dia ambil paper tu.. 1 .. 2.. 3.. last last aku letak kat atas tempat tiket.. " nah paper awak.." aku bersuara selamba sambil menjeling.. berlagak betul la minah ni.. kaki aku lajukan.. exam.. exam..
"Hello.. u tak Nampak ker.. sesedap hati je nak blah macam tu??"
What!!.. kaki aku terhenti.. ada pulak suara dia.. "saya tak sengaja.. sory saya pergi dulu".. sory la minah aku tak der masa nak layan engkau.. aku ada test… daaa..
"Hey you.. I nak mintak ganti rugi…"
"What!!.. ganti rugi apa" aku membalas geram..
"You langgar I"
"Saya ke yang langgar awak.. bukan awak ke yang langgar saya"
"Hah.. not me.. but you.. lenkali mata tu pakai sikit.."
Amboi ni da melebih.. aku dah la nak cepat ni..
"Awak nak ganti rugi apa.."
"Huh.. if I said can U give it ??"
Ya allah sabar Fara Adelia sabar.. aku bersuara menenangkan diri sendiri.. nak speaking ngan aku pulak. Aku tau la kau anak orang kaya.. aku lak sempoi je.. hari ni bertambah tambah selekeh aku bila dah lambat macam ni.. beza cam langit and bumi!!
"Saya nak cepat ni.. saya ada test pas ni.."
"What I care.."
"Awak nak apa nih!! Nak ganti rugi?? Apa dia...!!" suara aku meninggi sikit.. orang cakap lembut lembut dia buat tak faham bahasa pulak!!
Perempuan tu senyum.. sinis!!
Nafas aku tarik perlahan lahan.. "Awak nak ganti rugi kan.. for what!! For your dress yang tak cukup kain tu.. nak suruh I tolong belikan kain ker??" Aku bersuara selamba.. aku Tanya bukannya nak jawab.. dah la pakaian ya ALLAH.. eiuuu… Seksi siot..
"Saayaaangggggggg"
Sayang!!.. err lagu ajai ngan marsha tu ker..
La la la… ku sayang kamu…
la la memang ku cinta…
la la la la…..
Ku taruh hati ku
pada bicara tentang cinta
kau mungkin pun tahu
kata hati mu
Aku cuba menghalang
tapi ku tak terdaya kasih
namun sayang yang hadir
membawa sinar
Lena aku didalam pelukanmu
ku tak pernah rasa cintamu sebegini
bisakah terus begini
pertahankan cintaku
Kata hati jangan lepaskan cinta
kerna kita seharuslah hidup bersama
biar badai datang melanda
cinta tak akan goyang
"Sayangggggggg.. please teach this girl!!\"
Mendengarkan suara itu aku kembali menoleh. Aku tengok Perempuan itu merengek kat lelaki sebelah dia. Tangan dia lingkarkan kat lengan laki tu.. eleh.. nak mengadu la tu..bulan bulan puasa ni pun berpeluk .. tak malu betul..
Tapi… al heran.. laki tu macam tersenyum sorang sorang je.. macam tahan gelak pun ader… Hensem.. tapi sayang… huh… sayang lagi…
"Saya betul betul tak de masa ni… coz saya ader test… saya pergi dulu.." aku sambung cakap bila tengok mamat tu diam jew.. ha… tak de idea la tu nak menjawab..
huhuhu…. Marah betul perempuan tak cukup kain tuh… bila pakwe dia a.k.a si hensem tu just senyap je.. aku pun aper lagi blah la……..
---------------------------
"Hah.. kenapa lewat ni.. awak group mana nih!!"
Miss suraya terus je Tanya bila aku sampai kat tingkat 5.. kat dewan Exam..
"Group 13 miss.."
"Hah cepat masuk.. orang da start dah tu.. jalan perlahan lahan.. pergi tempat belakang sekali.."
Adoiii… orang da star ker.. aku pandang miss suraya..buat muka kesian
"Err tak pe ker miss.. takut la.."
"Tak per … pergila masuk cepat.."
Hehehe aku tersengih.. malunya.. dah la lewat sempat lagi aku nak berborak ngan bekas lecturer akaun aku ni hah!!
Dengan selamba lumbernya aku duduk.. bukak soalan test maf220 a.k.a costing yang memang dah ada kat atas meja ni .. errr
QUESTION 1
Tabulation data??
Economic order quantity??.. ahh yang ni senang jew.. yang tadi tu hentam je lah!!
QUESTION 2
Calculate the gross wages for mickey and minney for week one and week two.
Ouh.. yang ni senang je nasib baik.. tapi..
1.What is idle time…
Ermm.. unproductive time of worker.. pun senang jugak..
2.what is labour turn over rate??
What is labour turnover rate??? What is?? What is??
QUESTION 3
calculate..
Re-order level??
Maximum reorder level??
Minimum reorder level??
Average reorder level??
Apa nih… tidakkkkk.. satu formula pun aku tak ingat.. ni mesti kes semua ilmu aku hilang sebab kena langgar ngan minah gedik tadi tuh..
Siap kau perempuan kalau aku tak past!!.. jangan sampai aku jumpa kau lagi!!
Hah kan ke dah berdendam.. nasib baik aku tak puasa hari ni.. opss tuhan bagi cuti ok.. kalo tak confirm dah sebakul dosa aku hari ni.. huhuhu..
----------------------------------
Seminggu kemudian..
Madam Aadni a. k. a lecturer costing aku habiskan pembelajaran untuk hari ni awal.. kata dia nak bagi we all punya result.. yer result test Maf220 hari tu..
Dup dap dup dap.. wah berdebarnya hati aku… gaya orang jatuh cinta pulak.. pewh!!
Nur Liyana.. 40 per 50..
Marzura .. 42 per 50
Sakinah ..48 per 50
Shazwani … 45 per 50
Azie … 38 per 50
Nur Fara Adelia … 15 per 50!!
Shafika…
Bila dengar je macam tu kepala Adelia dah berpusing dah.. YA ALLAH.. aku Fail!! Fail!! Malunya.. selama ni result aku tak pernah colour red.. selalunya 85% ke atas.. mana aku nak letak muka aku nih…. Ouh mama mia…
Aku berdiri sambil termenung nengok satu satu tren yang lalu depan aku.. mata tak usah dikata la.. melilau jer.. malu aku malu.. bila keluar result macam tu.. tapi nasib baik Cuma test and nasib baik ader lagi yang dapat rendah dari aku...
Pap!! Mata aku terbeliak bila nengok semua buku aku jatuh tetiba je. Bahu pun sikit punya teras sakit la. Buku aku kutip satu satu sambil mata aku nengok insan yang ‘bertuah’ yang langgar aku ni.
Fara Adelia mengeluh panjang.. hmm manusia mana lagi la yang suka wat macam ni pada orang yang tidak dikenalinya kalau bukan minah gedik nih.. apa ke malang la nasib aku asyik berjumpa ngan minah ni je..
Natasha hanya tersenyum sinis.. "opss.. so sory!! Tak Nampak lah!!" Dia ketawa perlahan. sengaja mahu menyakiti hati perempuan yang pernah menyakiti hatinya dahulu.
"Ouh.. blind eh" Fara Adelia berkata selamba..
"Hei you!!"
"What??"
"You ni tak pernah belajar cara nak respect orang ker"
Huh.. Dah la datang langgar orang.. pastu kata cam tu.. buat buat ketawa lagi.. and now boleh pulak minah ni kata ‘you ni tak pernah belajar cara nak respect orang ker’ Fara Adelia mencebik.. perempuan di hadapannya itu dilihat sekilas..
Hmm.. nampak la cam anak orang kaya.. coz tu la pakai baju macam tak cukup kain.. tapi rajin la pulak minah ni naik ERL ni.. anak orang kaya naik Erl.. hahaha cam lawak je.. tak der maknanyer.. ni mesti pempuan ni yang teroverdost bila pakai baju itu yang Nampak sebijik cam orang kaya.. huhuhu..
"Huh.. dah la tak reti respect orang .. suka berangan pulak tuh.. !! memang sesuai la tu ngan yourself.. Kolot!!"
Woii.. ini boleh mendatangkan kemarahan..
"Dah la tu nasha.."
Adelia berpaling disaat mendengar suara itu.. dia mencebik.. lelaki ni lagi ker??
"No.. I takkan stop selagi disrespectful girl ni tak minta maaf.."
Huh.. aku dikata disrespectful girl.. itu kamu bukan aku lorh..
"Wait.. apa miss cakap tadi I direstpectful girl.. by the way.. sebenarnya yang tak reti respect orang tu you or me..
because of you i`m late
because of you my shoulder get hurt
Because of you I get lowers mark for the exam..
And because of you… my life tend to be crowded..
All of this because of you.. you know that.."
Hah ambil kau.. skali aku speaking baru kau tahu.. ingat diam diam aku ni takut ker… cukuplah kau crowdedkan hidup aku tau!!
"Hah.. that your fault not me.. by the way..
‘by the way’ Cis.. tiru ayat aku..
"You said you get lower mark right.. serves your right.. dah memang tak pandai buat jela cara tak pandai.. ni nak salahkan orang pulak.. so.. pity!!"
Hei.. tak faham bahasa sungguh!! Fail ditangan diselak kasar.. aku mengeluarkan segala jenis paper test n quiz yang pernah aku buat dulu.. nak tunjuk sikit.. biar terbeliak biji mata minah gedik nih.. aku baling kertas tu kat atas kerusi yang terletak indah kat depan aku nih..
"I tak pandai.. so what this.. ini yang membuktikan betapa I tak pandai.. .."
Kertas dipaper dilihat sekilas.. terpampang semua keputusan yang pernah dia dapat sebelum ni.. law 90%.. business.. 85%.. account 82%.. ctu 90%.. itu yang percentages punya.. kalau yang lain 25/30.. 38/40.. 18/20.. and semuanya boleh dikatakan tinggi even tak full mark.. pantang betul aku bila orang mengata aku.. penat penat je aku belajar sesedap rasa maggi kari dia jer kata aku bodoh..
Gadis yang hanya dikenali sebagai Nasha mencebik.. itu pun aku dengar mamat sebelah dia ni la yang cakap..
"Dah lah penat la saya layan orang macam awak.. tak habis habis nak menyusahkan hidup saya.. kalau nak bergaduh sangat awak pergila dekat wrestling tu ker.. wwf tu ker.. gusti or else… jangan kacau saya.. n one more jangan pernah bagi saya tengok muka awak lagi.. because of saya ni da meluat dah tau tak.. fed up.. menyampah.. and bosan!!"
Fara Adelia berkata selamba sambil berjalan melepasi garisan kuning. Tepat dengan waktunya ketika itu juga transit erl datang.. dia lantas masuk ke erl tanpa memandang perempuan and pakwe dia tu a.k.a mamat hensem tu hah..
Pelik betul la aku.. nak je dia kena control oleh minah hitler tuh..
Dalam transit dari jauh aku Nampak mamat n miss hitler tuh!!.. kalau hari hari aku jumpa dia dekat stesen erl Bandar tasik selatan nih.. maunya masak aku..
opss.. bukab..bukan setakat masak.. maunya rentung!!
Opss.. wait wait.. hujung jarinya mengetuk ngetuk kepalanya seketika
Jangan.. jangan..
jangan jangan minah and mamat ni pun tinggal kat putrajaya kot..
ouh.. my GODNESS!!
20 Ramadhan..
"weyh kau dah shopping baju raya ke belum hah??" Hana menyergah sebaik sahaja sampai ke tempat Adelia..
"ish.. lenkali bagi la salam dulu.. kalau ader heart attack dah lama jalan tau!!" Adelia bersuara geram..
"Alahai.. just kidding.. kau da shopping lum.. jom kuar lepas habis kelas…" Hana bersuara lagi tapi lebih perlahan dari tadi..
"Ke mana??"
"Times square!!"
"Nak pergi naik apa?? kau belanja??" Dia tersenyum sambil buat muka kesian.. kamu yang ajak aku jadi kamu la yang kena belanjer yer!!
"Cis.. bulan puasa pun berkira ker.. naik tren sudah.. !!"
"Yela ye la.. aku kan anak orang kaya.. duit juta juta.. nak gi mana mana pun ader driver antar.."
'Duit juta juta.. nak gi mana mana pun ader driver antar'.. Aku mengulangi ayat itu beberapa kali..
'Duit juta juta.. nak gi mana mana pun ader driver antar..'
cheh macam pantun lak jadi!! Patut la aku rasa semacam jew!
"Hahaha… yela driver ko yang antar.. antar naik lrt.. hua hua hua.."
Fara Adelia hanya tersenyum.. betul la tu.. dia bukannya anak orang kaya.. Cuma dia bernasib baik kerana keperluannya selama ini mencukupi.. dia jarang kekurangan wang.. malahan boleh dikatakan hidupnya memang senang.. sebab itu di antaranya dengan teman teman mudah adapt di antara satu sama lain biarpun berbeza darjat.. Cuma satu yang jelas ketara antara mereka cumalah cara pemakaian.. Adelia seorang yang sempoi sahaja...sekali Nampak cam selekeh pun ader tapi nak wat cam mana waktu tidak mengizinkan dia untuk berhias terlalu lama di hadapan cermin.. lagi pula dia akui dirinya bukan la lawa mana.. cantik !! huh jauh.. biasa je ..Cuma entahlah.. mungkin dia memang bertuah kot itu pasal la sampai skang pun tak pernah2 ader pakwe even selalu dapat pujian.. adoyaii… kalo nak dibandingkan ngan minah gedik tuh memang confirm minah gedik tu lagi lawa.. coz tu la mamat tu nak kat diakan?? even kena queen control.. eii geram nya aku.. kalau aku dapat balas dendam aku kat minah tu kan bagus!!..
…………………………………………………
Adelia berjalan ke hulu ke hilir.. matanya melilau sendirian. Hari ini dia keluar sendirian setelah semalam menghabiskan waktunya di time square .. tapi sayang seribu kali sayang baju yang ingin dibelinya masih tidak ketemu.. itu pasal la aku kena pusing alamanda pulak sorang sorang.. alahai baju mana la engkau nih.. hmm membebel membebel membebel.. bowrink!!
"Haai.."
Hai.?? err ader orang tegur aku ker.. dia berpusing ke belakang!!
Ler mamat ni ker.. pakwe minah hitler tu hah.. apa lagi la yang dia tu nak.. mataku mencari cari kelibat minah hitler tuh.. tapi tak der pun.. sama cam semalam.. sewaktu dia ditegur oleh mamat nih a. k. a. mohd Aiman Hazriel.. kat times square semalam..hmm.. awat lawa tak nama dia sesuai la ngan muka dia yang hensem tu .. sesuai la ngan aku nih tapi tak sesuai ler ngan minah hitler tuh!!hehehe!!
"Awak lagi??" Aku buat muka blur..
"Err.. marah lagi ker!!" Aiman bertanya lembut..
Adoii.. Aiman jangan ler cakap cam tuh jatuh hati saya nanti.. maunya taufan karina miss hitler tu..
"Entah.. dah tak der perasaan dah pun!!" Aku menjawab sambil berjalan masuk ke mph.. melencong sekejap!!
"Sory ok.."
"For what.. apa awak ingat saya cam miss hitler tu ker.. demand orang suh minta maaf ngan diri sendiri.."
"Miss hitler??"
"Yaa.. miss hitler.. err you bukan mister hitler ker??
"Weii awak ni.. sesuka hati je." Tangan nya pantas mencuit hidung Adelia.. dia tersenyum sendiri.. suka melihat wajah itu.
Adelia membulatkan mata dia.. wah ini dah lebih.. marah kang.. dia cuba menyembunyikan ketawanya yang hampir meletus apabila melihat reaksi Aiman yang ceria semacam.. tak ler kaku sangat.. tapi kalau ngan hitler tuh.. macam awan mendung pun ader aku nengok..
"Opss… so sory.. tak sengaja.."
"Awak ni suka minta maaf kan.. sebabtu la hitler tuh selalu demand orang lain suh minta maaf.."
Hahahha.. Aiman hanya ketawa lepas.. " awak tak nak maafkan saya ke ni??'
Aku hanya mengungkitkan bahu. Hish tak der perasaan sungguh la aku ni.. orang dah mintak maaf aku buat bodoh pulak.. tapi kalau piker piker buat ape la mamat ni nak minta maaf.. bukannya dia wat salah ngan
aku pun.. ini tidak semalam Nampak je aku kat times square tuh terusnya diterpa aku ngan Hana .. kata dia nak minta maaf.. dah tu siap nak berkenalan lagi.. buang tebiat keaper..
"Awak.. oooo.. awak.."
"Ish.. awak nak apa nih.. betul ke tak nih.." Hah amik kau.. aku ni kan Straight forward cikit.. sekali fikir macam tak sesuai lak kata kata aku tu ngan behavior aku yang lembut tuh.. tapi biasa lah kalau dah geram macam macam ayat keluar..
"Saya nak minta maaf.."
"For what.."
"Sebab Nasha banyak sakitkan hati awak.."
Aku hanya diam.. pelik..
"Ok kalau saya maafkan.. awak akan pergi la kan.. so saya maafkan.. but make sure saya tak jumpa dia lagi.. kalau tidak.." aku berkata sambil tersenyum.. yakin yang aku benar benar mengampunkan dosa dosa gadis yang bernama nasha tuh.. cheh macam la dosa si minah hitler tu besar sangat sampai nak kena diampun ampunkan..
"Err.. bukan tu jer" Aiman menyambung lagi.. dia teragak agak untuk menyambung kata. Sebenarnya dia sudah jatuh hati kepada gadis dihadapannya itu. Telatah adelia yang ala ala gelabah n tak takut mati tu betul betul memikat hati dia..wow.. aku ni dah jatuh cinta ker..
"Habis apa lagi".. aku bersuara separuh geram.. tak paham betul..
"Saya nak kawan ngan awak.."
"Hah.. kenapa .." dahi aku sedikit berkerut.. mananya tidak tak der angin tak der ribut tiba tiba nak kawan ngan aku.. hilang ingatan aper!!
"Sebab saya suka kat awak.."
"Ish.. betul ke tak ni.. seram la awak nih.." aku mengeleng geleng kepala sekali lagi..
"Serius la ni.."
"Alasan tak kukuh.." aku berkata selamba..
"Ok fine!! Because saya cintakan awak.. cinta.. cinta on the spot.."
"What!!" Aku tergeleng geleng… mana mungkin aku percaya..
………………………….
Aku berpusing beberapa kali dihadapan cermin..bergaya dengan baju kurung colour cream yang lembut menawan tuh.. harini aku nak gi buka puasa dengan mister hitler.. opss not mister Hitler any more.. but Aiman.. cheh hampeh.. hehehe actually kami berdua dah jadi kawan baik.. nak wat cam mana dah dia pun keep saying yang dia suka kat aku jer tapi aku kata kami kawan je dulu because aku pun bukannya reti nak
bercintancintun nieh....psst..sebenarnya aku pun suka kat dia dari first time tengok dia lagi..cinta.. on the spot.. tapi disebabkan dia dengan miss hitler so ngan dia dia la sekali aku benci.. tapi.. kata dia actually dia dengan miss hitler tu dah lama putus.. Cuma miss hitler tu hah yang suka memakse dia ikut dia so si Aiman nih payah nak tolak sebab abang Si hitler tu kawan baik dia.... tapi kan.. sebenarnya aku ader rancangan malam ni.. rancangan yang aku offer kat Aiman if dia nak kawan ngan aku..
"Awak betul nak kawan ngan saya" aku berkata serius.. dikepalaku ketika ini sudah terancang beberapa agenda..
"Betul la.. saya tak tipu pun.."
Aku tersenyum senang.. " kalo macam tu.. saya nak awak tolong saya"
"Tolong aper"
"Saya nak kenakan miss Hitler.."
"Hah.. nak buat aper?"
"Minggu depan ader majlis buka puasa kat club equasterian kan??"
"A`ah.. awak nak pergi ker.. jom lah .. saya ngan kawan kawan pun nak buka dekat sana nanti"
Aku menjengilkanmataku.. orang belum habis cakap lagi dah menyampuk ker.. " ermm.. memang saya nak pergi pun.."
"Tapi.. nasha mesti ikut sebab abang dia pun ader sekali"
Aku tersenyum.. bagus lah kalau minah tu ader.. senang kerja aku nanti!!
"Kita pura pura bercinta boleh.. saya nak ajar dia sikit.." aku berkata sambil menunduk.. malu siot.. even hanya pura pura pun tapi aku still perempuan.. ya ALLAH malunya.. tapi aku tak kira.. whatever aku tetap nak kenakan miss hitler tu..
Aiman ketawa perlahan.. " tak payah pura pura coz saya memang suka kat awak pun.. kalau betul lagi bagus.."
"Betul.. hehehe.. thank you but no thank you.. I just nak berlakon jer.. yang seriously kita bincang nanti okeys.."
Melihatkan Aiman yang tersenyum sambil menganguk aku tersenyum senang.. dalam hati ni rasa macam nak meloncat pun ader.. you are finish miss hitler.. hahahha
"Hai lama tunggu" aku bertanya sebaik sahaja melihat Aiman yang segak bersandar di pintu kereta sport nya itu..memang hensem la dia ni nak nak bila pakai baju melayu cam ni.. rasa cam nak nikah pun ader... aku tersenyum lagi.. rupa rupanya Aiman ni Designer graduated dari uitm selangor.. sekarang ni dia bukak business company sendiri n abang si hitler ni la yang jadi salah satu designer dalam company dia.. wah bertuah betul la kan kalo sape sape dapat dia..
"Tak lah baru je sampai.. lawa hari ni.. sedondon pulak" dia tersengih.. padanya Adelia kelihatan comel apabila berbaju kurung beserta selendang yang melitupi kepalanya.. manis!!
"Tq.. eleh wat tak tahu pulak..padahal da rancang" hahaha sebenarya dari hari tu lagi aku suruh dia pakai baju yang sama.. biar kelihatan sepadan..
----------------------
Tangan ku memaut lengannya erat.. nasib baik berlapik kalau tidak.. huh maunya aku mati tahan nyawa bila dekat dengan Aiman.. almaklumlah jatuh cinta sudah!!
"Hai.. geng.. sory lambat" Aiman berkata sambil bersalam dengan teman temannya.
"Sape tu weyh" suara seorang lelaki yang menegur Aiman membuatkan kepalaku tertoleh ke bahagian tepi sudut meja
"Ni.. meet bakal wife aku… Adelia.."
"Adelia.. ni kawan saya.."
Aku hanya tersenyum disaat Aiman mengenalkan aku kepada teman temannya.. sambil menganguk perlahan.. tangan pula kuhulur kepada kawannya yang perempuan. Sebelum tu sempat aku cubit si Aiman ni hah.. sesuka hati je kata aku future wife dia.. aku ni belajar pun tak habis lagi tau.. aku tersenyum kecil bila dia mengaduh sakit.. hahaha padan muka awak.. lenkali pandai pandai la lagi!!
Sementara menunggu waktu berbuka.. kami berbual bual kosong.. maunya Blushing muka aku bila asyik kena usik ngan kawan kawan dia tu.. Aiman pulak aku tengok selamba badak jer ikut kawan kawan dia sakat aku… tapi tiba tiba..
"Hai sayang lama you tunggu.."
Suara itu.. aku berdiam diri.. adoii gugup la pulak.. suara tu jelas di belakang aku dan Aiman .. aii serasa tak mampu pulak diri ni nak berpaling.. Aku hanya tersenyum apabila Aiman melihatku dengan mata redupnya..
"Baru jer.." Aiman menjawab acuh tak acuh.. Kehadiran nasha dalam hidupnya sememangnya sesuatu yang merimaskan!!
"Akak boleh you pindah tak.. I nak duduk sini.."
Mendengarkan itu.. Adelia mencebik.. akak??.. woii kau tak perasan lagi ker miss hitler sape kat depan kau nie..
"Nasha.. kat tepi abang long kan ader tempat kosong ni"
Hah amik kau kan da kena marah ngan abang sendiri..
"Ala.. nasha nak duduk tepi abang Aiman.."
"Nasha please.. behave ok"
Lelaki yang dikenali sebagai Hakim itu berkata lagi.. marah betul barangkali dengan sikap mengada ngada adik nya itu.
"Tapi.."
"Nasha.."
"Ok ok fine.." nasha berkata sambil berjalan menuju ke tempat abangnya.. matanya tercari cari kelibat rupa manusia yang berada disebelah kekasihnya itu..
Adelia menghitung nafasnya sendiri.. satu… dua… tiga
"You!!" nasha menjerit kuat.. tidak menyangka perempuan kolot itu yang berada disebelah Aiman
Hah kan aku da kater.. minah ni memang trouble sungguh!! Aku memandang Aiman.. ada rasa takut yang menular dalam hati saat itu.. hampeh betul.. konon je aku ni kata nak balas dendam..
"Hah kenapa pulak.." hakim bertanya sebaik melihat reaksi adiknya terhadap gadis yang berada di sebelah Aiman..
Nasha tidak menghiraukan suara abangnya.. dia memandang Aiman "sayang.. kenapa dia dekat sini.."
" and kau.. what are you doing here.."
Terasa tangan ku di gengam erat oleh Aiman di saat itu.. Ya ALLAH.. kenapa tiba tiba aku kecut nie.. Aiman ni pun satu makin berdebarlah hati aku ni bila dia buat macam ni.. siap la awak Aiman pasni habis habisan saya ceramah kat awak.. suka suka hati awak jer pegang tangan saya.. haram tau tak!!
"This my future wife.. adelia.." Aiman berkata selamba.. apabila terasa tangannya ditekan kuat dia melepaskan gengamannya.. tak teringat la pulak yang si Adelia ni wanita melayu terakhir.. mana boleh pegang pegang ni.. Dia tersengih sendiri..
Adelia hanya tersenyum..tapi tiba tiba tangannya direntap kuat.. memaksanya bangun.. dia ditarik menuju tempat yang sedikit sepi dari kejauhan manusia..
"What the hell are you doing.."
"What.. I did`t do anything.."
"Habis apa hubungan awak dengan Aiman.."
"Like he said.. don`t you hear that!!"
"Tapi kenapa Aiman.. kenapa dia.. I love him so much.. please jangan rampas Aiman dari i.."
Adelia menelan air liurnya.. aii.. tetiba sayu je suara minah ni.. kesian la pulak..
"I`m so sory.."
"Kenapa kenapa dia.."
"Like he said to you.. because of love.. cinta.."
"Love?? Mana mungkin"
"Yupss.. cinta on the spot.. i`m so sory.. saya memang cintakan Aiman.. Aiman pun cintakan saya.. awak cari la orang yang lebih baik dari Aiman.. sebab..
Aku berhenti menarik nafas seketika.. kini aku tidak berniat untuk membalas dendam pada dia tapi lebih kepada ingin menyedarkan dia.. lagi pula.. tiba tiba aku terasa takut akan kehilangan Aiman..
"Sebab.. Aiman dan saya saling mencintai.. mungkin ada yang lebih baik untuk awak.. lupakan Aiman.. dan saya.. saya maafkan segala kesalahan awak.. assalamualaikum.."
Selesai berkata aku menuju kearah Aiman.. belum pun sempat waktu berbuka aku dan Aiman terlebih dahulu keluar dari club eustarian dan menuju ke Tasik Putrajaya.. kami berbuka puasa disana.. berdua.. wah kejamnya aku bila tingalkan nasha macam tu jer.. tapi bagus la tu at least pasni dia akan sedar… mudah mudahan.. AMIN
…………………………………………………..
Sayang.." Aiman memanggil Adelia perlahan.. khusyuk benar gadis itu melamum..
Adelia tersentap.. "err sayang.. ermm sayang yang lag……." Belum sempat dia habis bercakap kata katanya dipotong oleh Aiman
"Ha dah.. bukan.."
"Bukan?? Bukan aper??"
"Bukan.. bukan lagu yang marsha ngan ajai tu nyanyi.."
Aku ketawa perlahan.. hehehe macam tahu tahu je itu yang aku tengah fikir tadi.. Almaklumlah dulu aku pernah cerita pada dia itu yang pernah aku fikir bila nasha panggil dia sayang.. yang Aiman ni pun satu ader je idea dia nak kenakan aku balik..
"Jom kita.. kahwin.."
What.. Aiman proposed aku ker!!
Ish.. cinta pun tidak.. tiba tiba ajak kahwin..namun melihatkan wajah Aiman yang serius dia bertanya kembali
"Kenapa pulak saya kena kahwin dengan awak!!"
"Because I love you!!"
"Ye ker.. since when.."
"Entah.. for the first time kita jumpa kot.. ermm.. love love on the spot.."
Cis.. itu je yang dia ulang.. .. "kalau macam tu saya pun terima lah" aku berkata sambil tersenyum senang.. tapi..
"Kenapa awak terima.. kata bercinta pun tak!!"
Aku menjeling.. saja la tu..
"Because.. entah.. because of love.. cinta.. CINTA.. on the sport.." aku turut memberi alasan yang sama kerana sememangnya hanya itu alasan kukuh untuk perasaan kami yang teramat la pendek jangka masanya.. betul tak
"I love you Adelia.." Aiman berkata sepenuh hati. Rasa kasinya melimpah buat gadis di hadapannya itu..
"Oh.. you love me.. ermm.." aku hanya menganguk ngangukkan kepala.. senang dengan kata katanya..
"I also love you to.."
"Hah two jer" Aiman berkata sambil tersenyum nakal!!
"I love you two, three four and five..!!" Adelia berkata selamba sambil mengenyitkan sebelah matanya.. disaat mulut aiman terlopong melihat reaksinya dia ketawa lepas.. hah tau pun takut bila aku tukar jadi manusia yang nakal gitu.. hahahah… thanks love .. thank because of this love.. cinta.. CINTA on the spot!!
-TAMAT-
Novel : Nilai Sebuah Hati
"Sakit lah. Kau ni tak kesiankan aku ke?" Hairi mengadu dengan muka yang seakan-akan kesakitan untuk meraih simpati.
"Buat apa nak kesiankan kau?" ujar Ariana selamba.
"Sampai hati kau kan Ari," ujar Hairi merajuk. Ariana memandang Hairi dengan mata yang dijengilkan.
"Merajuk ke?" soal Ariana. Apabila tiada balasan, Ariana menyambung, "Jangan merajuk. Nanti takde orang nak."
Hairi dengan muka yang dibuat-buat marah memandang Ariana. Ariana lantas melarikan diri daripada Hairi. Hairi mengejar Ariana. Hampir sepuluh minit mereka kejar-mengejar. Akhirnya Ariana mengalah.
"Aku mengalah lah macamni" Ariana mengangkat tangan seraya duduk di atas rumput. Hairi turut duduk di sebelah Ariana.
"Kau bila nak kerja?" soal Ariana.
" Esok," pendek sahaja jawapan daripada Hairi. Ariana tergelak dengan jawapan Hairi.
"Aku serius lah, Hairi. Jawab lah betul-betul." Ariana mencebik.
"Ala, kita kan baru je habis study. Biar lah aku rehat dulu. Luangkan masa dengan kawan aku sorang ni dulu baru aku kerja. Kenapa? Kau nak kerja dah ke?" Hairi menjawab panjang lebar.
"Aku pun tak tau bila nak start. Nanti bila kau nak kerja, aku pun start lah." ujar Ariana.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Ariana dan Hairi berlari ke rumah masing-masing. Ariana tergelak apabila Hairi hampir tergelincir di hadapan rumahnya sendiri tetapi Ariana menahan gelak tawanya supaya tidak didengari oleh Hairi. Takut pula Hairi kecil hati.
***************
Ariana merenung bulan di langit. Ariana mengingati kisah lamanya. Perlahan-lahan, senyuman mula terukir di bibir Ariana. Kehadiran Hairi memang membahagiakan dirinya. Walaupun tiada bait-bait cinta antara mereka, Ariana tetap sayangkan Hairi. Baginya, Hairi seorang rakan yang memahami.
Ariana tidak dapat membayangkan sekiranya Hairi tidak muncul dalam hidupnya. Sudah tentu, kacau bilau hidupnya. Jika ada masalah, Hairi lah tempatnya mengadu. Meluahkan isi hatinya dan Hairi akan setia mendengar. Masih ingat lagi dia satu peristiwa.
"Hairi." Ariana yang pada tadi diam bersuara. Disambungnya lagi, "Ari tau diri Ari ni tak cantik, tak ada apa-apa yang special tentang Ari. Ari sedar tu. Tapi takkan Ari tak boleh rasa apa itu cinta? Ari pun manusia biasa yang inginkan cinta. Ari tak berhak ke Hairi? Ari tak boleh dapatke Hairi? Ari...." tidak sempat Ariana menghabiskan kata-katanya, Hairi menarik Ariana dalam pelukannya. Hairi tau Ariana sedih cuma dia tidak mahu menangis.
"Hairi tau Ari sedih. Nangis lah Ari. Luahkan segala yang terbuku. Jangan simpan di hati Ari." Hairi mengusap lembut rambut Ariana yang lurus. Akhirnya, Ariana menangis juga di pelukan Hairi.
"Ari sayang dia Hairi" hanya itu yang keluar dari mulut Ariana. Hairi faham keadaan Ariana. Hairi memang tahu lelaki yang Ariana sayang itu hanya mempermainkan perasaan Ariana. Akhirnya, Ariana terlena di dada Hairi. Sedar-sedar, Ariana sudahpun terbaring lena di atas sofa. Ibunya kata, Hairi yang mengangkatnya masuk.
Hati Ariana kembali sedih mengenangkan Hafiz, lelaki yang telah mengubah seluruh hidupnya. Lelaki yang dahulunya disanjung, disayangi dan dicintai tetapi lelaki itu langsung tidak menghargainya. Hatinya kembali sayu mengenangkan Hafiz.
"Hafiz really love you Ariana. Please don\'t ever left me. Without you, i\'m nothing Ariana." Masih terngiang-ngiang ayat itu di telinga Ariana. Semakin cuba ditepis, semakin kerap ia hadir.
Masih Ariana ingat lagi, bagaimanakah mereka kenal. Memang berat bagi Ariana melupakan Hafiz sebab di antara yang lain, Hafiz paling lama bertahan dengannya dan Hafiz yang paling disayanginya.
************
"Awak ni Ariana ke?" seorang lelaki yang kacak menegur Ariana yang pada masa itu berada di kafe.
"Ye , saya." Ariana menjawab dengan lembut.
"Awak belajar dekat Kolej Heights kan?" sekali lagi lelaki itu bertanya.
"Ye, saya. Kenapa?" Ariana mulai curiga dengan sikap lelaki itu yang banyak menanyakan dia soalan.
"Awak tak kenal saya?" Lelaki itu telahpun mengambil tempat di depan Ariana. Ariana hanya menggeleng.
Lelaki itu menyambung,"Saya Hafiz. Saya satu kolej dengan awak cuma saya dekat jurusan lain."
"Okey" Ariana menjawab ringkas dan bersalam dengan lelaki yang menegurnya tadi. Tiba-tiba terdengar suara yang amat dikenali Ariana bersuara.
"Ehh, date ke?"
"Taklah"
"Tak nak kenalkan?" Hairi bersuara sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah Ariana. Ariana memandang Hairi dan Hafiz silih berganti. Kemudian dia tersengih lebar.
"Hairi, ni Hafiz yang baru je aku jumpa tadi. Hafiz, ni Hairi kawan tak guna saya," Ariana memperkenalkan diri mereka. Hairi membulatkan mata kepada Ariana setelah bersalam dengan Hafiz.
"Macamni kan kawan?" Hairi merajuk. Ariana tergelak dengan rajukan Hairi lantas dia memujuk Hairi yang sudahpun memalingkan badan darinya.
"Gurau je lah, takkan tu pun kau nak ambil hati kot. Macam baru je kau kenal aku kan. Dah, tak payah mengada-ngada." Hairi tidak memberi tindak balas. Ariana yang geram dengan gelangat Hairi tu lantas mencolet krim kek yang dimakannya di tangan. Ariana mengenyitkan mata kepada Hafiz tanda rahsia. Hafiz tersenyum memerhatikan Ariana.
"Hairi, Ari mintak maaf. Pandanglah Ari pleasee," Ariana membuat suara seakan-akan merayu. Hairi yang termakan rayuan Ariana menoleh kepada Ariana. Ariana dengan pantas membuat satu garis panjang di pipi Hairi dengan krim di tangannya. Ariana tergelak panjang. Hairi membalas tindakan Ariana dengan menyapu krim di dahi Ariana. Ariana menjerit kecil. Kemudian mereka tergelak. Mereka seolah-olah lupa dengan kehadiran Hafiz.
"Saya pergi dulu ye," suara itu mengejutkan Ariana dan Hairi yang sedang tergelak.
"Okey." Ariana dan Hairi menjawab hampir serentak.
"Ariana, nanti jumpa lagi. Bye!" Hafiz mengenyitkan mata kepada Ariana dan ketika itulah hati Ariana seakan-akan gugur.
********
Setelah beberapa minggu berkenalan, Hafiz pun meluahkan isi hatinya kepada Ariana. Mereka bertemu di kafe tempat mula mula Hafiz menegur Ariana.
"Ari, can I tell you something?" Hafiz memulakan ayat.
"Apa benda nya Hafiz?" Ariana menyoal kembali.
"Ari jujur Hafiz katakan dekat Ari, Hafiz cintakan Ariana. Hafiz sayang dekat Ariana. But I won\'t ask you to love me back. I just want you to know how deeper i love you" Hafiz berkata dengan nada yang lembut dan tenang. Ariana hanya diam membisu. Ariana tergamam dengan pengakuan Hafiz itu.
Hafiz merenung Ariana. Jelas dia nampak raut wajah Ariana yang seakan-akan tak percaya dengan apa yang dituturnya. Hafiz menyambung apabila melihat Ariana begitu. "Hafiz tau Ariana tak percaya dekat Hafiz. Ariana memang berhak pun was-was sebab kita baru je kenal. Hafiz faham tapi Hafiz nak Ariana pegang kata-kata Hafiz ni. When I see you for the first time, i can\'t stop thinking about you, Ariana. Even I sleep, i dream of you, Ariana. My heart skips a beat when i saw you. Your voice, your laugh make me can\'t stop saying, I love you."
Hafiz bangun dari kerusi lalu berkata, "I know that my love just in my dream. Saya faham Ariana. Saya tak harapkan Ariana cintakan saya balik. Perasaan saya ikhlas untuk Ariana seorang. Lepas ni saya janji awak takkan jumpa saya lagi. Saya janji Ariana akan bahagia selepas ni. Saya janji Ariana." Hafiz melepaskan keluhan nafas berat. Setapak, dua tapak, tiga tapak Hafiz berjalan menuju ke luar kafe itu. Sampai di depan kafe, Hafiz menoleh ke Ariana yang tunduk membisu. Hafiz kemudian menuju ke taman dan duduk di bangku yang disediakan.
"Hafiz" satu suara memanggil Hafiz. Suara yang amat dikenalinya. Suara yang amat dinantinya. Hafiz lantas mendongak kepala memastikan empunya suara. Hafiz lihat Ariana sedang berdiri di hadapannya. Cepat-cepat Hafiz bangun dan berdiri di hadapannya.
"Ari..." Belum sempat Hafiz menyebut nama Ariana, pipinya terasa kebas. Dan belum sempat kebasnya hilang, sebelah lagi pipinya menjadi habuan tangan Ariana. Hafiz hanya membisu memandang Ariana. Ariana menitiskan air mata.
"Bodoh" sepatah kata itu keluar dari mulut Ariana. Hafiz masih senyap membisu. Ariana meneruskan katanya, "macam mana saya nak bahagia kalau awak tinggalkan saya? Macam mana saya nak ucap saya sayang awak kalau awak tak bagi saya kesempatan."
Hafiz terkejut dengan kata-kata Ariana. Tapi dia hanya membisu ingin mendengarkan apa lagi yang mahu dikatakan oleh gadis di hadapannya itu. "Saya sayang awak Hafiz. Saya sayang awak. Ariana sayang Hafiz."
Hafiz terus membawa gadis itu ke dakapannya. Sekejap keadaan antara mereka sepi. Hanya esak tangisan Ariana sahaja yang kedengaran.
"Janji dengan saya awak takkan tinggalkan saya. Promise me you will be beside me no matter what happen." Ariana menuturkan dalam esak tangisnya sambil meleraikan dakapan Hafiz.
"Saya janji Ariana. Saya janji saya akan bahagiakan awak. And promise me too you won't cry because of me again" Hafiz menyeka air mata Ariana yang sudah semakin reda. Ariana tersenyum.
Wednesday, March 10, 2010
Novel : Noktah cinta
" Ini adalah yang terbaik .... yang Rif dapat fikirkan. ... hubungan kita walaupun disulami dengan debunga cinta tapi ... kita tak sefahaman. Setiap kali kita bertemu, kita pasti bertengkar. ...,"
" Stop it, Zarif !! I don’t mind. If you want it, just do it. I don’t need your explaination,"
" What do you mean ? .. don’t you love me ? Or you have any special in your life ?"
" ....,"
Amy Shafiqah mengeluh perlahan.
" Bye .. enjoy your life and find other special person in your life. .. em .. okey... I have something to do. Sorry for everything,"
Amy Shafiqah meletakkan gagang telefon pejabat perlahan-lahan.
Bahunya terinjut-injut. Air matanya mengalir deras tanpa disedari. Dia menangis sepuas-puasnya.
Kisah cintanya baru sahaja berakhir sebentar tadi.
Kenangan bersama si jantung hati dikenang.
Indahnya saat itu andai dapat diulang kembali.
Pintu biliknya diketuk berkali-kali.
Cepat-cepat, dia menyeka air matanya. Mukanya dilap dengan beberapa helaian tisu dengan perlahan-lahan. Baju kemejanya diperbetulkan. Rambutnya diselak ke tepi telinga. Menampakkan raut wajahnya yang jelita.
Amy Shaqirah menarik nafas.
" Masuk,"
Haniza melangkah masuk seraya menghulurkan sebuah fail kepadanya.
" Apa ni ?" Amy Shafiqah menyoal.
Tidak mengerti maksud kehadiran setiausahanya itu.
" Farida Holding mendakwa syarikat kita membekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput kepada pihak mereka. Jadi, mereka mahu menyaman Paradize holding," Haniza memberi keterangan.
" Mereka mendakwa yang kita bekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput ? Apa yang mereka dakwa ni ? Panggil Asraf jumpa saya sekarang ?"
" Baiklah, Cik Amy,"
Haniza segera keluar.
Apa yang dah berlaku ni ? Tiba-tiba, saja Farida Holdings buat hal !!
" Asraf, bos panggil kau," Haniza memberitahu.
Asraf, ekskutif pemasaran kehairanan.
" Cik Amy nak apa ? Aku sibuklah sekarang ni,"
" Manalah aku tahu. Kau pergilah jumpa dia sekarang. Aku tengok angin dia tak baik hari ni. Lebih baik kau pergi jumpa dia secepat yang mungkin. Kalau tak, ... tahu-tahulah kau nanti,"
" Yalah-yalah. Perempuan ni memang kalau jumpa aku mesti nak marah-marah. Tak boleh ke cakap baik-baik,"
" Tak baik kau mengutuk Cik Amy macam tu. Walaupun Cik Amy begitu tapi hatinya baik,"
" Dah, dah. Perempuan memang menyusahkanlah. Lebih senanglah kalau berurusan dengan En Zarif,"
Asraf bangun dari kerusinya.
" Membebel macam perempuan,"
" Perempuan ni kalau kita berlawan mulut memang takkan menang,"
" Hei, kau kutuk-kutuk perempuan ni, .. mak kau tu bukan perempuan ke ? Atau bapak kau yang lahirkan kau ?" Haniza geram.
Asraf terus menuju ke arah pejabat Amy Shafiqah. Malas melayan karenah rakan sekerjanya itu.
Asraf menolak daun pintu bilik Amy Shafiqah.
" Er .. Cik Amy panggil saya ?"
Amy Shafiqah mendongak. Memandang pekerjanya itu.
Mukanya bengang.
Kecut perut Asraf.
" Tak reti nak beri salam ?" Amy Shafiqah menegur.
Merah padam muka Asraf. Malu diperlakukan begitu.
" Saya minta maaf, Cik Amy,"
Amy shafiqah mengangguk.
" Duduk,"
Asraf menarik kerusi di hadapan Amy Shafiqah.
Amy Shafiqah menyepi. Membelek helaian demi helaian fail yang Haniza serahkan tadi.
Membuatkan Asraf berdebar-debar.
Apalah masalahnya ni ?
" Er .. Cik Amy ! Ada apa Cik Amy panggil saya ni ?"
Asraf memberanikan diri bertanya.
Amy Syafikah menyandar tubuhnya di kerusi.
Fail yang berwarna biru laut itu dihempaskan di hadapan Asraf.
Asraf memandang Amy Sahfikah lantas, mengambil fail tersebut.
" Apa ni, Cik Amy ?" Asraf menyoal.
Tidak mengerti, kenapa dokumen itu menyatakan bahawa, barangan yang dikeluarkan oleh Paradize holding sudah hampir tarikh luput.
Terbeliak mata Amy Syafikah.
" Awak tanya saya ?"
Amy Syafikah geram.
" Er .. saya benar-benar tak tahu, Cik Amy. Sebelum seseuatu produk dipasarkan, saya telah memeriksanya dengan teliti, Cik Amy,"
" Kalau macam tu, macammana boleh jadi begini, Asraf ? Awak tahu tak ? Sekarang ni, Farida holding mahu menyaman Paradize holding sebanyak RM 1 Juta,"
Asraf terkejut sakan.
" Ini tak boleh dibiarkan, Cik Amy. Mereka dah melampau !!"
" Memang ! Mereka begitu melampau ! RM 1 Juta tu bukannya sedikit. .. saya nak awak periksa semua data-data tu. Kemudian, serahkan kepada saya sebelum tengah hari esok,"
" Er .. mana sempat, Cik Amy ! Datuk Mokhtar dah suruh saya serahkan dua dokumen penting esok kepada beliau,"
" It is not my bussinews, Asraf. Itu dah jadi kerja awak, bukan ? Jadi, jangan nak berdalih,"
Asraf terpempan.
Apa jenis manusialah, perempuan ni ? Patutlah saya sekarang belum ada teman lelaki lagi !
" Em .. saya rasa awak boleh keluar sekarang,"
Asraf bangun. Melangkah keluar.
Amy Shafiqah mencapai kotnya. Kemudian, keluar dari ruang pejabatnya itu.
Selagi dia berada dalam ruang pejabat itu, selagi itulah otaknya tidak tenang.
Ada sahaja masalah yang mencurah-curah datang kepadanya.
" Amy tak apa-apa ?" Farhan, abangnya menegur apabila melihat wajah adik kesayangannya itu mencuka.
Amy Shafiqah mengangkat mukanya. Wajah Farhan diteliti kemudian, kepalanya digeleng.
" .. Er ... papa nak jumpa Amy dan abang,"
Amy Syafiqah mengangguk kemudian mengekori Farhan ke bilik ayah mereka.
" Papa," Farhan memanggil.
Datuk Mokhtar mengukir senyuman.
" Ha, dah datang pun kamu berdua. Duduklah dulu. Ada sesuatu yang papa nak bincangkan,"
Amy Shafiqah dan Farhan duduk bersebelahan.
Datuk Mokhtar menutup komputer ribanya.
Wajah Amy Shafiqah dipandang sesekali.
" Amy ada masalah ?" Datuk Mokhtar menyoal.
Cepat-cepat, Amy Shafiqah mengeleng.
" Er .. tak ada, papa,"
" Habis tu, kenapa muram saja ?"
Otak Amy Shafiqah ligat mencari idea.
" Er ... Amy runsinglah papa. .. Farida holding nak dakwa kita,"
" Dakwa ? Kenapa mereka nak dakwa kita ?"
" Mereka mendakwa yang syarikat kita telah membekalkan barangan yang sudah hampir tarikh luput kepada mereka,"
" Berapa yang mereka mahu ?" Farhan menyoal.
" RM 1 juta,"
" RM 1 juta ?" Datuk Mohktar dan Farhan terkejut amat.
" Ini tak boleh jadi, papa. Kita kena siasat hal ni," ujar Farhan.
" Amy dah suruh Asraf periksa data-data tu dan serahkannya kepada Amy tengah hari esok,"
" Tengah hari esok ?" Datuk Mokhtar terkejut.
" Asraf kena siapkan dua dokumen esok, untuk serahkan kepada papa. Mana sempat dia siapkan ?"
Farhan membantah.
" Satu hari ada 24 jam, abang. Kalau Amy boleh buat, kenapa dia tak boleh ?"
Datuk Mokhtar mengeleng-geleng kepalanya.
" Orang lain berbeza dengan Amy. Amy tak boleh anggap semua orang boleh lakukan apa yang Amy boleh lakukan. Manusia ni berbeza keupayaan, Amy. ... ,"
Amy Syafiqah membisu.
" Papa tak salahkan Amy mahupun marahkan Amy. Cuma papa kadang-kadang kasihan dengan pekerja-pekerja dibawah jagaan Amy. Amy terlalu tegas dengan mereka,"
" Kenapa, ada yang mengadu ke, papa ?" Amy Syafiqah menyoal.
Farhan senyum.
" Amy nikan memang tegas orangnya. Takkan itupun papa tak tahu, Amy ?"
Amy Shafiqah tertunduk.
" ... Em .. usahlah Amy runsingkan tentang itu. Tahulah papa uruskannya nanti,"
" Er .. Amy boleh uruskannya papa. .. masalah ni berpunca daripada kecuaian pekerja-pekerja Amy. Jadi, Amy haruslah bertanggungjawab sepenuhnya,"
Datuk Mokhtar mengangguk. Senyum.
Anak gadisnya itu memang bertanggungjawab.
" Kalau ada apa-apa masalah di kemudian hari nanti, jangan segan jumpa papa ataupun Amy boleh merujuk kepada abang,"
Farhan menambah.
Amy Shafiqah mengangguk.
Sedaya-upaya dia cuba menyorokkan kesedihan di hatinya.
Riak mukanya, cuba diceriakan.
" Amy yakin, Amy okey ?"
Amy Shafiqah mengangguk.
" Abang tengok Amy macam tak okey je sejak Zarif pergi ke Paris. Rindu ye," Farhan mengusik.
Sebak Amy Shafiqah cuba ditahan sebaik mungkin. Dia tidak mahu kedua-dua orang kesayangan itu mengetahui tentang status keadaannya dirinya sekarang.
Amy Syafiqah bangun.
" Amy nak baliklah, papa. Amy rasa tak sihatlah,"
Farhan kehairanan.
" Em .. kalau Amy tak sihat, tak apalah. Malam ni, kita bincangkan hal yang papa nak utarakan tadi. Jangan lupa jumpa doktor,"
Amy Shafiqah cuba mengukir senyuman. Hambar.
Amy Syafiqah keluar dari bangunan itu.
" Amy tu, okey ke papa ? Macam tak okey saja,"
" Entahlah. Si Amy tu bukannya mahu berkongsi masalah dengan orang lain,"
" Dia teringatkan Zarif kut, papa. Itulah bila ada dekat sini, bukannya tahu nak berbaik-baik .. , apa yang dia tahu .. bertengkar saja,"
" Asyik si Amy dan Zarif saja, kamu ni macammana pula dengan Fiya ? Dia dah setuju dengan lamaran kamu ?"
Farhan sedikit segan.
" Alah, tak payahlah nak segan-segan dengan papa ni. Kamu bukannya ada orang lain lagi selain papa dan Amy,"
" Han malulah papa. Han malu nak lamar Fia. .. lagipun, Han takut dia tolak lamaran Han,"
" Apa yang nak dimalukan, Han ? Han kan anak lelaki. Orang lelaki kenalah berani,"
" Fia tu dua kali lima saja dengan Amy papa. Dia tegas semacam je. Lagipun, ... papa pun sudah Han maklumlah, pegawai polis macam dia tu memang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Jadi, susah juga nak jumpa dia,"
" Alah, tu cuma alasan kamu saja. Papa bagi tempoh selama seminggu. Kalau minggu depan, kamu tak melamar Fiya lagi, papa akan pergi meminang terus saja si Fiya tu,"
" Er .. papa. Janganlah macam ni. Han tak sukalah papa desak Han macam ni. Biarlah Han sendiri yang buat keputusan,"
" Han nak buat keputusan apa lagi ? Nak tunggu sampai bila ? Nak tunggu sampai dia dikebas orang ?"
" Eh, papa ni ! Janganlah cakap macam tu. Betul-betul jadi, boleh jadi gila anak papa yang seorang ni,"
Datuk Mokhtar ketawa besar.
" Duduklah dulu, Amy. Kita berbual dulu," ujar Datuk Mokhtar.
Amy Shaqirah melangkah lemah ke arah ruang rehat itu.
Datuk Mokhtar menekan punat ‘off’ pada ‘remote control’.
" Apa ni, pa ? Han nak tengok Puaka Niang Rapiklah, pa. Episod akhir hari ni, pa,"
" Macam budak-budaklah abang ni. Cakap kat Kak Fiya baru tahu,"
" Ooo ... dah pandai ugut abang sekarang ni, ya,"
Amy Shaqirah ketawa. Cuba melupakan segalanya.
Datuk Mokhtar tersenyum.
" Dah-dah. Papa nak bincang sesuatu ni. Tentang hal yang papa nak cakap tadi,"
" Hal apa, pa ? Macam penting saja," Amy Shafiqah menyoal.
" Harith, adik kembar kepada Zarif akan masuk ke pejabat esok. Menggantikan tempat abangnya, bahagian production,"
Amy Shafiqah kaget.
Aduh, bala apakah ini ?
" Macammana ? Apa pandangan Han ? Amy ?"
" Okey, Han tak kisah ! Asalkan dia tahu buat kerja dan membantu menaikkan kualiti dan prestasi syarikat, .. Han tak akan ada masalah dengannya,"
Datuk Mokhtar mengangguk. Bibir terukir senyuman.
" Amy ?"
" Er .. Amy tak kisah, papa. Amy tahu apa yang papa buat adalah untuk kebaikan kita bersama,"
Amy Shafiqah sedar siapa dirinya dalam keluarga itu.
Hanyalah anak angkat.
Siapalah dirinya untuk mempertikaikan keputusan yang sudah dibuat.
" Baguslah. ... papa gembira mendengarnya,"
Farhan dan Amy Shafiqah senyum memandang ke arah Datuk Mokhtar.
Amy Shafiqah bangun. Farhan memandang Amy Shafiqah.
" Amy minta diri dulu, papa, abang ... Amy nak berehat dulu,"
" ...," Farhan diam.
" Amy pasti Amy okey ? Papa ..,"
" I’m okey, papa. Er ... papa ...,"
" Apa dia, Amy ? Beritahu saja apa yang Amy nak, papa akan tunaikan,"
" Er .. boleh tak ... Amy nak minta cuti dua minggu bermula esok,"
" Dua minggu ?" Farhan terkejut.
Datuk menjeling ke arah Farhan.
" Kenapa ? Amy nak ke mana ?"
" ... boleh tak, papa ?"
" .... boleh tapi Amy kena beritahu papa, kenapa Amy nak bercuti sehingga dua minggu ?"
Amy Shaqirah mengeluh.
" Kalau tak boleh, tak apalah papa. Amy naik dulu,"
" Tunggu dulu, Amy. Bukannya papa tak benarkan, papa cuma bertanya. Tak kan itupun salah ?"
Amy Shafiqah berpaling ke arah kedua-dua orang yang dihormatinya itu.
" Amy nak pergi bercuti, papa. Amy nak tenangkan fikiran,"
Amy Shafiqah tidak berselindung lagi.
" Amy nak tenangkan fikiran ?" Farhan cemas.
" Amy ada masalah ?"
" ...,"
" Amy ada masalah dengan Zarif ?"
Datuk Mokhtar serkap jarang.
" Kami dah putus, papa,"
Perlahan sahaja suara Amy Shafiqah.
Datuk Mokhtar mengucap panjang.
" Macammana boleh jadi begini, Amy ?" Farhan menyoal.
Amy Shafiqah mengelengkan kepalanya.
" Kami tak ada jodoh, abang,"
Datuk Mokhtar diam. Tidak tahu apa yang patut dikatakannya.
Zarif dan Amy memang dua-dua mempunyai ego yang tinggi. Walaupun saling mencintai tapi tiada gunanya kalau tidak sefahaman.
" ... papa benarkan. .. tapi pastikan hari ke-15, Amy dah masuk kerja semula,"
" Terima kasih, papa,"
Amy Syafiqah segera melangkah naik anak-anak tangga. Menuju ke biliknya.
" Papa ?"
" Apa dia, Han ?"
" Han bimbanglah tengok Amy macam tu. Amy tak pernah berkeadaan begini, papa. Han takut dia tak dapat kawal perasaannya ...,"
" Adik kau tu masih waras, Han. ... kita harus percaya, .. setiap yang berlaku pasti hikmah disebaliknya,"
" ...,"
Zarif berpusing ke dan ke kanan. Tidurnya tidak lena. Kata-kata Amy Shafiqah pagi tadi tergiang-giang di telinganya.
Zarif bangkit dari katilnya. Hatinya tekad. Amy Syafiqah harus dilupakan dalam kotak memorinya. Azamnya sekarang adalah mencari seorang gadis yang benar-benar memahami dan menyintainya seikhlas dan sepenuh hati tanpa ada kepura-puraan mahupun tujuan lain. Walaupun Amy Shafiqah menyintainya sepenuh hati, tetapi mereka tidak sehaluan. Masing-masing keras kepala.
Komputer ribanya berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk.
Kau dah tidur ?
Zarif senyum sendiri. Sudah lama tidak berchatting dengan saudara kembarnya itu.
Tak. Lama kau menyepi. Apa cerita sekarang ?
Cerita ? Cerita apa ? Cerita kartun ? Cerita hantu ?
Eh, budak ni ! Aku betul-betullah !!
Esok, aku ambil alih tempat kau di Paradize Holdings
Oh, ya ke ! Tahniah !
Tahniah je ?
Habis tu kau nak apa ?
Paling kurang bagilah hadiah
: Hadiah ? Kau nak hadiah ? Hadiah tak ada. Pelempang adalah
Alah, gurau jelah ! Kau pula, apa cerita ?
.. Aku baru putus dengan Amy ...
: Aduhai, saudaraku ini ! Apa nak jadi dengan korang berdua ni ?
Aku tak tahu
bercinta bagai nak rak .. tiba-tiba, putus di tengah jalan. ... siapa yang minta putus ? Kau atau dia ?
Aku ..
Kenapa ? Apa masalahnya antara kau dengan dia ?
Kami memang tak ada jodohlah. Dah lah aku malaslah nak bincang hal ni
Aku tahu ... kau dan dia tak sefahaman, bukan ? Dia bertegas dengan keputusan dia dan kau pun begitu. Masing – masing hanya fikir diri masing-masing hebat. Korang berdua ni egoisitiklah
Hei, kau tak kenallah perempuan tu. Jadi, tak usahlah kau nak berceramah dengan aku, pulak
Bila ex-girlfriend kau tu sangkut dekat aku, baru kau tergangga kemudian, terhegeh-hegeh menagih cintanya semula
Setakat minah kepala batu tu, aku tak hairanlah. Kau tak usah nak beranganlah. Si Amy tu walaupun kepala batu tapi dia setia tau. Dia tu hanya setia pada aku seorang saja tau
Kau ni .. apa jenis manusialah. Aku kesian dekat si Amy tu. Tak baik kau buat begitu dekat dia. Dah kau tahu dia cintakan kau, apasal kau tinggalkan dia ? Satu hari nanti, ada orang camtu ka kau, baru kau tahu tinggi rendah langit
Kalau kau sayang sangat dekat dia tu, kau ambil jelah buat bini kau
Okeylah, malas aku nak layan kau. Pergilah. Pergi cari minah salleh yang entah apa-apa tu. .. bye .. see you later
Ya, see you too. Send my regard to our parent but don’t tell about my love story
O .. tau takut, ya
Tak apa. Kau percayalah kat aku. Insyaallah pagi esok, aku ceritakan dekat mereka dengan jiran-jian kita sekali
Eh, budak ni !!!
Bab 3
Harith mengukir senyuman manis. Lalu, senyuman itu dilemparkan kepada semua penghuni bangunan Paradize Holdings itu.
" Saya perkenalkan ini adalah En. Harith yang juga adik kepada En. Zarith @ Zarif. En Zarith akan mengambil alih bahagian production mengantikan abangnya. Jadi, saya harap kamu semua boleh memberi kerjasama kepadanya dengan baik,"
Ujar Farhan.
" Selamat datang, En. Harith," ucap para pekerja –pekerja di bahagian I itu.
" Terima kasih," ucap Harith.
" En. Harith, mari .. saya tunjukkan bilik En. Harith,"
" Ya, baiklah,"
Farhan membawa Harith ke ruang pejabat Zarif yang dulu. Bersebelahan dengan bilik Amy Shafiqah.
Kemudian, Farhan meminta diri.
Mana agaknya Amy pergi ? Tak nampak pun dia ?
Em .. esok-esok jumpa lah tu, kot
Harith bermonolog sendirian.
" En. Harith, ni Suzana, PA kepada En. Harith,"
Farhan menunjukkan ke arah gadis berbaju kurung tradisonal kemudian, melangkah pergi. Gadis itu berdiri tegak di ruang pejabat itu. Manis sekali. Persis gadis melayu yang sejati.
" En. Harith perlukan sesuatu ? Dokumen syarikat, misalnya ?"
Suzana menyoal setelah melihat lelaki itu menyepi.
" Ya, bawakan ia kepada saya,"
" Ada apa-apa lagi ?"
" Tak ada,"
" En. Harith nak kopi ? Saya boleh buatkan,"
Suzana senyum.
" Boleh juga,"
Harith membalas senyuman gadis itu.
Amy Shaqirah merenung jauh ke arah kecerian kanak-kanak yang asyik bermain bola di tepi pantai yang memutih itu. Begitu seronok untuk digambarkan. Berhibur bersama keluarga tersayang. Dia tidak pernah merasai semua itu.
Hidupnya tidak pernah begitu. Sekarang, jiwanya begitu kosong. Luka di hatinya seolah-olah terlalu sukar untuk dirawat.
Begitu mudah Zarif memutuskan hubungan mereka. Begitu mudah Zarif mentafsir nilai cintanya dan begitu mudah Zarif melontarkan ...
Aduh, ... !
Bagaimana harus dia tempuhi hari-hari yang mendatang ?
Memang !
Memang bukan untuk berhadapan dengan Zarif tapi dia terpaksa berhadapan dengan Harith.
Walaupun tidak pernah mengenali jejaka itu, dia pasti, hidupnya pasti dibayangi bayangan bekas teman lelakinya itu.
Amy Shaqirah menggigil. Ketakutan. Takut andainya dia tidak tabah untuk lalui semua itu.
Seakan-akan dia mahu lari dari takdirnya.
Amy Shaqirah memejamkan matanya.
Dia akui memang keputusan yang Zarif itu adalah berpunca daripada dirinya jua tapi Zarif tak sepatutnya menyalahkannya 100% dalam hal itu. Mereka berdua memang sama-sama keras kepala dan ego. Jadi, tidak sepatutnya ... Zarif bertindak begitu. Tidak memberi peluang kepadanya untuk berubah sikap.
Ah, Zarif ! Kau telah meruntuhkan kepercayaanku kepada kaum sejenismu !!
Mungkinkah masih wujud lelaki yang jujur dan ikhlas serta boleh membuatkan diriku berubah ? Masih wujudkanh lelaki seperti itu ?
Ah, dunia akhir zaman !
Amy Shaqirah bangkit dari tempat duduknya. Berjalan disisir pantai. Bayu laut menghembus lembut ke mukanya.
Sungguh indah.
Sesekali membawanya ke nostalgia silam.
Kenangannya bersama Zarif.
Ah, Zarif lagi !
Kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan jantan itu ?
" Boleh saya berjalan bersama awak ?" jejaka itu menyoal.
Amy Shaqirah kebingungan.
Siapa lelaki itu ? Kenal pun tak tiba-tiba, terus sahaja mahu berjalan beriringan dengannya.
" ...,"
Amy Shaqirah membisu.
Malas untuk berbual dengan orang yang dia tak pernah tahu asal usulnya itu.
" Awak tak kenal saya ?" lelaki itu menyoal.
Amy Shaqirah pura-pura tidak dengar.
" Kalau saya panggil awak AS, awak masih lagi tak kenal saya ?" lelaki itu menyoal lagi.
AS ??
Macam pernah dengar.
Tapi hanya seoarang sahaja yang panggil aku AS iaitu ... Irwan, teman baikku masa aku berada di sekolah menengah.
Ah, tak mungkin !!
Amy Shaqirah memandang ke arah lelaki itu.
" Awak dah ingat ya, AS ?"
" Irwan ??"
Amy Shaqirah seakan menjerit.
Beberapa orang memandang ke arah mereka.
Amy Shaqirah menjadi malu sendiri.
Lelaki itu senyum.
" Aku ingat tak kan dapat jumpa kau lagi !" Amy Shaqirah bersuara perlahan tetapi nadanya gembira.
" Kenapa ? Macammanalah kau boleh fikir macam tu ?"
" Yalah, dah 9 tahun tak jumpa. Makin hensem kau sekarang ya,"
Amy Shaqirah menyakat.
" Memanglah, dan kau pula makin hodoh,"
Irwan ketawa berdekah-dekah.
" Kau ni tak habis-habis nak kutuk aku, ya ! Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah kau kutuk aku. .. dan sekarang bila jumpa balik, kau masih lagi nak kutuk aku ?"
Amy Shaqirah pura-pura marah.
" Okey-okey. Aku minta maaf. Alah, cik adik manis ! Janganlah marah !"
Amy Shaqirah ketawa kuat.
" Itupun nak percaya ke ? Sejak bila kau percaya dekat aku ni ?"
Irwan menarik muka.
" Aku memnag dah agak, dah. Kau ni memang tak berubahlah dari dulu,"
"Tetap cantik macam dulu,"
Irwan menambah perlahan.
" Apa ? Aku ada dengar macam ada orang puji akulah,"
Amy Shaqirah ketawa.
" Ooo .. bab puji memuji ni, cepat saja telinga kau tangkap ye !!"
" Alah, biasalah tu !"
" Ni, .. kau tengah bercuti ke ?"
" Yalah, tak kan aku nak kerja kat hotel ni pula ?"
" Aku tanya sajalah. Dah tu, kau kerja kat mana ? Ambil alih syarikat bapak kau ?"
" Kadang-kadang, aku rasa rugi sahaja aku further bahagian Art. Bukannya boleh kerja bab tu pun. Alih-alih, parent aku paksa ambil alih syarikat mereka. Dahlah, aku ni memang malas nak jadi ketua. Kau tau jelah aku ni, aku bukannya suka lakukan sesuatu yang menyusahkan kepala otak aku,"
" Aku tahu. Yang suka menyusahkan kepala otak tu, aku,"
" Ha, taupun kau. Tu yang malas sikit tu. Mama aku sibuk suruh uruskan Farida holdings. Papa pula suurh uruskan syarikat dia. Kalau boleh aku rasa macam nak belah saja diri aku ni jadi dua biar mereka sama-sama dapat aku,"
" Farida holdings kepunyaan mama kau ?"
Irwan angguk.
" Kenapa ?"
" Syarikat tu lah yang saman company bapak aku. RM 1 juta, Ir. Bukannya, sikit. Terkejut aku bila dengar setiausaha aku tunjukkan fail berkenaan hal itu,"
" Kau ni biar betul ? Takkan mama aku sanggup buat macam tu ?"
" Betullah. Mama kau nak dakwa, company bapak aku tu atas dakwaan bekalkan barang yang dah hampir tarikh luput di bawah kesalahan penipuan. Itulah, yang buat aku bengang sangat ni,"
" Usahlah kau risau sangat, nanti aku bincang balik dengan mama aku. Kalau susah sangat, aku ambil alih sajalah syarikat mama aku tu kemudian, aku batalkan jelah dakwaan tu. Bukannya susah sangat,"
Irwan selamba.
" Kau ni kan dari dulu lagi, suka pandang semua masalah dengan remeh sajakan ? Aku tak tahulah apa yang menjadi sesuatu yang penting kepada kau,"
" Kau,"
" Kau nikan ?? Hish, geramnya aku,"
Amy Shaqirah merajuk.
Irwan ketawa terkekeh-kekeh.
Amy meloloskan dirinya dicelah-celah keseronokkan para pengunjung. Kemudian, hilang bersama kesibukkan waktu.
Amy Shaqirah senyum. Saat memandang bintang yang bertaburan dilangit, hatinya dan alam seolah-olah menjadi satu.
" Alangkah bagus kalau aku menjadi bintang itu. Terlalu cantik dan indah untuk dimiliki. Terlalu sukar untuk dilupai dan ... terlalu sukar untuk ... dilukai,"
Air matanya mengalir. Dalam kegelapan malam, dibawah kerlipan bintang.
Amy shaqirah membaluti dirinya dengan jaket berbulu buatan Malaysia. Berwarna coklat, bercorak bunga mawar dan berlabuci. Cantik sekali.
Matanya tidak lekang daripada melihat keindahan malam yang sungguh hebat, ciptaan Allah S.W.T. yang Maha Agung.
" Bintang ... memang terlalu indah untuk di gambarkan. Sekadar bayangan untuk dimiliki, sekadar harapan untuk dirapati tetapi bukanlah sekadar gurauan untuk diilutrasi dalam mimpi,"
Amy Shafiqah kaget.
Irwan datang menghampirinya.
Amy Shafiqah melihat disekelilingnya. Hanya mereka berdua. Amy Shafiqah cepat-cepat bangun.
" Kenapa, AS ?"
" Maaf, aku harus pergi,"
" Tapi kenapa ? Kau takut aku berbuat jahat kepada kau ? Ah, tak mungkin akan berbuat begitu ! Kau kenal aku, bukan ?"
" Bukan itu yang aku maksudkan, Ir. Kita ini bukan muhrim. Jadi, adalah menjadi dosa. Kalau ada orang nampak macammana ?"
Irwan ketawa kecil.
" Okey. I’m sorry. Aku tak sepatutnya ganggu kau. Biar aku sahaja yang pergi. ... tapi hati-hati. Di sini gelap. .. dan aku yakin, kau tidak biasa di sini,"
" Kau ni, ... janganlah takut-takutkan aku begitu,"
" Aku bukan takut-takutkan kaulah. Dahlah. .. apa kata ... em .. kita pergi minum ? Boleh kita berborak. Petang tadi, aku tak sempat nak berborak panjang dengan kau .. kau terus cabut lari,"
" ...,"
Amy Shafiqah melangkah meninggalkan Irwan.
Irwan mengejar jejak Amy.
" Lama lagi kau di sini ?"
" Kenapa ? Kau nak halau aku ke ?"
Irwan ketawa.
" Aku tanya betul-betullah !"
" Aku nikan anak bos ! Lagipun, aku baru habis belajar. Parents aku kasi masa 3 bulan untuk berehat, kemudian, aku kena start kerja,"
" Oh, begitu ! .. tapi mak we kau tak marah kau bercuti lama-lama ? Tinggalkan dia sorang-sorang ?"
" Banyaklah aku punya mak we. Sapalah nak hendak aku ni ? Dah lah hensem, bijak pula. Dah lah bijak, ...,"
" Dah, dah, dah. Cukup ! Kau ni tak habis-habis nak berbangga diri. Macamlah hebat sangat,"
" Dah, kau tanya. Kau pun tahu kan, aku ni bukannya spesies yang suka bercinta. Kalau aku berkenan dekat sapa-sapa aku suruh je mak bapak aku pergi masuk meminang,"
" Hish, agaknya minah mata sepet mana yang hendak kat kau ? Kau ingat orang yang kau berkenan tu, dia pun berkenan dengan kau ? Hei, boleh blahlah,"
" Kalau susah sangat, aku kahwin jelah dengan kau,"
Amy Shaqirah mencebik.
" Sapa yang hendak dekat kau ? Bagi free aku tak nak,"
" Ooo .. hina aku ye !!"
" Aku bukannya hina,"
" Tunjuk kat aku, boyfriend kau ! Aku nak tengok mana lagi hebat antara aku dengan dia !!"
" Kalau aku belum putus lagi dengan dia, bolehlah aku tunjukkan tapi ..,"
Irwan panik.
Wajah Amy Shaqirah muram secara tiba-tiba.
" Er .. sorrylah, AS. .. aku gurau jelah. Kau okey, tak ?"
" ...,"
Amy Shaqirah menekup mulutnya.
" Aku harus belajar lupakan dia, Ir. Jodoh kami tak ada,"
Irwan serba-salah.
" Aku benar-benar minta maaf, AS. Aku tak sengaja. Em .. apa kata aku belanja kau ?"
Amy Shaqirah mengangguk.
" Jom kita pergi makan ais krim ? Nak ?"
Amy Shaqirah angguk lagi.
Irwan memesan hidangan.
Amy Shaqirah sekadar berwajah muram di meja.
" Kalau kau ada masalah, ceritakanlah pada aku. Aku sudi mendengarnya,"
Amy Shaqirah menekup mukanya.
" Aku tak tahu nak mulakannya dari mana,"
" ... siapa nama dia ?"
" Zarif ... pekerja bapak aku,"
" Dah lama kau kenal dia ?"
" Dalam empat tahun,"
" Macammana kau boleh putus dengan dia ?"
" Kau tahu aku, bukan ? .. aku akui aku memang jenis yang ego .. dan dia pun begitu. Sama-sama ego. Bila dia kata nak putuskan hubungan kami, .. aku just kata ...
" Ini adalah yang terbaik .... yang Rif dapat fikirkan. ... hubungan kita walaupun disulami dengan debunga cinta tapi ... kita tak sefahaman. Setiap kali kita bertemu, kita pasti bertengkar. ...,"
" Stop it, Zarif !! I don’t mind. If you want it, just do it. I don’t need your explaination,"
" What do you mean ? .. you don’t love me ? Or you have any special in your life ?"
" ....,"
Irwan mengeluh.
" Kau kena ubah sikap, AS. Kalau tak sampai bila kau nak jadi begini ?"
" Aku tak tahu. Dah dari kecil aku begini. I hope .. I will see a special person that can change my attitude,"
" Kalau kau nak berubah, kau sendiri yang harus berubah. Sama macam orang yang nak berhenti merokok. Kalau dia nak tunggu seseoarng menyedarkannya, mungkin dia akan sedar tapi hanya sebagai ‘sedar’. Dia harus berusaha gigih untuk sedar tentang itu terlebih dahulu dan kemudian, barulah orang lain menolongnya,"
Amy Shaqirah ketawa kecil. Lucu dengan sahabatnya itu.
" Aku tak buat lawak, AS. Aku serius,"
" Sebab kau seriuslah, aku rasa ianya melucukan. Kau kan jenis yang sentiasa happy ! Jarang sekali aku tengok kau seserius ni .. tapi terima kasih sebab nasihatkan aku. Aku harap kau dapat bantu aku,"
" Insyaallah, aku akan bantu mana yang mampu,"
" Terima kasih,"
" Janganlah begini. Aku jadi segan pula,"
" ...,"
Masing-masing menyepi.
" .. jadi sekarang ceritalah tentang kau pula. It is unfair if only I tell the story of my life ! How about you ?"
" Aku menyepi buat sekian lama. Mencari ilham yang belum tercipta,"
" Hebat !! Sesekali kau bercakap, bukan main puitis lagi, ya !"
" Itu baru sikit,"
" Alah, nak bangga diri lagilah tu,"
" Alah, kau ni ! Aku bergurau jelah. Kau sekarang ni cepat terasa,"
" Ya ? Mungkin kot sejak jumpa kau semula nilah. Kau bawa sial, kot,"
" Hoi, apa ni ? Tak baiklah kau cakap kat aku macam tu,"
Irwan membuat muka.
" Hoi, cuba cakap, sekarang ni siapa yang lagi kuat merajuk ? Kau atau aku ?"
Amy Shaqirah ketawa. Geli hati.
" Ooo .. cari peluang kenakan aku, ya !"
Ketawa mereka menjadi satu. Kuat.
Bab 4
Dua minggu telah berlalu, hari ini menjadi hari ke-15. Amy Shaqirah cepat-cepat bersiap. Tidak mahu terperangkap dengan kesibukkan jalan raya.
" Awal, Amy bersiap hari ni ?"
Amy Shaqirah senyum.
Semangatnya pulih semula.
" Senang hati papa tengok Amy dah okey macam biasa,"
" Amy okey, papa,"
" Em ... Amy balik lambat sikitlah hari ni, papa. Amy nak keluar dengan kawan,"
" Lelaki ke perempuan ?" Farhan menyakat.
" Lelaki atau perempuan, tak menjadi penghalang dalam persahabatan, abang. Kita tak boleh nak sempitkan fikiran kita dengan berkawan just dengan orang sama gender dengan kita sahaja. Zaman dah berubah, dunia dah maju jadi kenapa kita mesti berfikiran kuno lagi ?"
Farhan terkesima.
Datuk Mokhtar senyum. Gembira.
Amy Shaqirah meluru keluar.
Irwan membunyikan hon kereta. sudah 15 minit dia berada di luar. Amy shaqirah masih jua tidak kelihatan.
" Sapa tu, papa ?" Farhan menyoal.
" Em .. papa tak nampaklah. Mata papa nikan dah rabun,"
" Tu ... bukan ke .. Irwan ke papa ? Best friend .. Amy ?"
" Ooo .. budak Irwan tu. Suruhlah dia masuk dulu. Kita sarapan sama-sama,"
" Irwan masuklah dulu,"
Farhan mengajak.
Irwan keluar dari perut keretanya.
" Saya dah sarapan tadi bang. Dah kenyang lagi ni,"
" Masuklah dulu, Irwan. Dah lama pak cik tak berbual dengan kamu,"
Irwan memandang Amy Shaqirah. Kemudian, Amy mengisyaratkan ekor matanya agar permintaan papanya dipenuhi.
Irwan melangkah masuk seraya bersalam-salaman dengan ayah dan abang Amy.
" Pergi mana selama ni ? Dah lama pak cik tak nampak kamu ?"
" Saya baru balik dari US, pak cik. Ambil Art,"
" Oh, kamu minat dengan lukisan, ya !"
" Ya, pak cik,"
" Dah sekarang ni, kamu buat apa ?"
Farhan menjeling ke arah Amy Shafiqah. Kemudian, senyum-senyum. Amy Shaqirah geram. Agaknya, otak abangnya itu fikir dia dan Irwan ....
" Apa ni, abang ? Senyum sorang-sorang. Kalau teringatkan Kak Fia, biar Amy saja yang call,"
Datuk Mokhtar memandang ke arah kedua-dua orang anaknya.
" Hish, budak-budak ni ! Kita ada tetamu ni,"
" Er ... tak apalah, pak cik. Menganggu pak cik sekeluarga saja. Saya minta diri dulu,"
" Yalah,"
" Amy, pergi dulu papa,"
" Ya .. ya. Ni Amy pergi sekali dengan Irwan, ya ?"
Amy angguk.
" Jaga elok-elok anak manja pak cik ni,"
" Papa ni !" tutur Amy.
Irwan senyum.
Enjin kereta dihidupkan.
Lantas, memecut laju meninggalkan banglo mewah itu.
" Nak pergi minum dulu ke ?" Irwan menyoal.
" Tak naklah. Aku ni tak suka sarapan pagi,"
" Bahaya dibiarkan perut kosong,"
" Er .. tak payahlah. Just hantarkan aku ke Paradize Holdings dah lah,"
" Awal lagi ni. Marilah. Aku belum sarapan lagi ni. Aku ada gastrik. Kalau ada ..,"
" Yelah, yelah ! Kau ni tak habis-habis suka paksa aku,"
Irwan senyum.
" Banyaklah kau punya gastrik. Tadi cakap dah kenyang ! Kau ni makan banyak mana pun, tak gemuk-gemuk juga !!,"
Irwan ketawa.
" Eh, ni jalan menuju ke rumah kau ! Nak buat apa ? Kata nak pergi sarapan ?"
Irwan senyum.
" Eh, kau jangan nak buat hal, Ir ! Dah lah aku pakai macam ni !"
" Okey lah tu, pakai macam tu !"
" Okey, kepala hotak kau ! Pakaian begini tak sesuailah nak pergi rumah kau. Nanti apa yang mak bapak kau fikir ?"
" Relakslah, sayang ! Its okey,"
Seram sejuk Amy Shafiqah saat Irwan mengungkap perkataan itu.
" Hei, pusing baliklah ! Kalau tak aku turun kat sini jelah !!" tegas Amy.
" Sabar, AS. Mereka just nak jumpa kau saja. Bukannya nak periksa personaliti kau pun,"
" Kau ni kalau aku fikirkan balik, kau ni lagi ... lebih keras kepala daripada aku !! Kalau kau tak pusing semula, hubungan persahabatan kita sampai di sini saja," Amy Shafiqah tegas.
Amy mengugut.
Irwan membrek keretanya tiba-tiba.
" Baiklah, aku akan pusing semula tapi dengan syarat malam ni kau harus datang rumah aku,"
Amy Shaqirah mengeluh.
" Nak buat apa, Ir ? Aku bukannya bakal bini kau, nak jumpa mak bapak kau !"
" ....,"
" Tolonglah. Ni first time, aku merayu dekat kau. Jangan buat aku macam ni ! Kita bukannya ada apa-apapun. Jadi, ..,"
" Baiklah, aku tak paksa kau. .. asalkan kau masih nak berkawan dengan aku .. its okey,"
" Thanks ... tulah sebabnya aku sayang kau ni,"
" Hah ? Kau sayang aku ?"
Irwan terganga.
"Its okey as a friend, right ?"
Irwan mengeluh.
" Asyik-asyik, aku aje yang terkena,"
" Nampak, Amy ?" Datuk Mohktar menyoal Farhan.
" Entahlah, papa. Tak ada pula. Dah setengah jam dah ni. Dia yang pergi dulu, kita pula yang tercegat menunggu dia,"
" Er .. boleh laju sikit tak, aku ada meeting pagi ni. Aku takut terlewat nanti,"
" Yalah," seraya menekan minyak.
" Cuba call si Amy tu. Suruh dia datang cepat sikit. Papa takut dia terlupa dengan mesyuarat hari ni. Lebih-lebih lagi, semua dokumen ada pada dia,"
Farhan segera menghubungi Amy Shaqirah.
"Hello, Amy. Amy kat mana ni ? Apasal tak sampai lagi ?" Farhan menyoal.
" Er .. er ... on the way dah ni abang tapi er .. alamak bateri telefon Amy dah nak habislah abang. Sorry ya, 10 minit lagi, Amy sampai, bye !"
Lantas, tangannya menekan butang ‘off’.
" Abang Farhan, ya !"
Amy angguk.
" Apasal bohong ?"
" Dah tu, kau nak suruh aku cakap apa ? Beritahu yang kau buat hal tadi ?"
Irwan ketawa.
" ...,"
" Macammana, Han ?" Datuk
" Amy cakap 10 minit lagi dia sampai, papa,"
" Kalau macam tu, eloklah kita masuk dulu dalam bilik mesyuarat. Ahli-ahli lembaga pengarah pun dah ramai yang sampai tu,"
" Papa masuklah dulu. Han nak masuk bilik kejap, nak ambilkan laptop,"
Datuk Mokhtar mengangguk.
Harrith melintasi bilik Farhan. Riak wajahnya sungguh tenang tapi agak berdebar-debar saat teringat akan perihal Amy Shaqirah.
Agaknya macammanalah rupanya ?
Harith tertanya-tanya.
" Ha, Harith ! Macammana ? Seronok kerja kat sini ?" Farhan menyoal sambil tangannya mencibit beg laptop jenama Twin tech.
" Seronok, En. Farhan. Saya gembira sebab dapat bekerja di sini. Lebih-lebih lagi, mereka yang bekerja di sini semuanya baik-baik dan peramah belaka,"
" Alhamdullilah. Syukurlah kalau kamu gembira,"
Harith senyum. Mereka berjalan beriringan masuk ke bilik mesyuarat.
Datuk Mokhtar melirik ke arah jam di tangannya.
Manalah budak sorang dah pergi ? Sesuatu yang buruk telah menimpanya ? Nauzubillah !
" Maaflah semua. Saya terlewat,"
Pinta Amy Shaqirah.
Senyuman manis dilontarkan kepada para hadirin.
Semua jadi tergamam.
Ini kerana, Amy Shaqirah bukan sahaja tidak pernah mengakui silapnya bahkan sebuah senyuman pun tidak pernah diukirnya.
Perempuan ni, Amy Shaqirah ke ?
Mak datuk !! Cantik gila !
Zarif ni tak ada otak ke ?
" Baguslah Amy dah sampai. Kami tak boleh mulakannya selagi Amy tak datang,"
Amy shaqirah senyum lagi.
" Baiklah, kalau Amy dah bersedia .. bolehlah mulakan pembentangan sekarang,"
Amy Shaqirah bangun.
Seraya membuka laptopnya kemudian, melangkah ke hadapan.
" Selamat pagi, ... seperti yang tuan-tuan dan puan-puan semua ketahui, syarikat kita sekarang ini masih lagi mengungguli di antara tiga buah syarikat yang terhebat di Malaysia ini.
Dalam slideshow ini, graf menunjukkan keuntungan yang syarikat perolehi pada tahun ini lebih memberangsangkan berbanding pada tahun-tahun yang lalu. Pada 2006, syarikat memperolehi untung sebanyak 58%. Pada 2007, syarikat memperolehi keuntungan sebanyak 76% dan pada 2008, syarikat memperolehi keuntungan sebanyak 90%. Oleh itu, syarikat mensasarkan keuntungan 100% pada tahun 2009 ini berdasarkan pencapaian syarikat yang cemerlang selama tiga tahun berturut-turut setelah syarikat mengalami masalah kewangan yang teruk pada tahun 2005.
Seandainya, syarikat memperolehi keuntungan sepertimana yang disasarkan, bonus pada hujung tahun ini juga akan dinaikkan sebanyak 100%,"
Para ahli lembaga pengarah dan para kekerja bertepuk tangan.
" Namun begitu, baru-baru ini .. syarikat telah didakwa oleh Farida Holdings berhubung dengan dakwaan penipuan. Mereka mendakwa syarikat kita telah menipu pihak mereka dengan cara membekalkan barangan yang sudah hampir tarikh luput. Sebanyak RM 1juta menjadi tuntutan pihak mereka. Berhubung dengan kes ini, pihak saya telah menyiasat tentang perkara ini. Kemungkinan, terdapat beberapa orang di antara kita telah mensabotaj nama baik dan reputasi syarikat ini. Pihak saya sudah hampir mengenal pasti dalang yang terlibat dalam hal ini dan salah seorang dari mereka mungkin terdiri daripada kalangan kita di sini,"
Masing-masing saling berpandangan.
" Baiklah, kita tutup buku tentang itu kerana saya akan menguruskannya. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan semua, beberapa langkah telah diambil untuk menjanakan ekonomi syarikat. Untuk itu, saya persilakan abang saya untuk mengulas lebih lanjut mengenainya,"
Amy Shaqirah menghampiri tempat duduknya. Disebelah kanan Datuk Mokhtar.
" Siapa yang Amy maksudkan ?"
Datuk Mokhtar menyoal perlahan.
" Nantilah, papa. Amy beritahu kemudian. Rasanya, Amy tak nak ada yang dengar nanti,"
Datuk Mokhtar mengangguk.
" Kau mesti ingat, kau tu bukannya budak kecil lagi, Irwan. Dah 27 tahun pun umur kau,"
" Tapi Irwan masih tak sedia lagilah mama,"
" Tak sedia apanya, Irwan ?"
" Berilah Irwan sedikit masa lagi. Setahun atau dua tahun lagi. Irwan tak habis enjoypun lagi,"
" Biarkan sajalah, Gayah. Tak ke mana perginya anak kita ni. Sampai jodohnya, kahwinlah dia," Datuk Harun membantah tindakan isterinya itu.
" Eh, awak ni ! Menangkan si Irwan ni pula !"
Irwan senyum kepada papanya.
" Mama tak kira, Irwan ! Dalam dua minggu ni, kalau kau masih tak kemukakan calon isteri kau, kau mesti berkahwin sama ada dengan Zakiah ataupun Zawani. Muktamad !!"
" Aduh, mama ! Kenapa tiba-tiba saja mama ungkit soal kahwin ni, mama ? Kalau Irwan tahu begini jadinya, Irwan tak balik cepat-cepat. Irwan ingat, bila Irwan pulang ke Malaysia ... Irwan dapat tenangkan fikiran tapi .. macam ni pula jadinya. Irwan tak sukalah mama desak Irwan macam ni. Irwan dah besarlah mama,"
" Ooo .. sekarang, Irwan dah pandai nak melawan mama. Itulah, abang ! Gayah dah cakap jangan nak diberikan muka sangat pada anak kita ni tapi abang degil juga !"
" Bukannya Irwan nak lawan cakap mama tapi Irwan masih belum bersedia lagilah mama,"
" Sudahlah, Irwan ! Ni, papa nak tanya, sekarang macammana ? Kamu dah fikir ? Nak ambil alih syarikat mama atau papa ?"
Irwan mengeluh.
Kenapa mama dan papa suka sangat mendesak ?
" Mestilah Irwan kena kerja dengan Gayah, abang. Kalau tak siapa yang nak ambil alih syarikat saya tu nanti ?"
" Habis tu, saya macammana ?" Datuk Harun menyoal isterinya kembali.
" Beginilah, .. mama ... papa. Irwan akan ambil alih kedua-dua syarikat. Samaada mama mahupun papa,"
" Macammana kamu nak handle dua syarikat dalam masa yang sama, Irwan ?" Datin Rogayah menyoal.
" Mungkin, tiga hari .. di syarikat mama ... tiga hari di syarikat papa. .. sehari lagi, untuk Irwan berehat,"
" Kamu tak penat ke nanti ?"
Aduh, .. ! Kalau Irwan tak buat macam tu, mama dan papa akan bertengkar lagi !
" Insyaallah, mama. Irwan akan berusaha tapi ada syaratnya,"
" Syarat ? Syarat apa ?"
" Kalau mama dan papa setuju, Irwan akan ambil alih syarikat mama dan papa bermula minggu hadapan,"
Datuk Harun dan Datin Rogayah tersenyum lebar.
" Syarat apa, Irwan ?" mama menyoal.
" Syaratnya, ... sebaik sahaja, Irwan menguruskan syarikat-syarikat tu, mama dan papa tak boleh campur tangan lagi dalam urusan perniagaan. Semuanya 100% dibawah pengurusan Irwan,"
" Kenapa pula ?" papa menyoal.
" Biar sajalah, bang. Baiklah, mama setuju. Dengan syarat, Irwan jaga baik-baik syarikat mama tu,"
" Okey, papa pula ?"
" Papa akan patuhi syarat kamu tu, kalau kamu berjanji akan menutupi segala rahsia syarikat papa itu nanti,"
Datin Rogayah menjeling tajam ke arah suaminya.
Entah perniagaan apa yang suaminya jalankna pun dia tak tahu.
" Okey, papa,"
" Assalamualaikum ...," suara orang memberi salam sayut –sayut kedengaran.
" Waalaikummusalam. Masuklah,"
Zakiah ?
" Er .. Irwan nak keluar kejap, mama .. papa. Ada hal sikit,"
" Yelah," Datuk Harun mengangguk.
" Eh, Zaza ! Masuklah dulu. Mummy apa khabar ? Sihat ?" Datin Rogayah bertanya kepada anak buahnya itu.
" Sihat, auntie. Eh, abang Irwan. Abang nak ke mana ni ?"
Zakiah tergedik-gedik.
" Kalau tak silap aku, kau ni lagi tua dari aku, bukan ?"
Muka Zakiah berubah, merah.
" Kenapa cakap macam tu, Irwan ?"
Irwan memandang mamanya.
" Okey, I’m sorry. I have something to do. Do you have a hot story for today ? If you have, you can tell my mum. Okey ? Bye. I go first,"
" Irwan !!" Datin Rogayah menjerit marah.
Irwan membisu.
Merah menyala muka Zakiah. Pipinya terasa 4 inci tebalnya. Malu dengan kata-kata sepupunya itu.
" Auntie !!! Zaza teruk sangat ke untie ?" Zakiah meluru masuk.
Menghampiri Datin Rogayah.
Geli dengan perlakuan anak saudaranya, Datuk Harun segera meminta diri. Dengan alasan mengantuk.
Irwan menghidupkan enjin kereta. menuju ke arah sebuah pantai. Di situ, segala kerunsingan yang melanda jiwa mudanya akan hilang apabila jari-jemarinya mengalunkan warna-warna air yang mengambarkan keunikkan alam.
Amy bersandar pada kerusinya. Penat. Lebih dua jam mesyuarat bulanan yang baru sahaja selseai, cukup memenatkan.
Matanya dipejam rapat. Agar jiwanya lebih tenteram. Suhu penyaman udara diturunkan hingga ke tahap 16°C.
Tiba-tibanya, ingatan hinggap kepada Irwan.
Lantas, tangannya menekan-nekan nombor telefon jejaka itu.
Irwan membisu. Sekadar membiarkan sahaja telefonnya berbunyi nyaring.
" Ah, mungkin mama !"
Irwan bermonolog sendirian.
" Kenapa tak angkat ni ?" Amy Shaqirah tertanya-tanya.
Maaf, mama. Irwan tak boleh jawab panggilan mama sebab Irwan takut Irwan tak boleh kawal pertuturan Irwan bila pemikiran Irwan diluar kawalan.
Kali ini, mesej pula masuk ke dalam inboxnya.
Irwan mencapai telefonnya.
Kenapa tak angkat telefon ? Penat aku call kau !!
" AS ?"
Aduh !
Irwan segera menghubungi Amy Shaqirah.
" Hello ?"
" Hello !"
" Aduh, kau merajuk ?"
" Aku merajuk ? Cari yang lain jelah. Ni apasal tak angkat panggilan aku ?"
" ... aku ingat mama aku. Ah, macam biasa jelah ! Ni, kau tengah sibuk ke ?"
" Sibuklah juga. Kenapa ? Kau nak belanja aku makan ?"
" Kau ni !! Okeylah, hari ni .. aku belanja kau. Aku ada hal sebenarnya nak cakap dengan kau. Jadi, ... tak mengapalah. Aku cakap nanti. Rasa tak sesuai kalau aku ceritakannya sekarang,"
" Okey, jumpa kau pukul 12 nanti. Jemput aku kat depan Paradize,"
" Ok. Jangan lambat,"
" Ok,"
Bab 2
Talian diputuskan.
Amy Shaqirah merenung siling.
" Apalah agaknya yang Irwan nak cakap, ya ? ... Ehm .. kadang-kadang kesian pula dia, .. walaupun mak bapak kaya raya tapi tak pernah nak selami hati anaknya sendiri,"
" Cakap sorang-sorang, Amy ?" Farhan menyoal.
Muncul secara tiba-tiba dihadapan Amy Shaqirah.
Amy Shaqirah panik.
" Eh, kenapa masuk tak ketuk pintu ? ! Abang ni suka kejutkan Amy macam ni !!"
Farhan ketawa.
" Abang dah ketuk pintu. Salam pun dah bagi. .. tapi Amy tak jawab. Abang pun masuk sajalah,"
" Er .. er ... dah lama ke abang tercegat kat depan Amy ni ?"
Amy gugup.
" Tak adalah lama sangat. Mungkin dalam 5 minit,"
" Ada apa abang datang ni ?"
" Saja. Jomlah, pergi minum,"
" .. jomlah,"
" Harith pun ikut sekali,"
" Oh, baru Amy teringat ! Maaflah, abang ! Amy ada hal nak bincang dengan papa. Abang jelah pergi, ya !"
" ... Yalah tu,"
" Amy tak tipulah, abang,"
" Betul ? Atau Amy masih ingatkan Zarif ?"
" Abang !! Kenapa harus diungkitkan perkara lepas ? Biarkan saja ia berlalu,"
Amy Shaqirah geram.
Giginya dikacip ketat.
Amy bangun. Menunjukkan rasa marahnya.
" Maaf abang. Amy perlu pergi jumpa papa sekarang," Amy mengatur langkah.
Pintu bilik Datuk Mokhtar ditolak.
Farhan menjadi kelu lidahnya.
" Amy ? Ada apa jumpa papa ni ?"
" Tak ada apa-apa. Cuma Amy nak tanya macammana nak berurusan dengan client yang banyak karenah ?"
" Maksud Amy ? XXZ Sdn. Bhd ?"
Amy angguk.
" Kalau Amy nak berurusan dengan mereka, Amy kena banyakkan bersabar. Kadang-kadang, permintaan dan karenah mereka sukar untuk diterima oleh akal kita,"
" Tapi papa, Amy bukannya jenis yang sabar,"
Datuk Mokhtar senyum.
" Untuk menjadi orang yang berjaya bukannya sesuatu yang mudah Amy. Banyak perkara yang perlu dikorbankan,"
" Maksud papa, Amy kena pertaruhkan kesabaran yang tinggi ketika berurusan dengaan client ? Begitu ?"
" Ya, sayang. Papa memang mengharapkan Amy mewarisi empayar perniagaan papa ini. Kalau nak diharapkan Abang Farhan Amy, nampaknya hancurlah syarikat papa ni,"
" Kenapa papa cakap macam tu ? Apa yang Abang Farhan akan fikir kalau dia dengar ? Lebih – lebih lagi, Amy tak berhak ke atas harta-harta papa ni. .. sebab Amy hanyalah ..,"
" Amy ... papa tak pernah membezakan kasih sayang papa diantara Amy dan Farhan. Amy, ... papa dah anggap macam anak kandung papa,"
" Terima kasih, papa. Amy ... Amy .. terima kasih papa,"
Amy Shaqirah sebak.
Datuk Mokhtar bangun. Menghampiri anak gadisnya itu. Dah lah, jomlah kita pergi minum. Papa belanja.
Amy Shaqirah angguk.
Amy Shaqirah mengekori Datuk Mokhtar ke kereta.
" Kita nak minum di mana ?" Datuk Mokhtar menyoal.
" Amy tak kisah papa,"
Datuk Mokhtar mengeleng.
" Cuba tukar pula jawapan tu. Setiap kali papa bertanya tentang pendapat Amy, mesti itu sahaja yang Amy jawab,"
" Amy memang tak kisah papa,"
" Tak. Papa nak Amy berubah. Amy kena yakin dengan diri Amy. Amy bukannya orang lain bagi papa. Papa memang sayangkan Amy,"
" Amy tahu papa,"
" Kalau begitu, baguslah. Sekarang kita nak ke mana ?"
" Er .. minum ABC+aiskrim mesti sedapkan papa,"
" Boleh juga. Dah lama papa tak minum. .. tapi masih pagi ni. Tak meragam ke perut Amy nanti ?"
" Tak apa. Amykan memang suka minum ais tapi Amy bimbang papa pula yang akan sakit perut nanti,"
" Eh, sesekali kita buat perkara yang pelik, tak mengapa ! Boleh dimaafkan,"
Seloroh Datuk Mokhtar.
Amy Shaqirah ketawa kecil.
" Kat mana kita boleh dapatkan ABC+aiskrim tu ?"
" Papa teruskan memandu. Depan sana, ada pantai. Kat tepi pantai tu, ada sebuah warung. Warung tulah yang jual ABC+aiskrim tu,"
" Oh, ya ke ? ! Papa tak pernah tahu pun ? Dah buka ke waktu-waktu begini ni ?"
Amy senyum.
" Dah, papa. Budak-budak yang tinggal kat kampung tu, pagi-pagi lagi dah beratur panjang dihadapan warung tu. Semata-mata nak beli minuman tu,"
Datuk Mokhtar angguk.
Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja mereka tiba ditempat yang dituju.
Datuk Mokhtar dan Amy jalan seiringan. Masuk ke dalam warung itu.
" Mana Cik Amy, Encik Farhan ? Tadi, Encik Farhan kata kita pergi minum bersama ?"
" Oh, maaflah ! Amy ada urusan dengan Datuk,"
" Oh, begitu ! Tak mengapalah ! Jom kita pergi,"
" Hai, Amy ! Lama tak nampak kau datang sini ?" Wahid, si penjual ABC menyapa.
" Aku sibuk sikitlah, Wahid. Ha, ni papa aku. Papa, .. ni Wahid. Wahid ni, bekas kawan sekelas Amy masa Amy tingkatan 4 dulu,"
" Apa khabar, pak cik ?" Wahid menyapa.
" Khabar baik. Dah lama ke berniaga kat sini ?" Datuk Mokhtar menyoal seraya mengambil tempat duduk.
" Dah hampir 8 tahun. Saya ni berniaga kecil-kecilan saja, pak cik. Tak ada modal nak jual besar-besaran,"
" Tak mengapa, Wahid. Usaha itu tangga kejayaan. Pak cik doakan, kau berjaya dengan perniagaan kau ni,"
" Terima kasih, pak cik,"
Amy memandang Wahid. Lalu, lelaki itu dihadiahkan dengan sekuntum senyuman.
Matanya melilau. Kawasan pasir pantai yang memutih, begitu mengamit pandangan matanya.
" Apa kata kalau kita berjalan-jalan dulu di gigi air, papa ? Tentu seronok, bukan ?"
Amy bersungguh-sungguh.
Datuk Mokhtar senyum. Lantas, tangan tua itu ditangan lembut.
" Wahid !! Aku nak 3 ABC+aiskirim yang paling special yang pernah kau buat. Nanti kami datang balik," laung Amy.
" Amyyy !! Amy ni anak dara ! Mana boleh berteriak macam ni !"
Amy tersipu-sipu malu.
" Amy sajalah yang pergi ke sana, papa duduk sini sajalah. Sejuk kat sana tu,"
" Tak seronoklah, papa,"
" Tak mengapa ! Pergilah. Papa tunggu di sini saja,"
Amy senyum. Kemudian, melangkah ke arah gigi air.
Kakinya dihayun-hayun ke dalam air laut. Terasa nyaman dan sejuk.
" Woi, buta ke ???!!" Amy menjerit marah apabila seseoarang telah melanggarnya sehingga dia terjatuh ke dalam air. habis basah bajunya.
" Ah, .. maaf, cik !!" lelaki itu meminta maaf.
Ah, Amy ! Kenapa pula tu ?
Datuk Mokhtar segera melangkah ke arah Amy Shaqirah.
Kemudian, lelaki itu menghulurkan tangannya. Dengan niat, mahu membantu gadis bernasib malang itu.
Amy menepis tangannya.
Amy berdiri.
Menyapu-yapu pasir-pasir yang melekat pada bajunya.
" Cik, okey ?"
Amy mendongak kepalanya. Jantan sial mana pula yang memperlakunya begitu.
" Amy ?"
" Irwan ?"
Masing-masing terkejut.
" Jahanamlah, kau ni ! Macammana aku nak balik dalam keadaan basah kuyup macam ni ? Kotor pula tu ???"
" Kenapa ni Amy ? Irwan ? Hei, macammana pula dua-dua boleh ada di sini ? Kamu ni ada date ke ?"
" Eh, papa ni ! Ke situ pula !"
" Er .. maaflah AS. Aku tak sengaja,"
Datuk Mokhtar memandang Amy dan Irwan silih berganti.
" Macam-macamlah budak – budak ni. Masa aku muda-muda dulu, bercinta juga tapi tak adalah sampai main-main dalam air,"
Ujar Datuk Mokhtar seraya menuju ke arah warung semula.
" Papa !!" Amy merengek manaj.
Datuk Mokhtar senyum.
Amy pura-pura merajuk. Berjalan membelakangi Irwan.
" I’m sorry, AS. Aku tak sengaja. Memang aku tak nampak kau. Takkan aku sengaja nak tolak kau jatuh dalam air ?"
Amy membisu.
" Jangan buat muka macam tu. Tak cantik,"
" Ah !!"
Amy Shaqirah menarik muka. Lantas, mempercepatkan langkahnya. Menuju ke arah papanya.
" Please, AS ! I’m so sorry,"
Amy mengeluh. Dia tahu sahabatnya itu bukannya sengaja.
" Sudahlah. Berapa banyak kali kau minta maaf pun, baju aku tetap kotor juga,"
Amy duduk dibangku. Setentang dengan papa. Irwan pula duduk disebelahnya tanpa dipelawa.
Datuk Mokhtar ketawa kecil.
Aduhai, budak-budak ni ! .. tapi syukurlah, Amy tak bermuram lagi !
Alah, camna nak balik ofis ni ? Baju kotor camni !
Hatinya berkata-kata.
" Amy pulang terus jelah ke rumah. Tukar dulu baju. Pukul 2 petang nanti, baru datang semula,"
Ujar Datuk Mokhtar.
" Tapi papa, Amy banyak kerja dekat pejabat tu,"
" Tak apa, bahagian pengurusan pengeluaran barang tukan, Amy yang selenggarakan ? Sekarang, kenapa nak risau pula ?"
" Walaupun tak ada yang marah tapi lagi lama, makin banyak kerjanya,"
" Suka hati Amylah. Malas nak bertekak dengan Amy ni. Bukannya papa akan menang pun,"
" Betul tu, pakcik. Si AS ni, lebih sesuai jadi peguam sebab kepala keras macam batu,"
Datuk Mokhtar ketawa.
" Amboi-amboi, sedapnya mulut kau mengata aku !!"
Irwan ketawa geli hati.
" Pak Cik, Irwan, Amy, .. ni dia ABC+aiskrim special. Minumlah. Saya belanja hari ni,"
" Terima kasih. Baik hati kau hari ni,"
" Hish, Amy ni ! Orang dah belanja, itu pula yang dikata. Terima kasih Wahid,"
" Sama-sama. Eh, tak apalah .. pak cik ! Amy ni memang begitu !"
Ujar Wahid lalu meneruskan kerjanya.
" Irwan ni tak kerja ke ?" Datuk Mokhtar bertanya.
" Mama dan papa beri masa 3 bulan untuk berehat. Lepas penat belajar,"
" Oh, begitu ! Patutlah asyik berdating saja dengan anak pak cik ni !"
Irwan ketawa kecil.
Merah padam muka Amy.
" Mana ada berdating papa ? Kebetulan jelah jumpa mamat ni kat sini. Lagipun, kami ni kawan saja,"
" Kawan saja ? Amyyy jangan nak berdalih lagi," Datuk Mokhtar mengusik.
" Kami kawan je, pak cik," Irwan menambah.
" Budak-budak zaman sekarang ni, bila ditanya, mesti katanya kawan. Tup-tup, nanti cakap nak menikah !"
" Papa !!!"
Jerit Amy perlahan.
Irwan dan Datuk Mokhtar ketawa lagi dengan reaksi Amy.
" Amy nak balik macamni, papa,"
Amy bangun.
Irwan menarik tangan Amy Shaqirah. Memaksanya duduk semula.
" Duduklah dulu. Aku ada hal nak cakap dengan kau," bisik Irwan.
Datuk Mokhtar sekadar memandang kelakuan Irwan.
" Maaf," pinta Irwan.
Lupa, papa Amy berada disitu.
Datuk Mokhtar tersenyum.
" Papa masuk office dulu. Dah lambat ni. Em .. Irwan jelah temankan Amy di sini, ya,"
Irwan angguk.
" Papa, ... ??"
Datuk Mokhtar mengukir senyuman, lantas terus meninggalkan anak gadisnya di situ.
Amy Shaqirah menundukkan kepalanya.
Kenapa papa boleh fikir yang aku dan mamat ni couple ya ?
Rasanya papa dah agak maklum tentang hal aku dengan mamat sekor ni !
Amy Shaqirah menundukkan kepalanya. Dengan perlahan –lahan, minuman itu disedutnya.
" AS ?" panggil Irwan, agak perlahan.
Amy menoleh.
Tanpa sebarang bicara, anak mata mereka bertembung. Jantung kedua-dua anak muda berdegup kencang.
Astaga !!
Ucap Amy dalam hatinya.
Ya Allah, apa telah berlaku padaku ni ?
" Ada apa ?" Amy bertanya.
Namun, anak matanya memandang ke arah lain.
Irwan memandang gadis disebelahnya itu lantas, mengelengkan kepalanya berkali-kali.
" Habiskan minuman itu dahulu. Nanti, .. ada sesuatu yang aku nak kau tahu,"
Amy mengangguk.
Amy bangun sebaik sahaja, minuman itu telah dihabiskannya.
" Apa yang kau nak cakap ?"
" Maaflah, .. sebab menganggu masa kau,"
" Tak mengapa. ..,"
Irwan angguk.
Dia cuba membuka mulut. Memberitahu apa yang dihajatinya. Namun, entah kenapa, lidahnya begitu berat untuk bersuara.
Irwan merenung ke dasar lautan.
" Kau ada masalah ?"
Amy menyoal.
Sedikit bimbang melihat sahabatnya begitu.
" Aku ...,"
Amy diam. Memberi ruang kepada Irwan untuk menceritakan halnya.
" Mama aku bagi masa hanya dua minggu ...,"
Amy tercengang.
Dua minggu ? Untuk apa ?
Pandangan Irwan masih lagi ke arah laut.
Irwan membisu lagi.
" Kalau dalam masa dua minggu ni, aku tak kemukakan calon isteriku kepada mama, mama tekad nak kahwinkan aku dengan anak buahnya,"
Irwan mengeluh berat.
Amy menahan tawanya daripada meledak.
Irwan ! Memang begitulah sikapnya ! Kalau pasal memilih calon isteri, dia memang agak cerewet. Entah perempuan macammana yang lelaki itu suka, dia sendiri tak tahu.
Irwan menoleh ke arah Amy setelah gadis itu tidak memberi sebarang reaksi.
" Yang kau tahan gelak ni kenapa ? Ooo, kau gelakkan aku , ya ! Teruk betullah kau ni !"
Amy menghamburkan tawanya kuat.
Irwan naik geram.
" Dahlah, sesal pula aku cerita masalah aku pada kau. Ingatkan boleh tolong ! Tolong gelak adalah !!"
" Okey. I’m sorry !"
Irwan mengeluh lagi.
" Jangan macam ni. Tak baiklah mengeluh macam tu. ... habis macammana sekarang ni ?"
Irwan menjungkit bahu.
" Takkan kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal ?"
" Memanglah. Sepupu-sepupu aku tu, perangai semacam je. Naik geli aku tengok. Lebih-lebih lagi, si Zaza tu. Si Wani pula, macam orang kampung zaman dulu. Hei, tu semua bukan taste akulah ! Apalah, mama aku tu ? Zaman makin moden tapi mama aku masih lagi berfikir macam orang tua zaman dulu. Relakslah, umur aku masih muda. Masih banyak pengalaman yang aku perlu kutip. Sebagai lelaki yang bakal bergelar suami, aku harus mendalami segala macam ilmu. Macammana aku nak kahwin, kalau aku masih lagi tak bersedia ?"
Timbul rasa simpati di hati Amy.
" Aku setuju dengan kau tapi bab kutuk-mengutuk mak bapak ni, memang aku tak setuju. Walaupun, aku tak pernah tahu siapa maka bapak aku, tapi pantang kalau aku dengar orang kutuk mak bapak dia. Kau sepatutnya bersyukur, sebab kau ada mereka. Bila mereka sudah tiada nanti, baru kau rasa kehilangannya,"
" Aku tahu. Terima kasih, sebab ingatkan aku. ... aku buntu, sekarang .. Amy,"
" Kalau aku kenalkan PA aku untuk kau, kau nak ? Suruh dia menyamar jadi kekasih kau. Nak ?"
" Hish, tak nak aku ! Kenal tak,"
Kemudian, masing-masing menyepi.
Camne aku nak tolong mamat ni, ya ??
Irwan menoleh ke arah Amy.
Merenung wajah gadis putih mulus itu.
Muka Amy merona merah.
" Kau ni kenapa ?" soal Amy dengan muka merah padam.
" Kalau kau jelah yang menyamar jadi bakal isteri aku camne ?"
Terbeliak mata Amy mendengar kata-kata itu.
" Hei, kau ni gila ke ? Tak naklah, aku !"
" Alah, tolonglah, Amy ! Please, aku merayu kat kau ! Tolonglah ! Kalau kau tak tolong aku, hancur, musnah, dan ranaplah hidup aku !!! Tolong wahai cik adik manis, intan payung. Yang cantik lagi menawan, tolong ...,"
" Dah, dah, dah ! Aku tak sukalah kau merayu-rayu macam tu. Aku bukannya tak nak tolong tapi aku takut kalau mereka benar-benar percaya macammana ? Pastu family kau masuk meminang aku ?"
Irwan tersengih.
" Kalau mereka masuk meminang kau, kau terima jelah. Pastu kita kahwin. Habis cerita !"
" Hoi, gila ke ?"
Irwan melangkah ke hadapan.
" Kalau kau tak nak tolong, tak apalah. ... kalau macam tu, aku terpaksa pulang ke US jelah. Tak sanggup aku kahwin dengan mereka tu,"
Nada Irwan begitu serius.
Amy membisu.
" ..... kenapa kau nak ugut aku, begitu ?"
Tutur kata Amy begitu perlahan.
" Aku bukan mengugut kau atau sesiapa, Amy. .. tapi aku tak sanggup berkahwin dengan orang yang aku tak cinta,"
" Apa ada pada cinta, Ir ? Kau perlu sedar !! Hidup kita tak semestinya sentiasa dibajai dengan haruman cinta, tapi masih banyak yang perlu kita lakukan ! Bukan cinta yang membuatkan kita hidup sehingga sekarang, bukan cinta yang memberi dorongan, tapi diri kita sendiri yang menjadi perangsang. Kalau kau terus begini, lama-kelamaan, kau akan hanyut !!!"
Amy separuh menjerit.
Kegagalan cinta pertamanya, mengajar dirinya erti cinta yang sebenarnya.
Irwan menyentuh bahu Amy. Dengan pantas, Amy menepisnya.
" Jangan sentuh, aku !!"
Amy Shaqirah terduduk.
" Aku minta maaf,"
" Ah, itu saja yang kau tahu !"
" ...,"
" Sanggup kau tinggalkan aku ?"
Tubuh Amy mengigil.
Sudahlah, baru beberapa minggu mereka bertemu setelah bertahun-tahun terpisah, dan hari ini, mereka akan berpisah semula ?
" AS, aku tak sanggup tinggalkan kau. Jujur, aku menyayangimu. Sepenuh hatiku. Kasih sayangku padamu, tak pernah luntur sejak dulu. Aku menganggap kau lebih dari seorang sahabat, AS. Aku benar-benar sayangkan kau. Jadi, tak mungkin, aku akan mengahwini gadis lain selain darimu, AS. Ingatan aku padamu, tak pernah padam. Hanya kau, dalam ingatan,"
Amy berpaling. Memandang insan yang berkata-kata itu.
" Ah, kau sama seperti Zarif !! Pergi !!! Lelaki hanya pandai bermain kata, akhirnya, aku jua yang merana,"
" Aku tak sama dengan Zarif ! Kau kenal aku, bukan ?"
Amy berlari. Meninggalkan lelaki itu.
" AS !!!" jerit Irwan.
Apalah nak dibandingkan diantara tenaga perempuan Amy dengan tenaga lelaki Irwan. Tentu sahaja Irwan mendahuluinya.
" AS, tolong jangan buat aku begini !"
Amy melarikan anak matanya. Pandangan sayu Irwan tidak mampu ditatapnya.
" Pandang aku, AS. Aku nak kau jawab dengan jujur. Kau tak pernah mencintai aku ?"
Amy mengeleng kepalanya laju.
Irwan hampa.
" Please, Ir. Let me go !"
" ....,"
" Let me go, Irwan !!"
" Okey, aku hantarkan,"
Irwan menuju ke arah keretanya.
Sepanjang perjalanan, Amy menyepi. Irwan menoleh ke arah gadis disebelahnya itu berkali-kali. Namun, gadis itu tetap memilih untuk membisu.
" Kau marahkan aku ? Sebab aku luahkan perasaan aku pada kau ?"
" ...,"
" Kau berhak menghalang hati kau mencintai aku tapi kau tak berhak halang aku daripada mencintai kau,"
" Hei, boleh diam tak ! Kalau kau bercakap lagi, turunkan aku di sini saja !"
Amy menjadi setegas mungkin.
Irwan melemparkan pandangan hampanya ke luar tingkap.
" I’m sorry, Ir. ... give me time, please !"
Bisik hati kecil Amy.
Amy Shaqirah cepat-cepat keluar dari perut kereta sebaik sahaja tiba dikediamannya.
Irwan mengeluh. Berat.
Matanya menyoroti langkah teman yang istimewa bagi dirinnya itu.
Bab 5
Masuk hari ini, sudah lima hari berlalu. Sejak peristiwa itu.
Sudah lenguh jari-jemari Irwan menghubungi orang yang paling istimewa dalam hatinya itu. Namun, tidak berjaya.
Sudah berpuluh-puluh sms yang dikirimkan, namun tiada balasan yang diterima.
Irwan menghempaskan telefon bimbit, iphone 3Gnya di atas katil. Hatiny resah. Fikirannya bercelaru.
" Irwan mana, Gayah ?" Datuk Harun menyoal.
" Dalam bilik. Buat apa ntah ! Dah tiga, empat hari begitu !!" selamba sahaja jawapan Datin Rogayah.
" Irwan ada masalah ke ?"
" Manalah saya tahu ?"
Datin Rogayah bengang.
Datuk Harun menganggkat kening.
" Awak nikan mak dia ! Awak tak tanya anak kita tu sama ada dia ada masalah ke atau kenapa ?"
" Mana saya ada masa, abang ! Saya ni business women. Mana ada masa. Ke hulu, ke hilir saya kena pergi. Jumpa client tu. Jumpa client ni. Mana sempat saya nak fikir pasal Irwan tu,"
" Kot ye pun, sibuk .. awak kena juga tengok anak teruna awak tu. Dia kan anak awak. Awak patut tanya apa masalah dia ?"
" Eh, yang awak pagi-pagi macam ni dah berleter dekat saya kenapa ? Saya tahulah dia tu anak saya tapi dia anak awak juga. Kan awak dah janji. ..,"
" Gayah !! Cakap tu, janganlah kuat sangat. Nanti kalau Ir dengar macammana ?"
" Eh, siapa yang mulakan dulu ?",
" Dah, dah ! Malas saya nak bertengkar dengan awak pagi-pagi macam ni,"
" Kenapa ni auntie ? Uncle ? Dari luar Wani dah boleh dengar suara untie dan uncle bertengkar,"
Datuk Harun dan Datin Rogayah kaget.
Mereka saling berpandangan.
" Biasalah, Wani. Sudah adat berumah tangga,"
Balas Datin Rogayah.
" Auntie, uncle .. ni kad jemputan kahwin,"
Wani menghulurkan serkeping kad walimatulurus kepada Datin Rogayah seraya kepalanya ditundukkan.
" Siapa yang kahwin ?"
Datuk Harun segera menyoal.
" Wanilah, uncle !"
" Hah ?" Datin Rogayah terkejut.
Datuk Harun senyum melebar.
Datin Rogayah menjeling ke arah Datuk Harun.
" Dengan siapa, Wani ? Tak pernah cakappun dekat auntie ! Tak patut Wani buat auntie macam ni !"
Datin Rogayah merajuk.
" Er .. bukan macam tu, auntie ! Wani sengaja tak nak hebahkannya selama ni selagi semuanya tidak pasti,"
" Bakal suami Wani tu lebih hebat dari Irwan ke ?"
Datin Rogayah masih tak puas hati.
" Gayah, jodoh pertemuan di tangan Tuhan,"
" Dia seorang Software designer, auntie,"
" Wow, hebat ! Uncle tak sabar nak berjumpa dengannya,"
Datuk Harun memuji.
Datin Rogayah menjeling lagi.
" Er .. Wani minta dululah auntie, uncle. Wani kena pergi kerja sekarang ni,"
" Yalah. Pandu kereta tu elok-elok,"
" Baiklah, uncle. Oh, ya ! Kirimkan salam Wani kepada Abang Ir ya, untie,"
" Kirim salam buat apa lagi. Kau tu kan dah nak kahwin !"
Wajah Wani berubah serta-merta.
" Wani minta maaf, auntie. Wani .. faham ... ! .. tapi Wani tak boleh kahwin dengan Abang Ir. Wani dah anggap Abang Ir macam abang kandung Wani sendiri,"
" Gayah dah lah tu. Wani pergilah kerja dulu. Nanti terlewat sampai, membebel pula daddy Wani nanti.
" Baiklah uncle. Assalamualaikum,"
Bab 6
" Auntie, uncle, sarapan Diya dah siapkan. Marilah makan dahulu,"
Datuk Harun dan Datin Rogayah menghampiri meja makan berkerusi enam itu.
" Gayah cinta tak boleh dipaksa. Macam awak dulu, ...,"
" ... ya, abang. Gayah ... sedar,"
" Diya tak sarapan sekali ?" Datuk Harun bertanya.
" Diya puasa hari ni, uncle. Uncle dan auntie makanlah dulu. Diya nak kemaskan dapur,"
Ujar Qira Adiya, lalu meninggalkan ruang makan itu.
" Em, saya dah lambat ni, saya pergi office dulu. Awak nak saya hantarkan atau nak drive sendiri ?"
Datuk Harun bertanya.
" Tak perlulah abang, saya boleh drive sendiri. Lagipun, saya tak pasti lagi pulangnya pukul berapa,"
" Yelah, tapi jangan lewat sangat. Bahaya,"
Ujar Datuk Harun seraya berlalu keluar. Menuju ke arah keretanya.
Beberapa minit selepas itu, Datin Rogayah pula beransur pergi ke tempat kerja.
" Kak Diya masak apa pagi ni ?" soal Irwan sebaik sahaja melintasi ruang dapur.
" Mak kau masak cicak dalam kuali," Kak Diya melatah.
Irwan gelak sakan.
" Irwan, lain kali berilah salam dulu. Terkejut Kak Diya dibuatnya,"
" Ada ke patut Kak Diya cakap masak cicak ? Hish, gelilah KaK Diya! Tak dapat nak dibayangkan dalam otak Ir ni,"
" Ni baru bangun tidur ke ?" soal Kak Diya seraya memandang ke arah jam.
" Hish, Kak Diya ni ! Orang dah bangun dari pukul 4 tadi. Sembahyang tahajud, sembahyang sunat taubat,baca quran, macam-macamlah lagilah orang dah buat,"
Irwan tersengih.
" Suka hati kaulah, Irwan. Atas meja tu, Kak Diya dah sediakan Nasi Goreng Cina, dengan sandwich. Makanlah dulu. Kak Diya nak basuh pinggan-pinggan ni dulu,"
" Kak Diya jelah yang makan. Ir tak ada seleralah,"
" Mana boleh macam tu, Ir ? Dah tiga, empat hari Ir tak makan. Ir kan ada gastrik ! Tengok tu, muka dah pucat macam apa !"
" Ir dah makanlah, Kak Diya,"
" Bila ?"
" Ala Kak Diya ni, janganlah nak membebel macam ni ! Rimaslah,"
" Kak Diya bukannya membebel, Ir. Kak Diya Cuma bimbangkan kau saja. Dah lah tak turun makan. Pastu berkurung dalam bilik. .. Ir ada masalah ke ? Kalau Ir ada masalah, jangan segan cerita dekat Kak Diya, insyaallah kalau Kak Diya boleh tolong, Kak Diya tolong,"
" Terima kasihlah Kak Diya. Ir biasa je. Mana ada masalah. Saja Ir berkurung dalam bilik tu. Rumah ni bukannya ada orang pun. Seminggu dua ni, riuh jugalah sikit. Itupun sebab Kak Diya sudi tinggal bersama kitaorang. Nanti bila Kak diya dah dapat rumah dekat area sini, sunyi sepilah rumah ni agakanya. Mama dan papa tu asyik sibuk je,"
" Mereka tu cari wang untuk kesenangan Ir juga,"
" ....,"
" Dahlah, pergi makan dulu. Bila perut tu masuk angin, susah pula nanti,".
Irwan menekan-nekan perutnya. Perutnya bagai dicucuk-cucuk dengan jarum
" Ir ? Kenapa ni ?"
Kak Diya memapah adik sepupunya itu ke kerusi.
" ...,"
" Ir .. Kak Diya risaulah. Mari, Kak Diya hantarkan ke hospital,"
" Tak payahlah, Kak Diya,"
Irwan menahan sakit. Mukanya berkerut. Wajahnya yang putih bersih menjadi merah.
Kak Diya berlari menaiki anak tangga. cemas.
Dia memulas tombol pintu.
Matanya melilau di atas meja. Pandangan tertumpu kepada botol-botol ubat tersusun rapi di atas meja yang berbalut dengan kertas hadiah berwarna biru laut.
Cepat-cepat, Kak Diya mendapatkan Irwan itu sebaik sahaja mencapai apa yang diperlukan.
" Ya Allah !!!"
Bab 7
" Ir, kau dah sedar ? Syukurlah,"
Irwan senyum.
Hampa.
" Papa on the way ke sini,"
Irwan mengangguk.
Muka anak muda itu ditenungnya dalam.
" Assamualaikum, auntie,"
" Hah, ada apa ? Kan auntie dah cakap ? Auntie sibuk hari ni ! Ada apa ? Cepat, auntie banyak kerja ni !!"
" Irwan masuk hospital, auntie,"
" Kenapa pula ?"
" Gastrik,"
" Nantilah ! Petang karang auntie pergilah. Diya telefon uncle saja. auntie sibuk ni,"
" Baik, auntie,"
Kak Diya tumpang simpati dengan nasib Ir. .. tapi Ir masih ada ayah. Uncle mengambil berat orangnya. Ir patut bersyukur.
" Kenapa Kak Diya pandang Ir macam tu ?"
Kak Diya tersentak.
Irwan ketawa kecil.
" Kak Diya tengah fikir sebenarnya,"
" Fikir ? Fikir apa ?"
" Tentang Irlah,"
" Kenapa ? Apa yang Ir dah buat ?"
" Do you have any problem with your couple ?"
" Apa ni Kak Diya ? Ir tak fahamlah ? Masa exam dulu tak ada pun kena jawab soalan macam tu,"
" I’m serious, Ir. I’m know ... you have a trouble problem. Why don’t share with me ? Did you remember ? We had promised ... we can share anything ! No secrets between us !!"
Qira Adiya meninggikan sedikit suaranya.
Irwan mengeluh.
" Can you help me ?"
" Yes, I will,"
" Ir nak balik US,"
" What ???"
" Yes, Miss Qira Adiya !"
" But, why ?"
" I can’t marry with someone is not in my heart !"
" What do you mean ?"
" You know ? ... Mama has forced me to marry with her nephews, Zaza or Wani if ... I cannot show them my partner in my life. .. Zaza .. Wani ... They are not my taste,"
" Don’t worry about Wani, Ir. She will marry with her choice, next month,"
" Oh, good ! But, how about Zaza ? I very don’t like her. So cuttlefish, jelly, and so on,"
" Istigfar, Ir. Jangan membenci orang sebegitu rupa, Ir. Nanti lama-lama kebencian itu akan bertukar menjadi sayang,"
" Mana mungkin, Kak Diya. Kasih dan sayang Ir hanya untuk AS. Eh ???,"
Irwan menelan air liur.
Qira Adiya tersengih.
" Jiwang juga sepupu aku ni. Ooo dah ada buah hati rupanya tapi tak pernah cakap,"
" Eleh, cakap kat orang ! Yang Kak Diya dengan Abang Kimi tu, apa kes pula ?"
" Mana kitaorang ada apa-apa. Kau ni, dah-dah. kau sakitkan, nanti Kak Diya tambahkan sakit kau baru kau tahu !"
Dr. Adina mengelengkan kepala melihat telatah dua bersaudara itu.
Dr. Adina berdehem.
" Eh, Dina ! Dah lama ke jadi tunggul kayu kat situ ?" Irwan mengusik.
" Sampai hati kau cakap adik Kak Diya macam tu ?"
" Tak apalah, Kak Diya, tunggul kayupun, tunggul kayulah. Ni tengah berborak pasal apa ?"
" Pasal ..,"
Irwan mencubit tangan Qira Adiya.,
" Aaah, pasal buah hati Ir ni ! Aduh !"
" Teruklah, Kak Diya ni !"
Irwan pura-pura merajuk. Memuncungkan bibirnya.
" Itupun nak malu ke, Encik Mohd Irwan Asraf ?"
" Oooi, janganlah nak kenakan aku lak. Ni, kau datang nak apa ?"
" Hoi, suka hati akulah datang sini nak buat apa ? Lagipun hospital ni bapak aku yang punya,"
" Okay-okay, aku mengalah ! Mentang-mentang hospital hak bapak kau, banyak cakap pula kau ni !"
Qira Adiya dan Qira Adina tersengih.
" Bila aku boleh keluar ni ? Dah bosan tahap dewa ni !"
" Sabarlah, woi ! Petang ni bolehlah kau blah dari sini,"
" Woi, apa punya doktorlah macamni ! Bahasa tu tak boleh berlembut sikit ke ?"
Irwan bercekak pinggan.
" Tak ada maknanya aku berbahasa dengan kau ni !"
" Hoi, hoi ! Sedar sikit ! Ni hospital bukannya pasar !" Qira Adiya mencelah.
" Ir yang mula dulu, Kak Diya !"
Qira Adina mempertahankan dirinya.
" Wei, kau yang mulakannya dulu !"
" Cukup !! .. ni, Kak Diya nak tanya ..,"
Irwan dan Qira Adina menoleh ke arah Qira Adiya.
" Tanya apa, Kak Diya ?" Irwan menyoal.
" Bila nak ke US ? Budak tu dah tahu ?"
" Esok. ... tapi budak mana, Kak Diya ?"
" Eh, budak ni ! Your sweatheartlah !" Kak Diya menekankan perkataan ‘sweartheart’.
Muka Irwan memerah.
" Siapa nama budak tu, Kak Diya ? Kak Diya kenal ke ? Agak-agak Dina kenal tak ?"
" Hoi, budak kecil jangan nak menyibuk hal orang tua boleh, tak ?"
Qira Adina mencebik.
" Hoi, jangan nak perasanlah, ya ! Kau dan aku ni sebaya ! Ala ... Kak Diya ... ceritalah,"
" Jangan nak mengada-gadalah, Dina ooi,"
" Kau nikan, aku bagi pelempang baru tahu ! Ooo nak menyombong dengan aku, tak pe-tak pe !"
" Oh, adik Dina kusayang, kau tak kenalpun dia,"
" Ooo, tau takut !"
" Bukannya aku takut kau lempang aku ! .. tapi aku takut bila kau menangis nanti, seluruh bilik banjir. Alamatnya, tak dapatlah aku balik,"
" Kau ni teruklah," Qira Adina memasamkan mukanya.
" Wahai adik-adikku sekalian, bolehkan berikan ruang untuk kakakmu yang cantik lagi menawan ni untuk bersuara ?"
" Masuk bakul, angkat sendiri !" ujar Irwan.
" Okeylah, berbalik pada persoalan yang Kak Diya lontarkan tadi,"
" Soalan mana Kak Diya ? Ir tak ingatlah !"
" Buat-buat lupa pula dah !"
" Betul. Ir betul-betul lupa,"
" AS dah tahu Ir nak pulang ke US ?"
Irwan memalingkan mukanya ke arah tingkap.
Dia membisu.
" Kalau Ir tak jawab, tak boleh ke ... ?"
" Kalau dah namanya buah hati, mestilah dia kena tahu, Ir," Qira Adina menyampuk.
" kau tak faham situasi aku, Dina !"
" Apa yang aku tak faham !"
Irwan mendengus kasar.
" Tak ada apa-apalah !"
" Ir, mana boleh macam ni ! Kak Diya tak sanggup tengok Ir begini,"
" Ir .. okey, Kak !"
" Okey, apa macam ni ? Sampai masuk hospital ? Itu dikira okey ?" Qira Adina menambah.
Irwan menundukkan kepalanya. Memandangkan ke arah lantai simen.
" Dia ... kawan Ir. Kami berkawan sejak sekolah rendah dulu .. sampailah sekarang ... hubungan kami begitu rapat. .. mulanya, Ir tak sedar tentang hati dan perasaan Ir padanya. Lama-kelamaan, Ir mulai sedar yang kasih sayang padanya melebihi kasih sayang seorang sahabat kepada seorang sahabat apabila kami terpisah sembilan tahun yang lalu. Ir menderita kerana terlalu rindukannya. Allhamdulillah, bila Ir dah tamatkan pengajian kat US, Ir dah kembali ke sini, Ir jumpa dengannyya. Hubungan kami tetap seperti dulu. .. suatu hari, Ir meminta pertolongan daripadanya ... untuk menyamar menjadi calon isteri Ir sebab mama bagi masa satu minggu kepada Ir. Tunjukkan calon isteri kepada mama atau Ir kena berkahwin dengan anak saudara mama. ... tapi AS tak nak. Dia takut, mama dan papa benar-benar percayakan ... yang dia adalah kekasih Ir. ... baginya, Ir tak lebih dari seorang sahabat. ..... Ir terpaksa pulang ke US, Kak Diya. Ir tak nak berkahwin dengan orang lain. Ir hanya mahu berkahwin dengan AS. Walauapapun, apapun yang berlaku. ...Ir pernah luahkan isi hati Ir padanya ... tapi dia .... tak boleh nak terima Ir ....,"
Qira Adiya dan Kak Adina terpaku.
Begitu mendalam kisah cinta Irwan kepada sang kekasih hati.
" Kenapa AS tak nak terima Ir ? Apa yang Ir dah buat ?"
Irwan menjungkit bahu.
" Mungkin masih terkenangkan ex-boynya, kut ?"
" Dia pernah bercinta dengan orang lain ?"
" YA, selama empat tahun. .. hubungan mereka baru sahaja berakhir. ... Pekerja papanya !"
Qira Adina dan Qira Adiya membisu. Lidah mereka menjadi kelu.
" So, what must we do ?" Qira Adina menyoal.
" Nothing. Ir, hanya berserah kepada Allah,"
" Kita berserah setelah kita berusaha ! Bukannya tanpa berbuat apa-apa !!!"
" Habis tu, apa yang aku dapat buat !!!"
Irwan mengetap bibirnya.
" Berikan dia masa, Ir. Perempuan, ... memang perlukan masa untuk menerima cinta daripada sang jejaka. Bukan hanya pada perempuan sahaja. Cuba Ir bayangkan, Ir berada ditempatnya. Mampukah Ir mencintai orang lain yang Ir hanya anggap selama ini sebagai sahabat secara mendadak ? ... Ir, kasih sayang, cinta .. semua itu boleh dipupuk, boleh dibajak. Ir perlu ingat itu,"
" Betul kata Kak Diya, Ir. AS perlukan masa untuk semua tu. Untuk pulihkan kepercayaannya terhadap lelaki. ...,"
" ....,"
" .. don’t worry, Ir. I’m promise. I will help you,"
" Me too, Ir,"
" But, how ?"
" Just wait and see !"
" Before that, may you tell us the background of her life ?"
" ... AS tak sama dengan gadis lain. Dia anak yatim piatu,"
" Habis tu, siapa yang membesarkannya ?"
" Ayah angkatnya, Datuk Mokhtar,"
" As kerja dimana ?"
" Paradize Holdings as CEO,"
" Cantik, tak ?"
" Like a diamond in the glass box,"
" Very beautiful she is,"
" Kak Diya dah tak sabar nak jumpa dengan perempuan tu,"
" Jangan, Kak Diya !!"
Irwan membantah.
" Kenapa pula ?"
" As tu pelik sikit,"
" Pelik ?"
" Em .. em .. dia tu terlebih ego. Kak Diya kena bersabar dengannya,"
" Kau ni peliklah, Ir. Agaknya bagaimanalah rupa bidadari hati kau tu, ya ! Sehingga menyebabkan abang kesayangan aku ni terlantar kat rumah sakit ni !"
Irwan menjungkit bahu.
Malas melayan.
Bab 8
" Selamat pagi, Cik. Ada apa yang saya boleh bantu ?" soal shasha, salah seorang pekerja Paradize holdings.
" Selamat pagi. Cik Amy Shaqirah ada ?"
" Cik ni siapa ? Dah buat temujanji ? Cik Amy sibuk kebelakangan ni,"
" Saya ada hal nak berjumpa dengannya,"
" Dah buat temujanji ?"
" Tak,"
" Kalau begitu, maaflah. Saya tak dapat bantu sebab Cik Amy tak akan berjumpa tanpa temujanji terlebih dahulu,"
" Kalau begitu ...," Qira Adiya teragak-agak.
" Kami ni kakak ipar Cik Amy. Jadi, kami perlu buat temu janji juga ?"
Cepat-cepat Qira Adina menambah.
" Hah ?"
Bila masa pula Cik Amy ni kahwin ? Entahlah !
" Maaflah, Cik berdua. Saya tak tahu. Tunggu sebentar,"
Ujar Shasha seraya melangkah menghampiri bilik Amy shaqirah.
Pintu bilik itu diketuk perlahan.
" Masuk,"
Suara dari dalam bilik itu kedengaran.
Lemah.
" What’s wrong, Shasha ? I’m busy now ? What the matter ?"
" I’m sorry, Cik Amy. Your sister-in-law is coming. They want to see you,"
" What ???"
" Yes, Cik Amy ! They are introduce themselves by that title,"
Amy terlopong.
Kakak ipar ? Bila masa pula kau kahwin ni, Amy ?
" Suruh ‘kakak ipar’ saya maasuk,"
" Baik, Cik Amy,"
Qira Adiya dan Qira Adina melangkah masuk sebaik sahaja Shasha melangkah keluar.
Amy Shaqirah kehairanan.
Siapa mereka ni ? Kakak ipar aku ??? Aku pernah hilang ingatan ke ? Tak lagi, rasanya.
" Duduklah,"
Pelawa Amy Shaqirah.
" Saya, Adiya dan ini adik saya, Adina,"
" Ya, .. tapi ..,"
" Begini, Cik Amy. Bagaimana kalau saya memanggil Cik Amy dengan AS. Adakah Cik Amy mengenali kami ?"
Riak wajah Amy berubah.
" Jadi, kamu berdua ni, ada kaitan dengan Irwan ? Maaf saya tak dapat berbincang dengan kamu berdua tentang hal personal pada masa pejabat. Bukan niat saya untuk berkasar, tapi kami disini mementingkan masa,"
Amy tegas.
" Kami faham, AS tapi kami bukannya mahu berbincang sekarang tapi mungkin malam ini ?"
" Maaf, saya ada temujanji malam ini,"
" Tak boleh ditangguhkan dulu temujanji itu ?"
" Maaf Cik Adina, Cik Adiya, saya mengutamakan syarikat daripada urusan lain. Apa yang mustahak sangat ?"
Nada Amy, keras.
Qira Adiya terasa hati.
" Kalau AS sayangkan masa depan, jumpa kami di Hotel Indah Seriwarna, jam 9 malam ni,
" ujar Adiya tegas seraya menarik tangan Qira Adina keluar dari bilik itu.
Amy Shaqirah memejamkan matanya.
Aduh, apalagilah ni !
Ahhhh, ..!!!!
Amy Shaqirah menghampiri Shasha.
Kelihatan Shasha sedang leka dengan urusan kerjanya. Jari-jemarinya menari laju di dada papan kekeunci.
" Shasha, cancel all apoinments, toninght,"
Shasha tersentak dengan suara tegas Amy Shaqirah.
Ternganga mulut gadis itu.
" What ? But, Cik Amy .. The appoinment is very important to company !"
" Do you are trying to teach me about the business ?"
" Oh, I don’t mean that ! I’m sorry,"
" Just do your job. Don’t try to teach me. I know what I do,"
Amy Shaqirah segera berlalu ke tempat parking kereta.
" Kenapa dengan Cik Amy tu, Shasha ? Moody semacam je ?" Haniza menyoal.
" Periodlah tu," Asraf menyampuk.
" Kau ni, bab mengutuk Cik Amy nombor satu,"
" Memang betulkan ? Cik Amy tu memang dari dulu lagikan asyik moody dan marah je sepanjang hari. Itu tak betul. Ini tak betul. Dia sorang jelah yang betul. Lebih-lebih lagi, bila Datuk serahkan company ni padanya. Makin menjadi-jadi perangai. Tak sedar diri betul ! Dahlah anak angkat saja, berlagak bukan main !!"
" Dah habis ?"
" Belum !"
Asraf menayangkan muka selambanya.
" Dah. jangan nak jadi agen agensi mengumpat. Menambahkan lagi dosa aku adalah," bangkang Haniza.
" Apa yang kecoh sangat ni ?" Farhan menyoal.
" Tak ada apa-apa, Encik Farhan.
" Cik Amy, mana ?" Farhan bertanya lagi.
" Dah keluar ? Selepas kakak iparnya datang, Cik Amy terus keluar. Sebelum tu, semua temujanji malam ni dibatalkan !"
Shasha mengadu.
" Bukan ke malam ni, Datin Marlia nak berbincang pasal projek RM 290 juta tu ?"
" Ya, tapi Cik Amy dah batalkan,"
" Eh, jangan batalkan ! Saya akan gantikan tempat Cik Amy. Awak tahu kenapa ia dibatalkan ?,"
" Baik, Encik Farhan. Tentang tu, saya tak tahu,"
Shasha jujur.
Farhan mengangguk kepala. Kemudian, mengatur langkah untuk pergi. Dua langkah, dia mara ke depan, terus berpusing semula.
" Tadi, awak kata, kakak ipar Cik Amy datang ?"
" Ya, Encik. Kenapa ?"
" Bila masa si Amy tu kahwin ?"
Shasha, Haniza dan Asraf tercengang dengan pertanyaan Farhan.
" Sepatutnya kami yang bertanyakan soalan tu kepada encik,"
Haniza berani.
" Lupakan jelah,"
Farhan berlalu pergi.
" Aku peliklah, Shasha,"
Asraf mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
" Assalamualaikum, Pak Cik Asraf, tolong jangan nak menyibuk urusan orang lain boleh tak ? Kami orang perempuan tak mengumpat itu, ini, kau pula yang nak buat kerja tak berfaedah tu ?" balas Shasha.
" Aku anti dengan perempuan tu jelah !!" Asraf bengang.
" Kau anti dengan Cik Amy ataupun kau tak puas hati sebab kau tak dapat tackle Cik Amy ? Bukankah Cik Amy tu dulu bekas model ? Dah cun, cantik, .. meletup pulak tu,"
Haniza menambah.
" Walaupun Cik Amy tu cantik, aku tak hinginlah !!!"
Shasha dan Haniza mencebik. Kemudian, ketawa besar.
Bab 9
" Kak Diya agak, si AS tu datang ke ?" Qira Adina menyoal.
" Confirm, dia akan datang,"
" Assalamualaikum,"
Amy Shaqirah menghulurkan salam sebaik sahaja menghampiri meja makan di ruang hotel mewah itu.
" Waalaikummussalam," Qira Adiya dan Qira Adina menjawab serentak.
" Maaf, lambat sikit,"
" Taklah. Sekarang tepat pukul 9. Jam AS cepat sangat kut,"
" Em .. ada apa, sebenarnya ?"
" Your order, miss ?" soal pelayan hotel itu sebaik sahaja Amy melabuhkan punggungnya dikerusi.
" Fresh orange only,"
Pelayan itu mengangguk sebelum melangkah pergi.
" What’s the important ?"
Amy Syaqirah tidak mahu membuang masa.
" Be patient, AS," ujar Adina.
" Oh, I’m forgot ! Maaf pasal tadi,"
" Oh, don’t worry !" Adiya cepat-cepat membalas.
" Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab AS sudi datang. Kami tahu AS memang sibuk,"
Amy Shaqirah sekadar senyum.
Untuk membalas kenyataan itu, mulutnya terasa berat.
Memang projek beratus jutaan ringgit itu begitu penting bagi Paradize Holdings. Entah mengapa, dia membuat keputusan gila seperti ini. Dia sendiri tidak pasti.
" AS tahu yang Ir akan berangkat ke US esok ?"
" What ? Tomorrow ?" Amy kaget.
" Ya,"
" .....,"
Amy membisu.
" Hanya AS yang boleh menghalang Ir,"
" Mengapa bukannya orang lain ? Mengapa bukan Cik Adina ataupun Cik Adiya ? Mengapa saya yang mesti menyamar ?"
" Sebab awak adalah orangnya yang sebenar !"
Amy menunduk.
" Biarlah saya membahasakan diri saya sebagai Kak Diya dan adik saya sebagai Dina. Begini, AS. ... Kak Diya dan Dina faham keadaan AS sekarang. Memang sukar untuk kita melupakan cinta pertama yang bertandang tapi ...,"
" Ir ceritakan semuanya pada Kak Diya dan Dina ????"
Amy mengacip giginya. Ketat.
" AS tak usahlah marah. Kami dahpun seperti adik beradik. No secrets between us,"
Amy mengeluh.
Sedikit kecewa dengan sikap sahabatnya itu.
" Ir cintakan Amy. Dari dulu hingga sekarang,"
" Mengapa perlu ada cinta, kak ? Mengapa tak sebagai kawan ? Saya tak nak bercinta lagi buat masa ni. Hati saya terluka dengan kisah cinta saya yang dulu. Bukan mudah untuk mengubatinya. .. saya kecewa kak. Kecewa ! .. dan saya tak sanggup untuk mengulanginya !!"
Amy menarik nafas panjang.
" Kak Diya tolong sampaikan kepada Ir, ... jika benar, dia cintakan saya ... berikan saya masa dan ruang untuk saya memulihkan hati dan perasaan saya. Saya tidak mahu memberikannya ‘cinta palsu’. Sekadar kasihankannya semata-mata. Saya bukannya orang begitu. Kalau saya mencintai seseoarang, saya ikhlas untuk mencintai dan menyayanginya dan orang yang mencintai saya pun begitu juga,"
Amy Shaqirah bangun.
Mengatur langkah meninggalkan kedua-dua gadis berkarisma itu dalam keadaan penjelasan yang panjang lebar.
Enjin kereta dihidupkan. Lantas, Proton Waja itu memecut laju. Amy Shaqirah memicit-micit kepalanya.
Pening.
Sesekali telefon bimbit dikerling.
Tangan terasa ringan untuk mendail nombor telefon milik Irwan Asraf. Namun, hatinya tidak mengizinkannya berbuat demikian.
Amy memberhentikan keretanya dibahu jalan.
Dia masih ingat disitulah pertemuan pertama dia dengan Irwan, suatu ketika dahulu.
Rantai basikalnya jatuh dan Irwan membantu dia membaikinya.
Amy mengeluh. Matanya dipejam rapat.
Semua kenangan lalu bermain-main di benak fikirannya.
" Tak sejuk ke duduk sorang-sorang kat sini ?"
Satu suara menyapanya.
Amy Shaqirah tersentak.
Bulu romanya menegak.
Amy buat-buat tidak dengar.
Jantungnya berdegup laju.
Suara itu semakin lama, semakin hampir dengannya.
" Saya tanya, awak tak sejuk ke duduk kat sini ? Dah pukul 1 pagi pun ?"
Amy mengigil.
Pandangan kabur.
Pengsan.
" AS ???"
Amy Shaqirah membuka matanya.
Kelibat Adiya, Adina dan Irwan bermain-main dimatanya.
Amy mengenyeh-genyeh matanya.
Barulah penghilatannya jelas.
Cepat-cepat, dia bangun.
" Where I am ?"
" In my house," jawab Dina.
" I must go home, now ! It is so late,"
" Don’t worry. I will tell your family,"
" Oh, no need ! Thank you,"
" Let me send you back. Just for your safety," ujar Irwan.
" Thanks, I can handle myself,"
" Really ? No more pain ?" Irwan serius.
Amy geram.
" We need to talk,"
" It is so late, Encik Irwan !!!"
Amy meninggikan sedikit suaranya.
" Okey, but ... I very worry about you, AS. I send you back, please," Irwan seakan merayu.
Amy mengeluh. Kemudian, mengangguk.
Amy segera meluru masuk ke dalam perut kereta. Mendapatkan tempat duduk di sebelah pemandu.
" You .. drive,"
Irwan angguk kemudian, menghidupkan enjin kereta.
" Aku berangkat esok,"
Amy diam seribu bahasa.
" ... aku akan berikan kau sebanyak manapun masanya, AS. Aku akan tunggu jawapan positif dari kau,"
" ....,"
" Mungkin aku terlalu mendesak,"
Amy menjungkit bahu.
Irwan melepaskan keluh.
" Kak Diya dah ceritakan segalanya kepada aku. ...,"
" Mengapa perlu wujud orang ketiga antara kita ? .... Aku perlukan masa, Ir !!!"
" Aku minta maaf. Aku janji. Lepas ni tak akan ada yang tahu lagi,"
" ...,"
" Aku berjanji, AS. Believe me, please,"
Lambat-lambat Amy mengangguk.
" .... jangan balik ke US, Ir," Amy memujuk.
Resah dihatinya tidak dapat dibendung lagi.
" Bertahun-tahun kita terpisah. Aku tak nak kita berpisah lagi. ... berikan aku masa. ...,"
" Jadi kau sanggup terima aku dalam hidup kau ?"
" Kalau ada jodoh, tak kan ke mana. Bukankah jodoh pertemuan itu adalah ketentuan Allah ?"
" Ya, aku percaya pada takdir ! Allhamdullilah, akhirnya hati kau terbuka jua untuk aku"
Ujar Irwan seraya memberhentikan kereta sebaik sahaja kereta yang dipandunya memasuki kawasan penempatan mewah itu.
Irwan dan Amy Shaqirah keluar dari perut kereta.
" Tak perlulah kau hantar aku hingga ke pintu pagar. Aku bukannya budak sekolah rendah,"
Irwan tersengih.
" Pasal ... hari tu. ... aku akan cuba,"
" Pasal apa tu ?" Irwan mengusik.
" Kau nikan ?? Aku tarik balik persetujuan aku, baru kau tahu ?"
" Eh, janganlah ! Janganlah marah begini, sayang. Nanti tak cantik,"
Muka Amy merona merah. Malu apabila Irwan mengglarnya begitu.
" Dahlah. Kau baliklah dulu. Nanti apa pula jiran-jiran aku mengata,"
" Okey, bye-bye, sayang. Mimpikan abang yang hensem ni je, tau,"
Amy Shaqirah menjelirkan lidahnya.
Hatinya puas.
Satu masalah sudah selesai.
Amy melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan senang hati.
Suis lampu ditekan. Barulah keadaan yang gelap gelita itu menjadi terang.
Nasib baiklah dia sekarang tinggal berseorangan. Kalau tak tentu dia sekarang telah dihukum seperti seorang pesalah yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah.
Datuk Mokhtar sudah berpindah ke New York. Menguruskan cawangan baru di sana.
Farhan pula sudah tinggal berasingan dengannya. Bukannya apa, cuma papa mereka tinggal membenarkan mereka tinggal bersama semasa ketiadaannya di Malaysia. Katanya, segala kemungkinan boleh terjadi.
Amy memulas tombol pintu bilik tidurnya. Fikirannya tenang.
Dengan senang hati, Amy Shaqirah menghempaskan badannya ke atas tilamnya yang diimport dari luar negara. Matanya ditutup rapat. Namun, bibirnya tidak lekang dari senyuman.
Ah, kenapa aku jadi begini ?
Adakah aku sudah mula mencintai ?
Antara sedar dan tidak, jam locengnya sudah berbunyi nyaring. Jam telahpun menunjukkan ke angka 8.30 pagi.
Amy shaqirah bingkas bangun.
Aduh, macammana ni ??
Baju tak gosok lagi ?
Sarapan tak siap lagi ??
Kelam-kabut dia pagi itu.
Pakaiannya digosok ala-kadar.
Cepat-cepat, dia meluru ke bilik air.
Telefon Sony Ericsonnya menjerit-jerit. Menandakan ada panggilan masuk.
Sapa pula ni ! Nak mandi pun tak senang. Dah lah terlewat bangun. Itulah, pesanan orang tua tidak mahu didengar.
Biasanya, Datuk Mokhtar melarang anak gadisnya yang seorang itu tidur selepas menunaikan solat subuh.
Sejak tinggal bersendirian, tabiatnya yang suka merengkok atas tilam selepas solat subuh kian menjadi-jadi.
Telefonnya menjerit lagi.
" Kejaplah, darling !! I’m coming,"
Cepat-cepat, Amy Shaqirah menukarkan pakaiannya lalu menghampiri telefon bimbit kesayangannya itu.
" Hello ?"
" Hi, baru bangun ke ?"
" ... Nak apa ?"
" Tunggu sayanglah ni. Abang dah ada dekat bawah ni,"
" Buat apa," Amy buat-buat bodoh.
Aduh, minah ni !
" Dah siap ke belum ?"
" 15 minit lagi siaplah ? Kau tak masuk office lagi ke ?"
" Abang tunggu sayanglah ni,"
" Kau pergilah dulu. Nanti lambat pula,"
" Tak pe. Abangkan boss,"
Amy mencebik.
" Lantak kaulah. Kalau lambat sampai, jangan menangis pula,"
Selepas bersiap ala kadar, Amy Shaqirah terus berlalu turun.
" Cepat siap. Kata 15 minit ? 5 minit je ?"
" Kan ada yang menangis pula nanti. Tengoklah ni, tak sempat make-up pun,"
" Tak pe, tak make-up pun cantik juga,"
Amy sekadar menjeling.
Tak kuasa nak melayan.
****
" Awal sampai ?" Farhan menegur sebaik sahaja ternampak kelibat Amy Shaqirah yang tergesa-gesa memasuki ruang pejabat.
" Traffic light jamlah, abang,"
" Ya ke ?" soal Farhan seraya mengekori Amy Shaqirah masuk ke bilik Chief Excutive Officer.
Farhan dengan selambanya duduk dikerusi. Setentang dengan Amy shaqirah.
Amy membiarkan sahaja abangnya berbuat demikian.
" Pergi mana semalam ?"
" Ada hal !"
Jawab Amy ringkas.
" Hal ? Hal apa ?"
" Personal ?"
" Penting sangat sehingga sanggup batalkan temujanji dengan client ?"
Amy memandang tajam ke arah Farhan.
Dia tahu, memang dia silap. Dia sepatutnya lebih mengutamakan urusan syarikat daripada masalah peribadinya.
" Abang tanya, kenapa tak jawab ?"
" Amy minta maaf, abang !"
" Sorry ? For what ?"
" Tentang temujanji dengan Datin Marlia,"
" You are CEO. The big boss in this company so, why should you want I to appologize you ?"
Amy bengang.
Kalau kau dah tahu aku yang berkuasa ? Yang kau tanya aku, macam aku pekerja kau kenapa ?
Mujur sahaja ayat itu tak terlepas dari mulutnya.
" Abang cemburu sebab papa serahkan syarikat ni kepada Amy ?"
" Mana ada cemburu ?"
" Tak payah tipu Amy, abang. Daripada perlakuan dan sikap abang sejak Amy ambil alih syarikat ni, abang dah tak macam dulu lagi. Kalau abang nak tahu, Amy tak pernah pun berharap untuk menerima tanggungjawab yang besar seperti ini. Amy tak kepingan pun dengan semua ni, abang. Cukuplah dengan Amy menumpang kasih dibawah teratak kasih sayang yang family abang curahkan kepada Amy tapi ini semua adalah amanah papa. Papa amanahkan Amy untuk memikul tanggungjawab ni,"
Amy mengawal nada suaranya.
" Kalau Amy rasa diri Amy begitu amanah, mengapa sanggup batalkan temujanji semalam ?"
" Amy dah cakap, Amy ada hal semalam,"
" Hal apa ?"
" Tak kan semuanya mesti dilaporkan kepada abang ?"
" Abang tak ada hak untuk tahu ?"
Amy mengeluh.
" Don’t force me ! Don’t try to make me angry, please !!"
Farhan berpeluk tubuh.
" Kalau kerana harta dan syarikat ini yang menyebabkan hubungan kita begini, Amy akan lepaskan tapi dengan syarat, papa yang memberi kebenaran,"
" Ah, sudahlah ! Malas abang nak bertekak dengan Amy !" Farhan keluar.
Lepas satu-satu masalah yang timbul.
Amy terduduk di atas kerusinya.
Apalah nasib hidup aku ?
Pintu biliknya diketuk.
Amy shaqirah menarik nafas dalam.
" Masuk,"
" Selamat pagi, Cik Amy,"
Amy mendongak.
" Oh, Harith ! Duduklah. Ada apa ?"
" Terima kasih. Ni adalah dokumen-dokumen sulit syarikat yang sedikit mencurigakan yang Cik Amy minta daripada saya, dua hari lepas,"
" Oh, saya benar-benar terlupa !"
Fail-fail itu bertukar tangan.
Helaian demi helaian dokumen itu dibelek.
Dengan muka tanpa riak, " Em .. awak boleh pergi,"
" Baiklah, Cik Amy,"
Harith segera bangun.
" Er .. nanti sekejap !"
" Ada apa, Cik Amy ?"
" Awak tak sihat ? Muka awak pucat semacam,"
" Tak berapa sihat, Cik Amy. .. tapi insyaalllah saya masih boleh teruskan kerja saya,"
" Kalau tak sihat, minta cuti sajalah. Saya izinkan,"
" Terima kasih, Cik Amy. .. tapi saya mesti siapkan kerja saya dahulu,"
" Suka hati awaklah,"
Amy Shaqirah senyum.
Aduh, perempuan ni ! Sekali senyum nak gugur jantung aku ! Tapi bila marah, mengalahkan singa kelaparan !!
Harith segera keluar.
Apalah kau ni, Zarif ? Amy yang boleh dikatakan perfect nipun kau boleh tinggalkan ? Macammanalah agaknya taste kau ? Entahlah.
Masa berlalu dengan pantas. Meninggalkan saat-saat penting dengan pantas tanpa berhenti walau sesaat.
Dentingan jam tua sebanyak lima di ruang tengah pejabat menandakan jam sudah mengarahkan ke angka lima petang.
Amy Shaqirah masih bertungkus-lumus dengan urusan kerjanya. Masih lagi ralit dengan pen, fail dan laptopnya.
" Tak nak balik lagi ?"
Amy sedikit terkejut dengan sapaan Farhan di muka pintu.
" Ya Allah, abang ni ! Terperanjat Amy. Ada apa, bang ?"
" Tak nak balik ke ?"
Amy mengerling ke jam tangannya.
" Oh, dah pukul lima rupanya ! Em ... abang pulang dululah ! Ada kerja sikit lagi ni !"
" Janganlah kerja kuat sangat ! Kesihatan perlu dijaga. Tengok, tadipun tak keluar makan !"
Amy Shaqirah ketawa kecil.
" Amy tak sedar yang masa bergerak dengan pantas. Tak sempat Amy nak kejar,"
Amy ketawa kecil.
" Abang balik dulu. Kalau ada apa-apahal beritahu abang. Balik nanti terus balik rumah. Jangan nak ke mana-mana. Kalau nak tidur, pastikan semua tingkap dan pintu berkunci,"
" Yalah, abang !"
Amy tersengih.
" Okeylah, bye !"
" Er .. abang ! Kirim salam dekat Kak Fiya,"
Laung Amy.
" Macam tau-tau je abang ada date Kak Fiya malam ni ?"
" Telepatilah, bang,"
" Pandailah Amy ni,"
" Dahlah, dah lewat ni. Abang balik dulu,"
" Yalah. Drive carefully,"
" Ya,"
Selepas memastikan Farhan meninggalkan ruang pejabat, Amy Shaqirah terus menyambung tugasnya.
Bedebuk !!!
Eh, bunyi apa tu ??
Bergegas Amy menuju ke arah bunyi itu.
" Ya Allah, Harith !!!"
Jejaka berbadan tegap itu pengsan.
" Harith ? Bangunlah !!"
" Aduh, macammana ni ?? Semua orang dah balik !!"
Amy Shaqirah segera berlari masuk ke biliknya. Mencapai tas tangan, kunci kereta dan telefon bimbitnya.
Dengan bersusah –payah, Amy memapah tubuh sasa Harith masuk ke dalam perut kereta.
***
" Macammana ? Awak dah rasa okey sikit ?" soal Amy Shaqirah sewaktu dalam perjalanan pulang dari hospital.
Kalau diikutkan kata-kat doktor, ada baiknya Harith berehat dihospital selama beberapa hari. Namun, lelaki disebelahnya itu bertegas mahu pulang jua.
Harith angguk. Wajahnya begitu pucat.
" Itulah, saya dah suruh ambil cuti saja tapi awak degil juga,"
Harith sekadar senyum.
" Degil macam Zarith juga !!" Amy Shaqirah bersuara secara tiba-tiba.
Kemudian, tersedar dengan keterlanjuran kata-katanya.
Riak wajahnya berubah amat.
Marah, malu, geram dan semuanya bercampur baur.
Harith menoleh ke arah Amy Shaqirah.
Tetapi tiada apa yang keluar dari mulutnya.
Amy Shaqirah pura-pura berlagak biasa.
Telefon bimbitnya bergetar.
" Sayang ! Sayang kat mana ni ?" soal Irwan dengan nada penuh kasih sayang.
" On the way to back home !" balas Amy tanpa perasaan.
" Where you come from ?"
" Office,"
" Alone ? Oh, my god ! It is so late ! Don’t work very hard, my heart. It is not good for your health,"
Ah, bencinya ! Zarith pun begitu dulu !
Benci ! Benci ! Benci !
Namun, tidak sampai hati pula mengasari Irwan pada lewat petang seperti itu.
" I’m not alone, my love !"
Irwan senyum sendiri.
Harith cuba mencuri-curi dengar perbualan mereka.
" Sayang dengan siapa tu ?"
" My worker,"
" Male or female ?"
" Just my worker,"
" Male or female,"
" Why ? Jealous ?"
Amy Shaqirah menduga.
" Of course, my pretty !"
" Em .. I’m driving now ! I will call you 30 minutes laters. I’m tired now ! Bye,"
" Okey, drive carefully ! Don’t just dream for me !"
Irwan mengusik.
" Waste my time !!"
Irwan gelak.
" Okey, see you later,"
Padan muka kau, Zarith ! Itulah engkau. Si Amy, kau tinggalkan. Tengok ! Tak sampai setahunpun, dia dah dikebas orang !!
Kata mak, Amy selalu datang ke rumah dulu tapi sekarang tak lagi. .. dan itu menyebabkan mak risau dengan perhubungan Amy dan Zarith.
Tapi, waktu tu .. aku sedang further belajar dekat India.
.. Dahlah terpaksa tukar profesion. Sepatutnya bergelar doktor tapi jadi jurutera. Sampai aku kelam-kabut sewaktu sebulan pertama dulu. Kalau tak kerana hormatkan Datuk Mokhtar yang telah banyak berjasa kepada keluarga aku tak mungkin aku buat kerja gila ni.
Kelakar bila diingatkan balik semua tu.
...
.....
Tak tahulah apa reaksi mak dan ayah kalau mereka tau tentang semua ni.
Mak dan ayah terlalu mengharapkan Amy menjadi menantu mereka.
Bukan disebabkan harta dan pangkat tetapi kata mereka, Amy tak sama dengan gadis-gadis lain yang bergelar anak orang kaya. Aku sendiri tidak tahu apa istimewanya perempuan kat sebelah aku ni.
Sebab .. ada kalanya perempuan ni baik dan adakalanya, ia sebaliknya.
Tapi ... Amy ni unik. Unik bagi aku.
Kalaulah, aku mampu memilikinya ....
" Em ... Harith ! Dah sampai kat rumah awak,"
Harith tersentak. Lena dengan monolognya sendiri.
" Terima kasih. Maaflah sebab menyusahkan Cik Amy,"
" Sama-sama. Oh, tak mengapa !"
Bab 9
Amy merebahkan badannya di atas katil.
Aduh, penatnya !
Amy merenung bilah-bilah kipas yang berputar laju.
Papa ? Bila papa nak pulang ? Amy rindukan papa !
Bayangan wajah papanya berlegar-legar diruang matanya.
Lagu Mimpi yang sempura nyanyian Peterpan berbunyi nyaring.
Hendak tercabut tangkai jantungnya mendengar kelantangan suara jeritan telefon bimbit disebelahnya itu.
" Assalamualaikum,"
" Waalaikummussalam,"
" ...,"
" Er .. maaflah. Aku lupa. Sorry, ya !"
" Dah tahu dah,"
" Alah, kau merajuk ke ?"
" Ni tengah merajuklah ni. Nak tunggu orang kat sana pujuk,"
Amy Shaqirah ketawa.
" Merajuk mana boleh cakap !"
Irwan berdehem.
Betullah. Amy yang hantar aku tadi. One the way nak balik, pak we dia call.
Kau ni biar betul ? Jangan nak reka cerita pula
Malaslah nak cerita. Kau bukannya nak percaya pun.
Impossible, Harith. Kalau benar, dengan siapa ?
Aku tak pasti. Rasanya aku pernah tengok lelaki tu. Mereka selalu keluar bersama.
...
jealous ?
Siapa tak ?
Buat apa nak jealous ? Dia bukannya milik kau lagi !
Kau sengaja nak buat aku marah ?
Aku ? Aku nak buat kau marah ? Em .. ya kot ! Tapi aku rasa senang sikit sekarang ni sebab Amy dah boleh jalankan hidupnya dengan biasa. Kau pula macammana ? Dah jumpa awek baru ?
.... tak. Susahlah nak cari pengganti. Lagipun, aku masih .... cintakan dia.
Harith senyum sinis.
Pak we dia hensem gila macam bintang hollywood. Cayalah.
Kau ni !!
Memang betul pun. Masa diaorang borak-borak tadi, romantik giler ayat-ayat lelaki tu. Perempuan mana yang tak cair.
Dah lah ! Aku dah gantuk ni. Esok aku ada hal. Bye !
" Baru sampai kat rumah ke ?"
" Ya. Penat sangat ni. Seharian bekerja macam seminggu bekerja tanpa henti. Otak ni dah rasa sarat. Macam budak-budak nak ambil SPM,"
Amy Shaqirah mengadu manja.
Entah kenapa, dirinya berasa selesa begitu.
" Kalau macam tu, sayang janganlah kerja kuat sangat,"
" ... er, boleh tak ...,"
" Boleh tak apa ?"
" Boleh tak jangan panggil aku sayang ?"
" Kenapa tak boleh ? Itu tandanya saya sayangkan awak sepenuh hati saya,"
" ...,"
" Tak suka ?"
" ... tak terlalu awal untuk semua tu ?"
" Tak adalah. Kalau boleh, abang nak kita kahwin malam ni jugak,"
" Gila !"
" Memang abang gila. Gilakan sayanglah,"
Suatu perasaan lain menusuk ke jantung Amy Shaqirah.
Degupan jantung kian laju.
Dirinya dapat merasai keihklasan kata-kata itu.
Amy Shaqirah mendiamkan dirinya.
Lama.
" Sayang ??"
" Ya, aku kat sini,"
" Tak boleh ke sayang ikut rentak abang ?"
" Rentak apa ?"
" Called me as abang and you as sayang ?"
" Give me time, please !"
" Okey, I don’t to force you. I ‘m sorry,"
" ...,"
" But, please believe me ! I’m really love you more than myself,"
" Okeylah, kita jumpa nanti. Aku nak bersiap pulak. Bukankah malam ni aku kena jumpa parent kau as ‘calon menantu’ mereka ?"
Irwan senyum melebar.
" Ya. Er .. Boleh sebut sekali lagi tak ? Ayat terakhir tu,"
Irwan mengusik sang kekasih hati.
" Tak ada kuasa nak melayan !"
Amy Shaqirah terus memutuskan talian.
Irwan ketawa kecil.
Lantas, tangannya menaip sesuatu di dada keypad. Kemudian, punat ‘send’ di tekan.
Abang jemput sayang kat rumah sayang lepas isya’
Amy Shaqirah senyum sebaik sahaja menerima mesej itu.
Hatinya berbunga riang.
Semoga kebahagian ini berpanjangan.
Semoga ia berakhir dengan perkahwinan dan kami bahagia ke anak cucu.
Amy berdoa ke hadrat Illahi.
Bab 10
" Assalamualaikum ..," ucap Amy Shaqirah sopan sebaik sahaja tiba di rumah Irwan buat kali pertama,"
" Waalaikummusalam," jawab Datin Rogayah dan Datuk Harun serentak.
Mereka segera menuju ke pintu.
Beria-ria benar mereka.
Tidak sabar untuk melihat wajah bakal menantu mereka.
" Apa khabar, auntie ? Uncle ?" soal Amy Shaqirah seraya bersalaman dengan kedua-dua orang tua itu.
" Khabar baik. Ini AS ya ?"
Soal Datin Rogayah seraya mengukir senyuman manis.
Entah kenapa, hatinya sudah berasa kasih dan sayang pada gadis yang baru dikenalinya itu.
Mungkin kerana terlalu rindukan arwah anak gadisnya, kembar Irwan yang mungkin sebaya dengan Amy Shaqirah seandainya arwah masih hidup.
Datuk Harun dan Irwan saling berbalas senyuman.
Sudah lama wanita yang mereka hormati selama ini tidak mengukir senyuman semanis itu.
Datin Rogayah memeluk tubuh Amy Shaqirah erat.
Ya Allah, ...
Sesak nafas aku !!
Amy Shaqirah terbatuk-batuk.
Datin Rogayah segera meleraikan pelukkannya.
" Awak ni, Gayah ! Nak tercekik budak tu,"
" Marilah masuk dulu. Auntie dah siapkan makan malam,"
" Buat susah je," Amy Shaqirah berbasa-basi.
Alah, bukannya susah pun ! Dulupun, dia sentiasa pergi melawat kedua-dua orang tua Zarif. Sedikit sebanyak memberi pengalaman kepadanya tentang cara untuk berkomunikasi dengan orang tua yang tiada langsung pertalian darah dengannya.
Datin Rogayah menarik tangan Amy Shaqirah.
Menyuruhnya duduk dikerusi meja makan.
Amy Shaqirah menoleh ke arah Irwan.
Irwan sekadar melemparkan senyuman kepadanya.
Irwan kemudiannya, menghampiri Amy Shaqirah lantas duduk disebelahnya.
Datuk Harun menarik kerusi sebelum duduk untuk menjamu selera.
" Jemputlah makan, AS. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri,"
Amy Shaqirah senyum.
Aduh, lenguhnya bibir ni !
Kena senyum je 24 jam.
Irwan, Datin Rogayah dan Datuk Harun menghulurkan lauk-pauk kepada Amy. Belum sempat lauk yang satu itu dihabiskan, Datin Rogayah terus mencedukkan lauk yang lain pula ke dalam pinggangnya.
Aduh, tak seronoklah !
Macam puteri rajalah pulak !
" Banyak lagi ni, auntie ! Tak larat AS habiskan sorang-sorang,"
" Tak apa. Sekali-sekala model pun kena makan banyak juga. Kurang nutrien dalam badan boleh menyebabkan penyakit,"
Balas Datin Rogayah.
Irwan ternganga.
Model ?
Irwan memandang tepat ke muka Amy dengan riak tidak percaya berbaur kagum.
Amy senyum seraya memandang wajah Irwan yang bagai apa ntah.
Dia sendiri tidak tahu hendak umpakan seperti apa.
Kemudian, cepat-cepat Irwan sembunyikan perubahan riak wajahnya dan berlagak selamba.
Kalau tak, terbongkar rahsia yang mereka bukannya sudah lama bergelar kekasih.
" Mana aunt tahu yang AS ni model ?"
Amy Shaqirah berpaling ke arah Datin Rogayah.
" Auntie kamu ni peminat nombor satu dunia fesyen,"
" Oh, macam tu ke ? Hari Sabtu ni, butik kawan AS ada buat pertunjukkan fesyen. Auntie bolehlah ikut sekali,"
" Ya ke ? Okey, juga ! Dah lama auntie tak pergi menonton majlis pertunjukkan fesyen,"
" Awak dah lupa ke, Gayah ? Anak buah awakkan nak kahwin Hari Sabtu ni ? Kalau awak tak pergi apa pula kata family awak nanti ?"
" Astaga, macammana saya boleh lupa ? Em .. tak bolehlah AS. Aunt tak boleh pergilah. Anak buah auntie nak kahwin,"
" Tak mengapalah auntie,"
" As ikut sekalilah. Boleh auntie kenalkan dengan saudara mara Ir ni,"
" Er .. tak mengapalah auntie. Nanti menyusahkan auntie pula,"
Amy Shaqirah menyepak kaki Irwan.
Sebagai isyarat untuk membantunya.
Irwan menjerit kecil.
" Kenapa Ir ?" Datuk Harun menyoal.
Pelik dengan kelakuan anak lelakinya.
" Ada nyamuk gigit kaki Ir ni, papa. Nyamuk besar,"
Irwan bergurau.
Amy tahan gelak.
" Mana ada nyamuk kat rumah kita ni ?"
" Nyamuk sesat kut, mama,"
" Ada-ada jelah. Aik, sikitnya AS makan ?"
" AS jaga badan, mama. Dia takut gemuk. Nantikan Ir cari lain susah pulak dia,"
Balas Irwan.
Amy cubit peha Irwan.
Kuat.
Irwan menjerit.
" Sakitlah sayang, ooi,"
Padan muka ! Pandai-pandai je.
Dahlah mukanya dah memerah.
Malu.
Datuk Harun dan Datin Rogayah ketawa.
Romantik juga anak dan bakal menantu aku ni !
Setelah selesai makan malam, Amy Shaqirah meringankan tulang. Membantu apa yang patut. Walaupun dilarang oleh Datuk dan datin.
***
" Tak nampakpun, Kak Diya,"
" Dia dah beli rumah. Dekat Titiwangsa. Kak Diya nak hidup sendiri,"
Ujar Irwan sambil matanya fokus kepada pemanduannya.
" Tak pernah cakappun yang sayang pernah jadi model ?"
" Tak tanya,"
" ...,"
" Marah ke ?"
" ...,"
" Alah sayang, janganlah marah,"
" Hah, kalau tak nak abang marah, panggil abang sayang,"
" Aduh, mengada-gadalah pulak,"
Irwan sengih. Macam kerang busuk.
" Yelah, sayang,"
" Macam tulah. Barulah dipanggil loving couple,"
Merah padam muka Amy Shaqirah.
" Tengok, muka sayang dah merah padam. Lagi seronok abang usik,"
" Eei, tak sukalah sayang usik macam ni,"
Irwan gelak.
" Nampak macam ada masalah je ? Awak ada masalah ke ?" Safiya menyoal.
Mangkuk mee tomyam yang baru sahaja selesai dimakan olehnya ditolak ke hadapan.
Farhan mengeluh.
" Kenapa ni, wak ? Dari tadi asyik mengeluh je ? Tak suka keluar dengan Fiya ke ?"
" Siapa cakap macam tu ? Saya suka keluar dengan awak. Kalau boleh 24 jam saya nak awak melekat dengan saya,"
" Kalau macam tu, cepat-cepatlah kita bertunang,"
" Kalau saya tak nak bertunang ?"
Riak wajah Safiya berubah seratus peratus.
" Saya nak kahwin terus dengan awak. Saya tak nak bertunang. Saya tak tahan kalau berjauhan dengan awak setiap hari. Dah lah kerja awak tak tahu masa,"
Barulah, senyuman kembali terukir di bibir Safiya.
" Saya ingatkan awak nak putuskan hubungan kita tadi,"
" Mana mungkin. Saya dah nak gila fikirkan pasal kita, tau tak,"
" Yelah, saya tahu,"
" ...,"
" Kenapa diam lagi ni ? Kalau ada masalah, awak cerita je pada saya. Saya ni pendengar setia,"
" Ya, saya tahu. ... saya tak puas hati dengan papa,"
" Apasal plak ?"
" Tak patut betul papa buat saya macam ni,"
" Apa yang papa awak dah lakukan ?"
" Sepatutnya, Paradize Holdings diserahkan kepada saya selaku anak sulung kalau takpun kepada adik saya, Irwan tapi ini tak,"
" Jadi siapa yang uruskan company tu, sekarang ?"
" Amy !"
" Baguslah, macam tu !"
" Kenapa pula ? Apa pula yang bagusnya ?"
" Tak ada awak sibuk sangat lepas ni,"
" Fiya, mana saya nak letak muka saya ni ? Client-client saya semuanya menyindir-nyindir saya. Saya malulah. Papa tupun satu. Entah apa kelebihan Amypun, ... entahlah ! Nak dikatakan Amy rapat dengan pekerja ? Tak. Setiap hari, ada saja pekerja yang dimarahinya. Nak kata .. tak tahulah apa yang saya nak cakap,"
Farhan meluahkan ketidakpuasan hatinya.
" Awak cemburukan adik sendiri ?"
Farhan diam.
" Farhan ???"
" Ya, ... mulanya. ... sekarang pun ! ... sebab tulah saya cuba pujuk hati saya untuk terima semua ni dengan hati terbuka tapi saya tak kuat, Fiya !"
" Papa awak ada sebab buat semua ini yang hanya papa awak tahu sebabnya,"
" Mungkin cawangan baru di New York tu akan diserahkan kepada awak ? Siapa tahu ?"
Safiya memujuk.
" Tak mungkinlah ! Tentu itu untuk Irwan. .. tak sangka, papa begitu memandang rendah pada saya,"
"Janganlah begitu paranoid,"
" Saya tak paranoid !!"
" Awak, dia tu tetap papa awak ! Amy tu anak angkat, wak ! Dia mana boleh mewarisi harta ??"
" Saya tahu ! Macammana kalau papa dah tukarkan semua aset syarikat ke atas nama Amy ? Apa yang saya dapat ?"
" Saya yakin, papa awak tak sekejam itu,"
" Entahlah ! Kalau tak kerana menjaga maruah papa, dah lama saya tinggalkan kota metropolitan ni,"
"Awak nak ke mana ?"
" Tak tahu lagi,"
" Farhan, saya kenal awak dah lama. Tolong jangan bersikap seperti ini. Saya tak suka,"
" ... salahkah saya mempertahankan hak saya sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga ?"
Safiya mengeleng.
" Sudahlah, tak patut kita bertengkar tentang perkara ni. Sebenarnya, saya ajak awak keluar ni sebab nak minta awak temankan saya ke majlis perkahwinan adik sepupu saya,"
" Bila ?"
" Sabtu ni,"
" Insyaallah. Lagipun, saya dikecualikan daripada operasi pada hari Sabtu ni,"
" Alhamdullilah. Senang saya mendengarnya. Ingat janji awak hari tu !,"
" Janji ? Janji apa ?"
" Yang awak akan berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa bila kita telah diijabkabulkan nanti !"
" Sabarlah dulu. Kita tak kahwin lagi. Saya janji bila kita dah kahwin. Janganlah risau. Saya ni berpegang pada janji,"